1. USULFIQH.
RUKHSAH.
PENGERTIAN RUKHSAH.
DARI SEGI BAHASA : Mudah.
DARI SEGI ISTILAH : Hukum yang disyariatkan disebabkan oleh sesuatu keuzuran yang berat
sebagai pengecuali dari hukum asal yang menyeluruh (azimah) yang menghendaki
larangan serta dibataskan kepada kadar yang perlu.
CONTOHNYA.
Diharuskan tidak berpuasa bagi orang musafir.
FIRMAN ALLAH DALAM SURAH AL-BAQARAH, AYAT 184.
Maksudnya : Maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah ia
berbuka).
BAHAGIAN BAHAGIAN RUKHSAH.
MENURUT ULAMA SYAFIE DAN HANBALI.
1. Rukhsah yang wajib dilakukan.
Contohnya memakan bangkai bagi orang yang dalam keadaan darurat disebabkan
ketiadaan makanan yang halal. Jika sekiranya ia tidak makan, nescaya membawa
kepada maut.
Firman Allah dalam Surah an-Nisa, ayat 29 :
Dan janganlah kamu membunuh diri kamu.
2. Rukhsah sunat dilakukan.
Contohnya mengqasar sembahyang bagi orang musafir yang jarak jauh
perjalanannya lebih dari tiga merhalah.
Hadith Sayidina Umar r.a bahawa Rasulullah bersabda, ini (sembahyang qasar)
3. Rukhsah harus dilakukan.
Contohnya jual cara tempah (jual salam), sewa dan jual al Araya (menjual buah
ratab di atas pohonnya dengan buah kurma yang sudah kering (tamar) secara agak).
4. Rukhsah lebih baik ditinggalkan (menyalahi keuamaan).
Contohnya tidak berpuasa bagi orang yang musafir. Jika ia berpuasa juga, maka
tidak memudharatkannya juga.
Firman Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat 184 :
Dan bahawa kamu berpuasa adalah lebih baik.
2. 5. Rukhsah makruh dilakukan.
Contohnya Qasar sembahyang nagi musafir kurang dari tiga marhalah.
MENURUT ULAMA HANAFI (4) :
1. Diharuskan melakukan perkara haram sewaktu darurat.
Contohnya mengucap kekufuran ketika dipaksa dan terpaksa.
2. Diharuskan meninggalkan perkara wajib.
Contohnya meninggalkan puasa bagi orang musafir.
3. Diharuskan akad dan transaksi menyalahi kaedah, kerana diperlukan oleh
masyarakat.
Contohnya jual cara salam kerana keperluan masyarakat.
4. Menghapuskan syariat umat dahulu yang berat, diringankan kepada umat Nabi
Muhammad.
Contohnya bertaubat bagi umat Nabi Musa a.s dengan membunuh diri. Akan tetapi
bertaubat bagi umat Nabi Muhammad s.a.w tidak sedemikian.
SEBAB SEBAB RUKHSAH MENURUT IMAM AS SUYUTI.
1. Musafir. Iaitu jarak perjalanan lebih dua marhalah.
2. Sakit. Contohnya orang sakit boleh sembahyang duduk, baring atau terlentang.
3. Paksaan. Contohnya dipaksa melakukan perkara haram, seperti meminum arak.
4. Lupa. Contohnya tidak batal puasa bagi orang yang makan kerana terlupa.
5. Kejahilan.
6. Perkara yang tidak dapat dielakkan. Contohnya bersembahyang dengan kain yang
terkena percikan air di jalanan adalah sah dan dimaafkan.
7. Kekurangan. Contohnya kanak-kanak dan orang gila tidak dikenakan taklif.
JENIS JENIS RUKHSAH.
1. Rukhsah membenarkan perkara haram. Contohnya meminum benda haram dalam
keadaan darurat.
2. Rukhsah menggugurkan kewajipan. Tidak wajib sembahyang jumaat bagi orang
musafir.
3. Rukhsah untuk menggantikan. Contohnya bertayammum bagi menggantikan wudhu
kerana ketiadaan air.
4. Rukhsah untuk mengurangkan. Contohnya sembahyang qasar bagi orang musafir.
5. Rukhsah untuk mengubah. Contohnya mengubah kedudukan sembahyang ketika
dalam peperangan.
3. 6. Rukhsah untuk dahulukan. Contohnya sembahyang jamak takdim bagi orang
musafir.
7. Rukhsah untuk kemudiankan. Contohnya sembahyang jamak takhir bagi orang
musafir.
SOALAN :
1. Di dalam nas-nas al-Quran dan Hadith ada berlakunya pertemuan di antara perintah
dan tegahan pada satu tempat.
2. Berikan pengertian azimah dan nyatakan bahagian-bahagiannya.
3. Jelaskan bahagian-bahagian rukhsah, menurut ulama Syafie dan hanbali beserta
contoh.
4. Pengertian rukhsah, jenis-jenis beserta contoh.
5. Nyatakan sebab-sebab rukhsah menurut Imam Suyuti.
6. Jelaskan hukum rukhsah dalam keadaan berikut :
(a) Minum arak disebabkan tercekik ketika makan buah epal.
(b) Tidak puasa dalam bulan Ramadhan bagi musafir.