2. APAKAH YANG ANDA FAHAMKAN
DENGAN MAKSUD GURU
CEMERLANG?
Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang tinggi dan
sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan bertanggungjawab, khususnya dalam
bidang pengajaran dan pembelajaran.
Guru Cemerlang mempunyai ciri-ciri yang berikut dari segi:
A.
Peribadi: Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan dan berpegang
teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam serta peka dan prihatin terhadap keperluan
pelajar.
B.
Pengetahuan dan kemahiran: Guru Cemerlang ialah guru yang menguasai dan menghayati sepenuhnya
kandungan mata pelajaran kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus
masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu mengenalpasti keperluan dan masalah
pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran
dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.
C.
Hasil kerja: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcomes)
dan membangunkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
d. Komunikasi: Guru Cemerlang ialah guru yang memiliki kemahiran berkomunikasi yang tinggi serta
berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai situasi dan forum.
D.
Potensi: Guru Cemerlang ialah guru yang berwawasan, proaktif, mempunyai inisiatif, bersifat responsif dan
inovatif dalam rangka menjalankan tugas sebagai pendidik.
Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya menjana idea
baru dan melaksanakan idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan negara.
3. 5 KECEMERLANGAN
PENGAJARAN GURU
Mempunyai sahsiah yang baik
Berpengetahuan luas dalam mata pelajaran yang diajar
Tidak hanya mengajar untuk peperiksaan namun juga menumpukan
kepada pelajaran untuk masa hadapan (kehidupan)
Mengenal pasti potensi pelajar dan mencadangkan bidang untuk diambil
di peringkat yang lebih tinggi
Inovatif dalam bahan mengajar agar pelajar lebih memahami apa yang
hendak diajar
4. 5 TIDAK CEMERLANG
PENGAJARAN GURU
Hanya membaca buku teks ketika mengajar
Tidak menumpukan pada silibus dan hanya bercerita di dalam kelas
Tidak mempunyai sahsiah yang baik
Tidak beretika
Tidak mengambil tahu masalah pelajar. Tahu masuk ke kelas dan mengajar
sahaja.