1. SEKOLAH KEBANGSAAN GANGSA
HANG TUAH JAYA
76100 DURIAN TUNGGAL
MELAKA
MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI- 2
Tarikh : 8 November 2012 ( Khamis)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat
Kehadiran : 1. Pn. Hjh. Rumayah Bt Hj. Samsuri ( Guru Besar)
2. Pn. Maznah Bt Sayed Ahmad ( Guru Penolong Kanan 1)
3. Pn. Rashidah Bt Ismail ( Guru Penolong Kanan HEM
4. En. Mohd. Fares Bin Mustafa ( Guru Penolong Kanan Ko-Ku)
5. Pn. Fazibiah Adnan ( Guru penolong Kanan PK)
6. Pn. Laila Bt Zakaria (Ketua Panitia Bahasa Melayu)
7.. Pn. Lily Harnisa Bt Abdul Haji (Ketua Panitia Bahasa Inggeris)
8. Pn. Hamidah Bt Abd. Razak ( S/U Panitia Matematik)
9. En. Nor Rizan Bin Kasim( Ketua Panitia Sains)
10. Pn. Zawariah Bt Abu Talib ( Ketua Panitia Pendidikan Islam)
11. Pn. Azila Bt Latip ( Ketua Panitia Sivik & Kewarganegaraan)
12. En. Mohd.Azrul Bin Zabidi ( Ketua Panitia PJK)
13. Pn. Nor Azlina Bt Kassim ( Ketua Panitia Kemahiran Hidup)
14. Pn. Mazlin Bt Mohd. Yunosl ( Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual)
15. Pn. Nor Azilah Bt Hamzah ( Ketua Panitia Muzik)
16. Cik Nur Hazwani Bt .Ramli ( S/U LINUS)
17. Pn. Maisarah Bt Thamby Chik ( Wakil Pra Sekolah)
18. En. Saifullizan Bin A. Hadi ( Guru Pemulihan Khas)
19.. Pn. Zuraidah Bt Rosly ( Penyelaras PK)
20. Pn. Faezah Bt Mohamad (CTR)
21 . Pn. Hazlinda Bt Abd. Rahman(Kelas UKM)
22. Cik Nor Ashikin Bt Mohd. Ibrahim (Kursus)
23. Pn. Yoong Seck Choo ( Setiausaha Kurikulum)
2. Agenda 1 Ucapan Guru Besar
1.1 Guru Besar memberi ucapan aluan kepada semua guru
kerana menghadiri Mesyuarat Kurikulum Kali ke 1 Sessi 2013.
1.2 Beliau mengucapkan terima kasih dan memberi penghargaan kepada semua
guru dalam meningkatkan prestasi akademik bagi semua mata pelajaran
sepanjang tahun 2013.
1.3 Beliau menggalakkan agar semua usaha baik ini diteruskan.
Agenda 2 Pengesahan Minit Mesyuarat 1- sessi 2013
2.1 Minit Mesyuarat disahkan oleh En.Nor Azlan Bin Nudin dan
dan disokong oleh En. Azman Bin Adom.
Agenda 3 Perkara Berbangkit
3.1
PANITIA LAPORAN
Bahasa Melayu Telah menjalankan Minggu Bahasa seperti
yang telah dirancangkan pada Bulan Oktober.
Bahasa Inggeris
Matematik Baki wang sebanyak RM700.00.Guru besar
bercadang untuk menempah papan sifir untuk
ditampal di tempat-tempat yang strategik di
sekitar sekolah.
Nota minta akan ditandatangani oleh
Pn. Hamidah selaku menggantikan Pn. Aishah
yang akan bertukar.
Sains Wang telah dibelanjakan. Baki kewangan- 5%.
Pendidikan Islam Wang telah dibelanjakan dengan
sewajarnya.Guru besar mengucapkan taniah
kepada Panitia yang telah aktif menjalankan
aktiviti sepanjang tahun.
Kemahiran Hidup Baki wang sebanyak anggaran RM300 selepas
membeli whiteboard.
Pendidikan Sivik &
Kewarganegaraan.
Wang telah dibenjakan untuk membeli ABM.
Pendidikan Muzik Membeli almari baju dan alat solek.
Baki kewangan – 10%
Pendidikan Seni
Visual
Baki sebanyak RM47.00
Pendidikan
Jasmani/Kesihatan
Baki RM1000 digunakan untuk sukan sekolah.
Bahasa Arab Baki PCG ialah RM90.00.
Baki j-Qaf (KBS) sebanyak RM 1500.00
3. Akan dibincangkan bersama Pn. Hjh. Fauziah
(KK)sama ada boleh dibawa ke 2013.
Pra Sekolah Tiada masalah
Pendidikan Khas Tiada masalah
Agenda 4 Analisa PKSR 2 & Laporan Panitia
4.1 Setiap Panitia telah membentangkan analisa mengikut pelajaan
masing- masing.
( Sila rujuk Lampiran 1- laporan SAPS)
4.2 Laporan Panitia Bahasa Melayu
( Sila rujuk Lampiran 2)
4.3 Laporan Panitia Bahasa Inggeria
( Sila rujuk Lampiran 3)
4.4 Laporan Panitia Matematik
( Sila rujuk Lampiran 4)
4.5 Laporan Panitia Sains
( Sila rujuk Lampiran 5)
4.6 Laporan Panitia Agama Islam
( Sila rujuk Lampiran 6)
4.7 Laporan Kemahiran Hidup
( Sila rujuk Lampiran 7)
4.8 Laporan Panitia Sivik & Kewarganegaraan
( Sila rujuk Lampiran 8)
4.9 Laporan Panitia Muzik
( Sila rujuk Lampiran 9)
4.10 Laporan Panitia Seni Visual
( Sila rujuk Lampiran 10)
4.11 Laporan Panitia Pendidikan Jasmani / Kesihatan
( Sila rujuk Lampiran 11)
4.12 Laporan Panitia Bahasa Arab
( Sila Rujuk Lampiran 12)
4.13 Laporan Pra Sekolah
( Sila Rujuk Lampiran 13)
4.14 Laporan Pendidikan Khas
( Sila rujuk Lampiran 14)
4.15 Laporan LINUS
( Sila Rujuk Lampiran 15)
4. Agenda 5 Masalah & Penyelesaian
5.1 Ketua-ketua Panitia hendaklah menyediakan Laporan Panitia
masing- masing untuk dibentangkan semasa Mesyuarat Kurikulum
bagi melancarkan perjalanan mesyuarat.
Sila hantar Laporan tersebut kepada Setiausaha Kurikulum untuk
difailkan dan simpan satu salinan untuk rujukan Fail Panita
masing- masing.
Tindakan : Ketua Panitia & SU Kurikulum
5.2 Penetapan minggu- minggu Panitia akan disusun dalam takwim
2013.Bulan Bahasa adalah pada bulan Oktober
(Bulan Bahasa Kebangsaan).Panitia yang ingin
tarikh bolehlah memberitahu pihak Pentadbir.
Tindakan : Guru Penolong Kanan 1
5.3 Pn.Laila mencadangkan supaya Kelas Bimbingan Selepas
Sekolah difokuskan bagi murid-murid Tahun 4 & 5 yang LEMAH
sahaja agar lebih berkesan bagi membantu meningkatkan prestasi
sekolah.
Tindakan : Pentadbir
5.4 Guru besar menyarankan agar aktiviti dalam bentuk lembaran
kerja diselaraskan mengikut aliran supaya semua murid diberi
imput yang sama.
Beliau juga mengalakka n penggunaan buku ’Ladybird’series bagi
Murid Tahap 1 agar memantapkan Bahasa Inggeris diperingkat
akar umbi bagi prestasi keputusan yang lebih baik apabila murid
naik keTahap 2, khususnya UPSR.
Guru-guru muda harus minta bimbingan dari guru-guru senior.
Tindakan : Panitia Bahasa Inggeris
5.5 Pn. Hamidah mencadangkan agar PROTIM dimulakan lebih
awal supaya dapat mengesan murid-murid yang lemah.
Guru besar mengesyorkan agar keberkesanan CEFAM
dibincangkan dalam mesyuarat Panitia Matematik.
Latihan yang tidak dapat dilengkapkan boleh dibawa
ketahun yang berikutnya.
5. Tindakan : Panitia Matematik
5.6 Bilik Kemahiran Hidup ditegur berhabuk oleh En. Daud,
Penyelia UPSR semasa UPSR kerana ada murid tidak sihat
ditempatkan di situ.
Pn. Azlina mencadangkan agar guru-guru KH yang
menggunakan bilik tersebut memberi kerjasama
membersihkannya semasa dan selepas digunakan.
Tindakan : Panitia Kemahiran Hidup
5.7 Pn. Azila Latip melaporkan terdapat masalah dalam
markah Kajian Tempatan Tahun 4 dalam PKSR 1.
Banyak murid yang gagal dan tidak mencapai tahap kerana
tidak menyiapkan dan menghantar folio yang membawa markah
40%.
Guru besar berharap guru KT dapat menjelaskan kepada murid
dengan tegas tentang kepentingan folio.
Tindakan : Panitia Sivik & KT
5.8 Guru-guru Tahun 1 dan Pra Sekolah harus bekerjasama
membincangkan tentang masalah murid Pra yang akan ke
Tahun 1 supaya ada kesinambungan.
Guru besar mengingatkan ada LINUS plus(BI) pada 2013.
Tindakan : Guru Pra & guru Tahun 1
5.9 Guru besar inginkan integriti dan ketelusan dalam
segala Ujian & Peperiksaan di sekolah.
Telah sampai ke pengetahuan beliau bahawa ada guru telah
mengambil kertas soalan peperiksaan untuk diberikan kepada
anak sendiri.
Beliau menasihati agar diberhentika n soalan bocor kerana ini
tidak adil bagi murid-murid yang lain.
Unit Peperiksaan diharapkan agar mengambil strategi bagi
memproses dan menyimpan soalan di tempat yang lebih selamat.
Tindakan : SUP
Agenda 6 Hal-Hal Lain
6. 6.1 PBS – tiada peperiksaan. Murid ditaksirkan berasaskan ’band’.
6.2 Puan Shalena meminta semua guru Tahun 1 & 2 mengisi band
murid sebelum 20 November, 2012.
Eviden harus disediakan.
6.3 Pn. Faridah meminta guru supaya key in TOV murid bagi SAPS.
Jika terdapat masalah dengan kata laluan, sila berjumpa dengan
beliau.
Guru besar mengarahkan semua guru mengisi SENDIRI rekod
SAPS mengikut mata pelajaran masing- masing.
6.4 Pn.Nor Azilah meminta guru-guru yang belum menghantar fail
EMIS agar berbuat demikian sebelum cuti akhir tahun.
Segala dokumen berkaitan dengan perkhidmatan perlu dihantar
1 salinan agar data perkhidmatan dapat dikemaskinikan.
Guru yang berpindah harus membawa fail EMIS ke sekolah baru.
Guru bersara juga diharap mengambil fail EMIS masing-masing.
HRMIS – Tarikh tutup masih pada 14 November 2012.
Sila daftar online, hantar 1 salinan untuk fail apabila selesai dan
jika bermasalah, laporkan kepada e-aduan dalam portal pendidikan.
Guru-guru yang telah meminjam alatan dari bilik muzik, diminta
memulangkan alatan sebelum cuti penggal.
6.5 Guru besar juga meminta kerjasama semua guru PJ/PSV
agar memulangkan segala peralatan yang telah dipinjam.
6.6 En. Helmy meminta kerjasama guru supaya memantau murid yang
bermain di padang pada waktu P & P masing- masing.
Ini adalah untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada
berlaku serta memastikan ada yang bertanggungjawab bagi
peralatan sukan yang digunakan agar tidak terbiar.
Beliau juga memberi komen tentang kualiti buku lembaran kerja
yang dipilih bagi murid Tahun 5 kerana beliau berpendapat
penerbit penting bagi memastikan kualiti isi kandungan.
Guru besar berharap agar ketua-ketua Panitia dapat berbincang
dengan ahli Panitia agar boleh membuat keputusan sewajarnya.
6.7 Pn. Norakmar berkongsi maklumat tentang pengunaan buku teks
( aktiviti) Tahap 1 boleh digunakan sebagai eviden.
6.8 Pn. Maisarah melaporkan bahawa buku PPM telah dibawa oleh
PPM yang telah berpindah iaitu Pn. Suraya ke sekolah barunya.
Guru besar akan menghubungi guru besar sekolah tersebut.
7. 6.9 En. Saifullizan bagi pihak En. Yussri, Pengerusi kelab Staf
menjemput semua guru menghadiri Majlis Persaraan Pn. Wong di
kantin sekolah selepas bacaan yassin pada 9 November 2012.
Beliau sekali lagi menjemput semua guru menghadiri Jamuan Akhir
Tahun Kelab Staf & Jamuan Perpisahan Pn. Wong di Hotel Holiday
Inn pada hari Sabtu, 10 November 2012 jam 12.00 tgh –
3.00 petang.
Segala pembayaran yang belum diselesaikan bolehlah berjumpa
dengan Pn. Hjh. Fauziah.
6.10 AJK Bencana Banjir
( Sila rujuk lampiran 16)
6.11 Pn. Maznah mengedarkan borang serahan untuk diisi dan
dipulangkan bersama Buku Persediaan Mengajar dan lain-lain ke
pejabat pada hari akhir persekolahan.
Kunci-kunci Bilik Khas hendaklah diserahkan ke pejabat.
Beliau juga mengedarkan Jadual Bertugas Guru Semasa Cuti.
( Sila rujuk Lampiran 17).
GPK 1 menjemput semua guru terutamanya guru-guru Tahun 6
untuk hadir pada 19 November 2012 apabila keputusan UPSR
diumumkan.
6.12 Pada 9 November, selepas rehat semua murid masuk ke kelas
mengikut aliran 2013.Guru kelas diharap dapat menyusun dan
membersihkan bilik darjah ’baru’ bersama murid.
Guru-guru hendaklah masuk ke kelas masing- masing dan
pastikan semua murid berada dalam bilik
darjah.
6.13 En.Mohd. Fares mengingatkan guru-guru agar menghantar
Laporan 2012 dan Perancangan 2013 kepada S/U nya,
En. Suhaimi agar beliau dapat membuat rumusan.
Semua buku-buku aktiviti Ko-ku ( Uniform, Kelab & Persatuan)
harus diserahkan semula dan satu senarai semak akan dibuat.
Sekiranya ada guru yang tidak mengembalikan buku laporan
aktiviti, beliau akan dipanggil semula ke sekolah.
Sila cari buku laporan yang hilang.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.05 petang.