1. BAB 1 : PENGENALAN MULTIMEDIA
1.Definisi
Ia merupakan gabungan pelbagai sumber maklumat media bagi persembahan maklumat
dengan melibatkan kombinasi elemen-elemen seperti teks, grafik, bunyi, video, animasi ,
dimana maklumat ini akan disampaikan dalam persembahan yang disokong pada sistem
komputer secara interaktif.
Elemen Peranan/ciri-ciri
Teks - Merupakan asas utama bagi penyaluran sesuatu informasi.
- Mempunyai pelbagai jenis dan bentuk tulisan yang berupaya memberi
daya tarikan dalam penyampaian sesuatu informasi.
- Boleh juga digunakan untuk memberikan penekanan bagi sesuatu isi
kandungan yang ingin disampaikan.
Grafik - Grafik digunakan bagi memberi penekanan secara visual terhadap
sesuatu persembahan informasi.
- Grafik membantu dalam menerangkan sesuatu informasi secara lebih
berkesan.
- Grafik wujud dalam pelbagai bentuk seperti ilustrasi, lukisan, carta,
gambar, diagram dan sebagainya.
Audio - Digunakan untuk membantu penyampaian sesuatu maklumat dengan
lebih berkesan.
- Menimbulkan suasana yang lebih menarik dan akan menghasilkan
tumpuan terhadap isi yang dipersembahkan.
- Contoh : Suara latar, muzik, lagu dan kesan bunyi.
2. Video - Merujuk kepada siri gambar foto atau grafik yang dipersembahkan
dalam satu kadar masa yang pantas.
- Video menawarkan satu persembahan atau paparan yang lebih hidup
dan realistik.
Animasi - Proses penerangan atau penyampaian sesuatu maklumat yang
kompleks dapat digambarkan dengan lebih mudah dan pantas.
- Animasi membolehkan sesuatu persembahan yang disampaikan itu
kelihatan lebih hidup atau realistik.
Interaktiviti - Interaktiviti membenarkan pengguna berinteraksi secara dua hala.
- Memberi peluang kepada pengguna untuk menentukan apa,
bagaimana dan bila sesuatu maklumat itu dipersembahkan.
- Pengguna dapat meneroka sesuatu maklumat mengikut keperluan dan
kepantasan mereka.
- Persembahan maklumat lebih dinamik dan interaktif.
2. Ciri-ciri
Proses perlaksanaan maklumat adalah bercirikan analog ke bentuk digital.
Bagaimanapun, kesemua maklumat bagi menghubung pada sistem multimedia ia perlu
diaturcarakan oleh seseorang pengaturcara supaya pengguna dan komputer dapat
berinteraksi ke atas maklumat/data-data multimedia secara interaktif yang membolehkan
komputer dapat bertindakbalas kehendak pengguna.
Terdapat perbezaan rekabentuk asas pada ciri-ciri multimedia iaitu antara linear dan
tidak linear
Linear Tidak linear
? pengguna tidak boleh mengawal
urutan kandungannya.
? Aplikasi yang boleh digunakan
untuk menyampaikan sesuatu
maklumat bermula dari awal hingga
akhir atau maklumat akan diulangi
semula.
Contoh:
Filem, Iklan TV
? Pengguna boleh mengawal urutan
kandungannya.
? Pengguna bebas untuk memilih
butang mana-mana bahagian
(menu yang disediakan) yang
dikehendaki melalui butang
navigasi
Contoh:
Permainan, Kamus elektronik
3. Namun begitu, berdasarkan ciri-ciri multimedia tersebut, konsep penyampaian maklumat
multimedia iaitu menggunakan medium penghantaran bagi aplikasi bercirikan multimedia
antara penggunaan web dan CD adalah perbezaan isi kandungannya.
3. Produk multimedia
? Bahan multimedia yang disediakan pengguna boleh bertindakbalas dan
mengawal persembahan maklumat tersebut.
? Kaedah link (penghubungan antara satu halaman page ke halaman page yang
lain) dapat berfungsi dengan baik dan teratur.
- butang navigasi untuk membenarkan pencapaian bukan linear
-hyperlink atau hypertext yang menggunakan grafik atau text
? Persembahan maklumat yang berinteraktif.
4. Bidang penggunaan multimedia
Teknologi multimedia boleh digunakan dalam pelbagai bidang. Bidang-bidang tersebut
adalah:
Industri, pendidikan, hiburan, perniagaan
? Perkembangan mesin
? Memproses banyak data/maklumat ( keterangan barangan,jadual pengeluaran
dan lain-lain)
? Mengawal proses pengeluaran ( kawalan inventori- baki/maklumat
baru/menyimpan/nilai/barangan siap/status)
? Mempengaruhi perkembangan
? Menyebarkan ilmu pengetahuan ( sekolah/perpustakaan/rumah/pendidikan jarak
jauh dan lain-lain)
? Mengabungkan animasi, video, bunyi bersama-sama teks dan gambar serta
berkeupayaan untuk melaksanakan interaktiviti yang membolehkan proses
pembelajaran dan pengajaran dilakukan dengan lebih berkesan.
? Proses pentadbir/ penyelidik/guru/murid/ibubapa membantu proses pengajaran
dan pembelajaran dan meningkatkan kemahiran /pengatahuan mereka.
industri
pendidikan
4. ? pemasaran , menyediakan perkidmatan dan komunikasi pelanggan dalam
rangakain / online
? persembahan multimedia yang berunsurkan text animasi, bunyi, klip video dan
gambar memberi minat kepada pelanggan untuk memahami jualan yang hendak
disampaikan .
? pengurusan lebih mudah dalam urusan dokumen seperti pengurusan pentadbiran
di pejabat.
? Memberi perkhidmatan /berunding tanpa bertemu secara fizikal
? Banyak permainan kini dalam CD /DVD dan internet (online) yang mengandungi
kesemua elemen-elemen multimedia.
? Pelbagai perisian aplikasi permainan yang menguji pelbagai kebolehan pemain
dengan bahan multimedia yang digunakan mempunya animasi dan grafik yang
baik.
? Kegunaan animasi dan grafik yang baik boleh dijayakan oleh bahan multimedia
tersebut dan menarik perhatian pengguna.
? kebanyakkannya bidang hiburan menggunakan teknik tiga dimensi 3D
? Teknik ini menampakkan grafik dan animasi yang lebih relistik atau hidup di
dalam pembikinan filem layar perak. Disamping itu, multimedia juga digunakan di
dalam klip musik video, persembahan, upacara rasmi dan montaj
gfhdhhhperniagaan
gfhdhhhhiburan