2. Hak Asasi Manusia
5.1 Melindungi hak kanak-kanak
5.2 Menghormati hak wanita
5.3 Melindungi hak pekerja
5.4 Menghormati hak golongan kurang
berupaya
5.5 Melindungi hak pengguna
3. 5.1 Melindungi Hak Kanak-Kanak
• Bermaksud membela,memberi naungan dan
memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin
kehidupan mereka yang sempurna.
4. Ciri-ciri Amalan Nilai Melindungi Hak Kanak-kanak
• Memberikan ucapan tahniah dan hadiah
kepada kanak-kanak yang berjaya dalam
pelajaran.
• Melaporkan perbuatan jiran atau individu yang
mendera kanak-kanak.
• Memberi didikan dan kasih sayang kepada
kanak-kanak.
5. 5.2 Menghormati Hak Wanita
• Bermaksud melindungi dan mengiktiraf wanita
sebagai individu yang boleh memberi
sumbangan dalam pembangunan
keluarga,masyarakat dan negara.
6. Ciri-ciri Amalan Nilai Menghormati Hak Wanita
• Meraikan sambutan hari jadi ibu dan Hari
Ibu bersama ahli keluarga.
• Memberi pengiktirafan di peringkat negeri atau
kebangsaan seperti penganugerahan ibu contoh.
• Mendirikan rumah atau pusat perlindungan bagi kaum
wanita yang tertindas.
• Memberikan peluang pendidikan,gaji,pekerjaan dan
peluang kenaikan pangkat sama dengan kaum lelaki.
7. 5.3 Melindungi Hak Pekerja
• Bermaksud menghormati,menghargai dan
mengiktiraf perkhidmatan,jasa dan sumbangan
golongan pekerja dalam pembangunan negara.
8. Ciri-ciri Amalan Nilai Melindungi Hak Pekerja
• Melindungi dan menghargai pekerja.
• Membayar gaji pekerja tepat pada masanya.
• Menjaga kebajikan pekerja.
• Memberi bayaran bonus sebagai insentif dan
penghargaan kepada pekerja.
• Memberi galakan dan peluang kepada pekerja
menambahkan kemahiran.
9. 5.4 Menghormati Hak Golongan Kurang
Berupaya
• Bermaksud memberi layanan yang sopan
kepada golongan kurang berupaya supaya
tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka
sebagai insan ciptaan Tuhan.
10. Ciri-ciri Amalan Nilai Menghormati Hak
Golongan Kurang Berupaya
• Menghargai kemahiran kumpulan istimewa
dalam bidang yang mereka ceburi.
• Memberi layanan dan pengiktirafan kepada
mereka.
• Memberi bantuan atau sokongan moral kepada
mereka.
11. 5.5 Melindungi Hak Pengguna
• Bermaksud membela dan memelihara hak
individu untuk menjadi pengguna yang
berilmu,mendapat perkhidmatan serta
barangan yang berkualiti dan tidak mudah
dieksploitasi
12. Ciri-ciri Amalan Nilai Melindungi Hak Pengguna
• Mengambil tindakan ke atas pekedai yang
menyorok barangan untuk menaikkan harga.
• Bersikap jujur semasa berniaga iaitu
mempamerkan harga barangan,menepati
sukatan dan timbangan.
• Sentiasa bersikap terbuka dan sedia
mendengar aduan pengguna.