ºÝºÝߣ

ºÝºÝߣShare a Scribd company logo
Bangsa Melayu terhutang budi kepada Zainal Abidin bin Ahmad atau lebih dikenali
dengan panggilan Zaba. Beliau memberi sumbangan yang besar terhadap Bahasa
Melayu dan beliau juga dikenali sebagai seorang nasionalis Melayu yang gigih. Beliau
dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Batu Kikir, Kuala Pilah, Negeri
Sembilan. Bapanya Ahmad bin Ibrahim adalah seorang yang alim dan warak. Oleh
itu, sejak berumur 5 tahun lagi Zainal Abidin telah diajar oleh bapanya membaca Al-
Quran terus-menerus siang dan malam. 3 tahun kemudian beliau tamat mengaji Al-
Quran dan mahir dalam rukun-rukun sembahyang serta beliau diajar berzanji.
Pendidikan rasminya bermula pada tahun 1907 di Sekolah Menengah Linggi, beliau
turut juga belajar Bahasa Arab di sebelah petang. Pada tahun 1910, beliau
melanjutkan pelajaran di St. Paul's Institution di Seremban hingga lulus Senior
Cambridge dalam tahun1915. Zaba mula-mula bertugas sebagai guru Bahasa
Melayu di English College, Johor Bahru dalam tahun 1916. Pada tahun ini juga,
beliau bertugas sebagai guru Bahasa Melayu dan penterjemah di Maktab Melayu,
Kuala Kangsar. Disini beliau mula berminat dalam bidang karang-mengarang. Beliau
telah menghasilkan beberapa karyanya untuk akhbar dan majalah tempatan
terutamanya dalam Bahasa Inggeris. Pada tahun 1939, Zaba bertugas di Pejabat
Penerangan Singapura. Ketika itu beliau menulis buku-buku mengenai pendidikan
Melayu. Semasa zaman Jepun, Zaba bertugas sebagai juruhebah perang dalam
Bahasa Inggeris di radio Singapura. Pada tahun 1946, Zaba bertugas pula sebagai
Penterjemah Kanan Bahasa Melayu di Pejabat Pelajaran Kuala Lumpur. Di samping
ini juga, beliau banyak mengarang buku-buku untuk sekolah-sekolah Melayu. Buku
yang paling penting menjadi bahan rujukan tentang bahasa Melayu iaitu 'Pelita
Bahasa Melayu'. Beliau juga ada menterjemah kesusasteraan dalam bahasa asing
yang terkenal ke dalam Bahasa Melayu. Zaba juga menerbitkan buku Ilmu
Mengarang Melayu yang menjadi buku teks bagi sekolah-sekolah selepas Perang
Dunia Kedua. Beliau juga telah menulis rencana dalam Journal Of Malayan Branch
Royal Asiatic Society (JMBRAS) bagi memperkenalkan kesusuteraan dn kebudayaan
Melayu kepada orang-orang asing. Zaba juga menulis mengenai bidang ekonomi,
agama dan sikap Melayu. Dalam bidang ini, beliau menyentuh mengenai kemiskinan
dan cara-cara mengatasi masalah ekonomi orang Melayu. Buku-buku yang
dihasilkan ialah 'Falsafah Takdir Penggal Satu' yang telah mendapat tentangan dan
'Pendapat Perbahasan Ulama Berkenaan Dengan Kada' dan Kadar' yang telah
diharamkan di Perak. Pada tahun 1947, beliau dihantar ke London sebagai Pensyarah
di Universiti London. Sekembalinya dari London pada tahun 1953, beliau telah
dilantik menjadi Pensyarah di Universiti Singapura (Bahagian Melayu) merangkap
Ketua Jabatan Pengajian Melayu di Universiti tersebut. Beliau telah mengambil ujian
Ijazah Kesarjanaan dari Universiti London dalam tahun 1953 ketika berusia 58 tahun.
Beliau berjaya mendapat Ijazah kelas dua. Antara tahun 1951 dan tahun 1955,
Singapura. Artikal-artikal yang ditulisnya adalah mengenai bahasa dan agama. Zaba
terlalu cermat dan teliti terutamanya yang berkaitan dengan bahasa. Menurut
teman-teman rapatnya, kebanyakan surat-surat yang mereka kirimkan kepadanya
selalu dikembalikan dengan pembetulan-pembetulan yang dibuatnya di dalam surat
tersebut. Memandangkan jasa-jasa Zaba dalam bidang bahasa dan persuratan
Melayu beliau telah dianugerahkan gelaran 'Pendeta' pada tahun 1956, iaitu sewaktu
diadakan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu di Johor Bahru. Dalam tahun 1959,
Zaba telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Malaya
sebagai membalas jasa dan baktinya kepada bahasa dan persuratan Melayu yang
tidak ada tolok bandingannya. Pada tahun 1962, Zaba telah menerima satu lagi
penganugerahan, iaitu Bintang Panglima Mangku Negara oleh DYMM Seri Paduka
Baginda Yang di Pertuan Agong Malaysia yang bergelar Datok dan kemudiannya Tan
Sri. 23 Jun 1973 merupakan Hari Konvensyen pertama Unversiti Kebangsaan
Malaysia dan perlantikan Tun Razak sebagai Canselor pertama Universiti Kebangsaan
Malaysia. Di sini sekali lagi Zaba dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan.
Pemilihannya sebagai seorang pejuang dan pencita bahasa dan sastera Melayu oleh
Universiti yang telah didirikan dengan aspirasi kebangsaan amat tepat sekali. Ia
adalah lambang dari perjuangan bahasa dan persuratan Melayu. Malangnya Zaba
tidak dapat hadir untuk menerima ijazah tersebut kerana uzur. Sejak meletakkan
jawatan, beliau tidak lagi bergiat dalam kegiatan bahasa dan persuratan Melayu.
Akhinya, pada hari Selasa23 Oktober 1973, beliau telah kembali ke rahmatullah
dengan meninggalkan jasa dan baktinya yang tidak ternilai.




Sumbangan Za’ba
Posted on June 29, 2011
Anda semua mesti kenal dengan Tan Sri Dr. Zainal Abidin Bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai
Za’ba kan? Beliau merupakan tokoh yang banyak memberikan sumbangan terhadap perkembangan
Bahasa Melayu.


Artikel kali ini cuba mengupas secara sepintas lalu tentang sumbangan beliau terhadap
perkembangan Bahasa Melayu.Untuk pengetahuan kita semua, Zaba yang pernah mendapat
pendidikan di Sek. Melayu Linggi dalam tahun 1907 dan kemudiannya ke St. Paul Institution,
Seremban sehingga lulus Senior Cambridge.


Za’ba pernah menjadi guru Bahasa Melayu di English College, Johor Bahru, sebagai penterjemah
pengarang Berita Radio, penulis Setiausaha Agung UMNO, pensyarah Bahasa Melayu di Universiti
London dan terakhir sekali sebagai Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Singapura.


Pelita Bahasa Melayu, Ilmu Mengarang Melayu dan Daftar Ejaan Melayu Jawi atau Rumiyang
menjadi rujukan dalam penggunaan tatabahasa Bahasa Melayu merupakan antara karya yang pernah
dihasilkan oleh beliau. Namun karya beliau yang terkenal ialah Modern Developments of Malay
Literature dan Malay Journalism in Malaya.
Salah satu daripada sumbangan beliau adalah dalam sistem ejaan. Buktinya dapat kita lihat apabila
nama Pendeta Za’ba terukir sebagai pencipta Sistem Ejaan Baru Bahasa Melayu yang disebut
sebagai Sistem Ejaan Za’ba.
Beliau telah bertindak menggubal sistem ejaan dalam tahun 1933 dan menggantikan sistem ejaan
oleh R.J. Wilkinson yang telah digunakan dalam tahun 1914.


Za’ba telah memperkenalkan kaedah ejaan Jawi dalam tahun 1929 dan menerbitkan pulaRahsia
Ejaan Jawi dan dalam tahun 1931, sebahagian daripada buku yang dinamakanRahsia Ejaan Jawi itu
telah dicetak.
Za’ba juga memberikan sumbangan dalam Nahu dan Tatabahasa contohnya dalam bukunya Ilmu
Mengarang Melayu Edisi Ejaan Rumi Baharu menegaskan bahawa dengan adanya ilmu nahu,
pengguna bahasa boleh mendalami lagi hal ehwal bahasa mereka.
Begitulah antara beberapa sumbangan beliau yang sangat berguna kepada kita hari ini.

More Related Content

Pendeta zaaba

  • 1. Bangsa Melayu terhutang budi kepada Zainal Abidin bin Ahmad atau lebih dikenali dengan panggilan Zaba. Beliau memberi sumbangan yang besar terhadap Bahasa Melayu dan beliau juga dikenali sebagai seorang nasionalis Melayu yang gigih. Beliau dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Batu Kikir, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Bapanya Ahmad bin Ibrahim adalah seorang yang alim dan warak. Oleh itu, sejak berumur 5 tahun lagi Zainal Abidin telah diajar oleh bapanya membaca Al- Quran terus-menerus siang dan malam. 3 tahun kemudian beliau tamat mengaji Al- Quran dan mahir dalam rukun-rukun sembahyang serta beliau diajar berzanji. Pendidikan rasminya bermula pada tahun 1907 di Sekolah Menengah Linggi, beliau turut juga belajar Bahasa Arab di sebelah petang. Pada tahun 1910, beliau melanjutkan pelajaran di St. Paul's Institution di Seremban hingga lulus Senior Cambridge dalam tahun1915. Zaba mula-mula bertugas sebagai guru Bahasa Melayu di English College, Johor Bahru dalam tahun 1916. Pada tahun ini juga, beliau bertugas sebagai guru Bahasa Melayu dan penterjemah di Maktab Melayu, Kuala Kangsar. Disini beliau mula berminat dalam bidang karang-mengarang. Beliau telah menghasilkan beberapa karyanya untuk akhbar dan majalah tempatan terutamanya dalam Bahasa Inggeris. Pada tahun 1939, Zaba bertugas di Pejabat Penerangan Singapura. Ketika itu beliau menulis buku-buku mengenai pendidikan Melayu. Semasa zaman Jepun, Zaba bertugas sebagai juruhebah perang dalam Bahasa Inggeris di radio Singapura. Pada tahun 1946, Zaba bertugas pula sebagai Penterjemah Kanan Bahasa Melayu di Pejabat Pelajaran Kuala Lumpur. Di samping ini juga, beliau banyak mengarang buku-buku untuk sekolah-sekolah Melayu. Buku yang paling penting menjadi bahan rujukan tentang bahasa Melayu iaitu 'Pelita Bahasa Melayu'. Beliau juga ada menterjemah kesusasteraan dalam bahasa asing yang terkenal ke dalam Bahasa Melayu. Zaba juga menerbitkan buku Ilmu Mengarang Melayu yang menjadi buku teks bagi sekolah-sekolah selepas Perang Dunia Kedua. Beliau juga telah menulis rencana dalam Journal Of Malayan Branch Royal Asiatic Society (JMBRAS) bagi memperkenalkan kesusuteraan dn kebudayaan Melayu kepada orang-orang asing. Zaba juga menulis mengenai bidang ekonomi, agama dan sikap Melayu. Dalam bidang ini, beliau menyentuh mengenai kemiskinan dan cara-cara mengatasi masalah ekonomi orang Melayu. Buku-buku yang dihasilkan ialah 'Falsafah Takdir Penggal Satu' yang telah mendapat tentangan dan 'Pendapat Perbahasan Ulama Berkenaan Dengan Kada' dan Kadar' yang telah diharamkan di Perak. Pada tahun 1947, beliau dihantar ke London sebagai Pensyarah
  • 2. di Universiti London. Sekembalinya dari London pada tahun 1953, beliau telah dilantik menjadi Pensyarah di Universiti Singapura (Bahagian Melayu) merangkap Ketua Jabatan Pengajian Melayu di Universiti tersebut. Beliau telah mengambil ujian Ijazah Kesarjanaan dari Universiti London dalam tahun 1953 ketika berusia 58 tahun. Beliau berjaya mendapat Ijazah kelas dua. Antara tahun 1951 dan tahun 1955, Singapura. Artikal-artikal yang ditulisnya adalah mengenai bahasa dan agama. Zaba terlalu cermat dan teliti terutamanya yang berkaitan dengan bahasa. Menurut teman-teman rapatnya, kebanyakan surat-surat yang mereka kirimkan kepadanya selalu dikembalikan dengan pembetulan-pembetulan yang dibuatnya di dalam surat tersebut. Memandangkan jasa-jasa Zaba dalam bidang bahasa dan persuratan Melayu beliau telah dianugerahkan gelaran 'Pendeta' pada tahun 1956, iaitu sewaktu diadakan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu di Johor Bahru. Dalam tahun 1959, Zaba telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Malaya sebagai membalas jasa dan baktinya kepada bahasa dan persuratan Melayu yang tidak ada tolok bandingannya. Pada tahun 1962, Zaba telah menerima satu lagi penganugerahan, iaitu Bintang Panglima Mangku Negara oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Malaysia yang bergelar Datok dan kemudiannya Tan Sri. 23 Jun 1973 merupakan Hari Konvensyen pertama Unversiti Kebangsaan Malaysia dan perlantikan Tun Razak sebagai Canselor pertama Universiti Kebangsaan Malaysia. Di sini sekali lagi Zaba dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan. Pemilihannya sebagai seorang pejuang dan pencita bahasa dan sastera Melayu oleh Universiti yang telah didirikan dengan aspirasi kebangsaan amat tepat sekali. Ia adalah lambang dari perjuangan bahasa dan persuratan Melayu. Malangnya Zaba tidak dapat hadir untuk menerima ijazah tersebut kerana uzur. Sejak meletakkan jawatan, beliau tidak lagi bergiat dalam kegiatan bahasa dan persuratan Melayu. Akhinya, pada hari Selasa23 Oktober 1973, beliau telah kembali ke rahmatullah dengan meninggalkan jasa dan baktinya yang tidak ternilai. Sumbangan Za’ba
  • 3. Posted on June 29, 2011 Anda semua mesti kenal dengan Tan Sri Dr. Zainal Abidin Bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Za’ba kan? Beliau merupakan tokoh yang banyak memberikan sumbangan terhadap perkembangan Bahasa Melayu. Artikel kali ini cuba mengupas secara sepintas lalu tentang sumbangan beliau terhadap perkembangan Bahasa Melayu.Untuk pengetahuan kita semua, Zaba yang pernah mendapat pendidikan di Sek. Melayu Linggi dalam tahun 1907 dan kemudiannya ke St. Paul Institution, Seremban sehingga lulus Senior Cambridge. Za’ba pernah menjadi guru Bahasa Melayu di English College, Johor Bahru, sebagai penterjemah pengarang Berita Radio, penulis Setiausaha Agung UMNO, pensyarah Bahasa Melayu di Universiti London dan terakhir sekali sebagai Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Singapura. Pelita Bahasa Melayu, Ilmu Mengarang Melayu dan Daftar Ejaan Melayu Jawi atau Rumiyang menjadi rujukan dalam penggunaan tatabahasa Bahasa Melayu merupakan antara karya yang pernah dihasilkan oleh beliau. Namun karya beliau yang terkenal ialah Modern Developments of Malay Literature dan Malay Journalism in Malaya. Salah satu daripada sumbangan beliau adalah dalam sistem ejaan. Buktinya dapat kita lihat apabila nama Pendeta Za’ba terukir sebagai pencipta Sistem Ejaan Baru Bahasa Melayu yang disebut sebagai Sistem Ejaan Za’ba. Beliau telah bertindak menggubal sistem ejaan dalam tahun 1933 dan menggantikan sistem ejaan oleh R.J. Wilkinson yang telah digunakan dalam tahun 1914. Za’ba telah memperkenalkan kaedah ejaan Jawi dalam tahun 1929 dan menerbitkan pulaRahsia Ejaan Jawi dan dalam tahun 1931, sebahagian daripada buku yang dinamakanRahsia Ejaan Jawi itu telah dicetak. Za’ba juga memberikan sumbangan dalam Nahu dan Tatabahasa contohnya dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu Edisi Ejaan Rumi Baharu menegaskan bahawa dengan adanya ilmu nahu, pengguna bahasa boleh mendalami lagi hal ehwal bahasa mereka. Begitulah antara beberapa sumbangan beliau yang sangat berguna kepada kita hari ini.