3. • Rangkap 1:
Laksamana telah dititahkan oleh betara ke negeri Patani dengan segera untuk
pergi mendapatkan panji-panji atau perintah daripada Raja Senggora tentang
peraturan dan hukuman.
• Rangkap 2:
Mereka yang dikenakan hukuman harus menerimanya. Mereka boleh memohon
agar diberikan pengampunan daripada pegawai yang berkenaan.
• Rangkap 3:
Setelah mendengar titah betara, laksamana tidak lagi risau kerana negeri yang
ditinggalkannya akan tetap terpelihara daripada huru-hara.
4. ● Rangkap 4:
Pada masa yang sama bonda Duli Mahkota Indera iaitu emak saudara
laksamana, sudah lama gering dan laksamana tidak sanggup meninggalkan
baginda.
● Rangkap 5:
Walaupun dengan berat hati, laksamana tetap menjunjung perintah betara.
● Rangkap 6:
Laksamana tidak dapat berkata apa-apa kerana dia terpaksa menurut
perintah dan laksamana menyerahkan segala-galanya pada Allah.
5. ● Rangkap 7:
Harapan laksamana agar dapat mendaulatkan nama baginda demi keamanan
negara walaupun laksamana terpaksa berkorban.
● Rangkap 8:
Dalam menjalankan tugas, laksamana tetap tidak melupakan bonda yang gering
meskipun dalam hati kecilnya kemungkinan tidak dapat bertemu dengan bondanya.
● Rangkap 9:
Sudah tersurat bahawa masalah yang dihadapi dalam negeri lebih berat berbanding
dengan masalah bondanya yang sakit seorang diri kerana melibatkan rakyat jelata.
● Rangkap 10:
Maka laksamana melaksanakan titah seri betara dengan segera bagi mendapat
panji-panji/perintah Raja Senggora.
7. PERSOALAN
● Persoalan kesetiaan laksamana terhadap betara.
● Persoalan kepatuhan kepada arahan pemerintah.
● Persoalan kepentingan negara menjadi keutamaan bagi setiap
rakyat.
● Persoalan tanggungjawab seorang pembesar
● persoalan kesediaan diri untuk berkorban
● persoalan kasih sayang seorang anak saudara
8. BENTUK
● Rima akhir aaaa
● Syair ini mengandungi sepuluh rangkap.
● Setiap rangkap mengandungi empat baris.
● Jumlah perkataan antara tiga hingga lima
patah kata setiap baris.
● Jumlah suku kata antara sembilan hingga tiga
belas suku kata setiap baris.
9. GAYA BAHASA
● Diksi (Bahasa Melayu Klasik)
Contoh: masyghul, dura, pegari, peri dan sebagainya.
● Asonansi
Contoh: Laksamana dititahkan betara (pengulangan vokal ’a’)
● Aliterasi
Contoh: Barang yang hendak dihukumkan (pengulangan konsonan ’n’)
● Kata ganda
Contoh: Huru-hara, terkata-kata, bersegera-segera.
10. ●Nilai kepatuhan
Contoh: Laksamana patuh kepada pemerintah dan
negara
●Nilai tanggungjawab
Contoh: Laksamana bertanggungjawab dalam
melaksanakan amanah betara.
●Nilai semangat patriotik
●Contoh: Laksamana sanggup meninggalkan bondanya
yang sakit demi negara.
NILAI
11. ●nilai kasih sayang
Laksamana sayang akan bonda saudaranya yang
sedang gering.
●nilai keadilan
Keadilan dalam melaksanakan hukuman.
12. PENGAJARAN
● Kita hendaklah amanah dalam melaksanakan tanggungjawab yang
diberikan.
● Kita haruslah patuh akan arahan pemimpin demi kepentingan negara.
● Kita perlulah mengutamakan kepentingan negara berbanding
kepentingan diri.
● Kita hendaklah setia kepada raja dan negara.
● Kita hendaklah bersyukur dengan keputusan yang diambil
sekiranya mendatangkan kebaikan kepada orang lain.
13. PENGAJARAN
● Kita hendaklah berkasih sayang sesama manusia.
● kita mestilah adil dalam melaksanakan hukuman.