Dokumen tersebut membahas dua aliran falsafah pendidikan barat tradisional, yaitu esensialisme dan perennialisme. Esensialisme fokus pada keperluan inti kurikulum sekolah untuk menanamkan nilai-nilai sosial dan kebudayaan. Peranan guru adalah mengajar secara autoritatif. Perennialisme lebih menekankan pada perkembangan diri siswa dan pembelajaran prinsip melalui pemikiran rasional. Kedua
1 of 26
Download to read offline
More Related Content
Baca fal
1. PISMP/EDU3101/FAL/JIP/TSY/07PISMP/EDU3101/FAL/JIP/TSY/07 11
PERKEMBANGAN FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT
TRADISIONAL
Selepas kuliah ini, pelatih akan dapat:
1. Menyatakan konsep falsafah pendidik pendidikan;
2. Menerangkan latar-belakang dua aliran falsafah pendidikan barat:
Perennialisme dan essensialisme;
3. Menyatakan matlamat pendidikan kedua-dua aliran ini;
4. Menyenaraikan kandungan pendidikan kedua-dua aliran ini
mengikut keutamaan;
5. Menerangkan peranan guru seperti yang disarankan oleh dua aliran
ini;
6. Menjelaskan pendekatan pengajaran kedua-dua aliran tersebut.
2. PISMP/EDU3101/FAL/JIP/TSY/07PISMP/EDU3101/FAL/JIP/TSY/07 22
APA ITU FALSAFAH?
Ulangkaji:
Falsafah ialah satu bidang ilmu yang:
Meminta setiap insan untuk mencari kebenaran dan kearifan hingga ke
hujung pangkalnya;
Cuba menerangkan segala apa yang ada di dunia ini secara universal dan
komprehensif
Mencari kebenaran melalui tiga pendekatan melalui deskriptif,
nomatif atau analitik (sainstifik).
Falfasah membuat tinjauan, analisis, sintesis, dan penilaian secara
menyeluruh berdasarkan fakta-fakta dan ilum secara sistematik dan logis;
Membincangkan tiga tema utama: epistemologi, metafisik, dan aksiologi.
Mazhab-mazhab (cabang) falsafah yang berkait rapat dengan bidang
pendidikan ialah idealisme, realsime, dan pragmatisme.
Bolehkah anda terangkan istilah-istilah yang dihitamkan itu?
4. PISMP/EDU3101/FAL/JIP/TSY/07PISMP/EDU3101/FAL/JIP/TSY/07 44
APA ITU FALSAFAH PENDIDIKAN?
Banyak spekulasi, renungan dan teori berkenaan isu matlamat pendidikan
adalah merupakan pemikiran falsafah.
Isu-isu asas seperti ini dapat dikaji dari perspektif falsafah berkenaan perkara
Seperti:
Apa yang dikatakan pengetahuan?
Apakah pendidikan?
Bagaimanakah pengajaran harus dilaksanakan?
Falsafah banyak membincangkan idea-idea berhubung dengan isu-isu
asas dalam pendidikan seperti:
Persekolahan
Kurikulum
Hubungan guru-murid
Pengetahuan dsb.
Kesimpulan: Fal. pendidikan ialah fal yang membincangkan isu-isu dalam
pendidikan dan seterusnya menunjukkan hala tuju utk satu-satu dasar pendidikan.
5. PISMP/EDU3101/FAL/JIP/TSY/07PISMP/EDU3101/FAL/JIP/TSY/07 55
Falsafah pendidikan barat mempunyai asasnya dalam falsafah
umum.
Falsafah tradisional dan moden berbeza dari segi cara
mereka melihat perhubungan di antara matlamat dan
kaedah.
Falsafah tradisional mengambil-kira bahawa matlamat
adalah di luar kawalan individu.
Falsafah moden, menyuarakan bahawa individu boleh
menentukan kedua-dua matlamat dan kaedah untuk
mencapai matlamat.
FALSAFAH PENDIDIAKAN BARAT
6. PISMP/EDU3101/FAL/JIP/TSY/07PISMP/EDU3101/FAL/JIP/TSY/07 66
APA ITU KEGUNAAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEPADA GURU?
Mengapakah sebagai seorang bakal guru anda harus mengetahui
Falsafah pendidikan? Cuba terangkan dengan perkataan anda sendiri.
Membincangkan tentang manusia, kemanusiaan, dan masyarakat yang
boleh digunakan untuk mengubah atau mempengaruhi orientasi dan
matlamat sistem pendidikan.
Penemuan-penemuan dalam bidang fal boleh menjadi titik rujukan dalam
penggubalan kurikulum sekolah, penggubalan kurikulum pendidikan guru,
mutu profesionalisme guru, kaedah penilaian, penyelidikan dan sistem
organisasi dan pentadbiran pendidikan.
W/p fal tidak mengusulkan cara spesifik untuk melakukan sesuatu tetapi
mempersoalan rasional sesuatu keputusan itu.
Tidak mengutamakan soal cara mana tetapi tumpu pada untuk apa.
Contoh: tidak menunjukkan cara mana membuat sekolah tetapi lebih pada
untuk apa sekolah dibuat.
8. PISMP/EDU3101/FAL/JIP/TSY/07PISMP/EDU3101/FAL/JIP/TSY/07 88
Latar Belakang:
Essensial dalam bahasa Inggeris bermaksud sesuatu yang teramat penting
dan sangat-sangat diperlukan.
Dibentuk oleh William C. Bagley, pada tahun 1938.
Tokoh-tokoh lain termasuk Thomas Briggs, Frederick Breed, dan
Issac L. Kandel.
Wujud untuk pembaharuan sistem pendidikan di Amerika Syarikat kerana
sedar bahawa perkembangan dalam bidang sains di negara itu telah
didahului oleh negara Rusia.
Menjadi amalan di kebanyakan sekolah di Amerika Syarikat pada masa itu.
Esensialisme
9. PISMP/EDU3101/FAL/JIP/TSY/07PISMP/EDU3101/FAL/JIP/TSY/07 99
Tumpuan usaha esensialisme banyak kepada:
a) Mengkaji semula perkara-perkara yang perlu dimasukkan ke
dalam kurikulum sekolah;
b) Membezakan di antara program sekolah yang dianggap
penting dan kurang penting;
c) Membentuk semula autoriti guru di dalam bilik darjah.
1. Esensialisme keperluan/tidak
12. PISMP/EDU3101/FAL/JIP/TSY/07PISMP/EDU3101/FAL/JIP/TSY/07 1212
Nilai-nilai sosial dan kebudayaan golongan atasan diajar sepanjang
kurikulum. (Matlamat sosialisasi yang bersifat konvensional)
Semua kandungan pengajaran dan pembelajaran ditentukan oleh
guru.
Refleksi:
Fikirkan sejauh mana kurikulum sebegini mempunyai
persamaan dan perbezaan dengan kurikulum sekolah rendah dan
sekolah menengah anda?
Kurikulum
13. PISMP/EDU3101/FAL/JIP/TSY/07PISMP/EDU3101/FAL/JIP/TSY/07 1313
Peranan GuruGuru merupakan:
a) Model yang berpendidikan dan berpengetahuan dalam kebudayaan
bangsa dan nilai tradisional masyarakat;
b) Orang yang memahami dengan mendalam psikologi kanak-kanak dan
proses pembelajaran;
c) Insan yang unggul kepada generasi muda; bijak menggunakan asas
falsafah.
Refleksi:
Pendidik yang bersifat esentialism akan melahirkan pelajar
yang bagaimana? Mengapa?
16. PISMP/EDU3101/FAL/JIP/TSY/07PISMP/EDU3101/FAL/JIP/TSY/07 1616
Tanggungjawab Pelajar
Pelajar perlu:
a) Berusaha bersungguh-sungguh dan memberi perhatian terhadap
kepentingan disiplin kendiri;
b) Tidak mementingkan minat pelajaran. Minat lahir selepas berusaha
bersungguh-sungguh;
c) Mengetahui bahawa tujuan pelajaran adalah untuk mengetahui akan
kewujudan alam dan bukan menggabungkannya megikut kesukaan
sendiri. (Unsur ini tergolong dalam mazhab yang mana satu ?)
d) Mendengar dengan teliti akan syarahan daripada guru. Syarahan itu
haruslah jelas dan sistematik.
17. PISMP/EDU3101/FAL/JIP/TSY/07PISMP/EDU3101/FAL/JIP/TSY/07 1717
Kesimpulan tentang Esensialisme
Esensialisme berpegang keapda amalan:
Kurikulum sek rendah melengkapkan murid-murid dengan kemahiran asas;
Kurikulum sek menengah memberi kemahiran dan pengetahuan dalam
mata pelajaran sejarah, matematik, sains, bahasa, bahasa inggeris, bahasa
asing, teknikal dan vokasional;
Disiplin dan sifat menghormati autori yang sah hendaklah wujud di
sekolah;
Sikap bekerja keras dan penumpuan yang tinggi perlu dalam proses
pembelajaran.
Refleksi: Apakah rumusan lain yang dapat anda fikirkan?
18. PISMP/EDU3101/FAL/JIP/TSY/07PISMP/EDU3101/FAL/JIP/TSY/07 1818
2. Perennialisme perkembangan diri
Konsep asas perennialisme terhadap pendidikan
Perennialisme percaya bahawa tujuan utama pendidikan adalah untuk
mengajar nilai dan pengetahuan yang berbentuk universal dan tidak
terhad pada masa.
Fokus perenialisme ialah perkembangan diri. Orang adalah manusia.
Oleh itu, orang perlu diajar mengenai kemanusiaan dahulu, bukan
mesin atau teknik.
Orang itu pertamanya orang, kedua barulah pekerja. Oleh itu, topik-
topik liberal harus diajar dahulu sebelum vokasional.
Prinsip perlu diajar, bukannya fakta kerana fakta sentiasa berubah.
Cuba terangkan apa yang dimaksukkan sebagaipemikiran yang rasional,
dan perbuatan yang rasional?
19. PISMP/EDU3101/FAL/JIP/TSY/07PISMP/EDU3101/FAL/JIP/TSY/07 1919
Matlamat Pendidikan
Tujuan universal matlamat pendidikan perennialisme adalah:
a) Mencari dan menyebarkan kebenaran melalui pemikiran
rasional,
b) Melatih pemikiran supaya dapat berfikiran secara rasional.
c) Mentamadunkan pelajar dengan nilai-nilai konvensional.
Fikirkan: Apa yang dimaksudkan konvensional?
20. PISMP/EDU3101/FAL/JIP/TSY/07PISMP/EDU3101/FAL/JIP/TSY/07 2020
Peranan Guru
Guru dilihat sebagai seorang yang berkedudukan tinggi dalam
bidangnya. Pengetahuan dan kepakaran tidak boleh
dipersoalkan.
Guru sebagai pakar mata pelajaran, perlu mahir
membimbing perbincangan. Guru perlu membantu
murid berfikir secara rasional berdasarkan kaedah Sokratik.
Cuba jelaskan apa itu kaedah Socratik?
22. PISMP/EDU3101/FAL/JIP/TSY/07PISMP/EDU3101/FAL/JIP/TSY/07 2222
Pendekatan
Diajar dalam bentuk pembelajran subjek akademik
Pengajaran memberi penegasan kepada:
Ingatan
Pembacaan
Latih-tubi
Ulangkaji ditekankan
Pendidikan perlu sesuai dengan kemampuan dan tahap kecerdasan
individu.
Yang cerdas mengikuti kurikulum yang berlandaskan perkembangan
intelek.
Yang kurang cerdas diberi latihan vokasional
Apakah kelebihan dan kelemahan pendekat Perennialisme?
23. PISMP/EDU3101/FAL/JIP/TSY/07PISMP/EDU3101/FAL/JIP/TSY/07 2323
Kesimpulan Tentang Pandangan Perennialisme Terhadap Pendidikan
Perennialisme :
Merupakan teori konservatif yang berpusat kepada tradisi dan klasik;
Prinsip-prinsip pendidikan termasuk:
a) Kebenaran adalah universal (sejagat) dan terdapat di mana-mana sahaja tanpa
bergantung kepada keadaan setempat, masa atau manusia;
b) Pendidikan yang baik bererti mencari dan memahami kebenaran;
c) Kebenaran terdapat dalam karya-karya terkenal;
d) Pendidikan merupakan latihan liberal bagi membentuk dan mempertingkatkan
intelek.
Refleksi: Apakah ciri-ciri perennialisme lain yang dapat anda rumuskan?
24. PISMP/EDU3101/FAL/JIP/TSY/07PISMP/EDU3101/FAL/JIP/TSY/07 2424
Menguji Minda:
SEJAUH MANA ANDA TELAH MEMAHAMI KANDUNGAN KULIAH
TADI?
Esensialisme dan perennialisme mempunyai persamaan berikut:
1. Mempertahankan pendirian ____________________.
2. Sekolah adalah institusi untuk menyampaikan idea dan
pengetahuan _______________.
3. Pendidikan juga bertujuan memelihara _____________.
4. Proses pembelajaran berpusat kepada pemindahan dan
penguasan mata pelarajaran _____________.
25. PISMP/EDU3101/FAL/JIP/TSY/07PISMP/EDU3101/FAL/JIP/TSY/07 2525
Kesimpulan
Esensialisme dan perennialisme mempunyai persamaan berikut:
1. Mempertahankan pendirian konservatif;
2. Sekolah adalah institusi untuk memperoleh idea dan pengetahuan intelek:;
3. Pendidikan juga bertujuan memelihara warisan budaya;
4. Proses pembelajaran berpusat kepada pemindahan dan penguasan
mata pelarajaran akademik.
26. PISMP/EDU3101/FAL/JIP/TSY/07PISMP/EDU3101/FAL/JIP/TSY/07 2626
Soalan Tutorial
Kumpulan 1
Kenalpasti persamaan di antara perennialisme dengan essensialisme.
Kumpulan 2
Kenalpasti perbezaan di antara perennialisme dengan essensialisme.
Anda boleh membuat perbandingan dan perbezaan dengan berpandukan
topik-topik seperti tanggapan tentang pendidikan, matlamat pendidikan, fungsi
sekolah, pendekatan pengajaran dan pembelajaran, kandungan pembelajaran,
peranan dan sifat guru, peranan pelajar dan sebagainya.
SEKIANTerima Kasih