1. SEKOLAH KEBANGSAAN PUSAT DUNGUN
KERTAS KERJA BENGKEL MEMANAH UNTUK AHLI UNIT BERUNIFORM
DAN KELAB PERSATUAN
TAHUN 2014
1. PENDAHULUAN
Sukan memanah adalah salah satu sukan yang berkemahiran tinggi dan telah
mendapat tempat dalam diari sukan negara. Sehubungan itu jawatankuasa sukan
Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun telah mengambil satu inisiatif untuk membuat
klinik memanah kepada ahli Unit Beruniform dan Kelab Persatuan sekolah ini
sebagai salah satu langkah untuk mengaktifkan sukan memanah kepada para
pelajar yang berminat untuk menceburi dan mendalami sukan memanah ini.
Program ini dirasakan dapat memenuhi dasar kerajaan untuk memastikan seorang
pelajar dapat menguasai semua aspek pendidikan.
2. OBJEKTIF
2.1 Memberi pendedahan awal kepada ahli Unit Beruniform dan Kelab Persatuan
sekolah ini tentang sukan memanah.
2.2 Memberikan pengetahuan kepada pelajar tentang teknik dan peraturan sukan
memanah.
2.3 Menanamkan minat pelajar untuk menceburi sukan memanah.
2.4 Melahirkan pelajar yang layak mewakili sekolah dalam sukan memanah.
2.5 Mempelbagaikan pengetahuan sedia ada di kalangan ahli Unit Beruniform dan
Kelab Persatuan di sekolah ini
3. SASARAN
40 orang dari ahli Unit Beruniform dan Kelab Persatuan sekolah ini.
4. TEMPOH MASA DAN TEMPAT
Bengkel memanah ini akan diadakan selama 4 jam bermula dari pukul 2.00 petang
sehingga pukul 5.00 petang.
Aktiviti berbentuk teori yang berkaitan dengan sukan memanah akan diadakan di
bilik ICT dan aktiviti berbentuk praktikal akan dijalankan di padang sekolah.
5. JURULATIH BENGKEL
En Musa bin Awang (SMK Tengku Intan Zaharah Dungun)
2. 6. TENTATIF PROGRAM
15/01/2014 ( Selasa )
Masa
Aktiviti
2.00 ptg
Pengenalan kepada
sukan memanah
2.30 ptg – 3 ptg
Pengenalan kepada
peralatan sukan
memanah ( Teori )
Peraturan dan undangundang sukan memanah
rehat
Praktikal mengenali
alatan memanah
Praktikal Memanah
3.00 ptg – 3.30 ptg
3.30 ptg – 4.00 ptg
4.00 ptg – 5.00 ptg
5.00 ptg – 6.00 ptg
Catatan
7. PERBELANJAAN
Lampiran 1
8. SUMBER KEWANGAN
Sekolah.
9. AHLI JAWATANKUASA
JAWATAN KUASA BENGKEL
Pengerusi
: En Zubir Bin Harun – Guru Besar
T/Pengerusi
: En Azha Bin Jusoh – Pen. Kanan Ko
N/Pengerusi 1 : En Ghani Bin Muda – Pen Kanan Pentadbiran
N/Pengerusi 2 : Pn Zaini Bt
Idris – Pen. Kanan Hem
Setiausaha
: En.Hisam b. Mohd
Bendahari
: En.Hadi Fitri b.Zukifly
AJK Tempat
: En. Abd Wahab b. Awang
AJK Peralatan
: En. Ismazi b. Ismail
3. AJK Makanan
: Pn. Kamisah bt. Othman @Pangat
AJK Kawalan Murid
: En. Pauzai b. Che Man
AJK Perubatan
: Jamaliah bt Abd. Rahman
10. PENUTUP
Aktiviti Sukan memanah tergolong di dalam jenis sukan elit dan memerlukan
perbelanjaan yang besar. Oleh itu diharapkan aktiviti memanah di kalangan ahli Unit
Beruniform dan Kelab Persatuan ini mendapat sokongan daripada semua pihak
terutama di pihak pentadbiran sekolah dan juga daripada Persatuan Ibubapa dan
Guru Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun. Aktiviti Sukan memanah ini juga
memerlukan komitmen yang tinggi daripada guru pembimbing dan juga para pelajar
sendiri. Untuk mendalami kemahiran aktiviti ini seorang pelajar itu perlu menguatkan
diri dari aspek fizikal dan mantel. Aktiviti memanah ini adalah satu latihan yang
berterusan jika seorang pelajar itu ingin mencapai ke tahap professional. Di
harapkan dengan adanya bengkel memanah ini, sekolah dapat melahirkan pelajar
yang berkebolehan dalam semua aspek selaras dengan dasar pendidikan Negara.
Sekian, terima kasih
Disediakan Oleh:
........................................................
(Azha bin Jusoh)
Guru Pen Kanan Kokurikulum.
Sek Keb. Pusat Dungun
23000 Dungun
Terengganu Darul Iman
Disahkan Oleh :
..............................................
(Zubir bin Harun)
Guru Besar
Sek Keb. Pusat Dungun
23000 Dungun
Terengganu Darul Iman