ºÝºÝߣ

ºÝºÝߣShare a Scribd company logo
Sains tahun 4
Unit 2
(Manusia)
Organ pernafasan manusia
Hidung Trakea Peparu
1. Manusia bernafas untuk hidup.
2. Semasa bernafas, manusia menyedut udara masuk ke dalam peparu dan
menghembus udara keluar dari peparu.
3. Peparu merupakan organ pernafasan manusia.
4. Organ yang terlibat semasa proses pernafasan ialah hidung, trakea, dan
peparu.
5. Saiz peparu kiri lebih kecil berbanding dengan saiz peparu kanan kerana
jantung kita berada di sebelah kiri.
Hidung
Trakea
Peparu
Proses pernafasan manusia
Menarik nafas
Hidung
Trakea
Peparu
Menghembus nafas
Peparu
Trakea
Hidung
1. Oksigen disedut masuk ke dalam hidung.
2. Selain hidung, udara juga boleh memasuki peparu melalui rongga mulut.
3. Oksigen sedang melalui trakea.
4. Semasa di peparu, proses pertukaran gas berlaku.
5. Oksigen akan masuk ke dalam peparu, manakala karbon dioksida pula akan keluar dari
peparu.
6. Pernafasan manusia melibatkan proses menarik nafas dan menghembus nafas.
7. Semasa menarik nafas, oksigen akan melalui hidung -> trakea -> peparu.
8. Semasa menghembus nafas, karbon dioksda akan melalui peparu -> trakea -> hidung.
Kandungan Oksigen dan Karbon Dioksida semasa Pernafasan
1. Terdapat perbezaan kandungan oksigen dan karbon dioksida yang disedut masuk dan
dihembus keluar.
1. Udara di sekeliling kita terdiri daripada beberapa kandungan seperti oksigen, karbon
dioksida, nitrogen, gas lain dan wap air.
2. Udara yang disedut masuk mengandungi lebih oksigen berbending dengan udara yang
dihembus keluar.
3. Udara yang dihembus keluar mengandungi lebih karbon dioksida berbanding dengan udara
yang disedut masuk.
Pergerakan Dada semasa Pernafasan
1. Letakkan tangan di atas dada sambil menarik dan mengembus nafas.
2. Keadaan dada kita akan menaik dan mengembang semasa menarik
nafas kerana udara masuk ke badan kita.
3. Keadaan dada kita akan menurun dan mengempis semasa
menghembus nafas kerana udara keluar dari badan kita.
Kadar Pernafasan
Terbahagi kepada 3 :
1. Kadar
Pernafasan
Rendah
2. Kadar Pernafasan
Sederhana
3. Kadar
Pernafasan
Tinggi
1. Kadar pernafasan ialah bilangan pergerakan dada naik dan turun dalam satu minit.
2. Kadar pernafasan bergantung kepada jenis aktiviti yang dijalankan.
1. Contoh aktiviti kadar pernafasan rendah: Duduk, tidur.
2. Contoh aktiviti kadar pernafasan sederhana: Berjoging, bersenam
3. Contoh aktiviti kadar pernafasan tinggi: Berlari, berskipping tali.
3. Kadar pernafasan bagi setiap aktiviti adalah berbeza kerana badan kita memerlukan
kandungan udara yang tidak sama bagi setiap aktiviti tersebut.
4. Salah satu faktor yang dapat mempengaruhi kadar pernafasan manusia ialah kandungan
oksigen di tempat itu. Contohnya, jika berada di tempat yang sesak dengan manusia
seperti di dalam lif atau komuter, kandungan oksigen berkurang kerana ramai orang
menggunakan oksigen tersebut. Maka kadar pernafasan menjadi lebih tinggi.
5. Semakin lasak dan cergas aktiviti, semakin bertambah bilangan pergerakan dada, dan
semakin tinggi kadar penafasan.
Situasi yang Memberikan Kesan terhadap Pernafasan
1. Udara di persekitaran yang bersih dapat memastikan manusia bernafas dengan
dengan lebih baik.
2. Situasi-situasi yang memberi kesan kepada pernafasan manusia:
1. Berjoging di dalam taman – Baik untuk pernafasan kita
2. Menyertai larian Bersama-sama – Baik untuk pernafasan kita
3. Pembakaran terbuka – Tidak baik untuk pernafasan kita
4. Merokok – Tidak baik untuk pernafasan kita
3. Jerebu ialah udara kering yang mengandungi gas-gas, habuk dan debu terapung di
atmosfera yang menyebabkan keadaan sekeliling kelihatan kabur dan tidak baik untuk
kesihatan manusia.
Perkumuhan dan Penyahtinjaan
1. Badan manusia menghasilkan pelbagai bahan buangan seperti
air kencing, peluh, tinja, karbon dioksida dan wap air yang perlu
disingkirkan dari badan untuk mengelakkan penyakit.
2. Proses penyingkiran bahan buangan dari badan dinamakan
perkumuhan.
3. Penyahtinjaan pula ialah proses penyingkiran tinja melalui
dubur.
Organ dan Hasilnya
Sains Tahun 4 (Unit 2: Manusia)
Sains Tahun 4 (Unit 2: Manusia)
Kepentingan Perkumuhan dan Penyahtinjaan
1. Jika seseorang sukar membuang air kecil, dia berkemungkinan
menghidap penyakit batu karang.
2. Tinja yang keras boleh menyebabkan sukar membuang air besar.
Gejala ini dinamakan sembelit.
3. Hasil perkumuhan dan tinja penting untuk disingkirkan supaya kita
sihat dan tidak jatuh sakit.
Thanks!

More Related Content

Sains Tahun 4 (Unit 2: Manusia)

  • 1. Sains tahun 4 Unit 2 (Manusia)
  • 3. 1. Manusia bernafas untuk hidup. 2. Semasa bernafas, manusia menyedut udara masuk ke dalam peparu dan menghembus udara keluar dari peparu. 3. Peparu merupakan organ pernafasan manusia. 4. Organ yang terlibat semasa proses pernafasan ialah hidung, trakea, dan peparu. 5. Saiz peparu kiri lebih kecil berbanding dengan saiz peparu kanan kerana jantung kita berada di sebelah kiri.
  • 7. 1. Oksigen disedut masuk ke dalam hidung. 2. Selain hidung, udara juga boleh memasuki peparu melalui rongga mulut. 3. Oksigen sedang melalui trakea. 4. Semasa di peparu, proses pertukaran gas berlaku. 5. Oksigen akan masuk ke dalam peparu, manakala karbon dioksida pula akan keluar dari peparu. 6. Pernafasan manusia melibatkan proses menarik nafas dan menghembus nafas. 7. Semasa menarik nafas, oksigen akan melalui hidung -> trakea -> peparu. 8. Semasa menghembus nafas, karbon dioksda akan melalui peparu -> trakea -> hidung.
  • 8. Kandungan Oksigen dan Karbon Dioksida semasa Pernafasan
  • 9. 1. Terdapat perbezaan kandungan oksigen dan karbon dioksida yang disedut masuk dan dihembus keluar. 1. Udara di sekeliling kita terdiri daripada beberapa kandungan seperti oksigen, karbon dioksida, nitrogen, gas lain dan wap air. 2. Udara yang disedut masuk mengandungi lebih oksigen berbending dengan udara yang dihembus keluar. 3. Udara yang dihembus keluar mengandungi lebih karbon dioksida berbanding dengan udara yang disedut masuk.
  • 11. 1. Letakkan tangan di atas dada sambil menarik dan mengembus nafas. 2. Keadaan dada kita akan menaik dan mengembang semasa menarik nafas kerana udara masuk ke badan kita. 3. Keadaan dada kita akan menurun dan mengempis semasa menghembus nafas kerana udara keluar dari badan kita.
  • 12. Kadar Pernafasan Terbahagi kepada 3 : 1. Kadar Pernafasan Rendah 2. Kadar Pernafasan Sederhana 3. Kadar Pernafasan Tinggi
  • 13. 1. Kadar pernafasan ialah bilangan pergerakan dada naik dan turun dalam satu minit. 2. Kadar pernafasan bergantung kepada jenis aktiviti yang dijalankan. 1. Contoh aktiviti kadar pernafasan rendah: Duduk, tidur. 2. Contoh aktiviti kadar pernafasan sederhana: Berjoging, bersenam 3. Contoh aktiviti kadar pernafasan tinggi: Berlari, berskipping tali. 3. Kadar pernafasan bagi setiap aktiviti adalah berbeza kerana badan kita memerlukan kandungan udara yang tidak sama bagi setiap aktiviti tersebut. 4. Salah satu faktor yang dapat mempengaruhi kadar pernafasan manusia ialah kandungan oksigen di tempat itu. Contohnya, jika berada di tempat yang sesak dengan manusia seperti di dalam lif atau komuter, kandungan oksigen berkurang kerana ramai orang menggunakan oksigen tersebut. Maka kadar pernafasan menjadi lebih tinggi. 5. Semakin lasak dan cergas aktiviti, semakin bertambah bilangan pergerakan dada, dan semakin tinggi kadar penafasan.
  • 14. Situasi yang Memberikan Kesan terhadap Pernafasan 1. Udara di persekitaran yang bersih dapat memastikan manusia bernafas dengan dengan lebih baik. 2. Situasi-situasi yang memberi kesan kepada pernafasan manusia: 1. Berjoging di dalam taman – Baik untuk pernafasan kita 2. Menyertai larian Bersama-sama – Baik untuk pernafasan kita 3. Pembakaran terbuka – Tidak baik untuk pernafasan kita 4. Merokok – Tidak baik untuk pernafasan kita 3. Jerebu ialah udara kering yang mengandungi gas-gas, habuk dan debu terapung di atmosfera yang menyebabkan keadaan sekeliling kelihatan kabur dan tidak baik untuk kesihatan manusia.
  • 16. 1. Badan manusia menghasilkan pelbagai bahan buangan seperti air kencing, peluh, tinja, karbon dioksida dan wap air yang perlu disingkirkan dari badan untuk mengelakkan penyakit. 2. Proses penyingkiran bahan buangan dari badan dinamakan perkumuhan. 3. Penyahtinjaan pula ialah proses penyingkiran tinja melalui dubur.
  • 20. Kepentingan Perkumuhan dan Penyahtinjaan 1. Jika seseorang sukar membuang air kecil, dia berkemungkinan menghidap penyakit batu karang. 2. Tinja yang keras boleh menyebabkan sukar membuang air besar. Gejala ini dinamakan sembelit. 3. Hasil perkumuhan dan tinja penting untuk disingkirkan supaya kita sihat dan tidak jatuh sakit.