2. Peringatan kepada Guru dan Pelajar
Media dan Teknik asas lukisan
Antara media lukisan adalah seperti pensil, arang, pastel,
krayon, pen dan marker. { Media kering }
Antara teknik lukisan adalah seperti hatching, crosshatching,
sagrafito dan blending
Pengubahan lukisan
Lukisan kajian daripada alam semula jadi dan objek buatan
manusia.
Mengaplikasi teknik lukisan yang berasaskan kepada aspek
teknikal dan ketepatan .
Mengaplikasi lukisan ilustrasi bagi penghasilan rekaan
penerbitan dan industri.
Contoh ilustrasi :
Penerbitan : Majalah, risalah, identiti korporat, pembungkusan
dan poster.
Industri : Fesyen, perabot, automobil dan barangan pengguna.
3. Skim Pentaksiran Lukisan
Kriteria ujian Format 1 { Seting }
Kertas ini adalah berasaskan seting yang disediakan. Calon akan
diuji dalam kemahiran melukis mengikut fokus dan permasalahan
yang dikemukakan dalam soalan.
Permasalahan sifat visual objek, kadar banding, ruang, jalinan,
suasana, ekspresi, pencahayaan, Aplikasi prinsip rekaan media
dan teknik.
{ Dikehendaki melukis keseluruhan susunan objek
yang disediakan }
Kriteria ujian Format 2 { Gubahan Rekaan }
Kertas ini berdasarkan kajian objek dan bahan-bahan yang
disediakan sebagaimana dalam soalan .
Calon akan diuji dalam kemahiran melukis mengikut isu dan
permasalahan yang dikemukakan dalam soalan.
Calon dikehendaki memanipulasi sifat visual objek menjadi idea
dan subjek gubahan baharu menerusi beberapa perkembangan
idea dalam bentuk lakaran dan lakaran akhir.
{ Gubahan dibuat sama ada dalam gaya imitasi atau
stailisasi yang sesuai }