Dokumen tersebut membahas tentang pengenalan Al-Quran pada pendidikan sekolah rendah, termasuk resam Uthmani, jenis-jenis bacaan Al-Quran, dan adab berinteraksi dengan Al-Quran. Dokumen ini menjelaskan sejarah pengumpulan dan penulisan Al-Quran sejak zaman Nabi Muhammad hingga zaman Khalifah Utsman, serta kelebihan menggunakan resam Utsmani.
1 of 31
More Related Content
08 tajuk 1_penglan_kpd_al-quran_1-29.doc
1. PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah
Tajuk 1 Pengenalan kepada Al-Quran
Sipnosis
Tajuk pertama ini memberi tumpuan kepada tiga tajuk utama iaitu Rasm
Uthmani, jenis bacaan al-Quran dan adab dengan al-Quran. Ketiga-tiga tajuk
mempunyai kepentingan secara langsung dengan pemeliharaan kitab suci. Melalui
pemeliharaan dan penjagaan kepada ketiga-tiga perkara tersebut diharapkan
pelatih dapat sepenuhnya menjaga kesucian kitab Suci al-Quran. Ia merangkumi
pemeliharaan tulisan, bacaan dan adab-adab ketika berinteraksi dengan al-Quran.
Mushaf-mushaf dan bahan-bahan sumber lain seperti buku iqra yang digunakan
dalam pengajaran pembelajaran al-Quran pendidikan sekolah rendah sekarang
menggunakan resam Uthmani.
Hasil Pembelajaran
1. Mendefinasikan, menyusur galur sejarah, menyenaraikan kelebihan serta
mengaplikasikan penulisan resam Uthmani dan Dobt al-Quran dalam
pengajaran pembelajaran al-Quran.
2. Mengenalpasti bentuk dan ciri bacaan al-Quran yang dibenarkan dan
mengaplikasikan adab-adab berkaitan dengan al-Quran.
Kerangka konsep tajuk
Pengenalan kepada al-Quran
Resam Uthmani
Jenis bacaan Al-Quran
Adab dengan Al-Quran
1. Resam Uthmani ( 7 jam)
1
2. PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah
Anda tentu sudah lama menyedari bahawa tulisan ayat-ayat al-Quran dalam
buku Ikrak menggunakan resam Uthmani. Sejauh mana anda memahami istilah
tersebut?. Sebelum itu marilah kita jejaki secara ringkas sejarah penulisan al-
Quran.
Sudah menjadi sunnah, ilmu dipelihara dikawal dan dijaga melalui kedua-
dua cara iaitu secara lisan dan penulisan. Begitu juga dengan Al-Quran. Bersama-
sama bentuk-bentuk bacaan mutawatir yang diiturunkan melalui Malaikat Jibril
Allah juga menentukan kaedah-kaedah tertentu membentuk kalimah-kalimah
Al-Quran. Ulama-ulama Al-Quran telah mengesan beberapa kaedah penulisan
kalimah-kalimah Al-Quran dan kaedah-kaedah tersebut dinamakan kaedah Resm
Uthmani.
Melalui kaedah-kaedah penulisan tersebut suatu kesimpulan
dapat dirumuskan bahawa kaedah-kaedah tersebut sangat
unik. Jika ia bukan bersumberkan Rasulullah dan para
sahabat tentunya kaedah ini tidak digunakan untuk menulis
kalimah-kalimah Kitab yang paling agung. Yang jelas dan
nyata banyak rahsia yang tersirat melalui kaedah-kaedah tersebut sehingga
Rasulullah dan sahabat-sahabatnya sangat mengambil berat terhadapnya.
Rasm dan Rasm Uthmani.
Rasm ialah pembentukan (taswir) kalimah melalui gabungan huruf-huruf Hijaiyah.
Rasm Uthmani pula ialah bentuk-bentuk tulisan Al-Quran yang digunakan dan
dipersetujui Saidina Uthman ketika penulisan dan penyalinan Al-Quran. Ada
yang mentakrifkan sebarang bentuk penulisan yang berlainan dengan cara
penulisan lafaz-lafaz Al-Quran. Ini disebabkan adanya penambahan, pembuangan,
penggantian dan sebagainya dalam struktur kalimah tertentu Al-Quran. Dr Syaaban
Mohd Ismail memperincikan sebagai suatu keterangan yang membincangkan
mengenai cara penulisan mushaf-mushaf pada zaman saidina Uthman.
Ia juga dikenali dengan Rasm Istilahi kerana dinisbahkan kepada aktiviti sahabat-
sahabat yang bertanggungjawab menulis Mushaf-Mushaf dengan menggunakan
kaedah-kaedah tertentu. Ia juga dinamakan Rasm Tauqifi kerana kebanyakan
2
3. PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah
ulama berpendapat bahawa Rasm tersebut merupakan manifestasi kaedah-kaedah
yang diajarkan oleh Rasulullah dan bagindalah juga memerintahkan supaya
digunakan di dalam penulisan Al-Quran Ketika itu.
Rujuk pada beberapa kitab Ulum Quran dan Resam al-Quran dan
dapatkan maklumat yang membezakan antara istilah-istilah berikut ;
resam, khat dan manuskrip.
Rasm Uthmani.
Tulisan asal Al-Quran yang
diwahyukan kepada Rasulullah
Rasm yang digunakan
sahabat-sahabat menulis ayat-ayat Al-Quran
Dinisbahkan kepada Saidina Uthman kerana
beliau mengarahkan Al-Quran disalin semula
Sejarah Rasm Uthmani
Penulisan .
Umum diketahui bangsa Arab adalah bangsa Ummi tidak mengenal tulisan.
Keadaan ini berlaku di kalangan Quraisy kecuali beberapa orang yang belajar
menulis menjelang kedatangan Islam. Hal ini juga menjadi isyarat daripada Allah
mengenai akan datang seorang nabi iaitu Nabi Muhammad s.a.w mengukuhkan
Islam dan menyiapkan dokumentasi yang dia akan turunkan kepadanya. Media
tulisan merupakan media penjagaan yang lebih teliti dan berkemungkinan minima
mengalami perubahan.
Para sejarawan hampir bersepakat bahawa kaum Qurais di Makkah tidak
mengambil tulisan kecuali melalui Harb bin Umaiyah Ibn Abi Syam. Mereka cuma
berbeza pendapat mengenai daripada siapa ia mempelajarinya. Dari sumber
inilah dijumpai sejumlah orang yang mampu menulis menjelang kedatangan Islam.
Jumlah mereka sangat sedikit dibanding dengan sekian besar jumlah yang masih
buta huruf.
3
4. PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah
Adapun warga Madinah ada di antara mereka terdapat sejumlah ahli Kitab yang
mampu menulis. Ketika nabi memasuki Madinah terdapat sebilangan orang Yahudi
yang mengajar anak-anaknya menulis. Di sini juga terdapat dua puluh orang yang
pandai menulis antaranya Munzir ibn Amr, Ubay ibn Wahb, Amr ibn Said, Zaid b
Thabit yang kesemuanya juga belajar tulis menulis daripada kalangan Yahudi atas
perintah Nabi s.a.w.
Kemudian datanglah Islam. Ia memerangi buta huruf bangsa Arab, dan
menghapuskannya demi mempertingkatkan martabat mereka. Ayat-ayat 1 dan
4-5 surah Al-Alaq dan ayat-ayat 1-2 surah Al-Qalam membuktikan keadaan
tersebut. Peringatan melalui ayat-ayat tersebut membuktikan keperluan penulisan
dalam mengangkat martabat umat islam. Oleh sebab itu Rasul s.a.w sangat
menggalakkan sahabatnya untuk belajar manulis. Ia menyedia berbagai media
untuk mencapai hasrat tersebut. Tawanan perang badar yang pandai menulis
diarahkan mengajar sepuluh sahabat nabi sebagai bahan tebusan. Sedikit demi
sedikit hilangnya buta huruf dan digantikan dengan celik huruf. Ini membuktikan
bahawa islam adalah agama ilmiah, berbudaya dan bertamadun.
Penulisan Al-Quran
Rasulullah mengambil berat terhadap penulisan Al-Quran. Ini dibuktikan melalui
perlantikan nabi s.a.w terhadap para penulis wahyu antaranya keempat-empat
Khalifah rasyidah, Muawiyah, Abbas b Said, Khalid b Walid, Ubai b Kaab, Zaid
b Thabit, Thabit b Qais, Arqam ibn Ubai dan lain-lain sahabat. Setiap kali ada
wahyu turun beliau menyuruh menulisnya demi memperkukuh dokumentasinya, di
samping menambah kepercayaan dan kehati-hatian terhadap Kitab Allah sehingga
penulisannya mendukung hafazan. Mereka mencatat tulisan-tulisan Al-Quran
menggunakan pelbagai sumber yang ada pada masa itu yang juga menunjukkan
besarnya perhatian mereka terhadap penulisan Al-Quran. Kemudian tulisan-
tulisan itu disimpan di rumah Rasulullah s.a.w. Jadi di masa kenabian, al-Quran
telah dihimpun dengan cara itu. Hanya ia belum ditulis dalam sahifah-sahifah atau
mushaf-mushaf. Ia tertulis berserakan di atas tulang-tulang dan media-media lain
yang seumpamanya.
4
5. PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah
Penulisan pada masa Saidina Abu Bakar.
Abu bakar menjalankan urusan Islam sesudah kewafatan Rasulullah. Ia
menghadapi masalah kemurtadan sebahagian orang arab. Peperangan
yamamah mensyahidkan ramai para hafiz Al-Quran dan saidina Umar melahirkan
kebimbangan terhadap Al-Quran. Setelah saidina Umar memujuk saidina Abu
Bakar dan juga Allah membuka hati Abu Bakar Zaid b Thabit mengumpul Al-
Quran. Ia menjalankan tugas tersebut berdasarkan hafazan yang ada dalam hati
para Qurra dan catatan-catatan yang ada pada para penulis. Kemudian lembaran-
lembaran itu disimpan di tangan Abu Bakar, seterusnya Saidina Umar dan
kemudian berpindah ke tangan Hafsah (anak saidina Umar).
Penulisan Quran pada masa Saidina Uthman.
Penyebaran islam bertambah luas dan para Qurra tersebar di pelbagai wilayah,
dan penduduk di setiap wilayah mempelajari qiraat daripada Qari yang dikirim
kepada mereka. Cara pembacaan mereka berbeza-beza seiring dengan
perbezaan huruf yang dengannya Al-Quran diturunkan. Apabila mereka
berkumpul di suatu pertemuan sebahagian mereka merasa heran perbezaan-
perbezaan Qiraat yang berlaku di kalangan mereka.
Perbezaan-perbezaan tersebut semakin ketara setelah terjadi peperangan Armenia
dan Azarbaijan. Sebahagian qiraat-qiraat tersebut bercampur dengan kesalahan.
Para sahabat perihatin terhadap masalah ini kerana takut kalau perbezaan ini
menimbulkan penyimpangan dan perubahan. Mereka bersepakat menyalin
lembaran-lembaran pertama yang ada pada Abu Bakar dan menyatukan umat
Islam pada lembaran itu dengan bacaan yang tetap pada satu huruf. Al-imam
Abu Abdillah al-Muhasiby dalam kitabnya fahm as-sunan menjelaskan Abu
Bakar memerintahkan menyalinnya dari satu tempat ke tempat lain atau dari
satu media ke media lain secara kolektif. Media yang digunakannya ibarat media
yang digunakan oleh rasulullah s.a.w yang masih berserakan , kemudian ia
mengumpulkannya dan mengikatnya dengan benang sehingga tidak ada yang
terabai.
5
6. PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah
Penulisannya di zaman Saidina Uthman.
Semasanya kawasan Islam semakin luas dan kaum muslimin bertaburan
diberbagai daerah. Umat islam jauh daripada masa kerasulan dan turunnya
wahyu. Masing-masing daerah islam mengambil qiraat sahabat terkenal daripada
kalangan mereka. Di antara mereka terjadi perbezaan wajah-wajah qiraat yang
memungkinkan timbulnya pertikaian dan perpecahan. Pertikaian itu menjadi sengit
kerana mereka telah jauh daripada masa kenabian. Keadaan itu semakin parah
sehingga saling mengkafirkan antara sesama sendiri. Pertikaian itu merebak ke
darah-daerah lain seperti Hijaz dan Madinah.
Kerana peristiwa-peristiwa tersebut saidina Uthman mengumpulkan para
pakar untuk menyelesaikannya. Mereka akhirnya bersepakat untuk menyalin
beberapa mushaf untuk dikirimkan di daerah dan mengeluarkan perintah agar
selainnya dibakar dan hanya bertumpu kepadanya.
Uthman melaksanakan kesepakatan bistari itu sekitar akhir tahun kedua
puluh empat dan awal tahun kedua puluh lima Hijriah. Untuk menyalin Al-Quran
mereka dibantu oleh beberapa sahabat pilihan yang berkepakaran dalam bidang
Al-Quran antaranya Zaid b Thabit, Zaid b Al-Ash dan Abdurrahman ibn Al-Haris.
Akhirnya terhasillah beberapa naskhah mushaf Uthmani dan di hantar naskhah
tersebut ke beberapa daerah Islam bersama seorang Qari yang mewakili Qiraat-
qiraat tertentu. Mushaf-mushaf Uthmani memilikki kaedah-kaedah penulisan
tertentu. Para pakar di bidang ini meringkaskan kaedah-kaedah tersebut ke dalam
enam kaedah dasar. Kaedah-kaedah tersebut akan diperincikan kemudian.
Hasilkan grafik tulang ikan menggambarkan ciri-ciri pengumpulan
Al-Quran di zaman Saiyyidina Abu Bakar dan zaman Saiyyidina
Uthman. (1 jam)
Kelebihan Rasm Uthmani
6
7. PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah
Daripada beberapa takrifan di atas menunjukkan bahawa Rasm Uthmani sangat
perlu diambil berat dan didalami keilmuannya khususnya apabila hendak menulis
dan membaca kitab suci Al-Quran.
Terdapat pelbagai faktor daripada pelbagai sudut yang dijadikan sandaran ulama-
ulama untuk memperkukuhkan kenyataan tersebut. Antara terpenting ialah
penulisannya bersifat Tauqifi.
Rasm Uthmani tauqifi.
Ia bermaksud kaedah-kaedah tersebut adalah daripada bimbingan Rasulullah.
Lebih jelas ia bermaksud Rasm tersebut datang daripada Allah dan sudah pasti
dimaklumi Rasulullah tidak mengajar sesuatu kepada sahabatnya melainkan
setelah mendapat wahyu daripada Allah.
Fakta tersebut adalah pegangan kebanyakan ulama samada Salaf atau
Khalaf semenjak dulu hinggalah sekarang. Ia diyakini lagi melalui pegangan
sahabat-sahabat dan mereka tidak pernah sama sekali mengingkarinya. Walaupun
ada beberapa pendapat yang berbeza dengan kenyataan di atas pendapat ini
perlu ditolak kerana kaedah penulisannya terdedah kepada kesilapan kerana tiada
sandaran kaedah yang mantap. Kaedah-kaedah lain juga sering berubah dan
sekiranya berlaku kepada Al-Quran pasti berlaku penyelewengan yang merosakkan
kefahaman Al-Quran.
Fakta yang perlu jelas disedari juga ialah setiap huruf Al-Quran mempunyai
mukjizat tersendiri yang sebahagiannya diketahui dan sebahagian lagi hanya
diketahui oleh Allah. Sebarang pengurangan penambahan dan penyesuiaan akan
mengurangkan keagungan dan mukjizat Al-Quran.
7
8. PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah
Rasm Uthmani salah satu rukun bacaan Al-Quran.
Ulama bersepakat rukun bacaan Al-Quran ada tiga dan salah satunya bacaannya
menepati salah satu daripada mushaf-mushaf Uthmani samada yang dihantar ke
Mekah, Madinah, Kufah, Basrah, Syam atau pun mushaf imam yang disimpan oleh
beliau sendiri.
Merangkumi tujuh huruf.
Antara faktor mendasar sehingga menjadikan rasm Uthmani perlu diberi
keutamaan ialah berkaitan tujuh huruf Al-Quran dan ini menjadikannya bertepatan
dengan wajah qiraat yang diajarkan rasulullah kepada sahabat-sahabatnya.
Terdapat banyak hadith berkaitan tujuh huruf dan pelbagai pendapat ulama
mengenai maksudnya. Salah satu pendapat yang disepakati oleh kebanyakan
ulama ialah tujuh cara bacaan yang merangkumi kata nama samada ia mufrad,
mutahanna atau jamak dan samada ia muzakar atau muannas, perselisihan pada
cara ikrab, perselisihan cara tasrif, perselisihan mendahulu atau mentakhir huruf
atau kalimah, perselisihan dari segi ibdal, perselisihan dari segi menambah atau
mengurangkan sesuatu huruf atau kalimah dan perselisihan pada lahjah samada
tebal atau nipis, imalah, tashil, ismam dan sebagainya.
Sekiranya rasm Uthmani tidak digunakan dalam penulisan Al-Quran pasti mushaf
yang dihasilkan tidak meliputi semua huruf dan seterusnya menjadi mushaf itu
terhad dan sesuai digunakan untuk membaca qiraat mutawatiroh tertentu sahaja
dan tidak bagi qiraat-qiraat mutawatiroh yang lain.
8
9. PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah
Bertepatan dengan pembentangan bacaan Al-Quran terakhir.
Faktor ini juga penting kerana seperti dimaklumi secara pasti melalui sejarah islam
rasul melakukan semakan terakhir Al-Quran dengan malaikat Jibril dan Zaid b
Thabit seorang sahabat yang sangat rapat dengannya turut berada bersamanya.
Dengan keadaan tersebut Zaid b Tahbit diberi tanggungjawab untuk menulis dan
mengumpul Al-Quran oleh dua khulafak Ar-Rasidin saidina Abu Bakar dan Sadina
Uthman. Ia menulis berdasarkan kepada pembentangan tersebut.
Oleh itu beliau meyakini bahawa kesemua ayat Al-Quran yang diturunkan semasa
hayat nabi tetapi tidak dibentangkan semasa pembentangan terakhir adalah
sebagai ayat yang dimansuhkan tulisannya dan beliau tidak menulisnya di mushaf
tersebut. Begitu juga apa yang terkandung dalam Mushaf-mushaf para sahabat
seperti Mushaf Saidina Aisyah, Umar, Ubai b Kaab dan lain-lain sahabat kerana
sebahagiannya tidak terdapat semasa pembentangan terakhir.
Kaedah penulisan yang istimewa.
Mengikut penelitian dan pengkajian ulama Al-Quran sebenarnya Rasm Uthmani
banyak keistimewaan yang tidak terdapat pada Rasm lain. Antaranya
1. keistimewaan pada huruf-huruf ziyadah.
Selain daripada mengandungi mukjizat yang hanya diketahui oleh Allah
sahaja, huruf-huruf ziyadah mempunyai beberapa keistimewaan antaranya;
a.
b.
9
10. PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah
2. keistimewaan huruf-huruf Ibdal.
a.
3. keistimewaan hazaf.
a.
b.
4. keistimewaan wasl (berangkai) dan fasl (berpisah).
a.
Melalui beberapa contoh di atas Rasm Uthmani mempunyai keunikan tersendiri
sehinggakan sukar diperkatakan. Hanya pengkaji-pengkaji yang mendalaminya
akan dapat mentafsirkan sebahagian daripada keunikannya.
Berdasarkan realiti dan apa yang dikaji oleh ulama maka sebahagian besar di
kalangan mereka berpendapat bahawa Rasm Uthmani adalah kaedah penulisan
yang wajib dan dipelihara dan diamalkan.
10
11. PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah
Walaupun pendapat mengatakan kaedah Rasm Uthmani tidak wajib diamalkan
namun pendapat tersebut berbentuk minoriti dan ditolak oleh kebanyakan ulama
kerana ia boleh membawa perubahan atau pengurangan huruf-huruf Al-Quran dan
dalam jangka panjang mendedahkan Al-Quran kepada perubahan.
Kemukakan DUA buah Hadis Sohih dan huraiannyanya yang
menjelaskan maksud Tujuh Huruf di dalam pengajian Al-Quran.
(2 jam)
11
12. PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah
Kaedah-kaedah Penulisan Rasm Uthmani
1. kaedah pembuangan atau pengurangan (Hazaf)
hazaf bermaksud membuang atau menggugurkan huruf-huruf hijaiah
tertentu dalam struktur kalimah tertentu Al-Quran. Huruf-huruf tersebut ialah
alif,wau,ya,lam nun dan huruf-huruf alif, wau dan ya pada kata permulaan
(fawatih) surah tertentu Al-Quran
a. hazaf alif pada tempat-tempat dan keadaan-keadaan berikut:
i. alif pada kalimah basmalah samada lengkap atau tidak
ii. alif Al-Takrif yang didahului huruf lam untuk takid atau jar
iii. kalimah-kalimah di awalnya hamzah Qata yang
berfungsi sebagai pertanyaan dan disusuli selepasnya hamzah
wasal atau Qata contohnya;
12
14. PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah
v. alif ya kata seruan (ya al-nida) contohnya
vi. alif kalimah aiyuha pada tiga tempat
14
15. PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah
vii. alif domir marfuk yang bersambung dengan domir
maful contohnya;
viii. alif kata bilangan dua (muthanna) contohnya;
15
16. PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah
ix. kebanyakan alif pada kalimah jamak muzakkar salim
contohnya;
x. semua alif jamak muzakkar salim contohnya;
16
17. PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah
xi. alif pada kata nama bilangan (Asmak Al-Adad)
contohnya;
xii. alif baris dua di atas (fathatain) yang didahuluinya
hamzah contohnya
17
18. PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah
xiii. alif bagi ha peringatan (ha tanbih) contohnya;
xiv. Alif kata penunjuk (isim isyarah) contohnya;
18
19. PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah
xv. Alif kata nama penyambung (asmak al-Mausulah)
contohnya;
xvi. Alif ditengah-tengah ejaan nama ajam (bkn arab) yang
sering digunakan contohnya;
19
20. PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah
xvii. Alif selepas wau yang asal pada fiel hanya terdapat
pada satu tempat sahaja dalam Al-Quran;
xviii. Alif hamzah pada semua perkataan al an contohnya
Kecuali ayat sembilan suran al-Jin
xix.
xx. Dua alif yang berturut-turut iaitu;
20
21. PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah
xxi.
(Al-i-'Imran
184)
(Al-Baqarah 061)
Begitu juga pada empat tempat berikut;
Kemukakan 10 petikan ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan dengan
hazaf Wau dengan Ya`. ( 1 jam)
21
22. PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah
2. Kaedah ziyadah atau tambahan.
Ziyadah bermaksud menambah huruf-huruf tertentu pada kalimah-kalimah
tertentu Al-Quran. Huruf tersebut ditulis tetapi tidak berfungsi pada semua
keadaan pada bacaan. Huruf-huruf tambahan tersebut ialah alif, wau dan ya.
a. Ziyadah huruf wau pada ;
i.
(Al-Araf 145)
ii. Begitu juga pada kalimah-kalimah berikut dalam surah-surah di
bawah ;
b. Ziyadah ya pada kalimah-kalimah dan surah-surah berikut;
22
25. PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah
3. Kaedah Penggantian atau pertukaran (ibdal.)
ia bererti pertukaran huruf-huruf tertentu dengan huruf-huruf tertentu pada
kalimah-kalimah tertentu Al-Quran. Pertukaran tersebut berlaku dalam lima
keadaan berikut iaitu;
a. Pertukaran huruf alif kepada wau
b. Pertukaran alif kepada ya
c. Pertukaran nun kepada alif
d. Pertukaran ta simpul kepada ta terbuka
e. Pertukaran thulathi wau kepada alif.
i.
ii.
Latihan : (2 jam)
Rujuk kepada kitab-kitab Ulum Al-Quran yang sesuai dan
kemukakan ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan dengan penggantian
huruf `alif kepada ya` dan `nun kepada alif` .
4. Kaedah Berangkai (Al-Wasl) atau berpisah.(Al-Fasl)
berangkai ialah penggabungan penulisan sesuatu lafaz dengan lafaz lain
yang lazimnya dipisahkan manakala pemisahan bermaksud pemisahan
penulisan dengan lafaz yang lain yang lazimnya ditulis secara berangkai.
Contohnya penggabungan penulisan lafaz an dengan lan pada ayat 3
surah Al-Qiyamah dan pada ayat 48 surah Al-Kahf dan pemisahan penulisan
lafaz anna dengan ma pada surah luqman ayat 30 dan Al-Haj ayat 62.
25
26. PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah
5. Kaedah penulisan kalimah-kalimah yang mempunyai qiraat berbeza.
6. Kaedah penulisan huruf hamzah.
kaedah penulisan huruf hamzah menurut Rasm Uthmani tidak begitu ketara
kecuali hamzah-hamzah di awal kalimah. Contohnya hamzah wasal dibuang
bentuknya apabila hamzah wasal terletak pada fiel selepas Istifham pada
tujuh tempat iaitu;
(Al-Maryam 78)
26
27. PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah
Latihan : ( 3 jam)
1. Bezakan antara Hamzah Wasal dan Hamzah Qata`
2. Nyatakan cara penulisan huruf Hamzah ketika berada di
tengah-tengah kalimah.
3. Apakah hikmah perbezaan kedudukan Hamzah dalam
kalimah-kalimah Al-Quran.
2. Jenis Bacaan dalam al-Quran:
Di dalam membaca al-Quran terdapat beberapa martabat atau tingkatan dalam
membacanya berdasarkan kecepatan waktu dan tatacara yang dibenarkan oleh
hukum-hukum Tajwid. Dalam hal ini Ulama Qiraat berbeza pendapat di dalam
membahagi-bahagi martabat tersebut. Menurut `Izzah Ubaid Da`aas di dalam
kitabnya "Fannut Tajwid" beliau membahagikan 3 tingkatan di dalam membaca Al-
Quran iaitu : al-Tartil, al-Tadwir dan al-Hadr.
27
28. PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah
1. Al-Tartil: Adalah tingkatan bacaan yang paling utama. Cara membacanya
perlahan-lahan dengan penuh tawadhu`, tadabbur (menghayati isi
kandungan) dengan memelihara segala hukum-hukum tajwid. Bacaan inilah
sepertimana yang dibacakan oleh Jibril a.s. ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
Tempoh masa bacaan ini lebih kurang 40 hingga 50 minit dalam satu Juzu`.
2. At-Tadwir: Adalah tingkatan bacaan yang sederhana dengan erti tidak
terlalu cepat dan juga tidak sangat lambat, melainkan membacanya dengan
kira-kira batas waktu 20 hingga 40 minit dalam satu Juz`. Bacaan seperti
ini adalah sebagaimana bacaannya yang dilakukan oleh Ibnu Amir dan
huffaz di dalam mentakrir mengulang-ulang bacaan. Tingkatan bacaan ini
juga sentiasa memelihara hukum-hukum tajwid sebagaimana yang telah
ditentukan.
3. Al-Hadr: Adalah tingkatan bacaan yang paling laju tetapi tetap memelihara
aturan-aturan hukum tajwid. Pada umumnya bacaan ini memakan masa
10 hingga 30 minit untuk satu Juz`. Tingkatan seperti ini sebagaimana
bacaan yang dilakukan oleh Ibnu Khatir dan Abi Amru. Dengan cara inilah
dikisahkan bahawa Imam al-Syafi`i, setiap malam Ramadhan solat Tarawih
dengan mengkhatamkan al-Quran sekali dalam satu malam. Jadi Beliau
telah menunaikan solat Tarawih selama 5 jam atau 6 jam dan Beliau boleh
mengkhatamkan Al-Quran.
1. ADAB-ADAB AL-QURAN.
Terdapat banyak adab-adab yang perlu dijaga ketika berinteraksi dengan al-Quran.
Adab-adab itu merangkumi adab-adab membaca, mendengar, belajar dan guru al-
Quran
Adab-adab guru al-Quran
Adab pelajar-pelajar al-Quran
Adab mendengar & membaca al-Quran
28
30. PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah
Adab membaca dan mendengar bacaan al-Quran. Untuk menjaga kedudukan
al-Quran ulama-ulama telah menyatakan melalui dalil-dalil naqli adab berkaitan
mendengar dan membaca al-Quran. Antara adab-adab tersebut ialah ;
Adab membaca dan mendengar al-Quran
Ikhlas kerana Allah
Menghadirkan hati dan aqal
Membaca istiazah
Membaca basmalah
Berkeadaan suci
Membaca di tempat suci dan bersih
Membersih mulut
Memakai pakaian bersih dan suci
Membaca dengan khusuk dan tawaduk
Duduk dengan sopan dan menghadap kiblat
Tidak diselangi dengan percakapan yang tidak perlu
Memohon kebajikan (ayat rahmat)
Membaca ucapan tertentu (ayat tertentu)
Adab-adab pelajar al-Quran:
1. Ikhlaskan niat kerana Allah.
2. Merendah diri kepada guru dan bersopan dengannya walaupun gurunya
muda , kurang masyhur dan seumpamanya.
30
31. PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah
3. Belajar daripada guru yang berkeahlian dan diyakini ilmunya.
4. Belajar bersungguh-sungguh berdasarkan kemampuan.
5. Memandangnya dengan rasa penuh hormat.
Adab-adab guru al-Quran:
1. Ikhlaskan niat kerana Allah.
2. Menjauhi perasaan bermegah-megah dengan ramai bilangan murid.
3. Menjauhi perasaan membenci murid yang pergi belajar kepada orang lain.
4. Berakhlak dengan akhlak terpuji.
5. Berlembut dengan pelajar.
6. Menasihati pelajar supaya berbuat kebaikan.
7. Membimbing mengikut kemampuan pelajar.
8. Mendahulukan pelajar yang datang dahulu.
Latihan
1. Dengan menggunakan peta minda, secara atas talian internet kemukakan
cara-cara mengaplikasikan bacaan al-Quran al-Tartil, al-Tadwir dan al-Hadr.
Layari Internet
1. Dengan melayari laman http.Saifulmerahs.blogspot.com, hasilkan nota-nota
tambahan bagi melengkapkan adab-adab membaca al-Quran. Rujuk juga
dimana-mana laman web yang berkaitan.
31