Gelaran al-Muhaddith merujuk kepada seseorang yang mengkaji hadis secara mendalam dan mempunyai pengetahuan luas tentang hadis beserta perawinya. Al-Hafiz diberikan kepada mereka yang dapat menghafaz banyak hadis beserta sanadnya. Beberapa ulama terkenal yang diberi gelaran al-Hafiz antaranya al-Iraqi, Ibnu Taimiyah, dan Khatib al-Baghdadi.
1 of 6
Download to read offline
More Related Content
9.8.2012 al-muhaddith
1. AL-MUHADDITH
Gelaran yang diberikan kepada seseorang
yang melibatkan diri dalam ilmu hadith
riwayah dan dirayah serta mempunyai
pengetahuan mengenai sebahagian besar
hadith-hadith dan para perawi pada
zamannya.
2. Pada masa kini gelaran al-Muhaddith adalah
merujuk kepada seseorang yang melibatkan diri
secar ikhlas dalam kajian-kajian berorientasikan
hadith dan pengajiannya, berkeupayaan tinggi
dalam melakukan kajian, menyelidik perihal
perawi hadis melalui aspek al-Jarh wa al-Tadil
daripada rujukan kitab-kitab hadith utama
berpengetahuan luas berkenaan sumber-
sumber hadith dan para perawinya, syarah
hadith, serta menguasai cara untuk berinteraksi
dengan hadis-hadis nabawi mengikut keadaan
tempat sebab meskipun melibatkan hadith-
hadith yang bercanggah dan bermasalah.
4. AL-HAFIZ
Ramai ahli hadis berpendapat ia sama makna dengan
muhaddis.
Sebahagian yang lain berpendapat ia lebih tinggi
kedudukannya berbanding muhaddis. Apa yang
diketahuinya pada setiap tahap lebih banyak dari yang
tidak diketahuinya.
Menurut satu pendapat lain ialah: Orang yang
menghafaz seratus ribu hadis dengan matan dan
sanadnya serta menguasai segala keperluannya.
5. ULAMA AL-HAFIZ
Antara ulama yang menyandang
gelaran ini ialah seperti al-Iraqi
(pentakhrij hadis-hadis al-Ihya' imam
al-Ghazali), Ibnu Taimiyah, Daqiqul
Id, Khatib al-Baghdadi dan
sebagainya.