ºÝºÝߣ

ºÝºÝߣShare a Scribd company logo
SULIT*


900/1                                                                   STPM 2006




                        JABATAN PELAJARAN PERAK

                                PENGAJIAN AM
                               KERTAS 1 SET 1
                             LEARNING TO SCORE


                                (ANEKA PILIHAN)
                                       (Dua jam)



                SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA



Arahan kepada calon :

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT
DEMIKIAN.

      Ada enam puluh soalan dalam ujian ini. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan
jawapan : anda dikehendaki memilih jawapan yang paling tepat dan menandakannya
pada Borang Jawapan Aneka Pilihan yang berasingan.

        Baca arahan pada Borang Jawapan Aneka Pilihan itu dengan teliti.

      Jawab semua soalan. Markah tidak akan ditolak bagi jawapan yang salah : jumlah
markah anda dalam ujian ini ialah bilangan soalan yang dijawab dengan betul.




                Kertas soalan ini terdiri daripada 12 halaman bercetak
                         Jabatan Pelajaran Negeri Perak 2006


STPM 900/1                                                                 [Lihat sebelah
                                                                                    SULIT*



                                         1
SULIT*


1. Antara berikut kriteria yang manakah digunakan oleh sesebuah kerajaan sebelum
   menetapkan dasar negara?
      I Keadilan
     II Kemegahan
    III Kepentingan parti politik
    IV Kemakmuran
   A I dan II          B I dan IV      C II dan III      D III dan IV

2.
        ? Membuka tanah baru untuk pertanian
        ? Mengamalkan konsep mini estet
        ? Menubuhkan koperasi peladang
     Strategi di atas dilaksanakan melalui
     A Dasar Tanah Negara
     B Dasar Pertanian Negara
     C Dasar Pembangunan Nasional
     D Dasar Hala Cara Baru Pembangunan Kampung dan Desa

3.
        ?   Mengimport dan menyerap teknologi yang lebih canggih untuk memajukan
            teknologi sendiri
        ? Melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang kejuruteraan dan kemahiran
            berkaitan
      Pernyataan di atas merujuk kepada
      A Dasar Penswastaan                 C Dasar Perindustrian Berat
      B Pelan Induk Perindustrian         D Dasar Persyarikatan Malaysia

4.
       ? Menggalakkan pertumbuhan ekonomi
       ? Menjimatkan perbelanjaan kerajaan
       ? Mewujudkan kecekapan dalam pentadbiran
     A Wawasan 2020                     C Dasar Pandang ke Timur
     B Dasar Penswastaan                D Dasar Persyarikatan Malaysia

5. Antara berikut yang manakah menggambarkan kepemimpinan Perdana Menteri
   pertama Malaysia?
      I Penekanan sentimen anti komunis
     II Mengadakan hubungan dua hala dengan China
    III Menekankan corak ekonomi perdagangan bebas
    IV Mengadakan hubungan diplomatik dengan Afrika Selatan
   A I dan II        B I dan III    C II dan IV    D III dan IV

6.
         ? Bahasa pengantar ialah Bahasa Melayu
         ? Kurikulum dan peperiksaan yang sama
     Pernyataan di atas ini merujuk kepada
     A Penyata Razak                       C Kurikulum Baru Sekolah Rendah
     B Dasar Pendidikan Kebangsaan         D Kurikulum Baru Sekolah Menengah




                                        2
SULIT*


7.
        ? Menaiktarafkan kawasan kampung menjadi bandar kecil
        ? Mewujudkan kawasan estet padi
        ? Menyediakan kemudahan prasarana yang lengkap
     Antara berikut yang manakah benar tentang penyataan di atas ?
     A Dasar Urbanisasi
     B Dasar Pertanian Negara III
     C Dasar Pembangunan Nasional (RRJP II)
     D Dasar Hala Cara Baru Pembangunan Kampung Dan Desa

8.
        ? Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara
        ? Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan
     Antara berikut yang manakah benar tentang penyataan di atas ?
     A Dasar Pendidikan Negara             C Dasar Ekonomi Baru (RRJP I)
     B Dasar Sosial Negara 2003            D Dasar Kebudayaan Kebangsaan

9. Antara berikut yang manakah benar mengenai objektif Dasar Pertanian Negara?
       I Mengawal harga keluaran pertanian
      II Memajukan Perusahaan Kecil dan Sederhana(PKS)
     III Memaksimumkan pendapatan dari sektor pertanian
     IV Memajukan hasil dan meningkatkan mutu sektor pertanian
   A I dan II        B I dan IV      C II dan III      D III dan IV

10. Antara berikut yang manakah benar mengenai Dasar Wanita Negara?
    A. Mengintegrasikan sumbangan wanita dalam sektor tertentu sahaja
    B. Memperjuangkan persamaan taraf dan hak yang sama rata seperti mana kaum
       lelaki
    C. Memastikan bahawa wanita dapat bersaing dengan kaum lelaki dalam
       pembangunan
    D. Menjamin perkongsian antara lelaki dan wanita dalam pemilikan sumber dan
       maklumat

11. Antara berikut yang manakah merupakan komitmen Malaysia melalui Pertubuhan
    Persidangan Islam ( OIC )?
         I Penubuhan Lembaga Tabung Haji
        II Penubuhan Bank Pembangunan Islam
       III Penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad
       IV Penubuhan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
   A I dan II        B I dan III    C II dan IV     D III dan IV

12. Antara berikut yang manakah isu yang dibincangkan oleh Pertubuhan Persidangan
    Islam ( OIC ) dalam Sidang Kemuncak Luar Biasa yang diadakan di Jeddah, Arab
    Saudi pada Disember 2005?
          I Pinjaman daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)
         II Penghantaran tentera pemerhati ke Iran untuk mengawasi penglibatannya
            dalam kuasa nuklear
        III Membantu umat Islam Palestin berdaya maju, merdeka, berdaulat dan
            menubuhkan negara Palestin
        IV Membentuk satu mekanisme membolehkan negara-negara anggota
            bertindak pantas apabila berlaku bencana alam
   A I dan II        B I dan IV       C II dan III      D III dan IV




                                         3
SULIT*


13. Antara berikut yang manakah mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia pada
    zaman Tunku Abdul Rahman?
         I Hubungan dengan negara China
        II Ancaman komunis di Asia Tenggara
       III Dasar pro-Barat dan pro-Komanwel
      IV Fokus kepada Pergerakan Negara-Negara Berkecuali
    A I dan II             B I dan IV    C II dan III     D III dan IV

14. Antara berikut yang manakah pertubuhan yang dipengerusikan oleh Datuk Seri
    Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia pada tahun 2005?
         I Pertubuhan Komanwel
        II Sidang Kemuncak Asia Timur ( EAS )
       III Pergerakan Negara-Negara Berkecuali ( NAM )
      IV Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB )
    A I dan II             B I dan IV      C II dan III      D III dan IV

15. Antara berikut yang manakah berkaitan dengan Pergerakan Negara-negara
    Berkecuali ( NAM )?
         I Ditubuhkan pada tahun 1967
        II Berasal daripada Konferensi Bandung 1955
       III Cuba akan menjadi pengerusi NAM kali ke-14
       IV Pengerusi pertamanya ialah Presiden Sukarno dari Indonesia
   A I dan II        B I dan IV     C II dan III      D III dan IV

16. Antara berikut yang manakah benar tentang isu yang dipersetujui dalam Sidang
    Kemuncak ASEAN ke-11 di Kuala Lumpur Disember 2005?
         I Menyokong GATT
        II Komuniti Keselamatan ASEAN
       III ASEAN melanjutkan kerjasama dengan G-15
       IV Pembentukan Piagam ASEAN yang menjadi dokumen bersifat
            perlembagaan
   A I dan II        B I dan III    C II dan IV        D III dan IV

17. Antara berikut yang manakah kes diadili oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa
    (ICC)?
         I Pertindihan tuntutan wilayah
        II Pencerobohan ketenteraan ke atas wilayah
       III Menyelesaikan pertikaian sempadan antara negara
       IV Pembunuhan kejam beramai-ramai terhadap kaum minoriti
   A I dan II        B I dan III      C II dan IV      D III dan IV

18. Antara berikut yang manakah benar mengenai penglibatan Malaysia di peringkat
    antarabangsa?
         I Menjadi Pengerusi Majlis Perhimpunan PBB 1996
        II Menjadi Penganjur Kejohanan Sukan Komanwel 1998
       III Pernah menjadi anggota tetap Majlis Keselamatan PBB 1996
       IV Menjadi Pengerusi ICDAIT (Persidangan Anti Dadah Antarabangsa) 1990
   A I dan II        B I dan IV      C II dan III     D III dan IV

19. Antara berikut yang manakah benar tentang tujuan diadakan Dialog Selatan-
    Selatan?
    A Bekerjasama dengan Negara Utara.
    B Memperjuangkan perdagangan dunia yang bebas dan terbuka
    C Menjadi penggerak ke arah mewujudkan kemakmuran bersama
    D Mengurangkan pergantungan Dunia Ketiga kepada negara maju


                                        4
SULIT*



20. Antara berikut manakah bidang yang menjadi fokus Kerjasama Pertumbuhan Segi
    Tiga ASEAN?
         I Pelabuhan
        II Infrastruktur
       III Pelancongan
       IV Tenaga nuklear
   A I dan II        B I dan IV     C II dan III      D III dan IV

21. Antara berikut yang manakah benar tentang ciri sesebuah negara?
   A Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan
   B Badan pemerintah dipilih menerusi pilihanraya
   C Berupaya mengadakan hubungan luar dengan negara lain
   D Memiliki perlembagaan bertulis sebagai panduan mentadbir negara

22. Antara berikut yang manakah tujuan mengadakan doktrin pengasingan kuasa?
          I Menjamin rakyat mendapat keadilan undang-undang
         II Mengelakkan pemusatan kuasa oleh mana-mana cabang kerajaan
        III Mengagihkan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri
       IV Mengehadkan kuasa antara badan pemerintah, perundangan dan
            kehakiman
   A I dan II         B I dan IV      C II dan III    D III dan IV

23.
       ?  Kerajaan Pusat berhak mengubah atau membatalkan
          perundangan yang diluluskan oleh peringkat kerajaan lain
       ? Contoh negara: United Kingdom
      Antara berikut yang manakah benar tentang pernyataan di atas?
      A Kerajaan Monarki                   C Kerajaan Persekutuan
      B Kerajaan Kesatuan                  D Kerajaan Konfederasi

24. Antara berikut yang manakah tindakan yang disifatkan sebagai melanggar hak asasi
    individu?
        I. Rumah pengedar dadah disita atas arahan mahkamah
       II. Penduduk Sabah dan Sarawak dihalang bermastautin di Semenanjung
           Malaysia
      III. Seseorang dijatuhkan hukuman mati kerana terlibat dalam pengedaran heroin
           melebihi 15 gram.
      IV. Seseorang yang ditangkap ditahan reman selama 7 hari tanpa dihadapkan ke
           hadapan Majistret
   A I dan II         B I dan III     C II dan IV        D III dan IV

25. Antara berikut yang manakah benar tentang Timbalan Yang di-Pertuan Agong?
   A Baginda tidak boleh menjalankan tugas sebagai Ketua Negeri di negeri baginda
   B Baginda hendaklah mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan
      Agong
   C Baginda akan dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong apabila jawatan itu
      dikosongkan
   D Baginda menjalankan tugas Yang di-Pertuan Agong apabila Yang di-Pertuan
      Agong mengadakan lawatan rasmi ke luar negara lebih daripada 15 hari.



26. Antara berikut yang manakah termasuk dalam bidang kuasa Kerajaan Persekutuan?



                                          5
SULIT*


      I Insurans
     II Kebajikan Orang Asli
    III Lesen untuk melombong galian
    IV Kuturayau dan penjaja beredar
   A I dan II      B I dan IV      C II dan III         D III dan IV

27. Antara berikut yang manakah tugas Suruhanjaya Perkhidmatan Awam?
        I Membayar gaji dan pencen kakitangan awam
       II Mengesahkan jawatan seseorang kakitangan awam
      III Menukarkan atau memindahkan seseorang kakitangan awam
      IV Menyediakan rekod perkhidmatan seseorang kakitangan awam
    A I dan II        B I dan IV      C II dan III     D III dan IV

28. Antara berikut yang manakah benar tentang Jemaah Menteri?
       I Menyandang jawatan selama 5 tahun
      II Ahlinya dilantik oleh Perdana Menteri
     III Bertanggungjawab secara kolektif kepada Parlimen
     IV Saraan dipertanggungjawabkan kepada Kumpulan Wang Yang Disatukan
  A I dan II          B I dan IV       C II dan III    D III dan IV

29. Antara berikut yang manakah benar tentang sesebuah kementerian?
    A Beroperasi di peringkat negeri
    B Mengakaunkan kewangan sendiri
    C Mesti mempunyai seorang Setiausaha Parlimen
    D Ketua Setiausaha Kementerian merupakan pentadbir utama

Soalan 30 berdasarkan jadual berikut
       Agensi                         Peranan
I    Perbendaharaan              X   Menyediakan rancangan pembangunan lima tahun
II   Unit Perancang Ekonomi      Y   Menyelesaikan masalah kontraktor Bumiputera
III Unit Penyelarasan            Z   Mengawasi pertumbuhan industri insurans
     Pelaksanaan
30. Antara berikut yang manakah padanan yang betul?
            I     II   III
       A Z        X    Y
       B X        Y    Z
       C Z        Y    X
       D Y        X    Z

31. Antara berikut yang manakah benar tentang kuasa budi bicara Raja atau Sultan?
    A Melantik majistret
    B Melantik ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
    C Mengurniakan bintang kebesaran, pangkat, kemuliaan kepada mereka yang
       berjasa
    D Memberi pengampunan kepada pesalah jenayah yang dijatuhi hukuman oleh
       mahkamah

32. Antara berikut yang manakah benar tentang badan berkanun?
    A Dasar-dasar ditentukan oleh Lembaga Pengarah
    B Organisasi ini ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965
    C Diketuai menteri yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong
    D Jabatan Perkhidmatan Awam dan Perbendaharaan mesti dirujuk sebelum
       meminda bilangan pekerja.
33.



                                        6
SULIT*


     ?  Membentuk dan mentadbir dasar negara berhubung dengan penggunaan tanah
     ?  Memastikan wujud pengawalan tanah untuk pertanian, perhutanan dan
        perlombongan sumber galian
   Antara berikut yang manakah benar tentang pernyataan di atas?
   A Majlis Tanah Negara                 C Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan
   B Jabatan Perhutanan                  D Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

34 Antara berikut yang manakah merupakan sumber kewangan Kerajaan Negeri?
      I Cukai jalan
     II Cukai tanah
    III Zakat dan fitrah
    IV Bayaran denda pesalah trafik
   A I dan II        B I dan IV     C II dan III    D III dan IV

35. Antara berikut yang manakah turut menghadiri mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan
    Negeri?
      I Yang di-Pertua Negeri
     II Pegawai Kewangan Negeri
    III Penasihat Undang-undang Negeri
    IV Semua ahli Dewan Undangan Negeri
  A I dan II         B I dan IV      C II dan III     D III dan IV

36. Padankan penyataan P, Q, R dan S yang sesuai dengan perundangan I, II dan III.?
       I Akta              P Undang-undang ini digubal oleh Parlimen.
                                Undang-undang ini digubal oleh Dewan Undangan Negeri
      II Ordinan           Q
                                Sabah
                                Undang-undang ini diluluskan dari tahun 1948 hingga
     III Enakmen           R
                                1959
         Perundangan            Undang-undang ini dibentuk oleh menteri untuk
     IV                    S
         Kecil                  memperincikan Akta Parlimen

             P         Q         R           S
    A        I         II        III        IV
    B        I         II         II        IV
    C       III        II         I         IV
    D       IV         II         II         I

37. Antara yang berikut, yang manakah merupakan keistimewaan Dewan Rakyat ?
       I Ahli Dewan Rakyat sahaja berhak dilantik menjadi Ahli Kabinet
      II Ahli Dewan Rakyat sahaja berhak dilantik sebagai Perdana Menteri
     III Segala rang undang-undang berkaitan dengan kewangan mesti dimulakan oleh
          Dewan Rakyat
     IV Segala prosiding di dalam atau luar Dewan Rakyat tidak boleh dicabar di mana-
          mana mahkamah
    A I dan II        B I dan IV      C II dan III     D III dan IV

38. Undang-undang Islam di Malaysia ditadbir mengikut
    A Akta Agama Islam
    B Perundangan Agama Islam
    C Perundangan Kecil Agama Islam
    D Enakmen atau Ordinan Pentadbiran Agama Islam


39. Antara berikut yang manakah merupakan undang-undang tidak bertulis di Malaysia?


                                        7
SULIT*


      I Ordinan
     II Adat Perpatih
    III Perundangan Subsidiari
    IV Keputusan mahkamah atasan yang lalu
   A I dan II      B I dan III  C II dan IV             D III dan IV

40. Antara berikut yang manakah benar tentang Akta di Malaysia?
       I Digubal oleh Parlimen
      II Dikuatkuasakan sebaik sahaja diluluskan
     III Ditentukan kesahannya oleh Peguam Negara
     IV Penguatkuasaannya meliputi semua negeri di Malaysia
    A I dan II        B I dan IV      C II dan III      D III dan IV

41. Antara berikut yang manakah benar tentang Dewan Negara di Malaysia ?
       I Mempunyai kuasa yang sama dengan Dewan Rakyat
      II Tempoh maksimum perkhidmatan anggotanya ialah 6 tahun
     III Merupakan dewan tertinggi yang mempunyai kuasa pembatal
     IV Tidak terbubar walaupun Dewan Rakyat dibubarkan atas tujuan pilihan raya
    A I dan II        B I dan III     C II dan IV     D III dan IV

42. Antara berikut yang manakah benar tentang perlucutan jawatan seseorang ahli
    Parlimen?
       I Diisytiharkan muflis oleh mahkamah
      II Didapati memperoleh kewarganegaraan asing
     III Disabitkan kesalahan dengan hukuman penjara 10 bulan dan denda RM1000
     IV Tidak menghadiri persidangan Parlimen selama 3 bulan berturut-turut tanpa
          kebenaran
 A I dan II           B I dan III      C II dan IV      D III dan IV

43. Antara berikut yang manakah merupakan komponen yang menganggotai Badan
    Perundangan Negeri ?
      I Dewan Undangan Negeri
     II Setiausaha Kerajaan Negeri
    III Raja atau Yang Dipertua Negeri
    IV Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
    A I dan III       B I dan IV       C II dan III  D II dan IV

44. Antara berikut yang manakah dikategorikan sebagai kes jenayah ?
      I Tidak menyelesaikan bayaran balik pinjaman
     II Menuntut harta warisan daripada orang tua
    III Menyalahgunakan kuasa dan menuntut ganjaran
   IV Mencuri maklumat melalui sistem teknologi maklumat
    A I dan II        B I dan III      C II dan IV      D III dan IV

45. Antara berikut yang manakah merupakan kes-kes jenayah yang dibicarakan oleh
    Mahkamah Syariah ?
       I Berjudi
      II Bercerai
     III Minum minuman keras
     IV Pembahagian harta benda
    A I dan II        B I dan III    C II dan IV       D III dan IV



Soalan 46 dan 47 berdasarkan Jadual 1 di bawah.


                                        8
SULIT*



        Jadual 1 : Tenaga Pengajar dan Pelajar di beberapa negara ASEAN 1998
                                                                         Nisbah Tenaga
                 Sekolah        Sekolah                       Tenaga
    Negara                                        IPTA                      Pengajar
                  Rendah       Menengah                       Pengajar
                                                                         dengan Pelajar
  Filipina      10 354 000      3 596 000       1 072 907      480 205       1 : 31.3
  Indonesia     31 615 141      8 922 086       1 224 907    1 539 448       1 : 26.3
  Malaysia        2 481 576     1 851 348         339 349      218 500       1 : 21.4
  Singapura         317 860        260 428         97 075       38 740       1 : 17.4
  Thailand        9 013 645     2 953 457         422 708      610 361       1 : 20.3

46. Antara berikut yang manakah menunjukkan beban guru yang paling berat secara
    perbandingan?
   A Filipina         B Indonesia        C Singapura         D Thailand

47. Negara manakah dianggarkan jumlah pelajar sekolah rendah paling banyak tidak
    melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah menengah ?
    A Indonesia              B Malaysia           C Singapura        D Thailand

48. Sebuah bangunan ketinggian 375 meter terletak di puncak sebuah bukit yang
    mempunyai ketinggian 6500 meter dari aras laut. Seorang pekerja melakukan kerja
    bawah tanah sedalam 350 meter dari puncak bukit tersebut. Kira kedudukan pekerja
    tersebut dari aras laut.
  A 6525 meter          B. 6150 meter   C. 6125 meter                D. 5775 meter

49. Sebuah syarikat penjanaan kuasa elektrik swasta mengenakan bayaran penggunaan
    elektrik kepada pengusaha perusahaan kecil dan sederhana dengan kadar yang
    berikut:
        100 unit pertama (dalam kiraan kilowatt) = 30 sen seunit
        300 unit berikutnya                      = 35 sen seunit
        unit berikutnya                          = 38 sen seunit
    Purata penggunaan elektirk bagi sebuah perusahaan kraftangan adalah sebanyak 34
    kilowatt sehari. Berapakah bayaran yang perlu dibayar oleh pengusaha tersebut untuk
    penggunaan elektrik bagi bulan Mei ?
   A RM 334.20          B RM377.52          C RM378.90           D RM383.52

Soalan 50 dan 51 berdasarkan Jadual 2 di bawah ini.

             Jadual 2 : Pasaran saham Kuala Lumpur pada 16 Februari 2006.
            Tahun             Kewangan       Tutup         +/-        Jumlah
     Tinggi      Rendah
      192           144      Affin            162             1        4832
      336           221      AMMB             266             5       41880
      175           101      BIMB             125        Tetap          120
      595           444      Commerz          585           -5       109082
      161           120      HDBS             153        Tetap          211
        95           62      HL Cap            75           -2          148
      151            89      OSK              137           -4         9401
      810           605      PB Bank-01       670          -10        54698
      426           306      S. Bank          408             2         680
      136           101      Takaful          104        Tetap          499

50. Kaunter yang manakah yang mengalami peratusan perubahan harga tahunan yang
    paling tinggi?


                                         9
SULIT*


    A. OSK          B. BIMB       C. AMMB         D. HL Cap

51. Kaunter yang manakah yang mengalami peratusan kejatuhan harian yang paling
    besar?
    A. OSK         B. HL Cap   C. PB Bank-01        D. Commerz

52. Perbezaan waktu antara Negara P dan Negara Q adalah 6 jam. Negara P terletak di
    barat Negara Q. Encik Rahman bertolak dari Negara Q ke Negara P pada pukul 5:30
    petang pada 26.2.2006. Perjalanan kapal terbang mengambil masa 8 jam. Bilakah
    Encik Rahman akan sampai di lapangan terbang Negara P mengikut masa tempatan
    Negara P ?
    A. 7.30 pagi, 25. 2. 2006             C. 7.30 petang, 26. 2. 2006
    B. 3.30 petang, 26.2.2006             D. 7.30 pagi, 27. 2. 2006

53. Dalam satu pertandingan mengupas kelapa, kebolehan peserta adalah seperti
     berikut.
     W memerlukan 1 minit untuk mengupas sebiji kelapa
     X memerlukan ? minit untuk mengupas sebiji kelapa
     Y memerlukan lebih 1 minit untuk mengupas sebiji kelapa
     Z memerlukan lebih ? minit untuk mengupas sebiji kelapa
   Berapa biji kelapa dapat dikupas secara maksimum dalam masa 3 minit ?
   A 14        B 15          C 16          D 17

Soalan 54 dan 55 berdasarkan Jadual 3 di bawah.

Jadual 3 : Keadaan GunaTenaga Pada Tempoh 3 Sukuan Pertama Tahun 2005
                                      2005           2005            2005
            Guna Tenaga
                                 Suku Pertama    Suku Kedua       Suku Ketiga
 Jumlah Tenaga Buruh ('000)          10,307.3       10,541.7        10,498.6
 Bekerja ('000)                        9943.8       10,215.6        10,101.0
 Menganggur ('000)                      363.5          326.1           397.6
 Kadar Pengangguran (% daripada
                                          3.5            3.1             3.8
tenaga buruh)

54. Jika negara P sebenarnya hanya mempunyai 10.21 juta tenaga buruh, berapakah
    jumlah orang yang menganggur pada tempoh suku tahun pertama 2005?
   A 97.3 ribu orang  B 266.2 ribu orang C 344.84 ribu orang D 357.35 ribu orang

55. Pada suku keempat tahun 2005, dianggarkan kadar pengangguran tidak berubah,
    berapakah jumlah tenaga buruh yang mendapat pekerjaan jika bilangan penganggur
    dianggarkan sebanyak 421.1 ribu orang ?
    A 10,498.6 ribu orang         C 10 660.5 ribu orang
    B 10,101.0 ribu orang         D 11081.6 ribu orang




Soalan 56 dan 57 berdasarkan Jadual 4 di bawah.




                                      10
SULIT*


   Jadual 4 : Maklumat Pembahagian Ahli Farmasi Berdaftar Tahun 2002
           Graduan tempatan :
              Universiti Sains Malaysia             102 orang
              Universiti Kebangsaan Malaysia         52 orang
              Universiti Malaya                      36 orang
             Jumlah                                190 orang

           Graduan luar negara :
            United Kingdom                            18 orang
            Australia                                 30 orang
            Indonesia                                    Tiada
            Singapura                                  3 orang
            Taiwan                                     4 orang
            Pakistan                                     Tiada
            Japan                                      1 orang
            New Zealand                                5 orang
            Amerika                                    3 orang
            Jumlah                                   120 orang

          Graduan program berkembar :
          *IMU/ University of Strathclyde              56 orang
            * IMU: International Medical University
56. Berapa peratuskah ahli farmasi yang didaftarkan adalah graduan lepasan program
    berkembar ?
    A 15.3%         B 18.1%        C 22.8%        D 31.8%

57. Antara berikut yang manakah benar tentang Jadual 4 ?
      I United Kingdom menyumbangkan 15 % ahli farmasi graduan lepasan luar
         negara
     II Sebanyak 8.2% ahli farmasi graduan lepasan universiti luar negara adalah dari
         Negara Australia.
    III Kira-kira 52% ahli farmasi berdaftar pada tahun 2002 adalah graduan lepasan
         universiti tempatan.
    IV Hampir satu per tiga ahli farmasi yang didaftarkan adalah graduan lepasan
         Universiti Sains Malaysia.
    A I dan III             B I dan IV            C II dan III        D II dan IV

58. Sebuah institusi swasta telah menerima pendaftaran sebanyak 1600 orang pemohon
    untuk mengikuti kursus Teknologi Maklumat dan Sains Komputer. 35% pemohon
    kursus Teknologi Maklumat adalah lelaki sementara 48% pemohon kursus Sains
    Komputer adalah perempuan. Jika jumlah pemohon kursus Sains Komputer adalah
    1/4 daripada jumlah pendaftaran, berapakah jumlah pemohon lelaki dalam
    pendaftaran tersebut?
    A 348 orang             B 612 orang          C 628 orang         D 768 orang




Soalan 59 berdasarkan Jadual 5 di bawah.



                                        11
SULIT*


   Jadual 5 :Mata Wang Asing bagi satu unit Ringgit Malaysia pada 21 Februari 2006.
                 Mata wang                  Harga jualan        Harga Belian
     $US (Dolar Amerika Syarikat)            3.7500               3.6890
     ¡ê(Paun Sterling)                        6.5510               6.4220
     $S( Dolar Singapura)                    2.3045               2.2600
     Euro                                    4.4810               4.3970

59. Seorang pelajar Malaysia telah membeli sebuah kereta terpakai di Britain dengan
    harga ¡ê15, 000. Selepas tamat pengajian, kereta itu dibawa pulang ke Malaysia
    dengan menggunakan khidmat perkapalan Singapura dengan tambang sebanyak
    $S 1,500. Kereta itu dikenakan cukai eksais sebanyak 75% daripada nilainya.
    Berapakah jumlah kos( dalam RM) yang perlu ditanggung oleh pelajar tersebut.
    A 171967.50        B174470.00         C 175353.75          D 175420.50

60. Stesen minyak di Jalan Sultan Abdullah telah membeli 29000 liter minyak petrol
    dengan harga RM1.57 seliter. Pihak kerajaan telah mengumumkan kenaikan harga
    minyak dan kini minyak dijual pada harga RM1.92 seliter. Berapakah peratusan
    keuntungan yang diperoleh oleh syarikat tersebut?
    A 18.2%         B 22.3%               C 38.5%               D. 82.8%




                                        12

More Related Content

P.Am Kertas1 Set1

  • 1. SULIT* 900/1 STPM 2006 JABATAN PELAJARAN PERAK PENGAJIAN AM KERTAS 1 SET 1 LEARNING TO SCORE (ANEKA PILIHAN) (Dua jam) SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA Arahan kepada calon : JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. Ada enam puluh soalan dalam ujian ini. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan : anda dikehendaki memilih jawapan yang paling tepat dan menandakannya pada Borang Jawapan Aneka Pilihan yang berasingan. Baca arahan pada Borang Jawapan Aneka Pilihan itu dengan teliti. Jawab semua soalan. Markah tidak akan ditolak bagi jawapan yang salah : jumlah markah anda dalam ujian ini ialah bilangan soalan yang dijawab dengan betul. Kertas soalan ini terdiri daripada 12 halaman bercetak Jabatan Pelajaran Negeri Perak 2006 STPM 900/1 [Lihat sebelah SULIT* 1
  • 2. SULIT* 1. Antara berikut kriteria yang manakah digunakan oleh sesebuah kerajaan sebelum menetapkan dasar negara? I Keadilan II Kemegahan III Kepentingan parti politik IV Kemakmuran A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 2. ? Membuka tanah baru untuk pertanian ? Mengamalkan konsep mini estet ? Menubuhkan koperasi peladang Strategi di atas dilaksanakan melalui A Dasar Tanah Negara B Dasar Pertanian Negara C Dasar Pembangunan Nasional D Dasar Hala Cara Baru Pembangunan Kampung dan Desa 3. ? Mengimport dan menyerap teknologi yang lebih canggih untuk memajukan teknologi sendiri ? Melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang kejuruteraan dan kemahiran berkaitan Pernyataan di atas merujuk kepada A Dasar Penswastaan C Dasar Perindustrian Berat B Pelan Induk Perindustrian D Dasar Persyarikatan Malaysia 4. ? Menggalakkan pertumbuhan ekonomi ? Menjimatkan perbelanjaan kerajaan ? Mewujudkan kecekapan dalam pentadbiran A Wawasan 2020 C Dasar Pandang ke Timur B Dasar Penswastaan D Dasar Persyarikatan Malaysia 5. Antara berikut yang manakah menggambarkan kepemimpinan Perdana Menteri pertama Malaysia? I Penekanan sentimen anti komunis II Mengadakan hubungan dua hala dengan China III Menekankan corak ekonomi perdagangan bebas IV Mengadakan hubungan diplomatik dengan Afrika Selatan A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 6. ? Bahasa pengantar ialah Bahasa Melayu ? Kurikulum dan peperiksaan yang sama Pernyataan di atas ini merujuk kepada A Penyata Razak C Kurikulum Baru Sekolah Rendah B Dasar Pendidikan Kebangsaan D Kurikulum Baru Sekolah Menengah 2
  • 3. SULIT* 7. ? Menaiktarafkan kawasan kampung menjadi bandar kecil ? Mewujudkan kawasan estet padi ? Menyediakan kemudahan prasarana yang lengkap Antara berikut yang manakah benar tentang penyataan di atas ? A Dasar Urbanisasi B Dasar Pertanian Negara III C Dasar Pembangunan Nasional (RRJP II) D Dasar Hala Cara Baru Pembangunan Kampung Dan Desa 8. ? Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara ? Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan Antara berikut yang manakah benar tentang penyataan di atas ? A Dasar Pendidikan Negara C Dasar Ekonomi Baru (RRJP I) B Dasar Sosial Negara 2003 D Dasar Kebudayaan Kebangsaan 9. Antara berikut yang manakah benar mengenai objektif Dasar Pertanian Negara? I Mengawal harga keluaran pertanian II Memajukan Perusahaan Kecil dan Sederhana(PKS) III Memaksimumkan pendapatan dari sektor pertanian IV Memajukan hasil dan meningkatkan mutu sektor pertanian A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 10. Antara berikut yang manakah benar mengenai Dasar Wanita Negara? A. Mengintegrasikan sumbangan wanita dalam sektor tertentu sahaja B. Memperjuangkan persamaan taraf dan hak yang sama rata seperti mana kaum lelaki C. Memastikan bahawa wanita dapat bersaing dengan kaum lelaki dalam pembangunan D. Menjamin perkongsian antara lelaki dan wanita dalam pemilikan sumber dan maklumat 11. Antara berikut yang manakah merupakan komitmen Malaysia melalui Pertubuhan Persidangan Islam ( OIC )? I Penubuhan Lembaga Tabung Haji II Penubuhan Bank Pembangunan Islam III Penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad IV Penubuhan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 12. Antara berikut yang manakah isu yang dibincangkan oleh Pertubuhan Persidangan Islam ( OIC ) dalam Sidang Kemuncak Luar Biasa yang diadakan di Jeddah, Arab Saudi pada Disember 2005? I Pinjaman daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) II Penghantaran tentera pemerhati ke Iran untuk mengawasi penglibatannya dalam kuasa nuklear III Membantu umat Islam Palestin berdaya maju, merdeka, berdaulat dan menubuhkan negara Palestin IV Membentuk satu mekanisme membolehkan negara-negara anggota bertindak pantas apabila berlaku bencana alam A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 3
  • 4. SULIT* 13. Antara berikut yang manakah mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia pada zaman Tunku Abdul Rahman? I Hubungan dengan negara China II Ancaman komunis di Asia Tenggara III Dasar pro-Barat dan pro-Komanwel IV Fokus kepada Pergerakan Negara-Negara Berkecuali A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 14. Antara berikut yang manakah pertubuhan yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia pada tahun 2005? I Pertubuhan Komanwel II Sidang Kemuncak Asia Timur ( EAS ) III Pergerakan Negara-Negara Berkecuali ( NAM ) IV Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB ) A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 15. Antara berikut yang manakah berkaitan dengan Pergerakan Negara-negara Berkecuali ( NAM )? I Ditubuhkan pada tahun 1967 II Berasal daripada Konferensi Bandung 1955 III Cuba akan menjadi pengerusi NAM kali ke-14 IV Pengerusi pertamanya ialah Presiden Sukarno dari Indonesia A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 16. Antara berikut yang manakah benar tentang isu yang dipersetujui dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-11 di Kuala Lumpur Disember 2005? I Menyokong GATT II Komuniti Keselamatan ASEAN III ASEAN melanjutkan kerjasama dengan G-15 IV Pembentukan Piagam ASEAN yang menjadi dokumen bersifat perlembagaan A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 17. Antara berikut yang manakah kes diadili oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC)? I Pertindihan tuntutan wilayah II Pencerobohan ketenteraan ke atas wilayah III Menyelesaikan pertikaian sempadan antara negara IV Pembunuhan kejam beramai-ramai terhadap kaum minoriti A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 18. Antara berikut yang manakah benar mengenai penglibatan Malaysia di peringkat antarabangsa? I Menjadi Pengerusi Majlis Perhimpunan PBB 1996 II Menjadi Penganjur Kejohanan Sukan Komanwel 1998 III Pernah menjadi anggota tetap Majlis Keselamatan PBB 1996 IV Menjadi Pengerusi ICDAIT (Persidangan Anti Dadah Antarabangsa) 1990 A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 19. Antara berikut yang manakah benar tentang tujuan diadakan Dialog Selatan- Selatan? A Bekerjasama dengan Negara Utara. B Memperjuangkan perdagangan dunia yang bebas dan terbuka C Menjadi penggerak ke arah mewujudkan kemakmuran bersama D Mengurangkan pergantungan Dunia Ketiga kepada negara maju 4
  • 5. SULIT* 20. Antara berikut manakah bidang yang menjadi fokus Kerjasama Pertumbuhan Segi Tiga ASEAN? I Pelabuhan II Infrastruktur III Pelancongan IV Tenaga nuklear A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 21. Antara berikut yang manakah benar tentang ciri sesebuah negara? A Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan B Badan pemerintah dipilih menerusi pilihanraya C Berupaya mengadakan hubungan luar dengan negara lain D Memiliki perlembagaan bertulis sebagai panduan mentadbir negara 22. Antara berikut yang manakah tujuan mengadakan doktrin pengasingan kuasa? I Menjamin rakyat mendapat keadilan undang-undang II Mengelakkan pemusatan kuasa oleh mana-mana cabang kerajaan III Mengagihkan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri IV Mengehadkan kuasa antara badan pemerintah, perundangan dan kehakiman A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 23. ? Kerajaan Pusat berhak mengubah atau membatalkan perundangan yang diluluskan oleh peringkat kerajaan lain ? Contoh negara: United Kingdom Antara berikut yang manakah benar tentang pernyataan di atas? A Kerajaan Monarki C Kerajaan Persekutuan B Kerajaan Kesatuan D Kerajaan Konfederasi 24. Antara berikut yang manakah tindakan yang disifatkan sebagai melanggar hak asasi individu? I. Rumah pengedar dadah disita atas arahan mahkamah II. Penduduk Sabah dan Sarawak dihalang bermastautin di Semenanjung Malaysia III. Seseorang dijatuhkan hukuman mati kerana terlibat dalam pengedaran heroin melebihi 15 gram. IV. Seseorang yang ditangkap ditahan reman selama 7 hari tanpa dihadapkan ke hadapan Majistret A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 25. Antara berikut yang manakah benar tentang Timbalan Yang di-Pertuan Agong? A Baginda tidak boleh menjalankan tugas sebagai Ketua Negeri di negeri baginda B Baginda hendaklah mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong C Baginda akan dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong apabila jawatan itu dikosongkan D Baginda menjalankan tugas Yang di-Pertuan Agong apabila Yang di-Pertuan Agong mengadakan lawatan rasmi ke luar negara lebih daripada 15 hari. 26. Antara berikut yang manakah termasuk dalam bidang kuasa Kerajaan Persekutuan? 5
  • 6. SULIT* I Insurans II Kebajikan Orang Asli III Lesen untuk melombong galian IV Kuturayau dan penjaja beredar A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 27. Antara berikut yang manakah tugas Suruhanjaya Perkhidmatan Awam? I Membayar gaji dan pencen kakitangan awam II Mengesahkan jawatan seseorang kakitangan awam III Menukarkan atau memindahkan seseorang kakitangan awam IV Menyediakan rekod perkhidmatan seseorang kakitangan awam A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 28. Antara berikut yang manakah benar tentang Jemaah Menteri? I Menyandang jawatan selama 5 tahun II Ahlinya dilantik oleh Perdana Menteri III Bertanggungjawab secara kolektif kepada Parlimen IV Saraan dipertanggungjawabkan kepada Kumpulan Wang Yang Disatukan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 29. Antara berikut yang manakah benar tentang sesebuah kementerian? A Beroperasi di peringkat negeri B Mengakaunkan kewangan sendiri C Mesti mempunyai seorang Setiausaha Parlimen D Ketua Setiausaha Kementerian merupakan pentadbir utama Soalan 30 berdasarkan jadual berikut Agensi Peranan I Perbendaharaan X Menyediakan rancangan pembangunan lima tahun II Unit Perancang Ekonomi Y Menyelesaikan masalah kontraktor Bumiputera III Unit Penyelarasan Z Mengawasi pertumbuhan industri insurans Pelaksanaan 30. Antara berikut yang manakah padanan yang betul? I II III A Z X Y B X Y Z C Z Y X D Y X Z 31. Antara berikut yang manakah benar tentang kuasa budi bicara Raja atau Sultan? A Melantik majistret B Melantik ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri C Mengurniakan bintang kebesaran, pangkat, kemuliaan kepada mereka yang berjasa D Memberi pengampunan kepada pesalah jenayah yang dijatuhi hukuman oleh mahkamah 32. Antara berikut yang manakah benar tentang badan berkanun? A Dasar-dasar ditentukan oleh Lembaga Pengarah B Organisasi ini ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 C Diketuai menteri yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong D Jabatan Perkhidmatan Awam dan Perbendaharaan mesti dirujuk sebelum meminda bilangan pekerja. 33. 6
  • 7. SULIT* ? Membentuk dan mentadbir dasar negara berhubung dengan penggunaan tanah ? Memastikan wujud pengawalan tanah untuk pertanian, perhutanan dan perlombongan sumber galian Antara berikut yang manakah benar tentang pernyataan di atas? A Majlis Tanah Negara C Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan B Jabatan Perhutanan D Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 34 Antara berikut yang manakah merupakan sumber kewangan Kerajaan Negeri? I Cukai jalan II Cukai tanah III Zakat dan fitrah IV Bayaran denda pesalah trafik A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 35. Antara berikut yang manakah turut menghadiri mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri? I Yang di-Pertua Negeri II Pegawai Kewangan Negeri III Penasihat Undang-undang Negeri IV Semua ahli Dewan Undangan Negeri A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 36. Padankan penyataan P, Q, R dan S yang sesuai dengan perundangan I, II dan III.? I Akta P Undang-undang ini digubal oleh Parlimen. Undang-undang ini digubal oleh Dewan Undangan Negeri II Ordinan Q Sabah Undang-undang ini diluluskan dari tahun 1948 hingga III Enakmen R 1959 Perundangan Undang-undang ini dibentuk oleh menteri untuk IV S Kecil memperincikan Akta Parlimen P Q R S A I II III IV B I II II IV C III II I IV D IV II II I 37. Antara yang berikut, yang manakah merupakan keistimewaan Dewan Rakyat ? I Ahli Dewan Rakyat sahaja berhak dilantik menjadi Ahli Kabinet II Ahli Dewan Rakyat sahaja berhak dilantik sebagai Perdana Menteri III Segala rang undang-undang berkaitan dengan kewangan mesti dimulakan oleh Dewan Rakyat IV Segala prosiding di dalam atau luar Dewan Rakyat tidak boleh dicabar di mana- mana mahkamah A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 38. Undang-undang Islam di Malaysia ditadbir mengikut A Akta Agama Islam B Perundangan Agama Islam C Perundangan Kecil Agama Islam D Enakmen atau Ordinan Pentadbiran Agama Islam 39. Antara berikut yang manakah merupakan undang-undang tidak bertulis di Malaysia? 7
  • 8. SULIT* I Ordinan II Adat Perpatih III Perundangan Subsidiari IV Keputusan mahkamah atasan yang lalu A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 40. Antara berikut yang manakah benar tentang Akta di Malaysia? I Digubal oleh Parlimen II Dikuatkuasakan sebaik sahaja diluluskan III Ditentukan kesahannya oleh Peguam Negara IV Penguatkuasaannya meliputi semua negeri di Malaysia A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 41. Antara berikut yang manakah benar tentang Dewan Negara di Malaysia ? I Mempunyai kuasa yang sama dengan Dewan Rakyat II Tempoh maksimum perkhidmatan anggotanya ialah 6 tahun III Merupakan dewan tertinggi yang mempunyai kuasa pembatal IV Tidak terbubar walaupun Dewan Rakyat dibubarkan atas tujuan pilihan raya A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 42. Antara berikut yang manakah benar tentang perlucutan jawatan seseorang ahli Parlimen? I Diisytiharkan muflis oleh mahkamah II Didapati memperoleh kewarganegaraan asing III Disabitkan kesalahan dengan hukuman penjara 10 bulan dan denda RM1000 IV Tidak menghadiri persidangan Parlimen selama 3 bulan berturut-turut tanpa kebenaran A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 43. Antara berikut yang manakah merupakan komponen yang menganggotai Badan Perundangan Negeri ? I Dewan Undangan Negeri II Setiausaha Kerajaan Negeri III Raja atau Yang Dipertua Negeri IV Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri A I dan III B I dan IV C II dan III D II dan IV 44. Antara berikut yang manakah dikategorikan sebagai kes jenayah ? I Tidak menyelesaikan bayaran balik pinjaman II Menuntut harta warisan daripada orang tua III Menyalahgunakan kuasa dan menuntut ganjaran IV Mencuri maklumat melalui sistem teknologi maklumat A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 45. Antara berikut yang manakah merupakan kes-kes jenayah yang dibicarakan oleh Mahkamah Syariah ? I Berjudi II Bercerai III Minum minuman keras IV Pembahagian harta benda A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV Soalan 46 dan 47 berdasarkan Jadual 1 di bawah. 8
  • 9. SULIT* Jadual 1 : Tenaga Pengajar dan Pelajar di beberapa negara ASEAN 1998 Nisbah Tenaga Sekolah Sekolah Tenaga Negara IPTA Pengajar Rendah Menengah Pengajar dengan Pelajar Filipina 10 354 000 3 596 000 1 072 907 480 205 1 : 31.3 Indonesia 31 615 141 8 922 086 1 224 907 1 539 448 1 : 26.3 Malaysia 2 481 576 1 851 348 339 349 218 500 1 : 21.4 Singapura 317 860 260 428 97 075 38 740 1 : 17.4 Thailand 9 013 645 2 953 457 422 708 610 361 1 : 20.3 46. Antara berikut yang manakah menunjukkan beban guru yang paling berat secara perbandingan? A Filipina B Indonesia C Singapura D Thailand 47. Negara manakah dianggarkan jumlah pelajar sekolah rendah paling banyak tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah menengah ? A Indonesia B Malaysia C Singapura D Thailand 48. Sebuah bangunan ketinggian 375 meter terletak di puncak sebuah bukit yang mempunyai ketinggian 6500 meter dari aras laut. Seorang pekerja melakukan kerja bawah tanah sedalam 350 meter dari puncak bukit tersebut. Kira kedudukan pekerja tersebut dari aras laut. A 6525 meter B. 6150 meter C. 6125 meter D. 5775 meter 49. Sebuah syarikat penjanaan kuasa elektrik swasta mengenakan bayaran penggunaan elektrik kepada pengusaha perusahaan kecil dan sederhana dengan kadar yang berikut: 100 unit pertama (dalam kiraan kilowatt) = 30 sen seunit 300 unit berikutnya = 35 sen seunit unit berikutnya = 38 sen seunit Purata penggunaan elektirk bagi sebuah perusahaan kraftangan adalah sebanyak 34 kilowatt sehari. Berapakah bayaran yang perlu dibayar oleh pengusaha tersebut untuk penggunaan elektrik bagi bulan Mei ? A RM 334.20 B RM377.52 C RM378.90 D RM383.52 Soalan 50 dan 51 berdasarkan Jadual 2 di bawah ini. Jadual 2 : Pasaran saham Kuala Lumpur pada 16 Februari 2006. Tahun Kewangan Tutup +/- Jumlah Tinggi Rendah 192 144 Affin 162 1 4832 336 221 AMMB 266 5 41880 175 101 BIMB 125 Tetap 120 595 444 Commerz 585 -5 109082 161 120 HDBS 153 Tetap 211 95 62 HL Cap 75 -2 148 151 89 OSK 137 -4 9401 810 605 PB Bank-01 670 -10 54698 426 306 S. Bank 408 2 680 136 101 Takaful 104 Tetap 499 50. Kaunter yang manakah yang mengalami peratusan perubahan harga tahunan yang paling tinggi? 9
  • 10. SULIT* A. OSK B. BIMB C. AMMB D. HL Cap 51. Kaunter yang manakah yang mengalami peratusan kejatuhan harian yang paling besar? A. OSK B. HL Cap C. PB Bank-01 D. Commerz 52. Perbezaan waktu antara Negara P dan Negara Q adalah 6 jam. Negara P terletak di barat Negara Q. Encik Rahman bertolak dari Negara Q ke Negara P pada pukul 5:30 petang pada 26.2.2006. Perjalanan kapal terbang mengambil masa 8 jam. Bilakah Encik Rahman akan sampai di lapangan terbang Negara P mengikut masa tempatan Negara P ? A. 7.30 pagi, 25. 2. 2006 C. 7.30 petang, 26. 2. 2006 B. 3.30 petang, 26.2.2006 D. 7.30 pagi, 27. 2. 2006 53. Dalam satu pertandingan mengupas kelapa, kebolehan peserta adalah seperti berikut. W memerlukan 1 minit untuk mengupas sebiji kelapa X memerlukan ? minit untuk mengupas sebiji kelapa Y memerlukan lebih 1 minit untuk mengupas sebiji kelapa Z memerlukan lebih ? minit untuk mengupas sebiji kelapa Berapa biji kelapa dapat dikupas secara maksimum dalam masa 3 minit ? A 14 B 15 C 16 D 17 Soalan 54 dan 55 berdasarkan Jadual 3 di bawah. Jadual 3 : Keadaan GunaTenaga Pada Tempoh 3 Sukuan Pertama Tahun 2005 2005 2005 2005 Guna Tenaga Suku Pertama Suku Kedua Suku Ketiga Jumlah Tenaga Buruh ('000) 10,307.3 10,541.7 10,498.6 Bekerja ('000) 9943.8 10,215.6 10,101.0 Menganggur ('000) 363.5 326.1 397.6 Kadar Pengangguran (% daripada 3.5 3.1 3.8 tenaga buruh) 54. Jika negara P sebenarnya hanya mempunyai 10.21 juta tenaga buruh, berapakah jumlah orang yang menganggur pada tempoh suku tahun pertama 2005? A 97.3 ribu orang B 266.2 ribu orang C 344.84 ribu orang D 357.35 ribu orang 55. Pada suku keempat tahun 2005, dianggarkan kadar pengangguran tidak berubah, berapakah jumlah tenaga buruh yang mendapat pekerjaan jika bilangan penganggur dianggarkan sebanyak 421.1 ribu orang ? A 10,498.6 ribu orang C 10 660.5 ribu orang B 10,101.0 ribu orang D 11081.6 ribu orang Soalan 56 dan 57 berdasarkan Jadual 4 di bawah. 10
  • 11. SULIT* Jadual 4 : Maklumat Pembahagian Ahli Farmasi Berdaftar Tahun 2002 Graduan tempatan : Universiti Sains Malaysia 102 orang Universiti Kebangsaan Malaysia 52 orang Universiti Malaya 36 orang Jumlah 190 orang Graduan luar negara : United Kingdom 18 orang Australia 30 orang Indonesia Tiada Singapura 3 orang Taiwan 4 orang Pakistan Tiada Japan 1 orang New Zealand 5 orang Amerika 3 orang Jumlah 120 orang Graduan program berkembar : *IMU/ University of Strathclyde 56 orang * IMU: International Medical University 56. Berapa peratuskah ahli farmasi yang didaftarkan adalah graduan lepasan program berkembar ? A 15.3% B 18.1% C 22.8% D 31.8% 57. Antara berikut yang manakah benar tentang Jadual 4 ? I United Kingdom menyumbangkan 15 % ahli farmasi graduan lepasan luar negara II Sebanyak 8.2% ahli farmasi graduan lepasan universiti luar negara adalah dari Negara Australia. III Kira-kira 52% ahli farmasi berdaftar pada tahun 2002 adalah graduan lepasan universiti tempatan. IV Hampir satu per tiga ahli farmasi yang didaftarkan adalah graduan lepasan Universiti Sains Malaysia. A I dan III B I dan IV C II dan III D II dan IV 58. Sebuah institusi swasta telah menerima pendaftaran sebanyak 1600 orang pemohon untuk mengikuti kursus Teknologi Maklumat dan Sains Komputer. 35% pemohon kursus Teknologi Maklumat adalah lelaki sementara 48% pemohon kursus Sains Komputer adalah perempuan. Jika jumlah pemohon kursus Sains Komputer adalah 1/4 daripada jumlah pendaftaran, berapakah jumlah pemohon lelaki dalam pendaftaran tersebut? A 348 orang B 612 orang C 628 orang D 768 orang Soalan 59 berdasarkan Jadual 5 di bawah. 11
  • 12. SULIT* Jadual 5 :Mata Wang Asing bagi satu unit Ringgit Malaysia pada 21 Februari 2006. Mata wang Harga jualan Harga Belian $US (Dolar Amerika Syarikat) 3.7500 3.6890 ¡ê(Paun Sterling) 6.5510 6.4220 $S( Dolar Singapura) 2.3045 2.2600 Euro 4.4810 4.3970 59. Seorang pelajar Malaysia telah membeli sebuah kereta terpakai di Britain dengan harga ¡ê15, 000. Selepas tamat pengajian, kereta itu dibawa pulang ke Malaysia dengan menggunakan khidmat perkapalan Singapura dengan tambang sebanyak $S 1,500. Kereta itu dikenakan cukai eksais sebanyak 75% daripada nilainya. Berapakah jumlah kos( dalam RM) yang perlu ditanggung oleh pelajar tersebut. A 171967.50 B174470.00 C 175353.75 D 175420.50 60. Stesen minyak di Jalan Sultan Abdullah telah membeli 29000 liter minyak petrol dengan harga RM1.57 seliter. Pihak kerajaan telah mengumumkan kenaikan harga minyak dan kini minyak dijual pada harga RM1.92 seliter. Berapakah peratusan keuntungan yang diperoleh oleh syarikat tersebut? A 18.2% B 22.3% C 38.5% D. 82.8% 12