Sejarah perlaksanaan kbkk di dalam kurikulum sekolah
1. Sejarah Perlaksanaan KBKK di dalam Kurikulum Sekolah
KBKK (Kemahiran Berfikir Kreatif & Kritis) mula diperkenalkan pada awal tahun 1989 iaitu
semasa era peralihan daripada KLSM ( Kurikulum Lama Sekolah Menengah) kepada KBSM
(Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah). Selaras dengan itu, Kementerian Pelajaran
Malaysia melalui Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah merintis projek percubaan
perlaksanaan kemahiran berfikir merentas kurikulum pada awal tahun 1992/1993. Ini Selaras
dengan objektif KBSR itu sendiri iaitu untuk membolehkan pelajar menguasai Kemahiran
Berfikir dan mengembangkan bakat serta kreativiti. Manakala, objektif KBSM iaitu
mengembangkan dan meningkatkan daya intelek serta pemikirian rasional kritis dan kreatif.
Secara amnya, Konsep KBKK itu sendiri bagi menghasilkan pelajar-pelajar yang berdaya
saing, maju, berfikiran rasional serta dapat mencungkil bakat serta kreativiti pelajar itu
sendiri. Suasana dan gaya pembelajaran yang kreatif dan kritis dapat menggalakkan pelajar-
pelajar berfikir lebih daripada pengetahuan yang diperolehinya.
Sejak tahun 1993, Kemahiran Berfikir telah diperkenalkan di semua sekolah (Pusat
Perkembangan Kurikulum,193). Seramai 3000 pensyarah maktab-maktab perguruan telah
dilatih dalam bidang Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (Bahagian Pendidikan
Guru, 1993). Pada tahun 1994, Bengkel Penyoalan dan Pemikiran Kritis telah dikendalikan
oleh pensyarah-pensyarah maktab perguruan oleh Profesor William W.Wilen dari Universiti
Kent, Ohio, Amerika Syarikat ( Bahagian Pendidikan Guru, 1994). Pengajaran secara KBKK
bercirikan penyebatian iaitu ia tidak di ajar secara berasingan malah diserapkan di dalam
keseluruhan mata pelajaran seperti Bahasa Melayu, Matematik, Sejarah, Sains dan
sebagainya. Wilen (1995) menjelaskan bahawa pemikiran aras tinggi bermula dengan soalan-
soalan yang baik selain daripada kebolehan guru untuk mengutarakan soalan yang bersesuaian
2. dengan pelajar bagi menggalakkan pemikiran yang tinggi. Guru perlu memiliki pengetahuan
yang meluas dan kemahiran yang tinggi bagi menggunakan teknik-teknik penyoalan yang
berkesan. Onosko dan Newmann (1994) berpendapat bahawa Pemikiran Aras Rendah (lower-
order thinking) merujuk kepada proses pemikiran yang rutin dan penggunaan minda secara
terhad. Proses ini menghasilkan lebih banyak operasi mental yang merupakan pengulangan.
Zevin (1995) menerangkan bahawa Pemikiran Aras Rendah lebih berfokus pada mengumpul,
mengklasifikasi, menyimpan maklumat dan ingatan. Masalah yang mempunyai satu
penyelesaian yang tetap atau soalan yang hanya memerlukan jawapan betul atau salah
merupakan nadi kepada Pemikiran Aras Rendah. Ini bererti Pemikiran Aras Rendah tidak
menghasilkan sesuatu yang baru dah kreatif dan tidak memerlukan aktiviti mental yang lebih
rumit. Onosko dan Newmann (1994) menjelaskan bahawa Pemikiran Aras Tinggi (Higher-
order thinking) didefinisikan sebagai penggunaan minda secara meluas untuk menghasilkan
cabaran-cabaran baru.
Dalam konteks pendidikan pula, Som dan Mohamad Dahalan (1998) telah
mengemukakan lima garis panduan KBKK iaitu pertama; bagi merealisasikan wawasa 2020,
kedua; memupuk dan mewujudkan pemikiran yang baik dan berkesan, ketiga; Amalkan
budaya secara kreatif dan kritis, keempat; elakkan kesilapan secara terburu-buru, sempit,
kabur dan bercelaru, kelima; meningkatkan kualiti berfikir. Sejak tahun 2000 lagi, 60%
daripada soalan peperiksaan memerlukan kemahiran berfikir dan sehingga yang terkini
Laporan Awal dalam Pelan Tindakan ada menyebut mengenai 80% soalan peperiksaan awam
akan menggunakan soalan aras tinggi.
3. TOKOH- TOKOH PEMIKIR
EDWARD DE BONO
kemahiran berfikir dengan pemikiran lateral yang membawa maksud bukan sahaja untuk
menyelesaikan masalah malah juga berfikir untuk melihat sesuatu dengan pelbagai
perspektif.
Edward de Bono ialah tokoh yang mempelopori kaedah pemikiran lateral thinking dan
parallel thinking
1. Kaedah Enam Topi Berfikir
Edward de Bono telah memperkenalkan Kaedah berfikir secara parallel dan bertujuan untuk
meluaskan perspektif, melihat sesuatu perkara dari pelbagai sudut dan masa yang berlainan,
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang terbaik. Berfikir secara parallel
bermaksud berfikir secara selari, teratur dah sistematik. Contohnya, enam idea yang berlainan
diterima dan diletakkan selari antara satu sama lain dan tidak dinilaikan, dibandingbezakan,
dipertikaikan, serta tidak dibuktikan benar atau salah, sebaliknya dicari kelebihan daripada
setiap satunya.
Bagaimana enam topi berfungsi
Melalui kaedah enam topi berfikir (de Bono, 1991/1985), setiap pemikiran dianologikan
kepada topi yang mempunyai warna-warna tertentu, iaitu putih, merah, hitam, kuning, hijau
dan biru.
1. Topi putih Melambangkan pemikiran neutral dan objektif yang mementingkan fakta
dan perkara objektif semata-mata
4. 2. Topi merah Melambangkan pemikiran emosional dan berlandaskan perasaan dan
intuisi.
3. Topi hitam Melambangkan pemikiran negatif yang menekankan keburukan,
kelemahan dan kekacacatan.
4. Topi kuning Melambangkan pemikiran positif yang menggunakan kebaikan,
keistimewaan dan manfaat.
5. Topi hijau Melambangkan pemikiran kreatif dan dengan itu mampu menjana idea-
idea baru yang bernas atau mengembangkan idea yang sedia ada, sama ada secara
logik atau sebaliknya.
6. Topi biru Melambangkan pemikiran kawalan dan dengan itu mengawal perjalanan
sesuatu perkara termasuk topi-topi lain.
Kebaikan Menggunakan Kaedah Enam Topi Berfikir
Enam topi berfikir akan membantu seseorang untuk :
1. Menjadi lebih fokus dan disiplin dalam cara berfikir, justeru menghasilkan idea yang
lebih berstruktur dan sistematik.
2. Berfikir dengan lebih kritikal.
3. Memahami keperluan untuk memisahkan proses pemikiran kepada mod-mod yang
berbeza dan belajar untuk berfikir dalam satu mod pada satu masa.
4. Mempelajari garis panduan (topi putih) yang akan membantu dalam mengenal pasti
kelemahan dan risiko (topi hitam) sesuatu idea atau cadangan baru.
5. 2. Kaedah Enam Kasut Bertindak
1. KASUT BIRU : Kasut ini ialah lambang cara berfikir yang digunakan untuk
membuat kerja-kerja rutin. Banyak kerja kita laksanakan dengan mematuhi
suatu senarai rutin. Dengan mematuhi rutin kita akan mengelakkan sebarang
kesilapan yang merbahaya. Rutin dicipta oleh orang-orang yang pakar supaya
orang-orang yang bukan pakar boleh melakukan kerja itu dengan cara yang
selamat.
2. KASUT KUNING : Kasut ini ialah lambang tindakan dalam keadaan yang
cemas dan berbahaya. Kuning ialah lambang amaran. Pegawai-pegawai polis,
bomba dan doktor adalah orang-orang yang sentiasa berhadapan dengan
keadaan-keadaan cemas. Kita juga mesti mengenal pasti perkara-perkara yang
boleh memburukkan keadaan.
3. KASUT KELABU : Kasut ini ialah lambang kekaburan. Banyak tindakan tidak
dapat kita buat kerana keadaan masih kabur. Tindakan yang mesti dilakukan
untuk menghilangkan kekaburan ialah bertindak mencari maklumat dahulu.
Maklumat itu kemudian kita gunakan bagi menghadapi keadaan tersebut.
4. KASUT PERANG : Kasut ini ialah lambang tindakan yang pragmatik.
Tindakan-tindakan pragmatik ialah gabungan antara nilai-nilai yang baik,
prinsip-prinsip yang baik dan pemikiran yang baik. Kita akan lihat keadaan
yang ada dan fikirkan sendiri apa yang paling baik untuk kita lakukan. Kita
buat apa yang boleh dibuat.
5. KASUT MERAH JAMBU : Kasut ini ialah lambang kasih sayang, belas
kasihan dan kelembutan. Kita gunakan dalam keadaan-keadaan yang
6. melibatkan perasaan kemanusiaan. Para doctor , peguam, guru, pegawai
kebajikan dan banyak lagi pro-profesional yang bekerja dengan perasaan
kemanusiaan.
6. KASUT UNGU : Kasut ini melambangkan kuasa rasmi. Apabila kita membuat
sesuatu tindakan berdasarkan kuasa dan tanggungjawab rasmi. Kita
mempunyai peranan rasmi. Para doctor, guru, peguam, pegawai polis
mempunyai peranan rasmi. Mereka mempunyai kuasa dan mereka melakukan
tindakan berdasarkan peranan rasmi mereka apabila perlu.
TONY BUZAN ( PENCIPTAAN PETA MINDA)
Peta minda adalah satu teknik mengrafik yang sungguh berkesan dimana ia mampu
membuka potensi pemikiran seseorang. Peta minda terdiri daripada pelbagai kemahiran
berhubung penggunaan konteks yang melibatkan perkataan, imej, nombor, logik,muzik,
warna, kepekaan ke atas ruang dengan berkesan. Peta minda boleh diaplikasikan dalam semua
aspek kehidupan di mana ia mampu meningkatkan pembelajaran dan pemikiran seseorang
individu justeru melibatkan perkembangan diri.
Penciptaan peta minda bermula pada akhir 1960-an oleh Tony Buzan yang kini
digunakan oleh jutaan individu di seluruh dunia. Peta minda digunakan oleh semua golongan
daripada yang sangat muda hingga kepada yang sangat tua dimana mereka ingin
menggunakan pemikiran dengan lebih berkesan.
Tujuan penggunaan peta minda adalah untuk membolehkan pelajar mencatat nota
dengan lebih ringkas, merancang sesuatu seperti penulisan karangan, persembahan, ucapan,
projek dan sebagainya.