1. 息 Copyright Eruwan Gerry Norsen www.RahsiaRajaLelong.com
Rahsia Kejayaan
Dato Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah
Oleh: Eruwan Gerry Norsen
www.RahsiaRajaLelong.com
Diterbitkan oleh:
1
2. 息 Copyright Eruwan Gerry Norsen www.RahsiaRajaLelong.com
Perhatian
Ebook ini telah ditulis dengan tujuan untuk berkongsi pendapat, pengalaman dan
maklumat mengenai tajuk yang diberikan. Ia tidak seharusnya diambil sebagai
mengandungi nasihat kewangan, perniagaan atau undang-undang. Segala
pendapat dan idea yang dikongsi di dalam ebook ini mungkin tidak sesuai untuk
setiap individu dan tidak akan menjamin kejayaan buat semua pihak.
Usaha telah dijalankan untuk memastikan ketepatan ebook ini semasa peringkat
penulisan. Namun demikian, sila maklum bahawa dunia maklumat sentiasa
bergerak dengan pantas. Oleh yang demikian, beberapa maklumat di dalam
ebook ini mungkin tidak lagi tepat pada masa anda membacanya.
Tiada jaminan bahawa setiap maklumat yang terkandung di dalam ebook ini
adalah tepat dan menyeluruh. Pihak penerbit dan penulis tidak akan
bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti, kerugian dan risiko sama ada
peribadi atau tidak yang berpunca daripada penggunaan maklumat yang
terkandung di dalam ebook ini secara langsung atau tidak langsung.
2
3. 息 Copyright Eruwan Gerry Norsen www.RahsiaRajaLelong.com
Hakcipta & Cap Dagangan
Ebook ini merupakan terbitan syarikat e-Auction Marketing Center.
Hasil karya ini merupakan hakcipta Eruwan Gerry Norsen.
Semua logo, slogan, barangan dan harta intelek yang terkandung di dalam
ebook ini sama ada secara format bertulis atau visual merupakan hakcipta dan
hakmilik pemiliknya masing-masing.
PERINGATAN
[YA] Anda BOLEH menggunakan ebook ini sebagai sumber rujukan
untuk tujuan peribadi
[TIDAK] Anda TIDAK BOLEH menjual ebook ini kepada individu lain
[TIDAK] Anda TIDAK BOLEH memberikan ebook ini secara percuma
atau sebagai bonus
[TIDAK] Anda TIDAK BOLEH menukar sebarang maklumat
atau tulisan di dalam ebook ini
[TIDAK] Anda TIDAK BOLEH menukar sebarang pautan di dalam
ebook ini
3
4. 息 Copyright Eruwan Gerry Norsen www.RahsiaRajaLelong.com
Pengenalan
Dato Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah merupakan di antara ikon yang paling
terkenal di dalam bidang motivasi dan kecemerlangan diri di Malaysia. Beliau
telah berada di tempat teratas di dalam bidang ini di Malaysia semenjak
berbelas-belas tahun lamanya!
Oleh itu, saya berasa amat bertuah kerana berpeluang untuk bersama-sama
dengan beliau di dalam satu majlis rasmi. Peluang ini sudah pasti tidak saya sia-
siakan.
Setelah kami mempunyai kelapangan untuk berbual selepas majlis tersebut,
saya telah mengajukan satu persoalan kepada beliau yang sudah lama ingin
saya ajukan kepada beliau iaitu Apakah rahsia kejayaan beliau?
Beliau tanpa berselindung telah berkongsi dengan saya secara panjang lebar
apa yang pada pendapat beliau telah membolehkan beliau berjaya dan
mengekalkan kejayaan beliau untuk satu tempoh yang lama.
Menurut beliau, rezeki yang telah beliau perolehi adalah pemberian Allah S.W.T.
Namun demikian, Allah S.W.T tidak akan memberikan rezeki kepada kita tanpa
sebarang usaha daripada diri kita sendiri.
Oleh itu, di laman-laman yang seterusnya, saya menyenaraikan amalan yang
beliau pegang di dalam kehidupan seharian sebagai usaha untuk mencapai
kejayaan yang berterusan. Semoga ilmu yang beliau kongsikan kepada saya
sebelum ini dapat saya kongsikan kepada anda dan menjadi pendorong kepada
diri anda untuk terus maju di dalam bidang anda.
4
5. 息 Copyright Eruwan Gerry Norsen www.RahsiaRajaLelong.com
1. Berusaha melakukan yang terbaik
Dalam apa jua perkara yang beliau lakukan, Dato akan berusaha bersungguh-
sungguh untuk melakukan yang terbaik. Beliau tidak suka untuk melakukan
sesuatu dengan sambil lewa atau tidak dengan sepenuh hati. Beliau akan
berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan apa jua yang beliau ingin
lakukan.
Sikap inilah yang telah mampu membantu beliau untuk terus berada di puncak
tertinggi senarai pakar motivasi yang terdapat di Malaysia pada masa kini.
Pada saya, sikap hebat yang beliau miliki ini wajib dicontohi oleh sesiapa sahaja
tanpa mengira apa jua bidang yang anda ceburi.
Di dalam perniagaan internet, anda perlu memiliki sikap ini untuk membolehkan
anda mencapai kejayaan yang hebat di dalam model perniagaan internet yang
anda ceburi. Terlalu ramai orang yang menceburi sesuatu model perniagaan
internet pada masa kini tetapi hanya melakukannya dengan sambil lewa dan
tidak bersungguh-sungguh. Akhirnya, hasil yang mereka perolehi tidaklah
seberapa. Ini akan mengakibatkan mereka menyalahkan model perniagaan
internet tersebut yang telah menyebabkan mereka tidak mampu mencapai
kejayaan walhal sebenarnya ia adalah disebabkan sikap mereka sendiri yang
tidak bersungguh-sungguh di dalam menjalankan model perniagaan tersebut.
Oleh itu, jika anda ingin mencapai kejayaan yang hebat di dalam model
perniagaan internet yang anda ceburi, contohilah sikap Dato Dr. Hj. Mohd.
Fadzilah Kamsah iaitu sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam
apa jua perkara yang anda lakukan.
5
6. 息 Copyright Eruwan Gerry Norsen www.RahsiaRajaLelong.com
2. Jangan ulangi kesilapan
Memandangkan Dato. Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah sudah lama berada di
dalam bidang motivasi dan kecemerlangan diri di Malaysia, beliau sudah melalui
segala-galanya yang boleh dilalui oleh seseorang usahawan di dalam
menjalankan perniagaan. Dengan ini, pengalaman yang dimiliki oleh beliau
memang tidak dapat disaingi oleh mana-mana individu lain yang turut sama
memberikan perkhidmatan seperti apa yang boleh beliau berikan.
Dengan berbekalkan pengalaman tersebut, perkara paling utama yang perlu
seseorang usahawan titik-beratkan adalah untuk tidak mengulangi sesuatu
kesilapan yang telah dilakukannya sebelum ini.
Jika anda sebagai seorang usahawan, telah mencuba satu strategi baru, tetapi
strategi tersebut tidak berkesan dan telah mengakibatkan anda mengalami
kerugian, maka anda tidak sepatutnya mengulangi strategi tersebut kerana
sudah terbukti yang ianya tidak berkesan.
Perkara yang penting di sini adalah, jika anda telah melakukan sesuatu
kesilapan, belajarlah daripada kesilapan tersebut dan pastikan yang anda tidak
mengulangi kesilapan tersebut. Carilah cara lain yang lebih berkesan dan
gunakan cara tersebut.
Jika anda masih menggunakan cara yang sama walaupun sudah tahu yang
ianya tidak berkesan, maka anda hanya akan merugikan diri anda sendiri.
6
7. 息 Copyright Eruwan Gerry Norsen www.RahsiaRajaLelong.com
3. Jangan ada rasa riak
Menurut Dato lagi, jangan ada sebarang perasaan riak di dalam diri anda.
Walaupun anda sudah berjaya sampai ke sesuatu tahap yang lebih baik
daripada orang-orang lain yang berada di dalam bidang yang sama dengan
anda, janganlah sehingga anda menyimpan rasa riak, bangga dan sombong
terhadap orang lain.
Itulah prinsip hidup yang Dato pegang. Di sepanjang perbualan saya dengan
beliau, terdapat ramai orang daripada pelbagai lapisan seperti orang-orang yang
berpangkat besar sehingga orang-orang yang berpangkat rendah menegur dan
menyapa beliau, dan beliau melayan mereka sama sahaja tanpa ada sebarang
rasa riak ataupun sombong. Daripada pengamatan saya itu, memang jelas yang
Dato berpegang kepada kata-katanya. Tidak hairanlah rezeki beliau semakin
bertambah disebabkan sikap rendah diri yang beliau miliki. Saya memang
bertambah kagum dengan beliau.
Malangnya ramai dikalangan orang-orang lain yang telah berjaya, mula bersikap
sombong dan riak di atas kejayaan mereka. Mereka mula beranggapan bahawa
orang-orang lain berada di bawah mereka dan tidak sepatutnya berbual mesra
dengan mereka.
Janganlah sampai anda juga terjerumus ke dalam keadaan yang sama. Ikutlah
resmi padi, semakin berisi maka semakin tunduk.
7
8. 息 Copyright Eruwan Gerry Norsen www.RahsiaRajaLelong.com
4. Bantu orang lain untuk berjaya
Salah satu lagi rahsia yang telah Dato Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah kongsikan
kepada saya adalah, jika anda ingin berjaya, terlebih dahulu anda perlu
membantu orang lain untuk berjaya.
Semakin ramai orang yang anda bantu untuk berjaya maka akan semakin
besarlah kejayaan yang bakal anda perolehi.
Perkara ini merujuk kepada ilmu dan bantuan yang anda berikan kepada orang
lain. Semakin banyak ilmu dan bantuan yang anda hulurkan kepada orang lain
untuk membantu orang tersebut untuk berjaya, maka Allah S.W.T akan turut
membantu memurahkan rezeki anda dan akan membantu anda untuk berjaya.
Semakin besar jumlah orang yang anda bantu maka akan lebih cepat dan
besarlah kejayaan yang bakal anda perolehi.
Namun demikian, perkara yang harus diingat di sini adalah bantuan yang anda
hulurkan itu perlulah ikhlas dan anda tidak sepatutnya mengharapkan sebarang
balasan daripada orang yang telah anda bantu tadi.
Insya-Allah dengan niat yang baik dan ilmu berguna yang telah anda sampaikan,
anda juga akan mampu mencapai kejayaan di dalam bidang perniagaan anda.
8
9. 息 Copyright Eruwan Gerry Norsen www.RahsiaRajaLelong.com
5. Jangan berhenti menuntut ilmu
Pada masa saya berbual dengan Dato, beliau sudah pun berumur 58 tahun.
Namun demikian, beliau masih lagi aktif untuk mempelajari perkara-perkara baru
mengenai bidang yang beliau ceburi.
Ini merupakan di antara rahsia kejayaan beliau iaitu beliau sentiasa memperbaiki
diri dengan mempelajari perkara-perkara baru. Jika terdapat sebarang
perkembangan-perkembangan terbaru yang berkaitan dengan bidang kajian dan
perniagaan beliau, maka beliau tidak akan teragak-agak untuk mempelajarinya.
Beliau juga merupakan seorang yang rajin membaca dan sentiasa membaca
buku-buku ilmiah, agama dan perniagaan yang boleh membantu diri beliau untuk
menjadi seorang yang lebih berilmu.
Jika Dato yang sudah berumur 58 tahun masih lagi aktif belajar, apa pula
dengan diri kita yang jauh lebih muda daripada Dato. Kita sepatutnya
menjadikan amalan beliau ini satu motivasi kepada diri kita untuk terus menerus
mempelajari sebarang ilmu baru yang berkaitan dengan bidang perniagaan kita.
9
10. 息 Copyright Eruwan Gerry Norsen www.RahsiaRajaLelong.com
6. Sentiasa berdoa
Dato Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah memang menjaga solat beliau. Di samping
solat-solat Fardhu, beliau juga selalu melakukan solat-solat sunat.
Setiap kali selepas solat, beliau akan berdoa kepada Allah S.W.T untuk terus
memberikan kekuatan kepada beliau untuk membantu orang lain dan juga untuk
mempermudahkan urusan beliau dan menambahkan rezeki beliau.
Ujar Dato, kita perlu sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T pada setiap masa
kerana rezeki datang daripada Allah S.W.T. Hanya Allah S.W.T yang
memberikan rezeki kepada manusia. Oleh itu, kita sebagai hamba-hambanya
perlu memohon daripada-Nya untuk sebarang keinginan kita.
Jika kita menginginkan rezeki kita bertambah, maka kita perlu memohon kepada-
Nya dengan ikhlas dan penuh rasa rendah diri.
Selepas berdoa dan memohon kepada Allah S.W.T, kita perlu berusaha
bersungguh-sungguh dan seterusnya bertawakal selepas habis berusaha.
Rezeki hanya datang daripada Allah S.W.T, oleh itu, kita tidak seharusnya segan
untuk memohon daripada-Nya.
10
11. 息 Copyright Eruwan Gerry Norsen www.RahsiaRajaLelong.com
7. Doa keluarga
Selain daripada doa yang datang daripada diri kita sendiri, salah satu lagi doa
yang akan mempengaruhi rezeki dan kejayaan yang bakal kita perolehi adalah
doa yang datang daripada keluarga kita sendiri.
Sekiranya anda belum berkahwin, ia adalah doa daripada ibu bapa anda.
Sekiranya anda sudah berkahwin, ia adalah doa daripada suami atau isteri anda.
Doa yang dipohon oleh ahli keluarga anda akan turut menjadi penentu kejayaan
diri anda.
Dalam pada itu, Dato telah berpesan agar kita sentiasa menjaga perhubungan
kita dengan ahli-ahli keluarga kita iaitu ibu bapa, suami atau isteri dan juga
kepada anak-anak. Ini adalah kerana doa mereka terhadap kita adalah mustajab.
Jika ahli keluarga kita mendoakan sesuatu yang buruk untuk kita, maka besar
kemungkinan ianya akan berlaku. Sekiranya ahli keluarga kita mendoakan
sesuatu yang baik untuk kita, maka besar kemungkinan yang ianya akan berlaku.
Lebih-lebih lagi jika doa tersebut datang daripada ibu bapa kita sendiri.
Oleh itu, jagalah perhubungan anda dengan ahli-ahli keluarga anda dan mintalah
mereka untuk mendoakan perkara-perkara yang baik untuk diri dan perniagaan
anda.
11
12. 息 Copyright Eruwan Gerry Norsen www.RahsiaRajaLelong.com
8. Kesihatan mental dan fizikal
Menurut Dato, kesihatan mental dan fizikal berkait rapat dengan faktor
pemakanan dan aktiviti sosial kita.
Jika kita menginginkan tubuh yang sihat, maka kita perlu sentiasa menjaga
pemakanan kita dengan memakan makanan yang baik dan halal. Selain itu, kita
perlu selalu bersenam dan melakukan aktiviti riadah dengan tujuan untuk
menyihatkan badan.
Dari segi kesihatan mental, selain pemakanan, aktiviti baik dan berbentuk
spiritual juga perlu kita lakukan. Jangan sampai kita bertindak melakukan
perkara-perkara yang haram dan tidak baik kerana lambat laun ia akan
menjejaskan kesihatan mental kita. Oleh itu, perbanyakkan melihat, membaca
dan melakukan aktiviti-aktiviti yang baik kerana ianya akan mampu memberikan
kesihatan yang baik untuk mental kita.
Setelah kita memiliki kesihatan mental dan fizikal yang baik, maka kita akan lebih
bersedia untuk berusaha untuk mencapai kejayaan di dalam apa juga yang kita
lakukan.
Saya amat pasti yang Dato mementingkan kesihatan mental dan fizikal beliau
kerana perwatakan beliau amat baik dan rupa paras beliau langsung tidak
menggambarkan seseorang yang sudah berumur 58 tahun tetapi lebih kepada
seseorang yang berumur di dalam lingkungan 40-an.
12
13. 息 Copyright Eruwan Gerry Norsen www.RahsiaRajaLelong.com
Penutup
Saya amat pasti yang anda merasakan kesemua rahsia yang telah Dato
kongsikan kepada saya ini nampak mudah dan ringkas. Tetapi pada hakikatnya,
amalan-amalan inilah yang membolehkan beliau untuk terus berada di puncak
kejayaan untuk satu jangkamasa yang lama.
Jika amalan-amalan mudah ini yang telah mampu membawa Dato Dr. Hj Mohd
Fadzilah Kamsah ke puncak kejayaan, siapalah kita untuk mengatakan yang
rahsia-rahsia ini tidak boleh membantu kita tanpa terlebih dahulu mencubanya.
Menurut Dato, apa yang penting di dalam amalan kita adalah kita melakukannya
secara konsisten untuk satu jangkamasa yang panjang. Jangan mengharapkan
kejayaan dengan hanya melakukan sesuatu perkara sekali sahaja atau untuk
satu jangkamasa yang singkat sahaja.
Kejayaan yang sebenarnya memerlukan usaha yang berterusan daripada diri
kita.
Oleh itu, marilah kita bersama-sama berusaha ke arah kejayaan dengan
berpandukan rahsia-rahsia yang telah Dato Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah
kongsikan kepada kita ini.
Saya akan mendoakan kejayaan anda.
Salam hormat.
Eruwan Gerry Norsen
www.RahsiaRajaLelong.com
13
14. 息 Copyright Eruwan Gerry Norsen www.RahsiaRajaLelong.com
Biografi
Eruwan Gerry Norsen merupakan Pakar Lelongan Online di Malaysia.
Beliau merupakan penjual dan pembeli veteran di dalam portal lelongan online
#1 di Malaysia iaitu Lelong.com.my dan juga portal lelongan online #1 di dunia
iaitu eBay.com.
Beliau juga merupakan Education Specialist trained by eBay yang menjadikan
beliau di antara sebilangan kecil ahli di Malaysia yang telah menerima
pengiktirafan dari eBay sebagai individu yang layak mengajar individu lain
mengenai eBay.
Beliau merupakan penulis buku utama di Malaysia mengenai lelongan online,
telah muncul di kaca televisyen dan telah mengadakan pelbagai ceramah di
seluruh negara mengenai topik tersebut.
Kini beliau sedang menjalankan pelbagai projek dengan tujuan untuk membantu
lebih ramai rakyat Malaysia memulakan perniagaan internet yang berjaya.
Beliau menawarkan newsletter bulanan percuma yang mengandungi pelbagai
rahsia dan tip-tip lelongan online melalui laman web beliau di
www.RahsiaRajaLelong.com
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan, beliau boleh dihubungi di
alamat email eruwan@rahsiarajalelong.com.
14