1. SEKOLAH KEBANGSAAN BANGSAR
JALAN PANTAI BARU, 52900 KUALA LUMPUR
Kertas Kerja Program Membina Sudut Doktor Muda
1.0 PENGENALAN
Sekolah adalah sebuah insitusi pendidikan yang dapat membangunkan insan kea rah
kecemerlangan akademik , sahsiah dan ko kurikulum. Persekitaran sekolah yang
kondusif dapat memberi keselesaan dan rasa selamat kepada warga sekolah
sepanjang menjalankan aktiviti di sekolah sama ada aktiviti kurikulum, ko kurikulum
mahu pun aktiviti sahsiah atau kerohanian. Proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam atau di luar bilik darjah juga akan dapat berlangsung dengan sempurna . Aktiviti
Ko kurikulum yang dijalankan setiap minggu dapat memberi pendedahan baru kepada
murid dan penglibatan dalam setiap aktiviti kelab yang terdapat di sekolah dapat
membentuk disiplin dan kepimpinan dalam diri murid-murid.
2.0 RASIONAL
Prasarana dan pengurusan persekitaran sekolah yang kondusif menjadi agenda utama
serta sering dijadikan sebagai satu budaya yang perlu diterapkan di
sekolah.Persekitaran yang akan diwujudkan mestilah sesuai dan selari dengan
kehendak sesuatu perancangan atau program yang telah dirangka terlebih awal
sebelum ianya direalisaikan.Justeru sebagai tempat yang akan menjadi perhatian
ramai, setiap sudut di kawasan sekolah mestilah berperanan menarik perhatian semua
orang khususnya warga sekolah. Sudut tersebut mestilah senang dikunjungi dan dapat
memberikan perkhidmatannya secara optimum kepada sesiapa sahaja selain
persekitarannya yang kondusif di gabungkan pula dengan keselesaan yang dapat
menarik minat semua orang untuk mengujunginya pada bila-bila masa sahaja.Secara
tidak langsung sudut yang bermaklumat ini akan menjadi sumber kepada murid untuk
mendapatkan info-info yang berkaitan.Sudut ini juga diharap akan menjadi satu wadah
yang boleh menonjolkan budaya sekolah .
3.0 OBJEKTIF
1) Merancang dan melaksanakan aktiviti yang dipersetujui oleh pihak sekolah
2) Menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam sebagai sumbangan terhadap pihak
sekolah.
3) Menjadikan sudut –sudut di sekolah sebagai kawasan yang menarik serta
bermaklumat kepada semua.
4) Aktiviti yang dijalankan sebagai satu gerak kerja ko kurikulum yang menarik kepada
guru dan murid-murid.
2. 5) Menjadikan prasarana sekolah sebagai tempat yang dihargai oleh semua.
4.0 TEMPOH DAN PELAKSANAAN
Tempoh : Tiga minggu
Tempat : Sudut bawah tangga kaknan Blok A
5.0 SASARAN
Murid-murid dan guru-guru SK Bangsar serta pelawat , orang ramai yang datang
berkunjung.
6.0 AHLI JAWATANKUASA
Penasihat : Pn.Che Norizam Bt Abdullah ( Guru Besar)
Pengerusi : Pn.Siti Maziah Bt Malik (GPK Kurikulum)
: Pn.Nor Shafina Bt Yasak ( GPK HEM)
Penyelaras Projek : Pn.Norsilah Bt Dali ( GPK Ko kurikulum )
Pen.Peny.Projek : En.Wan Roshdan Bin Wan Ahmad
Setiausaha : Pn.Zuhaida Bt Zainal Abidin (Peng.Kelab Doktor Muda)
Pereka Grafik : Aidid Bin Ab Rahman
Ahli Jawatankuasa : Siti Aminah Bt Ahmad
Maria A/P Joseph
Nurliyana Bt Abdullah
Azni Bt Abu Bakar
Suzana Bt Ahmad
Mohd Azman Bin Mohd Ismail
3. 7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA HARGA / KOS
1.
Berus Cat / Thiner RM 20.00
2. Cat Dinding / Pelaka / Cat Grill RM 80.00
3. Tikar Getah RM 40.00
JUMLAH RM140 .00
8.0 SUMBER KEWANGAN
Persatuan Ibu Bapa Dan Guru Sek.Keb.Bangsar
9.0 PERANCANGAN PROJEK
BIL AKTIVITI BAHAN TINDAKAN
1.
Perbincangan bersama rakan
kumpulan mengenai projek
yang akan di jalankan .
Draf kasar gambar
berkenaan projek
yang akan
dijalankan
Rakan dalam
kumpulan
2.
Pembinaan kertas kerja projek
dan anggaran perbelajaan.
Kertas Kerja Setiausaha
3.
Perbincangan dan pemilihan
konsep serta reka bentuk
bersama ahli jawatan kuasa
dan pihak pentadbir untuk
mendapatkan khidmat nasihat
bagi mendapat kelulusan
daripada guru besar
Kertas Cadangan
- Guru Besar
- Pengerusi
Projek
- Penyelaras
projek
- AJK
4. 4.
Pemilhan konsep yang
bersesuaian dengan matlamat
Kelab Doktor Muda
Tema atau konsep
yang bersesuaian
Semua AJK kerja
5.
Projek dimulakan dengan
membersihkan sudut yang
telah dipilih terlebih dahulu
Penyapu, berus ,
sabun dan air
Semua AJK kerja
6. Projek dimulakan
Bahan dan alatah
mengecat
Semua AJK kerja
7. Refleksi dan dokumentasi
Kertas
dokumentasi
Setiausaha
10.0 PENUTUP
Perancangan kertas kerja projek membina sudut Doktor Muda ini sebenarnya adalah
untuk memudahkan pengurusan projek yang akan dikendalikan oleh semua Ahli
jawatankuasa. Saya berharap projek membina sudut Doktor Muda ini akan dapat
dilaksanakan dengan baik seperti yang telah dirancang.Projek ini akan memberi satu
pengalaman yang berharga kepada semua Ahli jawatankuasa dalam menghasilkan
sesuatu kepada sekolah dan dapat dimanfaatkan oleh semua warga sekolah dalam
mencari info-info yang berkaitan.Selain itu, pembinaan Sudut Doktor Muda ini juga
akan mewujudkan satu lagi kawasan yang ceria di Sekolah Keb. Bangsar.
Disediakan oleh,
………………………..
( PN.ZUHAIDA BT ZAINAL ABIDIN )
Setiausaha,,
Projek Sudut Doktor Muda,
SK Bangsar
5. Disemak oleh,
…………………….
( PN.NORSILAH BT DALI )
GPK Ko Kurikulum
Penyelaras Projek Sudut Doktor Muda
Sek.Keb.Bangsar
Disahkan oleh,
………………………
(PN.SITI MAZIAH BT MALIK )
GPK Tadbiran dan Kurikulum
Sek.Keb.Bangsar
Diluluskan oleh ,
……………………………..
(PN.CHE NORIZAM BT ABDULLAH )
Guru Besar,
Sek.Keb.Bangsar