Abu Hurairah dan Said al-Magburi meriwayatkan; Ada seorang lelaki memarahi Sayyidina Abu Bakar. Ketika itu Rasulullah SAW duduk di sebelahnya. Nabi diam sahaja, begitu juga Abu Bakar.
Selepas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat, Abu Bakar membalas makian itu tetapi Rasulullah bangun dan beredar dari situ. Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad sambil berkata; Ya Rasulullah, dia memaki hamun aku dan engkau pula diam. Ketika aku menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi.
Rasulullah lantas menjawab; Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam tetapi ketika engkau membalas makia