際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam

BAB 2
NILAI-NILAI UNIVERSAL DALAM TAMADUN
1. Pendahuluan
1.
2.
3.

Persamaan dan perbezaan nilai sesebuah tamadun bergantung kepada perkara yang menjadi pegangan
secara menyeluruh dalam tamadun tersebut.
Tamadun Islam berpaksi kepada sumber wahyu yang mengarahkan semua perkara yang dilakukan oleh
umatnya perlu berada pada landasan wahyu. Manakala tamadun selain Islam menjadikan manusia sebagai
objeknya. Ini termasuk batas keupayaan, pemikiran, siapa yang kuat maka dialah yang berkuasa.
Selain itu, faktor yang menjadi punca persamaan dan perbezaan antara tamadun ialah doktrin, amalan
agama, ciri keturunan dan budaya.

2. Konsep Nilai
1.
2.
3.

4.
5.
6.

Menurut Kamus Dewan, nilai bermaksud darjah, kualiti, mutu, taraf dan sifat ketinggian.
Identiti tidak boleh dipisahkan daripada nilai-nilai. Nilai-nilai yang diamalkan atau dihayati oleh sesuatu kaum
atau tamadun itu secara tidak langsung menggambarkan identiti kaum atau tamadun tersebut.
Terdapat perbezaan antara tamadun yang muncul disebabkan setiap tamadun muncul sebagai manifestasi
budaya, falsafah hidup atau penghayatan agama masyarakatnya. Tamadun Islam misalnya lahir daripada
manifestasi tauhid (kepercayaan), tamadun India banyak dipengaruhi konsep ketuhanan Hinduisme,
tamadun Greek dengan falsafah dan keseniannya. 1
Dalam tamadun Islam, nilai-nilai ketamadunannya merangkumi nilai kebendaan dan kerohanian.
Kemunculan setiap tamadun mempunyai nilai-nilainya tersendiri yang membezakan antara satu tamadun
dengan tamadun lain namun terdapat persamaan nilai-nilai antara tamadun, itulah nilai universal tamadun.
Nilai universal diertikan sebagai nilai yang diterima umum dalam semua masyarakat. 2 Terdapat beberapa
nilai universal tamadun yang akan dibincangkan yang mewujudkan persamaan dan perbezaan.

3. Nilai-nilai Universal Tamadun
3.1 Nilai Kepercayaan
1. Peranan agama dalam semua tamadun sangat penting kerana ia membantu memantapkan struktur
sosial dan intelektual sesuatu tamadun.
2. Semua tamadun sama ada berasaskan kepercayaan samawi atau budaya, tetap menjunjung tinggi
doktrin keagamaan, malah dari agama inilah lahirnya kebudayaan dan sains. Idea ketuhanan yang
transcendence (kudus) sama ada dengan panggilan Ti, Brahman atau Sang Hyang Tunggal
menyebabkan institusi dan ajaran keagamaan agama lain juga di hormati.3
3. Nilai kepercayaan dalam tamadun Islam adalah tamadun yang menitikberatkan persoalan ketuhanan
dan kerohanian yang bersumberkan wahyu. Agama memberi tenaga, fikiran dan penggerak kepada
dinamisme sesebuah tamadun.
4. Dalam tamadun Jepun pula banyak dipengaruhi ajaran Shintoisme yang menanamkan rasa
kebangsaan dan semangat patriotisme. Konsep ini disokong dengan semangat Bushido iaitu sanggup
membunuh diri jika gagal melaksanakan perintah.4
5. Sungguhpun setiap tamadun mempunyai nilai kepercayaan, tetapi amalannya dan kefahaman
mengenainya adalah berbeza. Misalnya tamadun Islam meletakkan kepercayaan kepada Allah sebagai
matlamat utama dalam pekerjaan dan pembinaan tamadun berbanding tamadun lain yang menganggap
manusia sebagai penentu kemajuan dan Tuhan tidak dijadikan asas utama.

1

Zulkifli Dahalan et. al, 2009, Sejarah Pemikiran dan Tamadun Islam, Shah Alam: UiTM, hlm. 49.
Mohd Nasir Ayub et. al, 2011, Pengenalan Tamadun Islam & Pemikiran Islam Kontemporari, Kedah: UiTM, hlm. 54.
3 http://treebuilder.blogspot.com/2010/12/nilai-nilai-universal-antara-tamadun.html
4
Zulkifli Dahalan et. al, op.cit, hlm. 51.
2

1
CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam

3.2 Nilai Ekonomi dan Kebendaan
1. Nilai ekonomi atau kebendaan menjadi matlamat utama, pada kebanyakkan tamadun khususnya Barat
sehingga menghalalkan semua perkara bagi mencapai matlamat nilai kebendaan.
2. Berbeza dengan Islam di mana nilai ekonomi perlu berlandaskan syariat iaitu mengambil persoalan
hukum halal dan haram serta mendapatkan keredhaan Allah. Manusia merupakan pemegang amanah
dan bukan pemilik harta secara mutlak. Harta dan kebendaan hanya alat untuk mencapai keredhaan
Allah. Firman Allah:

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan
kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan
bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah
berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah
engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang
yang berbuat kerosakan "5
1.
2.
3.
4.

Justeru, amalan-amalan ekonomi seperti riba, menipu, menyorok barang, rasuah dan sebagainya
adalah diharamkan dalam Islam.
Aktiviti ekonomi yang berteraskan syariat Islam bukan sahaja mampu mewujudkan hubungan
perpaduan sosial menerusi konsep nikmat sama dirasai malah meningkatkan ekonomi negara dan
mengurangkan aras kemiskinan.
Tanpa kekuatan ekonomi, umat Islam akan berada di bawah paras kemiskinan dan ditakuti dengan
kemiskinan akan membawa kepada kekufuran seperti yang diingatkan oleh Rasulullah.
Pengalaman dan penglibatan Rasulullah dan para sahabat terlibat secara aktif dalam bidang
perniagaan dan penternakan serta pertanian telah menyumbang kepada kegemilangan tamadun Islam
di Madinah dan sebagai model bagi umat Islam menguasai ekonomi untuk melahirkan tamadun Islam
yang hebat bagi mengimbangi penguasan ekonomi Barat.

3.3 Nilai Kerja
1. Nilai kerja bermaksud etika atau budaya kerja. Nilai kerja tamadun atau masyarakat Barat melihat
kepada keuntungan dari segi kebendaan berbanding etika kerja sebenarnya. Masyarakat Jepun dan
Korea yang sering dikaitkan dengan nilai kerja yang penuh berdisiplin dan beretika seperti juga yang
dituntut dalam Islam namun ianya tetap terarah kepada kepentingan dan keuntungan dunia.6
2. Berbeza dengan Islam, nilai kerja hendaklah berlandaskan tuntutan syariat dan mencari keberkatan
daripada Allah s.w.t.
3. Dalam Islam, bekerja memenuhi keperluan hidup secara halal merupakan amalan mulia dan dianggap
sebagai ibadah apabila memenuhi syarat-syarat berikut:
a. Dilakukan dengan niat kerana Allah
b. Kerja yang dilakukan menepati kehendak syarak
c. Dilakukan dengan penuh tanggungjawab
d. Menjauhi larangan Allah dalam melaksanakan tugas dan kerja seperti menipu dan rasuah
e. Tidak melalaikan dan meninggalkan ibadah khusus.
4. Allah amat menyukai umatNya yang rajin bekerja dan tidak hidup dengan meminta-minta. Justeru
kegemilangan tamadun Islam yang pernah dikecapi dulu adalah hasil kerja umat Islam dalam berbagai
bidang di samping penerokaan berbagai ilmu pengetahuan yang berterusan.
5. Dorongan Islam supaya umat Islam sentiasa bekerja untuk mencapai keselesaan dan kejayaan jelas
ditegaskan dalam laungan azan  Hayya alal falah (marilah menuju kejayaan)
3.4 Nilai Kemanusiaan

5
6

Al-Quran, Surah al-Qasas: 77
Mohd Nasir Ayub et. al, Op.cit, hlm. 56.

2
CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Nilai kemanusiaan merupakan nilai yang mementingkan penghormatan terhadap hak-hak asasi dan
kemuliaan manusia. Nilai ini tidak akan wujud melainkan sebuah kelompok masyarakat itu memahami
hakikat kejadian manusia secara menyeluruh.7
Nilai kemanusiaan dalam Islam merupakan yang perlu dipupuk dan nilai kebendaan hanya sebagai nilai
tambah.
Tamadun Islam adalah diasaskan atas dasar masyarakat yang meletakkan nilai kemanusiaan yang
mengamalkan sifat bertimbangrasa, lemah lembut, kasih sayang, adil dan sebagainya.
Kasih sayang merupakan nilai kemanusiaan yang paling murni. Tanpa kasih sayang, segala urusan
akan pincang. Maksud sabda Rasulullah s.a.w: Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga ia
suka saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa yang ia sendiri suka mendapatnya
Orang yang dikasihi Allah s.w.t dan disukai masyarakat ialah orang yang hidup untuk dirinya dan untuk
orang lain serta memikirkan kebaikan ummah. Kasih sayang sesama manusia menguatkan hubungan
sesama manusia walaupun berlainan agama dan bangsa.
Bagi menjamin keamanan sejagat Islam melarang manusia melakukan angkara dan pencerobohan
terhadap hak orang lain sama ada dengan lidah, tangan atau apa-apa jua sekali pun.
Dalam Tamadun China pula terdapat konsep Ren yang bermaksud kasih sayang. Konsep ini merujuk
kepada sifat perikemanusiaan yang dianggap ekspresi jantung manusia.
Dalam Tamadun Hindu terdapat konsep Ahimsa iaitu belas kasihan yang boleh membawa kepada
tiadanya kekejaman terhadap sebarang makhluk sama ada manusia ataupun binatang. 8

3.5 Nilai Keilmuan
1. Semua tamadun menerima kepentingan ilmu pengetahuan dalam membangun dan membina sesebuah
tamadun. Bangsa yang meneroka dan menguasai ilmu pengetahuan akan dapat mewujudkan tamadun
yang gemilang
2. Keutamaan ilmu jelas dirakamkan di dalam wahyu yang pertama diturunkan (al-Alaq: 1-5).
3. Umat Islam perlu mempunyai kesedaran tentang kewajipan menuntut ilmu kerana tanpa ilmu umat
Islam tidak akan maju sedangkan umat Islam diibaratkan oleh Allah sebagai ummah wasatan iaitu
umat yang mampu meneroka dan membangun alam ini dengan ilmu yang dipelajari.

Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan
kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang
yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan
Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan
kamu9
4.
5.

6.

Tiada lagi bangsa yang maju dan berjaya tanpa penguasaan ilmu. Begitu juga keimanan seseorang
tidak dapat ditegakkan dengan kukuh dan mantap, serta amalan seseorang tidak diterima tanpa ilmu.
Konsep mencari ilmu dalam Islam berbeza dengan tamadun-tamadun lain di mana perolehan ilmu
hemdaklah berlandaskan konsep tauhid. Proses transformasi tidak akan berhasil jika tujuan ilmu tidak
mensasarkan Allah s.w.t sebagai matlamat utama, maka akan berlakulah pegawai yang meminta
rasuah, doktor yang menipu dan sebagainya. 10
Sejarah telah merakamkan bagaimana umat Islam dahulu telah berjaya mengembangkan ilmu
pengetahuan dalam berbagai bidang hingga melahirkan peradaban yang gemilang seperti di Andalus
dan di Baghdad yang kemudiannya menjadi penyumbang kepada kebangkitan tamadun Eropah.

3.6 Nilai Akhlak

Ibid., hlm 56.
http://treebuilder.blogspot.com/2010/12/nilai-nilai-universal-antara-tamadun.html
9 Al-Quran, al-Baqarah: 143
10 Mohd Nasir Ayub et. al, Op.cit, hlm. 62-63.
7
8

3
CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam

1.

2.
3.
4.
5.
6.

Akhlak dalam Islam merupakan sistem nilai yang menjamin kehidupan yang beretika. Tanpa akhlak
mulia kehidupan manusia akan menjadi lebih huru-hara dan mementingkan diri. Justeru, perutusan
Rasulullah adalah untuk menyempurnakan akhlak manusia, sebagaimana maksud hadis Rasulullah
s.a.w:
Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia
Antara faktor perutusan Nabi Muhammad s.a.w sebagai seorang rasul ialah untuk memperelok akhlak
manusia.
Akhlak Islam bersifat syumul iaitu merangkumi hubungan manusia dengan Allah s.w.t, sesama manusia
dan makhluk lain termasuk alam persekitaran.
Dalam tamadun Cina, terdapat konsep dao (jalan) dan li (tatasusila) dalam ajaran Konfusius yang
menekankan peraturan akhlak dan kehidupan berasaskan tiga perhubungan  manusia dengan Tuhan,
sesama manusia dan perhubungan politik.
Dalam ajaran Konfusius juga menekankan konsep zhong yong iaitu kesederhanaan di mana manusia
perlu hidup bersederhana dan elakkan kekerasan sebagai jalan penyelesaian.
Dalam tamadun India, ajaran Hindu menekankan konsep Dharma (jalan kehdupan berlandaskan
kebenaran)11 dan karma (apa yang dialami manusia adalah hasil perbuatan yang lalu atau sekarang);
perbuatan baik akan mendapat balasan baik dan perbuatan buruk akan mendapat balasan buruk.
Menurut ajaran ini, manusia perlu mencapai mokhsa iaitu kebebasan dari rantian kelahiran semula.12

3.7 Nilai Keadilan
1. Nilai keadilan amat besar ertinya dalam kehidupan dan perhubungan manusia kerana ianya mampu
mewujudkan keamanan dan kemakmuran sesebuah tamadun. Sebagai contoh kerajaan yang
melaksanakan keadilan sosial akan membahagikan kekayaan negara kepada seluruh rakyat di mana
menghadkan monopoli golongan kaya dan meningkatkan pendapatan golongan miskin, maka dengan
ini akan merapatkan jurang perbezaan. Ini bermakna kekayaan tidak hanya dinikmati oleh golongan
kaya malah turut dirasai oleh golongan miskin.13
2. Sejarah telah merakamkan bahawa salah satu sebab keruntuhan sesebuah tamadun ialah apabila
pemerintah atau kerajaan tidak lagi berlaku adil terhadap rakyatnya dengan melakukan kezaliman dan
mengabaikan hak-hak rakyat.
3. Saranan menegakkan keadilan jelas ditekankan dalam ajaran Islam sebagaimana firman Allah s.w.t:
Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang
menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan janganlah
kebencian kamu terhadap suatu kaum itu mendorong kamu untuk tidak berlaku adil.
Berlaku adillah kerana ia lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah,
14
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu lakukan

3.8 Nilai Kekeluargaan
1. Menurut Malik bin Nabi untuk membina sebuah tamadun, ianya bermula dengan membina masyarakat
yang berperadaban dan untuk itu ia bermula dengan pembentukan keluarga. Keluarga yang
dimaksudkan lazimnya keluarga extended yang mempunyai hirarki kuasa yang menentukan kedudukan
kaum wanita dan lelaki.
2. Menurut konfusius, kesetiaan dan pertalian yang erat merupakan konsep kekeluargaan yang terpenting.
Pengabaian terhadap konsep kekeluargaan bermakna penafian hak seseorang dan bertentangan
dengan keadilan.
3. Konsep kekeluargaan dalam Islam pula mementingkan kasih sayang dan saling hormat menghormati.
Ini bermakna kedudukan wanita dan lelaki bukanlah menjadi persoalan utama, tetapi setiap mereka

http://id.wikipedia.org/wiki/Dharma
Mohd Nasir Ayub et. al, Op.cit, hlm. 64.
13
Ibid., hlm. 60
14 Al-Quran, surah al-Maidah ayat 8
11
12

4
CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam

mestilah menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam lingkungan kasih sayang dan hormat
menghormati.15
3.9 Nilai Alam Sekitar
1. Pemuliharaan alam sekitar merupakan satu prinsip yang diterima oleh semua agama kerana alam
sekitar dianggap sebagai anugerah tuhan.
2. Dalam Islam, manusia sebagai khalifah Allah berkewajipan memelihara alam dari sebarangn
kerosakan. Begitu juga dalam ajaran agama-agama lain. Ada sesetengah tamadun lain memelihara
alam sekitar sehingga alam sekitar disembah dan dilihat sebagai Divine Power.16
3. Dalam ajaran Shinto, tuhan disebut kami yang merangkumi binatang-binatang, tumbuhan yang
dianggap mempunyai kuasa yang boleh memberi kesan kepada manusia.
4. Dalam agama Buddha, manusia dikatakan mempunyai hubungan harmonis dengan alam sekitar
melalui konsep Esho Fuai iaitu manusia dan alam saling berkaitan dan memerlukan.

4

Interaksi Antara Tamadun
1.
2.
3.
4.

5.

6.

Walaupun setiap tamadun mempunyai keistimewaan tersendiri, sifat sebenar sesebuah tamadun tidak
tertutup. Sesungguhnya wujud saling hubungan atau interaksi17 antara tamadun sama ada diperingkat
perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan keinsanan yang berlaku sepanjang sejarah. 18
Kewujudan interaksi antara tamadun disebabkan oleh semangat toleransi serta sikap saling menghormati
antara sebuah tamadun dengan sebuah tamadun lain.
Sebagai contoh hubungan antara pelbagai tamadun yang berjiran sejak beberapa dekad silam dan terbukti
dapat terjalin dengan harmoni hubungan antara tamadun Cina dan tamadun Islam, antara tamadun India
dan tamadun Melayu melalui hubungan perdagangan.
Saling berinteraksi antara tamadun sebenarnya akan melahirkan kesan-kesan positif dan terdapat juga
kesan-kesan negatif. Sama ada kesan yang lahir bersifat positif ataupun negatif, apa yang pasti ia
disebabkan wujudnya interaksi antara tamadun dan ianya bergantung sejauhmana bentuk interaksi itu
dijalinkan.19
Proses interaksi boleh berlaku dengan pelbagai cara antaranya melalui kehidupan bersama, pedagangan,
peperangan, pejelajahan, penjajahan dan media. Ia boleh dilihat dalam proses rentesan persempadanan
akibat pertembungan agama, bahasa, adat, makanan, pakaian dan sebagainya. Akibatnya menyaksikan
peradaban yang besar akan mendominasi peradaban yang kecil. 20
Pada umumnya, terdapat empat jenis interaksi berlaku antara tamadun, iaitu:
a. Interaksi fizikal. Seperti yang berlaku di Alam Melayu di mana pedagang Arab mengahwini penduduk
tempatan dan membina petempatan khas di kawasan pantai timur dan barat Sumatera.
b. Interaksi teologi atau agama. Sebagai contoh proses asimilasi beberapa ajaran Buddha ke dalam
ajaran Shinto di Jepun tentang nilai etika dan moral.
c. Interaksi sains dan teknologi. Seperti Jepun mempelajari sains dan teknologi dari Eropah dan
Amerika Syarikat ekoran hubungan yang terjalin.
d. Interaksi budaya. Ia merupakan interaksi yang paling ketara berlaku pada mana-mana tamadun yang
meliputi pelbagai aspek seperti makanan, pakaian, seni bina, muzik dan sebagainya. 21

4.1 Faktor-faktor Berlaku Interaksi

Chandra Muzaffar et.al, Pengenalan Ilmu Ketamadunan, dalam Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Cetakan Keempat, 2004,
Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, hlm. 14.
16
Ibid, hlm.13
17 Interaksi diertikan sebagai tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain, tindak balas antara dua atau beberapa pihak.
Lihat Kamus Dewan, Edisi Ketiga, 1996, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 496.
18 Chandra Muzaffar et.al, op.cit, hlm. 10
19 Zulkifli Dahalan et.al, op.cit, hlm. 54
20
Mohd Nasir Ayub et. al, op.cit, hlm. 66
21 Zulkifli Dahalan et.al, op.cit, hlm. 55-56
15

5
CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam

a.

Faktor Geografi
1. Kelahiran sesebuah tamadun banyak didorong oleh kedudukannya yang strategik yang
memungkinkan penempatan masyarakat memperolehi sumber-sumber semulajadi untuk keperluan
hidup.
2. Faktor lokasi ini adalah merujuk pada kesesuaian faktor geografi yang dilihat menggalakkan
kemunculan tamadun Cina di lembah Hwang Ho, tamadun Mesopotamia di lembah Tigris,
tamadun Mesir di lembah sungai Nil dan tamadun Melayu Melaka di pinggiran selat Melaka.
3. Kebiasaannya kawasan yang terbuka bentuk kawasan geografi seperti kawasan yang menjadi
laluan perdagangan bersifat lebih terbuka dalam orientasi ketamadunannya. Ini menyebabkan
sesebuah tamadun itu terdedah kepada tamadun luar.
4. Sebagai contoh melalui jalan laut orang Arab merentasi laut Arab ke benua India, kepulauan
Melayu hingga ke Canton, Cina.22

b.

Faktor Perdagangan
1. Interaksi antara tamadun turut berlaku menerusi aktiviti perdagangan. Misalnya, hubungan
perdagangan yang berlaku antara Arab dan Cina melalui jalan darat dan laut. Hubungan ini terjalin
sejak abad ke 3 Masehi. Pedagang Arab dan Parsi telah membina penempatan mereka di Canton
malah mereka turut membina masjid di Guangzhou. Ini membuktikan berlakunya proses Islamisasi
di wilayah tersebut.
2. Hubungan pedagangan juga berlaku antara pedagang Arab dengan penduduk Alam Melayu
apabila mereka singgah di beberapa pelabuhan penting di kepulauan Melayu seperti Melaka
sebelum meneruskan perjalanan ke Cina.23

c.

Faktor Keagamaan
1. Kemunculan sesebuah tamadun juga boleh dikaitkan dengan rangsangan keagamaan dan
kerohanian. Ajaran agama mendorong manusia supaya menghayati dan mengamalkan nilai-nilai
murni dalam kehidupan.
2. Islam merupakan agama yang bersifat terbuka iaitu menerima kebaikan daripada agama lain
selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam. Sebagai contoh, walaupun kerajaan Islam dapat
mengekalkan kuasanya selama 7 abad di Andalusia tetapi tidak pernah mendiskriminasi 24
penduduknya yang beragama Kristian dan Yahudi malah diberi peluang turut serta
membangunkan ekonomi, ilmu pengetahuan dan perdagangan.

d.

Faktor Pemerintah
1. Sikap pemerintah menunjukkan sikap terbuka dan toleransi dengan mewujudkan hubungan
dengan tamadun lain. Misalnya, pemerintah Islam pada zaman kegemilangan tamdun Islam
mengamalkan sikap terbuka dengan menerima sumber ilmu daripada tamadun Yunani, India dan
Cina.25

4.2 Faktor Penghalang Interaksi
1.

Antara faktor penghalang interaksi antara tamadun ialah:

Ibid., hlm. 55
Ibid., hlm. 56
24 Diskriminasi bermaksud perlakuan membeza-bezakan warna kulit, keturunan, layanan dan sebagainya. Lihat Kamus Dewan,
hlm. 309. Lihat juga http://ms.wikipedia.org/wiki/Diskriminasi
25
Zulkifli Dahalan et.al, op.cit, hlm. 57.
22
23

6
CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam

a.
b.
c.
d.
e.
f.

Kedudukan geografi atau daerah yang membataskan perhubungan antara satu tamadun dengan
tamadun lain.
Semangat nasionalisme (kebangsaan) yang menebal sehingga melahirkan sikap perasaan
kebencian dan permusuhan terhadap bangsa atau warga negara lain.
Tiada sikap toleransi atau tolak ansur di kalangan kaum migran dan bukan migran. Perkara ini
menyebabkan masing-masing membawa haluan sendiri dan tiada semangat perpaduan dan
bekerjasama.
Penggunaan bahasa yang berbeza
Pegangan agama yang berbeza di mana masyarakat akan sentiasa berpegang teguh pada
kepercayaan yang menjadi pegangan sejak turun menurun.
Golongan yang mengamalkan cara hidup tradisional dengan golongan moden terutama yang
terpengaruh dengan pemikiran Barat.26

4.3 Kesan Interaksi
4.3.1 Kesan Positif
1. Antara contoh interaksi positif ialah interaksi antara Islam dengan Kristian dan Yahudi pada
peringkat awal perkembagan Islam di zaman pemerintahan Rasulullah s.a.w di Madinah di mana
menerusi piagam (perlembagaan) Madinah yang dibentuk oleh baginda Rasulullah s.a.w hak-hak
orang Kristian dan Yahudi serta penganut agama lain diberi pelindungan dan kebebasan
mengamalkan agama mereka tanpa sebarang gangguan selagi mana mereka menjamin
keamanan dan menghormati orang Islam. Hal yang sama telah diikuti oleh pemerintah-pemerintah
Islam selepasnya. Malah dalam beberapa buah kerajaan Islam, mereka turut diberi kedudukan dan
jawatan dalam pentadbiran negara.
2. Contoh lain kesan positif interaksi antara tamadun ialah antara tamadun Islam dengan China
melalui hubungan perdagangan. Hasil Interaksi antara pedagang-pedagang Arab dan Parsi
dengan orang-orang Cina telah melahirkan komuniti Arab Islam di negara China ekoran
berlakunya perkahwinan campur.
3. Kesan terpenting ialah penyebaran agama Islam di China yang akhirnya mewujudkan komuniti
Islam tempatan Cina dan juga cendikiawan-cendikiawan Islam tempatan yang masyhur seperti Liu
Zhi dan Mha Zhu.
4. Cendikawan tempatan telah mencari keselarian ajaran-ajaran etika dan nilai Islam dengan
konfusianisme. Konsep-konsep hubungan keluarga, ketaatan kepada ibu bapa dan raja dan nilainilai moral yang terdapat dalam ajaran konfusianisme telah dijadikan landasan untuk
memperkenalkan agama Islam kepada masyarakat Cina.
5. Disamping itu, interaksi ini turut menemukan seni Arab-Islam dengan seni bina China, contohnya
dalam bentuk masjid-masjid.
6. Hubungan antara Tamadun Islam dengan tamadun Melayu juga bermula menerusi hubungan
perdagangan. Kesan positif yang paling ketara ialah tersebarnya ajaran Islam di Kepulauan
Melayu sehingga munculnya kerajaan-kerajaan Islam tempatan seperti di Pasai, Melaka, Acheh,
Demak, Brunei dan sebagainya. Ia juga turut membawa tulisan jawi yang berperanan dalam
perkembangan ilmu. Selain itu, kesan positif juga boleh dilihat pengaruhnya dari segi
perundangan, kesusasteraan, kesenian, bahasa dan sebagainya.
7. Interaksi antara tamadun China dan tamadun Melayu turut melahirkan kesan positif dalam bentuk
kemahiran dan teknologi serta kebendaan contohnya kemahiran dalam perusahaan sutera,
membuat tembikar dan pertukangan logam. Termasuk juga beberapa jenis makanan masyarakat
Cina yang telah diperkenalkan kepada masyarakat Melayu seperti tauhu, kicap, taugeh dan
sebagainya.

4.3.2 Kesan Negatif
26

Mohd Nasir Ayub et. al, op.cit, hlm. 68

7
CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam

1.

2.
3.

4.

5.

Interaksi antara tamadun juga boleh mendatangkan kesan negatif. Di Eropah, misalnya hubungan
antara orang-orang Yahudi dengan Kristian yang tidak baik telah menyebabkan berlakunya
pembunuhan orang Yahudi secara beramai-ramai pada abad ke 9M dan ke 18M. Ini adalah ekoran
perbezaan agama dan ketidakseimbangan ekonomi dan sosial.
Faktor-faktor perbezaan agama, ekonomi dan politik juga telah mencetuskan ketegangan dan
peperangan antara orang-orang Islam dengan Kristian yang dikenali sebagai Perang Salib.
Di India, hubungan antara penganut Islam dengan Hindu sentiasa dalam keadaan tegang di mana
ada orang-orang Islam dibunuh dan masjid-masjid dimusnahkan oleh raja-raja India yang
beragama Hindu dan begitu juga sebaliknya. Contohnya, raja-raja Islam dalam kesultanan Delhi
telah mengharamkan pembinaan kuil-kuil dan mengharamkan beberapa upacara keagamaan
Hindu.
Permusuhan antara orang-orang Islam dengan orang China juga berlaku di negara China kerana
rasa tidak puas hati terhadap pencapaian ekonomi pihak yang bertentangan khususnya yang
dinikmati oleh orang Islam. Pada tahun-tahun 758M dan 876M telah berlaku pemberontakanpemberontakan yang menyebabkan ramai orang Islam dibunuh dan melarikan diri dari Canton dan
berhijrah ke Asia Tenggara terutamanya di Palembang dan Kedah.
Semasa pemerintahan Dinasti Ching yang memberi keutamaan kepada pengukuhan ajaran
Konfusianisme telah tidak berlaku adil kepada penganut-penganut Islam sehingga berlakunya siri
pemberontakan seperti pemberontakan Sinking I (1756M), pemberontakan Kansu (1781M),
pemberontakan Jehangir (1820-27M) dan sebagainya.

Disediakan oleh:
Mohd Kamal B. Shah Rani
Pensyarah Kanan Pengajian Islam
Jabatan Pengajian Umum
KPTMKL

8

More Related Content

Nota bab-2

  • 1. CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam BAB 2 NILAI-NILAI UNIVERSAL DALAM TAMADUN 1. Pendahuluan 1. 2. 3. Persamaan dan perbezaan nilai sesebuah tamadun bergantung kepada perkara yang menjadi pegangan secara menyeluruh dalam tamadun tersebut. Tamadun Islam berpaksi kepada sumber wahyu yang mengarahkan semua perkara yang dilakukan oleh umatnya perlu berada pada landasan wahyu. Manakala tamadun selain Islam menjadikan manusia sebagai objeknya. Ini termasuk batas keupayaan, pemikiran, siapa yang kuat maka dialah yang berkuasa. Selain itu, faktor yang menjadi punca persamaan dan perbezaan antara tamadun ialah doktrin, amalan agama, ciri keturunan dan budaya. 2. Konsep Nilai 1. 2. 3. 4. 5. 6. Menurut Kamus Dewan, nilai bermaksud darjah, kualiti, mutu, taraf dan sifat ketinggian. Identiti tidak boleh dipisahkan daripada nilai-nilai. Nilai-nilai yang diamalkan atau dihayati oleh sesuatu kaum atau tamadun itu secara tidak langsung menggambarkan identiti kaum atau tamadun tersebut. Terdapat perbezaan antara tamadun yang muncul disebabkan setiap tamadun muncul sebagai manifestasi budaya, falsafah hidup atau penghayatan agama masyarakatnya. Tamadun Islam misalnya lahir daripada manifestasi tauhid (kepercayaan), tamadun India banyak dipengaruhi konsep ketuhanan Hinduisme, tamadun Greek dengan falsafah dan keseniannya. 1 Dalam tamadun Islam, nilai-nilai ketamadunannya merangkumi nilai kebendaan dan kerohanian. Kemunculan setiap tamadun mempunyai nilai-nilainya tersendiri yang membezakan antara satu tamadun dengan tamadun lain namun terdapat persamaan nilai-nilai antara tamadun, itulah nilai universal tamadun. Nilai universal diertikan sebagai nilai yang diterima umum dalam semua masyarakat. 2 Terdapat beberapa nilai universal tamadun yang akan dibincangkan yang mewujudkan persamaan dan perbezaan. 3. Nilai-nilai Universal Tamadun 3.1 Nilai Kepercayaan 1. Peranan agama dalam semua tamadun sangat penting kerana ia membantu memantapkan struktur sosial dan intelektual sesuatu tamadun. 2. Semua tamadun sama ada berasaskan kepercayaan samawi atau budaya, tetap menjunjung tinggi doktrin keagamaan, malah dari agama inilah lahirnya kebudayaan dan sains. Idea ketuhanan yang transcendence (kudus) sama ada dengan panggilan Ti, Brahman atau Sang Hyang Tunggal menyebabkan institusi dan ajaran keagamaan agama lain juga di hormati.3 3. Nilai kepercayaan dalam tamadun Islam adalah tamadun yang menitikberatkan persoalan ketuhanan dan kerohanian yang bersumberkan wahyu. Agama memberi tenaga, fikiran dan penggerak kepada dinamisme sesebuah tamadun. 4. Dalam tamadun Jepun pula banyak dipengaruhi ajaran Shintoisme yang menanamkan rasa kebangsaan dan semangat patriotisme. Konsep ini disokong dengan semangat Bushido iaitu sanggup membunuh diri jika gagal melaksanakan perintah.4 5. Sungguhpun setiap tamadun mempunyai nilai kepercayaan, tetapi amalannya dan kefahaman mengenainya adalah berbeza. Misalnya tamadun Islam meletakkan kepercayaan kepada Allah sebagai matlamat utama dalam pekerjaan dan pembinaan tamadun berbanding tamadun lain yang menganggap manusia sebagai penentu kemajuan dan Tuhan tidak dijadikan asas utama. 1 Zulkifli Dahalan et. al, 2009, Sejarah Pemikiran dan Tamadun Islam, Shah Alam: UiTM, hlm. 49. Mohd Nasir Ayub et. al, 2011, Pengenalan Tamadun Islam & Pemikiran Islam Kontemporari, Kedah: UiTM, hlm. 54. 3 http://treebuilder.blogspot.com/2010/12/nilai-nilai-universal-antara-tamadun.html 4 Zulkifli Dahalan et. al, op.cit, hlm. 51. 2 1
  • 2. CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam 3.2 Nilai Ekonomi dan Kebendaan 1. Nilai ekonomi atau kebendaan menjadi matlamat utama, pada kebanyakkan tamadun khususnya Barat sehingga menghalalkan semua perkara bagi mencapai matlamat nilai kebendaan. 2. Berbeza dengan Islam di mana nilai ekonomi perlu berlandaskan syariat iaitu mengambil persoalan hukum halal dan haram serta mendapatkan keredhaan Allah. Manusia merupakan pemegang amanah dan bukan pemilik harta secara mutlak. Harta dan kebendaan hanya alat untuk mencapai keredhaan Allah. Firman Allah: "Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan "5 1. 2. 3. 4. Justeru, amalan-amalan ekonomi seperti riba, menipu, menyorok barang, rasuah dan sebagainya adalah diharamkan dalam Islam. Aktiviti ekonomi yang berteraskan syariat Islam bukan sahaja mampu mewujudkan hubungan perpaduan sosial menerusi konsep nikmat sama dirasai malah meningkatkan ekonomi negara dan mengurangkan aras kemiskinan. Tanpa kekuatan ekonomi, umat Islam akan berada di bawah paras kemiskinan dan ditakuti dengan kemiskinan akan membawa kepada kekufuran seperti yang diingatkan oleh Rasulullah. Pengalaman dan penglibatan Rasulullah dan para sahabat terlibat secara aktif dalam bidang perniagaan dan penternakan serta pertanian telah menyumbang kepada kegemilangan tamadun Islam di Madinah dan sebagai model bagi umat Islam menguasai ekonomi untuk melahirkan tamadun Islam yang hebat bagi mengimbangi penguasan ekonomi Barat. 3.3 Nilai Kerja 1. Nilai kerja bermaksud etika atau budaya kerja. Nilai kerja tamadun atau masyarakat Barat melihat kepada keuntungan dari segi kebendaan berbanding etika kerja sebenarnya. Masyarakat Jepun dan Korea yang sering dikaitkan dengan nilai kerja yang penuh berdisiplin dan beretika seperti juga yang dituntut dalam Islam namun ianya tetap terarah kepada kepentingan dan keuntungan dunia.6 2. Berbeza dengan Islam, nilai kerja hendaklah berlandaskan tuntutan syariat dan mencari keberkatan daripada Allah s.w.t. 3. Dalam Islam, bekerja memenuhi keperluan hidup secara halal merupakan amalan mulia dan dianggap sebagai ibadah apabila memenuhi syarat-syarat berikut: a. Dilakukan dengan niat kerana Allah b. Kerja yang dilakukan menepati kehendak syarak c. Dilakukan dengan penuh tanggungjawab d. Menjauhi larangan Allah dalam melaksanakan tugas dan kerja seperti menipu dan rasuah e. Tidak melalaikan dan meninggalkan ibadah khusus. 4. Allah amat menyukai umatNya yang rajin bekerja dan tidak hidup dengan meminta-minta. Justeru kegemilangan tamadun Islam yang pernah dikecapi dulu adalah hasil kerja umat Islam dalam berbagai bidang di samping penerokaan berbagai ilmu pengetahuan yang berterusan. 5. Dorongan Islam supaya umat Islam sentiasa bekerja untuk mencapai keselesaan dan kejayaan jelas ditegaskan dalam laungan azan Hayya alal falah (marilah menuju kejayaan) 3.4 Nilai Kemanusiaan 5 6 Al-Quran, Surah al-Qasas: 77 Mohd Nasir Ayub et. al, Op.cit, hlm. 56. 2
  • 3. CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Nilai kemanusiaan merupakan nilai yang mementingkan penghormatan terhadap hak-hak asasi dan kemuliaan manusia. Nilai ini tidak akan wujud melainkan sebuah kelompok masyarakat itu memahami hakikat kejadian manusia secara menyeluruh.7 Nilai kemanusiaan dalam Islam merupakan yang perlu dipupuk dan nilai kebendaan hanya sebagai nilai tambah. Tamadun Islam adalah diasaskan atas dasar masyarakat yang meletakkan nilai kemanusiaan yang mengamalkan sifat bertimbangrasa, lemah lembut, kasih sayang, adil dan sebagainya. Kasih sayang merupakan nilai kemanusiaan yang paling murni. Tanpa kasih sayang, segala urusan akan pincang. Maksud sabda Rasulullah s.a.w: Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa yang ia sendiri suka mendapatnya Orang yang dikasihi Allah s.w.t dan disukai masyarakat ialah orang yang hidup untuk dirinya dan untuk orang lain serta memikirkan kebaikan ummah. Kasih sayang sesama manusia menguatkan hubungan sesama manusia walaupun berlainan agama dan bangsa. Bagi menjamin keamanan sejagat Islam melarang manusia melakukan angkara dan pencerobohan terhadap hak orang lain sama ada dengan lidah, tangan atau apa-apa jua sekali pun. Dalam Tamadun China pula terdapat konsep Ren yang bermaksud kasih sayang. Konsep ini merujuk kepada sifat perikemanusiaan yang dianggap ekspresi jantung manusia. Dalam Tamadun Hindu terdapat konsep Ahimsa iaitu belas kasihan yang boleh membawa kepada tiadanya kekejaman terhadap sebarang makhluk sama ada manusia ataupun binatang. 8 3.5 Nilai Keilmuan 1. Semua tamadun menerima kepentingan ilmu pengetahuan dalam membangun dan membina sesebuah tamadun. Bangsa yang meneroka dan menguasai ilmu pengetahuan akan dapat mewujudkan tamadun yang gemilang 2. Keutamaan ilmu jelas dirakamkan di dalam wahyu yang pertama diturunkan (al-Alaq: 1-5). 3. Umat Islam perlu mempunyai kesedaran tentang kewajipan menuntut ilmu kerana tanpa ilmu umat Islam tidak akan maju sedangkan umat Islam diibaratkan oleh Allah sebagai ummah wasatan iaitu umat yang mampu meneroka dan membangun alam ini dengan ilmu yang dipelajari. Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu9 4. 5. 6. Tiada lagi bangsa yang maju dan berjaya tanpa penguasaan ilmu. Begitu juga keimanan seseorang tidak dapat ditegakkan dengan kukuh dan mantap, serta amalan seseorang tidak diterima tanpa ilmu. Konsep mencari ilmu dalam Islam berbeza dengan tamadun-tamadun lain di mana perolehan ilmu hemdaklah berlandaskan konsep tauhid. Proses transformasi tidak akan berhasil jika tujuan ilmu tidak mensasarkan Allah s.w.t sebagai matlamat utama, maka akan berlakulah pegawai yang meminta rasuah, doktor yang menipu dan sebagainya. 10 Sejarah telah merakamkan bagaimana umat Islam dahulu telah berjaya mengembangkan ilmu pengetahuan dalam berbagai bidang hingga melahirkan peradaban yang gemilang seperti di Andalus dan di Baghdad yang kemudiannya menjadi penyumbang kepada kebangkitan tamadun Eropah. 3.6 Nilai Akhlak Ibid., hlm 56. http://treebuilder.blogspot.com/2010/12/nilai-nilai-universal-antara-tamadun.html 9 Al-Quran, al-Baqarah: 143 10 Mohd Nasir Ayub et. al, Op.cit, hlm. 62-63. 7 8 3
  • 4. CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam 1. 2. 3. 4. 5. 6. Akhlak dalam Islam merupakan sistem nilai yang menjamin kehidupan yang beretika. Tanpa akhlak mulia kehidupan manusia akan menjadi lebih huru-hara dan mementingkan diri. Justeru, perutusan Rasulullah adalah untuk menyempurnakan akhlak manusia, sebagaimana maksud hadis Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia Antara faktor perutusan Nabi Muhammad s.a.w sebagai seorang rasul ialah untuk memperelok akhlak manusia. Akhlak Islam bersifat syumul iaitu merangkumi hubungan manusia dengan Allah s.w.t, sesama manusia dan makhluk lain termasuk alam persekitaran. Dalam tamadun Cina, terdapat konsep dao (jalan) dan li (tatasusila) dalam ajaran Konfusius yang menekankan peraturan akhlak dan kehidupan berasaskan tiga perhubungan manusia dengan Tuhan, sesama manusia dan perhubungan politik. Dalam ajaran Konfusius juga menekankan konsep zhong yong iaitu kesederhanaan di mana manusia perlu hidup bersederhana dan elakkan kekerasan sebagai jalan penyelesaian. Dalam tamadun India, ajaran Hindu menekankan konsep Dharma (jalan kehdupan berlandaskan kebenaran)11 dan karma (apa yang dialami manusia adalah hasil perbuatan yang lalu atau sekarang); perbuatan baik akan mendapat balasan baik dan perbuatan buruk akan mendapat balasan buruk. Menurut ajaran ini, manusia perlu mencapai mokhsa iaitu kebebasan dari rantian kelahiran semula.12 3.7 Nilai Keadilan 1. Nilai keadilan amat besar ertinya dalam kehidupan dan perhubungan manusia kerana ianya mampu mewujudkan keamanan dan kemakmuran sesebuah tamadun. Sebagai contoh kerajaan yang melaksanakan keadilan sosial akan membahagikan kekayaan negara kepada seluruh rakyat di mana menghadkan monopoli golongan kaya dan meningkatkan pendapatan golongan miskin, maka dengan ini akan merapatkan jurang perbezaan. Ini bermakna kekayaan tidak hanya dinikmati oleh golongan kaya malah turut dirasai oleh golongan miskin.13 2. Sejarah telah merakamkan bahawa salah satu sebab keruntuhan sesebuah tamadun ialah apabila pemerintah atau kerajaan tidak lagi berlaku adil terhadap rakyatnya dengan melakukan kezaliman dan mengabaikan hak-hak rakyat. 3. Saranan menegakkan keadilan jelas ditekankan dalam ajaran Islam sebagaimana firman Allah s.w.t: Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan janganlah kebencian kamu terhadap suatu kaum itu mendorong kamu untuk tidak berlaku adil. Berlaku adillah kerana ia lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, 14 sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu lakukan 3.8 Nilai Kekeluargaan 1. Menurut Malik bin Nabi untuk membina sebuah tamadun, ianya bermula dengan membina masyarakat yang berperadaban dan untuk itu ia bermula dengan pembentukan keluarga. Keluarga yang dimaksudkan lazimnya keluarga extended yang mempunyai hirarki kuasa yang menentukan kedudukan kaum wanita dan lelaki. 2. Menurut konfusius, kesetiaan dan pertalian yang erat merupakan konsep kekeluargaan yang terpenting. Pengabaian terhadap konsep kekeluargaan bermakna penafian hak seseorang dan bertentangan dengan keadilan. 3. Konsep kekeluargaan dalam Islam pula mementingkan kasih sayang dan saling hormat menghormati. Ini bermakna kedudukan wanita dan lelaki bukanlah menjadi persoalan utama, tetapi setiap mereka http://id.wikipedia.org/wiki/Dharma Mohd Nasir Ayub et. al, Op.cit, hlm. 64. 13 Ibid., hlm. 60 14 Al-Quran, surah al-Maidah ayat 8 11 12 4
  • 5. CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam mestilah menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam lingkungan kasih sayang dan hormat menghormati.15 3.9 Nilai Alam Sekitar 1. Pemuliharaan alam sekitar merupakan satu prinsip yang diterima oleh semua agama kerana alam sekitar dianggap sebagai anugerah tuhan. 2. Dalam Islam, manusia sebagai khalifah Allah berkewajipan memelihara alam dari sebarangn kerosakan. Begitu juga dalam ajaran agama-agama lain. Ada sesetengah tamadun lain memelihara alam sekitar sehingga alam sekitar disembah dan dilihat sebagai Divine Power.16 3. Dalam ajaran Shinto, tuhan disebut kami yang merangkumi binatang-binatang, tumbuhan yang dianggap mempunyai kuasa yang boleh memberi kesan kepada manusia. 4. Dalam agama Buddha, manusia dikatakan mempunyai hubungan harmonis dengan alam sekitar melalui konsep Esho Fuai iaitu manusia dan alam saling berkaitan dan memerlukan. 4 Interaksi Antara Tamadun 1. 2. 3. 4. 5. 6. Walaupun setiap tamadun mempunyai keistimewaan tersendiri, sifat sebenar sesebuah tamadun tidak tertutup. Sesungguhnya wujud saling hubungan atau interaksi17 antara tamadun sama ada diperingkat perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan keinsanan yang berlaku sepanjang sejarah. 18 Kewujudan interaksi antara tamadun disebabkan oleh semangat toleransi serta sikap saling menghormati antara sebuah tamadun dengan sebuah tamadun lain. Sebagai contoh hubungan antara pelbagai tamadun yang berjiran sejak beberapa dekad silam dan terbukti dapat terjalin dengan harmoni hubungan antara tamadun Cina dan tamadun Islam, antara tamadun India dan tamadun Melayu melalui hubungan perdagangan. Saling berinteraksi antara tamadun sebenarnya akan melahirkan kesan-kesan positif dan terdapat juga kesan-kesan negatif. Sama ada kesan yang lahir bersifat positif ataupun negatif, apa yang pasti ia disebabkan wujudnya interaksi antara tamadun dan ianya bergantung sejauhmana bentuk interaksi itu dijalinkan.19 Proses interaksi boleh berlaku dengan pelbagai cara antaranya melalui kehidupan bersama, pedagangan, peperangan, pejelajahan, penjajahan dan media. Ia boleh dilihat dalam proses rentesan persempadanan akibat pertembungan agama, bahasa, adat, makanan, pakaian dan sebagainya. Akibatnya menyaksikan peradaban yang besar akan mendominasi peradaban yang kecil. 20 Pada umumnya, terdapat empat jenis interaksi berlaku antara tamadun, iaitu: a. Interaksi fizikal. Seperti yang berlaku di Alam Melayu di mana pedagang Arab mengahwini penduduk tempatan dan membina petempatan khas di kawasan pantai timur dan barat Sumatera. b. Interaksi teologi atau agama. Sebagai contoh proses asimilasi beberapa ajaran Buddha ke dalam ajaran Shinto di Jepun tentang nilai etika dan moral. c. Interaksi sains dan teknologi. Seperti Jepun mempelajari sains dan teknologi dari Eropah dan Amerika Syarikat ekoran hubungan yang terjalin. d. Interaksi budaya. Ia merupakan interaksi yang paling ketara berlaku pada mana-mana tamadun yang meliputi pelbagai aspek seperti makanan, pakaian, seni bina, muzik dan sebagainya. 21 4.1 Faktor-faktor Berlaku Interaksi Chandra Muzaffar et.al, Pengenalan Ilmu Ketamadunan, dalam Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Cetakan Keempat, 2004, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, hlm. 14. 16 Ibid, hlm.13 17 Interaksi diertikan sebagai tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain, tindak balas antara dua atau beberapa pihak. Lihat Kamus Dewan, Edisi Ketiga, 1996, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 496. 18 Chandra Muzaffar et.al, op.cit, hlm. 10 19 Zulkifli Dahalan et.al, op.cit, hlm. 54 20 Mohd Nasir Ayub et. al, op.cit, hlm. 66 21 Zulkifli Dahalan et.al, op.cit, hlm. 55-56 15 5
  • 6. CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam a. Faktor Geografi 1. Kelahiran sesebuah tamadun banyak didorong oleh kedudukannya yang strategik yang memungkinkan penempatan masyarakat memperolehi sumber-sumber semulajadi untuk keperluan hidup. 2. Faktor lokasi ini adalah merujuk pada kesesuaian faktor geografi yang dilihat menggalakkan kemunculan tamadun Cina di lembah Hwang Ho, tamadun Mesopotamia di lembah Tigris, tamadun Mesir di lembah sungai Nil dan tamadun Melayu Melaka di pinggiran selat Melaka. 3. Kebiasaannya kawasan yang terbuka bentuk kawasan geografi seperti kawasan yang menjadi laluan perdagangan bersifat lebih terbuka dalam orientasi ketamadunannya. Ini menyebabkan sesebuah tamadun itu terdedah kepada tamadun luar. 4. Sebagai contoh melalui jalan laut orang Arab merentasi laut Arab ke benua India, kepulauan Melayu hingga ke Canton, Cina.22 b. Faktor Perdagangan 1. Interaksi antara tamadun turut berlaku menerusi aktiviti perdagangan. Misalnya, hubungan perdagangan yang berlaku antara Arab dan Cina melalui jalan darat dan laut. Hubungan ini terjalin sejak abad ke 3 Masehi. Pedagang Arab dan Parsi telah membina penempatan mereka di Canton malah mereka turut membina masjid di Guangzhou. Ini membuktikan berlakunya proses Islamisasi di wilayah tersebut. 2. Hubungan pedagangan juga berlaku antara pedagang Arab dengan penduduk Alam Melayu apabila mereka singgah di beberapa pelabuhan penting di kepulauan Melayu seperti Melaka sebelum meneruskan perjalanan ke Cina.23 c. Faktor Keagamaan 1. Kemunculan sesebuah tamadun juga boleh dikaitkan dengan rangsangan keagamaan dan kerohanian. Ajaran agama mendorong manusia supaya menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. 2. Islam merupakan agama yang bersifat terbuka iaitu menerima kebaikan daripada agama lain selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam. Sebagai contoh, walaupun kerajaan Islam dapat mengekalkan kuasanya selama 7 abad di Andalusia tetapi tidak pernah mendiskriminasi 24 penduduknya yang beragama Kristian dan Yahudi malah diberi peluang turut serta membangunkan ekonomi, ilmu pengetahuan dan perdagangan. d. Faktor Pemerintah 1. Sikap pemerintah menunjukkan sikap terbuka dan toleransi dengan mewujudkan hubungan dengan tamadun lain. Misalnya, pemerintah Islam pada zaman kegemilangan tamdun Islam mengamalkan sikap terbuka dengan menerima sumber ilmu daripada tamadun Yunani, India dan Cina.25 4.2 Faktor Penghalang Interaksi 1. Antara faktor penghalang interaksi antara tamadun ialah: Ibid., hlm. 55 Ibid., hlm. 56 24 Diskriminasi bermaksud perlakuan membeza-bezakan warna kulit, keturunan, layanan dan sebagainya. Lihat Kamus Dewan, hlm. 309. Lihat juga http://ms.wikipedia.org/wiki/Diskriminasi 25 Zulkifli Dahalan et.al, op.cit, hlm. 57. 22 23 6
  • 7. CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam a. b. c. d. e. f. Kedudukan geografi atau daerah yang membataskan perhubungan antara satu tamadun dengan tamadun lain. Semangat nasionalisme (kebangsaan) yang menebal sehingga melahirkan sikap perasaan kebencian dan permusuhan terhadap bangsa atau warga negara lain. Tiada sikap toleransi atau tolak ansur di kalangan kaum migran dan bukan migran. Perkara ini menyebabkan masing-masing membawa haluan sendiri dan tiada semangat perpaduan dan bekerjasama. Penggunaan bahasa yang berbeza Pegangan agama yang berbeza di mana masyarakat akan sentiasa berpegang teguh pada kepercayaan yang menjadi pegangan sejak turun menurun. Golongan yang mengamalkan cara hidup tradisional dengan golongan moden terutama yang terpengaruh dengan pemikiran Barat.26 4.3 Kesan Interaksi 4.3.1 Kesan Positif 1. Antara contoh interaksi positif ialah interaksi antara Islam dengan Kristian dan Yahudi pada peringkat awal perkembagan Islam di zaman pemerintahan Rasulullah s.a.w di Madinah di mana menerusi piagam (perlembagaan) Madinah yang dibentuk oleh baginda Rasulullah s.a.w hak-hak orang Kristian dan Yahudi serta penganut agama lain diberi pelindungan dan kebebasan mengamalkan agama mereka tanpa sebarang gangguan selagi mana mereka menjamin keamanan dan menghormati orang Islam. Hal yang sama telah diikuti oleh pemerintah-pemerintah Islam selepasnya. Malah dalam beberapa buah kerajaan Islam, mereka turut diberi kedudukan dan jawatan dalam pentadbiran negara. 2. Contoh lain kesan positif interaksi antara tamadun ialah antara tamadun Islam dengan China melalui hubungan perdagangan. Hasil Interaksi antara pedagang-pedagang Arab dan Parsi dengan orang-orang Cina telah melahirkan komuniti Arab Islam di negara China ekoran berlakunya perkahwinan campur. 3. Kesan terpenting ialah penyebaran agama Islam di China yang akhirnya mewujudkan komuniti Islam tempatan Cina dan juga cendikiawan-cendikiawan Islam tempatan yang masyhur seperti Liu Zhi dan Mha Zhu. 4. Cendikawan tempatan telah mencari keselarian ajaran-ajaran etika dan nilai Islam dengan konfusianisme. Konsep-konsep hubungan keluarga, ketaatan kepada ibu bapa dan raja dan nilainilai moral yang terdapat dalam ajaran konfusianisme telah dijadikan landasan untuk memperkenalkan agama Islam kepada masyarakat Cina. 5. Disamping itu, interaksi ini turut menemukan seni Arab-Islam dengan seni bina China, contohnya dalam bentuk masjid-masjid. 6. Hubungan antara Tamadun Islam dengan tamadun Melayu juga bermula menerusi hubungan perdagangan. Kesan positif yang paling ketara ialah tersebarnya ajaran Islam di Kepulauan Melayu sehingga munculnya kerajaan-kerajaan Islam tempatan seperti di Pasai, Melaka, Acheh, Demak, Brunei dan sebagainya. Ia juga turut membawa tulisan jawi yang berperanan dalam perkembangan ilmu. Selain itu, kesan positif juga boleh dilihat pengaruhnya dari segi perundangan, kesusasteraan, kesenian, bahasa dan sebagainya. 7. Interaksi antara tamadun China dan tamadun Melayu turut melahirkan kesan positif dalam bentuk kemahiran dan teknologi serta kebendaan contohnya kemahiran dalam perusahaan sutera, membuat tembikar dan pertukangan logam. Termasuk juga beberapa jenis makanan masyarakat Cina yang telah diperkenalkan kepada masyarakat Melayu seperti tauhu, kicap, taugeh dan sebagainya. 4.3.2 Kesan Negatif 26 Mohd Nasir Ayub et. al, op.cit, hlm. 68 7
  • 8. CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam 1. 2. 3. 4. 5. Interaksi antara tamadun juga boleh mendatangkan kesan negatif. Di Eropah, misalnya hubungan antara orang-orang Yahudi dengan Kristian yang tidak baik telah menyebabkan berlakunya pembunuhan orang Yahudi secara beramai-ramai pada abad ke 9M dan ke 18M. Ini adalah ekoran perbezaan agama dan ketidakseimbangan ekonomi dan sosial. Faktor-faktor perbezaan agama, ekonomi dan politik juga telah mencetuskan ketegangan dan peperangan antara orang-orang Islam dengan Kristian yang dikenali sebagai Perang Salib. Di India, hubungan antara penganut Islam dengan Hindu sentiasa dalam keadaan tegang di mana ada orang-orang Islam dibunuh dan masjid-masjid dimusnahkan oleh raja-raja India yang beragama Hindu dan begitu juga sebaliknya. Contohnya, raja-raja Islam dalam kesultanan Delhi telah mengharamkan pembinaan kuil-kuil dan mengharamkan beberapa upacara keagamaan Hindu. Permusuhan antara orang-orang Islam dengan orang China juga berlaku di negara China kerana rasa tidak puas hati terhadap pencapaian ekonomi pihak yang bertentangan khususnya yang dinikmati oleh orang Islam. Pada tahun-tahun 758M dan 876M telah berlaku pemberontakanpemberontakan yang menyebabkan ramai orang Islam dibunuh dan melarikan diri dari Canton dan berhijrah ke Asia Tenggara terutamanya di Palembang dan Kedah. Semasa pemerintahan Dinasti Ching yang memberi keutamaan kepada pengukuhan ajaran Konfusianisme telah tidak berlaku adil kepada penganut-penganut Islam sehingga berlakunya siri pemberontakan seperti pemberontakan Sinking I (1756M), pemberontakan Kansu (1781M), pemberontakan Jehangir (1820-27M) dan sebagainya. Disediakan oleh: Mohd Kamal B. Shah Rani Pensyarah Kanan Pengajian Islam Jabatan Pengajian Umum KPTMKL 8