Panduan ini memberikan petunjuk untuk menjawab soalan bahagian pembacaan kritis dan analitis. Soalan 1 tidak perlu bertanya makna kata, manakala soalan 2 berkaitan dengan isi teks. Untuk soalan 3, calon perlu memberikan 3 isi utama teks beserta huraian, dan akan dinilai berdasarkan kandungan dan penggunaan bahasa.
1 of 1
Downloaded 24 times
More Related Content
Panduan menjawab bahagian kritis & analitis
1. Panduan Menjawab Bahagian Pembacaan Kritis dan Analitis
1. Soalan 1 tidak semestinya bertanyakan maksud frasa atau kata.
2. Soalan 2 adalah berkaitan dengan isi teks.
3. Pembahagian markah bagi soalan 3 adalah seperti yang berikut:
Aspek Markah
Isi 15
Bahasa 5
Jumlah 20
(a) Isi (2 markah)
Markah Kriteria
2 Tepat dan relevan
1 Kurang tepat
(b) Huraian (3 markah)
Markah Kriteria
3 Relevan/berfokus kepada isi
2 Masih relevan tetapi kurang berfokus kepada isi
1 Kurang relevan dan kurang berfokus kepada isi (sipi)
Markah penuh bagi isi lengkap berserta dengan huraian: 5 markah
Jumlah isi yang perlu diberikan: 3 isi berserta dengan huraian (3 X 5m=15m)
Nota:
(i) Satu isi, dua huraian= 4m
(ii) Satu isi, satu huraian=3m (tidak berdasarkan teks)
(iii) Satu isi, tiada huraian=2m
(iv) Isi tidak lengkap/huraian sahaja (isi lemah)=1m
(v) Isi dan huraian sepenuhnya daripada teks=1m
(vi) Keutamaan diberikan untuk isi dari luar teks, yang relevan dengan kandungan teks.
(vii) Penandaan secara analitikal; iaitu untuk mengenal pasti kebolehan calon memberikan
isi yang tepat.
(c) Bahasa:
Tahap Markah Kriteria
Amat baik 5 Penggunaan bahasa lancar dan berkesan
Tiada kesalahan sintaksis
Baik 4 Penggunaan bahasa lancar dan berkesan
Terdapat 1 hingga 3 kesalahan sintaksis
Sederhana 3 Penggunaan bahasa masih baik
Terdapat 3 hingga 4 kesalahan sintaksis
Lemah 2 Penggunaan bahasa tidak lancar
Terdapat 5 hingga 6 kesalahan sintaksis
Amat lemah 1 Penggunaan bahasa amat tidak lancar
Terdapat lebih daripada 6 kesalahan sintaksis
4. Calon perlu menjawab semua soalan dengan menggunakan ayat yang lengkap.