1. DOA MAJLIS SAMBUTAN PPD KUBANG PASU KE 19
10/4/2016
惡愕 惡 惡惘ル忰 惡愕忰 悋ル忰ルル ル 惡 リ ル 惡ル惘忰忰ル ル , ル悋惶 ル悸 惡悋ル悋 ル悸 莍 惺ルル ルルル忰ル悋 惡ル忰ル悋 惺ルル ル悸 惡 惡ルル惡ル ル悸 惡ル惘忰ル忰ル
Segala pujian untuk Allah, Pencipta dan Pentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke
atas semulia-mulia nabi dan rasul, junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas ahli
keluarga dan para sahabat baginda semuanya.
Ya Allah, bagiMu pujian seluruhnya, bagiMu kesyukuran seluruhnya, bagiMu kekuasaan
dan ciptaan seluruhnya, di tanganMu segala kebaikan, dan kepadaMu kembalinya segala
urusan.
Ya Allah, apa yang telah Engkau beri nikmat maka tambahkanlah, dan apa yang telah
Engkau tambahkan maka berkatilah, dan apa yang telah Engkau berkati maka bagiMu
segala pujian atasnya.
Ya Allah Ya tuhan kami,
Bersempena dengan perhimpunan menyambut serta mengalu-alukan kehadiran
Tuan Haji Muhammad bin Rahim sebagai Pegawai Pendidikan Daerah Kubang Pasu
yang baharu, kami dengan penuh rendah hati memohon inayah dan taufik-Mu ya
Allah. Ya Allah kami memohon kepadaMu agar Engkau kurniakanlah kesihatan yang
berpanjangan kepada beliau, semangat yang kuat, ketenangan, kebijaksanaan dan
ketaqwaan dalam membimbing kami di sini.
Ya Allah Ya Fattahu Ya Aliimm
Ya Allah kami memohon kepadaMu di bawah kepimpinan beliau warga pendidikan
di daerah ini akan menjadi lebih cemerlang dan terbilang . Ya Allah jadikah kami
semua senang dengan beliau dan beliau senang dengan kami, jadikanlah kami kasih
kepada beliau dan beliau kasih kepada kami, jadikanlah kami orang yang sentiasa
menjaga kebajikan beliau dan beliau menjaga kebajikan kami. Ya Allah berikanlah
kekuatan kepada kami kemudahan kepada kami untuk menjalankan dan
melaksanakan arahan beliau yang tidak bercanggah dengan syariatMu dan dalam
masa yang sama kami tidak mengabaikan ibadat dan tanggungjawab kami
kepadaMu.
Ya Allah Ya Rahmaan Ya Rahiim,
Berilah kesedaran dan kefahaman kepada kami bahawa hidup ini sangat singkat, dan
hanya sementara. Segalanya yang dimiliki akan meninggalkan kami atau kami akan
meninggalkan semuanya, mana dahulu mengikut ketentuanMu ya Allah. Oleh itu
janganlah jadikan apa yang kami miliki dan usahakan hari ini sebagai bebanan
kepada kami, menjadi penghalang untuk kami beribadat kepadaMu, menjadi
penghalang untuk kami menjadi warga syurgaMu ya Allah.
Ya Allah Ya Rahmaan,
2. Perbaikilah bagi kami agama kami yang memelihara urusan kami, dan
perbaikilah bagi kami dunia penghidupan kami, dan perbaikilah bagi kami hari
pembalasan kami iaitu tempat kembali kami, dan jadikanlah penghidupan
bertambah dalam setiap kebaikan dan jadikan kematian ketenangan bagi kami
dari segala kejahatan.
Ya Tuhan kami, mohon kurniakanlah kepada kami kebaikan hidup di dunia dan
kebaikan hidup di akhirat danmohon jauhkanlahkami daripada azabapi neraka,
dan selawat Allah ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW danke atas ahli
keluarga dan para sahabat baginda semuanya.
悋悋 悋悋惆 悋 忰惶悖 悋 惘悖 悸惶惺 悵悋 悋惆 悋 忰惶悋 ルリ 悋惆悋惺 悋 惠悋 悋惠惘 悛悽 悋 忰惶悖 悋愆悋惺 悋 惠
.リ奄愆 悋 悸忰悋 惘 惠悋 惺悴悋 惘悽 悸惆悋 慍 悸悋忰悋 惺悴悋
惡愕悋ル ル 惡ル ルル忰ル ル悵ル悋 ル忰ル ル 忰悋 ル ルルル惘ルル ル悸 惡惘 惡惺ルル 惡ル惘ルル ル 忰悋惶ル 惡ル ル悸 惡ルル 惡愕悋ル 忰ル 惡ル ル悸
ルルル 惡ル ル悸 惡惘ル ル悋ル惺ル悋 忰ル悋 惡ル ル悸 愀 悸悋惆ル 惡ル ル悸 ル 悸悋ルル . 惡愕悋ル 惡ル 惡ル忰ル ル ル忰ル 惡悋惺悋 ルル 惡ル忰ル ル悸 惡ル忰ルル
惡悋悋忰 ル忰ル 惡ル忰ル ル悸 ル 悋 惡ル 忰ル悋 惡ルル 惡忰 惡愕悋ル ルル ル ルル 忰悋悋悋 ル ル忰 ル悸 惡ル惘悋悵 ル 忰悋ル惺ル悋 悋 惡ル忰 惡ル ル悸 惡ルル 惡
ル 忰悋悋惘 惡悋 惡ル惘悋悵 忰悋ルル 惡ル惡ルルル ル 惡悄 悸悋ル 惡愕忰 ル ルル ル ルル 惡 ル忰 リルル リ ル悸 惡 ル
リルル ル惘 ル悸 ル 惡ル ル悵ル 惡 惺ル惡 ル悸 惡悋 惺ルル 惡ル忰ル悋 惺ルル ル悸 惡ル 惡惺ルル惡 ル悸 惡ル愕ル悋 ル悸 惡 悋ル忰ルル ル悸 リ ル
惡ル惘忰 忰ル ル