際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR


1. Undang-undang Kejohanan
1.0 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung dalam peraturan MSS Malaysia
Kelantan, MSS Malaysia, kejohanan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang Bola
Tampar Antarabangsa FIVB yang sedang berkuatkuasa.
1.1 Sekiranya timbul sebarang masalah penafsirannya,undang-undang dalam Bahasa
Inggeris
akan dipatuhi.
2. Jenis Pertandingan
2.0 Pertandingan dijalankan secara berpasukan 12 pemain.
2.1 Enam ( 6 ) pemain bermain ( termasuk Libero yang dimasukkan bila-bila masa ),
enam ( 6 )
pemain simpanan.
3. Pendaftaran Pemain / Pembentukan Pasukan
3.0 Penyertaan adalah terbuka kepada semua ahli gabungan MSS Malaysia Kelantan.
3.1 Sekolah / MSS Cawangan / MSS Daerah boleh menghantar satu pasukan lelaki dan
satu
pasukan perempuan bagi setiap peringkat umur bawah 12 , 15 dan 18 tahun.
3.2 Setiap pasukan terdiri daripada :
Pengurus Pasukan 1
Ketua Jurulatih 1
Jurulatih 1
Pen.Jurulatih Wanita 1
Pengadil 1 ( Bagi setiap peringkat umur )
Pemain 12
3.3 Pemain hendaklah seorang warganegara Malaysia, pelajar sekolah yang bergabung
dengan
MSS Malaysia Sabah berumur 12 , 15 atau 18 tahun pada 1 Januari tahun pertandingan.
3.4 Setiap pemain hendaklah membawa bersama kad pengenalan asal( bawah 15 dan 18
tahun /
salinan Surat Beranak yang disahkan oleh Guru Besar ( bawah 12 tahun ).Pemain yang
hilang kad pengenalan mesti mendapat surat pengesahan dengan gambar dari Pejabat
Pendaftaran ( Borang JPN 1/9 atau JPN 1/11 ). Pengesahan pemain akan dilakukan dalam
mesyuarat pengurus pasukan.
3.5 Setiap pasukan hendaklah mengisi borang ( Rujuk Lampiran ) :
Pendaftaran Individu M01 (bawah 15 dan 18 tahun)
R01 ( bawah 12 tahun )
Pendaftaran Pasukan M02 ( bawah 15 dan 18 tahun )
R02 ( bawah 12 tahun )
3.6 Sebarang pertukaran pemain selepas daripada mesyuarat ini tidak akan dibenarkan.
3.7 Seorang pemain hanya boleh didaftarkan untuk mewakili satu pasukan sahaja.
3.8 Dua ( 2 ) orang pemain tingkatan enam ( 6 ) dan berumur di bawah 20 tahun
dibolehkan
menyertai pasukan bawah 18 tahun dengan disertakan surat tawaran kemasukan ke
tingkatan enam atau keputusan peperiksaan akhir tahun di tingkatan enam bawah.
4. Sistem Pertandingan
4.0 Penyertaan yang tidak melebihi 5 pasukan, pertandingan akan dijalankan secara liga
satu
pusingan. Dua pasukan yang terbaik akan bertemu di peringkat akhir.
4.1 Dimana penyertaan tidak melebihi 6 hingga 8 pasukan, pertandingan akan dijalankan
secara
liga satu pusingan di dalam dua kumpulan A dan B.Kedua-dua pasukan yang berjaya ke
peringkat akhir pada kejohanan tahun lalu akan mengetuai kumpulan (seeded). Pasukan
Johan akan mengetuai Kumpulan Adan pasukan Naib Johan mengetuai Kumpulan B.
Pasukan
lain akan diundi untuk menentukan kumpulan masing-masing. Dua pasukan terbaik
daripada
kedua-dua kumpulan layak ke peringkat separuh akhir , dimana A1 akan bertemu B2 dan
B1
akan bertemu A2. Pemenang di dalam perlawanan ini akan bertanding di peringkat akhir
manakala pasukan yang kalah akan bertanding untuk merebut tempat ketiga dan
keempat.5. Cara Menentukan Keputusan
5.1 Pertandingan ini dikira dari dua set terbaik ( 2-0 atau 2-1 )
5.2 Mata kemenangan bagi bawah 12 tahun ialah 15 mata ( tidak dikira secara
rally.Sekiranya
kedudukan mata 14-14 maka permainan diteruskan perbezaan dua mata , contoh 16-14
atau
pasukan yang mencapai mata ke 17 dikira pemenang.
5.3 Bawah 15 dan 18 tahun kiraan mata ditentukan secara rally 25 mata ( pasukan yang
yang
memperolehi 25 mata terlebih dahulu dikira sebagai pemenang bagi set tersebut
.Sekiranya
kedudukan mata 24-24 maka permainan diteruskan sehingga tercapai perbezaan dua mata
,
contohnya 40-38 )
5.4 Pasukan yang menang diberikan 2 mata
Pasukan yang kalah diberikan 1 mata
Pembatalan teknik / tarik diri 0 mata
5.5 Sekiranya ada pasukan-pasukan mendapat mata yang sama, maka kaedah berikut
digunakan :
C = A/B
A = Jumlah set menang ( semua perlawanan)
B = Jumlah set kalah ( semua perlawanan )
C = Nisbah set
Pasukan yang mendapat nisbah set , C yang lebih tinggi dikira menang
6. Pakaian
6.1 Tiap-tiap pemain hendaklah memakai jersi dan seluar seragam.
6.2 Pemain Libero hendaklah menggunakan jersi yang berlainan warna daripada warna
jersi
pasukannya.
6.3 Jersi hendaklah bernombor saiz tidak kurang daripada 15 cm tingginya di depan dan
20 cm di
belakang.
6.4 Nombor yang digunakan adalah dari 1 hingga 18 sahaja.
6.5 Garis nombor hendaklah tidak kurang daripada 2 cm tebal.
6.6 Pasukan yang gagal memakai jersi mengikut peraturan di atas akan dilarang bermain
dan
pasukannya boleh dibatalkan perlawanan.
6.7 Pegawai pasukan hendaklah memakai pakaian yang seragam.
7. Gelanggang Pertandingan / Permainan
7.1 Semua garisan adalah 5 cm lebar.
7.2 Ukuran gelanggang bawah 15 dan 18 tahun 9m x 18m
bawah 12 tahun 8m x 16m
7.3 Ketinggian rasmi jaring untuk pertandingan ialah :
Lelaki bawah 8 2.43 meter
Lelaki bawah 15 2.35 meter
Perempuan bawah 18 2.24 meter
Perempuan bawah 15 2.20 meter
Lelaki dan perempuan bawah 12 2.10 meter
8. Alatan
8.1 Bola mestilah berbentuk sfera.Diperbuat daripada kulit lentur atau kuit sentetik
dengan satu
pundi dalaman di dalam diperbuat daripada getah.
8.2 Warna boleh seragam dan cerah atau kombinasi warna  warni.
8.3 Lilitan bawah 15 dan 18 65cm hingga 67cm
bawah 12 62cm hingga 64cm
Berat bawah 15 dan 18 260gm hingga 280 gm
bawah 12 200gm hingga 220 gm
Tekanan udara bawah 15 dan 18 0.30kg hingga 0.35kg
bawah 12 0.30kg hingga 0.35kg
Saiz bawah 15 dan 18 5
bawah 12 49. Kelewatan
9.1 Tiap-tiap pasukan mesti bersedia di gelanggang 30 minit sebelum masa yang
ditetapkan
untuk perlawanan.
9.2 Jika satu pasukan datang lewat 10 minit selepas masa yang ditetapkan tanpa sebab
yang
munasabah, pasukan tersebut akan diisytiharkan kalah dan pasukan lawan akan diberi
mata
kemenangan percuma 2-0 ( kiraan mata 25-0 , 25-0 ).
10. Pembatalan ( walkover )
10.1 Pasukan yang menarik diri dengan sengaja tidak akan dibenarkan meneruskan
perlawanan
seterusnya dan semua keputusan perlawanannya dibatalkan.
10.2 Pengelola akan menyediakan laporan tentang penarikan diri ini kepada urusetia
MSSM
Sabah.
9. Bantahan
9.1 Keputusan pengadil adalah muktamad.
9.2 Segala bantahan mengenai undang-undang permainan akan dirujuk kepada
Jawatankuasa
Teknik Bola Tampar MSS Malaysia Sabah dan keputusannya adalah dihormati.
9.3 Pasukan yang ingin membuat bantahan hendaklah mengemukakannya secara lisan
kepada
pengadil bertugas pada ketika insiden itu berlaku melalui Ketua Pasukan semasa dan
pengadilakan mencatatkan ingin bantahdi dalam score sheet serta-merta.
9.4 Bantahan Rasmi secara bertulis hendaklah dikemukakan kepada pihak pengelola
dalam masa
satu jam selepas perlawanannya tamat supaya bantahannya dapat dipertimbangkan.
9.5 Semua bantahan hendaklah disertakan dengan wang pendahuluan sebanyak RM 300 (
Ringgit
Tiga Ratus Sahaja )
9.6 Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan apabila bantahan tersebut didapati tidak
mengikut
peraturan atau munasabah.
9.7 Keputusan Juri Rayuan akan dibuat secara bertulis serta dimaklumkan kepada yang
berkenaan
dan keputusannya adalah muktamad.
10. Juri Rayuan
10.1 Juri Rayuan (minima 5 orang manakala maksima 7 orang ) yang dipengerusikan
oleh Pengerusi
Teknik Bola Tampar dengan ahlinya terdiri daripada Pengerusi Jawatankuasa Pengelola /
wakilnya, Setiausaha Kejohanan Pengelola Ex-Officio, Penyelaras Permainan MSS
Daerah /
MSS Malaysia Sabah serta 3 orang pengurus pasukan yang tidak terlibat dengan bantahan
akan bersidang dengan segera untuk menentukan kesahihan bantahan.
10.2 Rujuk Peraturan Am MSS Malaysia Sabah
11. Jawatankuasa Tatatertib
11.1 Jawatankuasa Tatatertib adalah terdiri daripada Pegawai Pelajaran Daerah,
Pengelola,
Pengerusi Teknik Bola Tampar, Wakil Urusetia MSS Daerah / MSS Malaysia Sabah dan
2 orang Pengurus Kontingen yang berkecuali.
11.2 Jawatankuasa ini berhak untuk mendapatkan maklumat dari mana-mana pihak yang
terbabit
dengan perkara yang dibincangkan untuk membuat keputusan.
13.3 Rujuk Peraturan Am MSS Malaysia Sabah
12. Perkara yang tidak dinyatakan
12.1 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh
Jawatankuasa
Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusan adalah muktamad
12.2 Sila Rujuk Peraturan Am MSS Malaysia Sabah
RAJAH GELANGGANG PERMAINAN
        BOLA TAMPAR BAWAH 12 TAHUN
MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA SABAH
RAJAH GELANGGANG PERMAINAN
        BOLA TAMPAR BAWAH 12 TAHUN
MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA SABAH

More Related Content

Undang2

  • 1. UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR 1. Undang-undang Kejohanan 1.0 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung dalam peraturan MSS Malaysia Kelantan, MSS Malaysia, kejohanan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang Bola Tampar Antarabangsa FIVB yang sedang berkuatkuasa. 1.1 Sekiranya timbul sebarang masalah penafsirannya,undang-undang dalam Bahasa Inggeris akan dipatuhi. 2. Jenis Pertandingan 2.0 Pertandingan dijalankan secara berpasukan 12 pemain. 2.1 Enam ( 6 ) pemain bermain ( termasuk Libero yang dimasukkan bila-bila masa ), enam ( 6 ) pemain simpanan. 3. Pendaftaran Pemain / Pembentukan Pasukan 3.0 Penyertaan adalah terbuka kepada semua ahli gabungan MSS Malaysia Kelantan. 3.1 Sekolah / MSS Cawangan / MSS Daerah boleh menghantar satu pasukan lelaki dan satu pasukan perempuan bagi setiap peringkat umur bawah 12 , 15 dan 18 tahun. 3.2 Setiap pasukan terdiri daripada : Pengurus Pasukan 1 Ketua Jurulatih 1 Jurulatih 1 Pen.Jurulatih Wanita 1 Pengadil 1 ( Bagi setiap peringkat umur ) Pemain 12 3.3 Pemain hendaklah seorang warganegara Malaysia, pelajar sekolah yang bergabung dengan MSS Malaysia Sabah berumur 12 , 15 atau 18 tahun pada 1 Januari tahun pertandingan. 3.4 Setiap pemain hendaklah membawa bersama kad pengenalan asal( bawah 15 dan 18 tahun /
  • 2. salinan Surat Beranak yang disahkan oleh Guru Besar ( bawah 12 tahun ).Pemain yang hilang kad pengenalan mesti mendapat surat pengesahan dengan gambar dari Pejabat Pendaftaran ( Borang JPN 1/9 atau JPN 1/11 ). Pengesahan pemain akan dilakukan dalam mesyuarat pengurus pasukan. 3.5 Setiap pasukan hendaklah mengisi borang ( Rujuk Lampiran ) : Pendaftaran Individu M01 (bawah 15 dan 18 tahun) R01 ( bawah 12 tahun ) Pendaftaran Pasukan M02 ( bawah 15 dan 18 tahun ) R02 ( bawah 12 tahun ) 3.6 Sebarang pertukaran pemain selepas daripada mesyuarat ini tidak akan dibenarkan. 3.7 Seorang pemain hanya boleh didaftarkan untuk mewakili satu pasukan sahaja. 3.8 Dua ( 2 ) orang pemain tingkatan enam ( 6 ) dan berumur di bawah 20 tahun dibolehkan menyertai pasukan bawah 18 tahun dengan disertakan surat tawaran kemasukan ke tingkatan enam atau keputusan peperiksaan akhir tahun di tingkatan enam bawah. 4. Sistem Pertandingan 4.0 Penyertaan yang tidak melebihi 5 pasukan, pertandingan akan dijalankan secara liga satu pusingan. Dua pasukan yang terbaik akan bertemu di peringkat akhir. 4.1 Dimana penyertaan tidak melebihi 6 hingga 8 pasukan, pertandingan akan dijalankan secara liga satu pusingan di dalam dua kumpulan A dan B.Kedua-dua pasukan yang berjaya ke peringkat akhir pada kejohanan tahun lalu akan mengetuai kumpulan (seeded). Pasukan Johan akan mengetuai Kumpulan Adan pasukan Naib Johan mengetuai Kumpulan B. Pasukan lain akan diundi untuk menentukan kumpulan masing-masing. Dua pasukan terbaik daripada kedua-dua kumpulan layak ke peringkat separuh akhir , dimana A1 akan bertemu B2 dan B1 akan bertemu A2. Pemenang di dalam perlawanan ini akan bertanding di peringkat akhir
  • 3. manakala pasukan yang kalah akan bertanding untuk merebut tempat ketiga dan keempat.5. Cara Menentukan Keputusan 5.1 Pertandingan ini dikira dari dua set terbaik ( 2-0 atau 2-1 ) 5.2 Mata kemenangan bagi bawah 12 tahun ialah 15 mata ( tidak dikira secara rally.Sekiranya kedudukan mata 14-14 maka permainan diteruskan perbezaan dua mata , contoh 16-14 atau pasukan yang mencapai mata ke 17 dikira pemenang. 5.3 Bawah 15 dan 18 tahun kiraan mata ditentukan secara rally 25 mata ( pasukan yang yang memperolehi 25 mata terlebih dahulu dikira sebagai pemenang bagi set tersebut .Sekiranya kedudukan mata 24-24 maka permainan diteruskan sehingga tercapai perbezaan dua mata , contohnya 40-38 ) 5.4 Pasukan yang menang diberikan 2 mata Pasukan yang kalah diberikan 1 mata Pembatalan teknik / tarik diri 0 mata 5.5 Sekiranya ada pasukan-pasukan mendapat mata yang sama, maka kaedah berikut digunakan : C = A/B A = Jumlah set menang ( semua perlawanan) B = Jumlah set kalah ( semua perlawanan ) C = Nisbah set Pasukan yang mendapat nisbah set , C yang lebih tinggi dikira menang 6. Pakaian 6.1 Tiap-tiap pemain hendaklah memakai jersi dan seluar seragam. 6.2 Pemain Libero hendaklah menggunakan jersi yang berlainan warna daripada warna jersi pasukannya.
  • 4. 6.3 Jersi hendaklah bernombor saiz tidak kurang daripada 15 cm tingginya di depan dan 20 cm di belakang. 6.4 Nombor yang digunakan adalah dari 1 hingga 18 sahaja. 6.5 Garis nombor hendaklah tidak kurang daripada 2 cm tebal. 6.6 Pasukan yang gagal memakai jersi mengikut peraturan di atas akan dilarang bermain dan pasukannya boleh dibatalkan perlawanan. 6.7 Pegawai pasukan hendaklah memakai pakaian yang seragam. 7. Gelanggang Pertandingan / Permainan 7.1 Semua garisan adalah 5 cm lebar. 7.2 Ukuran gelanggang bawah 15 dan 18 tahun 9m x 18m bawah 12 tahun 8m x 16m 7.3 Ketinggian rasmi jaring untuk pertandingan ialah : Lelaki bawah 8 2.43 meter Lelaki bawah 15 2.35 meter Perempuan bawah 18 2.24 meter Perempuan bawah 15 2.20 meter Lelaki dan perempuan bawah 12 2.10 meter 8. Alatan 8.1 Bola mestilah berbentuk sfera.Diperbuat daripada kulit lentur atau kuit sentetik dengan satu pundi dalaman di dalam diperbuat daripada getah. 8.2 Warna boleh seragam dan cerah atau kombinasi warna warni. 8.3 Lilitan bawah 15 dan 18 65cm hingga 67cm bawah 12 62cm hingga 64cm Berat bawah 15 dan 18 260gm hingga 280 gm bawah 12 200gm hingga 220 gm Tekanan udara bawah 15 dan 18 0.30kg hingga 0.35kg bawah 12 0.30kg hingga 0.35kg Saiz bawah 15 dan 18 5
  • 5. bawah 12 49. Kelewatan 9.1 Tiap-tiap pasukan mesti bersedia di gelanggang 30 minit sebelum masa yang ditetapkan untuk perlawanan. 9.2 Jika satu pasukan datang lewat 10 minit selepas masa yang ditetapkan tanpa sebab yang munasabah, pasukan tersebut akan diisytiharkan kalah dan pasukan lawan akan diberi mata kemenangan percuma 2-0 ( kiraan mata 25-0 , 25-0 ). 10. Pembatalan ( walkover ) 10.1 Pasukan yang menarik diri dengan sengaja tidak akan dibenarkan meneruskan perlawanan seterusnya dan semua keputusan perlawanannya dibatalkan. 10.2 Pengelola akan menyediakan laporan tentang penarikan diri ini kepada urusetia MSSM Sabah. 9. Bantahan 9.1 Keputusan pengadil adalah muktamad. 9.2 Segala bantahan mengenai undang-undang permainan akan dirujuk kepada Jawatankuasa Teknik Bola Tampar MSS Malaysia Sabah dan keputusannya adalah dihormati. 9.3 Pasukan yang ingin membuat bantahan hendaklah mengemukakannya secara lisan kepada pengadil bertugas pada ketika insiden itu berlaku melalui Ketua Pasukan semasa dan pengadilakan mencatatkan ingin bantahdi dalam score sheet serta-merta. 9.4 Bantahan Rasmi secara bertulis hendaklah dikemukakan kepada pihak pengelola dalam masa satu jam selepas perlawanannya tamat supaya bantahannya dapat dipertimbangkan. 9.5 Semua bantahan hendaklah disertakan dengan wang pendahuluan sebanyak RM 300 ( Ringgit Tiga Ratus Sahaja )
  • 6. 9.6 Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan apabila bantahan tersebut didapati tidak mengikut peraturan atau munasabah. 9.7 Keputusan Juri Rayuan akan dibuat secara bertulis serta dimaklumkan kepada yang berkenaan dan keputusannya adalah muktamad. 10. Juri Rayuan 10.1 Juri Rayuan (minima 5 orang manakala maksima 7 orang ) yang dipengerusikan oleh Pengerusi Teknik Bola Tampar dengan ahlinya terdiri daripada Pengerusi Jawatankuasa Pengelola / wakilnya, Setiausaha Kejohanan Pengelola Ex-Officio, Penyelaras Permainan MSS Daerah / MSS Malaysia Sabah serta 3 orang pengurus pasukan yang tidak terlibat dengan bantahan akan bersidang dengan segera untuk menentukan kesahihan bantahan. 10.2 Rujuk Peraturan Am MSS Malaysia Sabah 11. Jawatankuasa Tatatertib 11.1 Jawatankuasa Tatatertib adalah terdiri daripada Pegawai Pelajaran Daerah, Pengelola, Pengerusi Teknik Bola Tampar, Wakil Urusetia MSS Daerah / MSS Malaysia Sabah dan 2 orang Pengurus Kontingen yang berkecuali. 11.2 Jawatankuasa ini berhak untuk mendapatkan maklumat dari mana-mana pihak yang terbabit dengan perkara yang dibincangkan untuk membuat keputusan. 13.3 Rujuk Peraturan Am MSS Malaysia Sabah 12. Perkara yang tidak dinyatakan 12.1 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusan adalah muktamad 12.2 Sila Rujuk Peraturan Am MSS Malaysia Sabah
  • 7. RAJAH GELANGGANG PERMAINAN BOLA TAMPAR BAWAH 12 TAHUN MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA SABAH
  • 8. RAJAH GELANGGANG PERMAINAN BOLA TAMPAR BAWAH 12 TAHUN MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA SABAH