1. CARDIO PULMONARY RESUSCITATION
PENDAHULUAN
CPR atau Cardiopulmonary Resuscitation adalah satu kunci penting dalam rantaian hidup untuk
mangsa yang mengalami masalah kejutan secara tiba-tiba pada jantung dan pernafasan. Ianya
bertujuan untuk mencegah kerosakan otak sebelum menerima bantuan perubatan. CPR
mempunyai 2 matlamat iaitu:-
a). Mengekalkan aliran darah ke seluruh anggota badan.
b) Mengekalkan aliran udara masuk dan keluar dari paru-paru.
CPR adalah teknik mudah yang hanya memerlukan peralatan yang minima sahaja. Apa yang
anda lakukan adalah sesuatu yang mudah:-
a) Memberi tiupan ke dalam mulut mangsa untuk menolak mangsa untuk menolak masuk
udara beroksigen ke dalam paru-paru. Ini akan menyerapkan oksigen ke dalam salur darah
b) Memberi tekanan di dada mangsa untuk membuatkan darah mengalir di dalam badan
Serangan sakit jantung secara tiba-tiba adalah punca utama kematian di kalangan orang
dewasa. CPR menggandakan peluang untuk hidup daripada serangan jantung itu. 75% selalunya
berlaku di rumah. Mangsa yang biasa mengalaminya adalah lelaki yang berusia awal 60an dan
wanita dalam usia lewat 60an. Dua kali ganda lelaki diserang sakit jantung berbanding wanita.
Dalam setiap 10 mangsa yang mengalami masalah jantung terhenti yang dimasukkan ke
hospital, hanya tiga berjaya diselamatkan. Mengapa?
1 Email : kamafiq@yahoo.com
2. KITAR MANDIRI
Kitar Mandiri adalah rangkaian / rantai dalam tindakan menyelamat yang berkait antara
penyelamat apabila memberi bantuan mangsa. Terdapat 4 rangkaian / rantai dalam Kitar Mandiri.
Tindakan Awal CPR Awal Defibrilasi Awal ACLS Awal
Tindakan Awal
Hubungi EMS ( Emmergency Medical Service ) dan beritahu :-
a) Nombor telefon panggilan dibuat.
b) Tempat Kejadian.
c) Jenis Kemalangan.
d) Kecederaan yang dialami.
e) Jumlah perlu bantuan
CPR Awal
a) Bila dan bagaimana bantuan pernafsan diberi.
b) Bila dan bagaimana tekanan dada dilakukan.
Defibrilasi Awal
Menggunakan alat elektrik defibrillator untuk menghidupkan jantung yang terhenti dari berfungsi.
ACLS Awal / Tindakan Lanjutan Awal
Merupakan rawatan yang dilakukan oleh pihak doktor, paramedik, jururawat terlatih atau
sebagainya.
2 Email : kamafiq@yahoo.com
3. SISTEM PERNAFASAN
Pernafasan merupakan sistem biologi yang penting kepada semua organisma yang
membabitkan pertukaran gas untuk meneruskan kehidupan. Bagi manusia tubuh badannya
memerlukan 4.5 % Oksigen daripada 21% oksigen yang berada di udara kasar. Udara kasar
mengandungi Oksigen, Nitrogen, Karbon Dioksida dan Gas Nadir.
Sistem pernafasan manusia mengandungi
a) Saluran pernafasan (nasal passage), di mana udara dilembabkan dan tempat deria bau
berfungsi.
b) Farinks, kawasan umum di belakang mulut di mana udara, makanan dan air lalu.
c) Larinks, atau peti suara
d) Trakea, saluran udara yang bersambung kepada bronchi
e) Alveolus, kantung akhir di mana berlaku pertukaran gas.
f) Bronkiol, cabang bronkus yang menyebarkan udara ke alveoli
g) Diafragma
Alveolus dan bronkiol membentuk paru-paru. Udara bergerak keluar masuk dari paru-paru oleh
pergerakan sangkar kerangka (rib cage) dan diafragma, yang mengembangkan paru-paru untuk
menarik udara masuk dan mengempiskan paru-paru untuk menolak udara keluar.
3 Email : kamafiq@yahoo.com
4. SISTEM PEREDARAN DARAH
Sistem Peredaran Darah adalah salah satu sistem yang penting di dalam tubuh badan. Sistem ini
mengedarkan darah bermula dari jantung ke seluruh badan dan masuk ke jantung semula.
Sistem peredaran darah manusia juga dikenali sebagai sistem peredaran tertutup kerana darah
mengalir di dalam salur darah yang tertutup
Fungsi asas peredaran darah ialah menyampaikan zat-zat makanan dan oksigen kepada sel-sel
di dalam badan dan mengeluarkan karbon dioksida dan bahan yang tidak dikehendaki dari sel.
Sistem darah manusia mempunyai dua jenis iaitu peredaran pulmonari dan sistemik.
Peredaran Pulmonari
Peredaran ini membawa darah tidak beroksigen dari jantung melalui arteri pulmonari ke paru-
paru dan balik ke jantung melalui vena pulmonari
Peredaran Sistemik
Peredaran ini membawa darah beroksigen dari jantung melalui aorta ke semua bahagian badan
dan balik ke jantung. Struktur anatomi sistem ini terdiri daripada Jantung, Saluran darah dan
Darah
a) Jantung:
i) Jantung terletak di dalam ruangan toraks (sangkar rusuk) di belakang tulang
sternum, di hadapan tulang belakang dan kedudukannya menyendeng dari
kanan ke kiri.
4 Email : kamafiq@yahoo.com
5. ii) Organ ini boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu kiri dan kanan. Ia
dibahagikan oleh dinding yang dipanggil septum.
iii) Lapisan jantung pula terdiri daripada 3 lapisan iaitu Pericardium (luar),
Myocardium (tengah), Endocardium (dalam).
iv) Jantung mempunyai 4 ruang iaitu 2 ruangan atas dikenali sebagai atrium dan 2
ruangan bawah dikenali sebagai ventrikel
v) Antara atrium dan ventrikel terdapat injap yang mengawal pengaliran darah di
dalam jantung
v) Aliran darah di dalam jantung
Venakava membawa darah yang mengandungi karbon dioksida ke atrium kanan.
Apabila atrium kanan menguncup, darah masuk ke ventrikel kanan melalui injap
tricuspid. Pengucupan ventrikel menolak darah melalui injap pulmonari ke dalam
arteri pulmonari dan seterusnya ke paru-paru. Pertukaran oksigen dan karbon
dioksida berlaku di paru-paru. Seterusnya dalah mengalir melalui vena pulmonari
ke atrium kiri. Apabila atrium kiri menguncup, darah akan melalui injap mitral
(bikuspid) masuk ke ventrikal kiri. Dari ventrikel kiri darah mengalir melalui injap
aorta ke salur aorta untuk dihantar ke seluruh badan. Jantung berdenyut 60 – 80
kali seminit secara automatik dan kadar denyutan ini boleh bertambah mengikut
keadaan, seperti bersenam.
b) Salur Darah
Salur darah terdiri daripada 3 jenis salur darah yang utama iaitu Arteri , Vena dan
Kapilari
i) Arteri
Arteri ialah salur darah yang membawa darah keluar dari jantung ke bahagian-
bahagian lain badan. Dinding arteri tebal, berotot dan elastik supaya ia boleh
tahan tekanan darah yang tinggi disebabkan oleh denyutan jantung. Arteri
bercabang-cabang membentuk arteriol. Semua arteri membawa darah
beroksigen kecuali arteri pulmonari. Antara arteri utama ialah Temporal, Carotid,
Bracial, Radial dan Femoral.
5 Email : kamafiq@yahoo.com
6. ii) Vena
Vena ialah salur darah yang membawa darah ke jantung dari bahagian-bahagian
lain badan. Vena mempunyai dinding yang nipis dan saluran yang lebih besar
jika dibandingkan dengan arteri. Darah yang berada dalam vena mengalir pada
tekanan yang rendah dan oleh itu, dinding yang tebal tidak diperlukan. Saluran
yang besar memberikan kurang rintangan terhadap pengaliran darah. Vena
dilengkapi dengan injap-injap yang menentukan darah mengalir hanya dalam
satu arah sahaja, iaitu arah ke jantung. Injap-injap ini akan tertutup jika darah
mengalir ke belakang dalam alirannya. Vena yang terkecil sekali dinamakan
venul. Semua vena membawa darah tidak beroksigen kecuali vena pulmonari.
6 Email : kamafiq@yahoo.com
7. iii) Kapilari darah
Kapilari darah ialah salur darah yang terkecil sekali. Kapilari darah
menghubungkan arteriol kepada venul. Dinding kapilari darah hanya setebal satu
sel. Dinding-dindingnya yang nipis serta telap memudahkan resapan bahan-
bahan antara darah dan tisu-tisu berlaku dengan cepat.
c) Darah
Darah terdiri daripada Pepejal (sel darah ) 40% dan Cecair (plasma) 60%. Tubuh
manusia mengandungi lebih kurang 8 – 10 pain (6 liter) darah. Darah terdiri daripada
plasma, sel darah merah, sel darah putih dan sel pembekuan (platelet).
7 Email : kamafiq@yahoo.com
8. i) Plasma
Adalah larutan yang berwarna jernih kekuningan dan mengandungi bahan larut
dalam air. Lebih kurang 90% daripada plasma terdiri daripada air. Bahan larut
yang terkandung dalam plasma ialah Garam-garam, Bahan-bahan makanan iaitu
glukosa, asid amino, Protin darah, fibrinogen, globulin, albumin dan bahan-bahan
kumuh terutama urea serta Hormon.
ii) Sel Darah Merah (Eritrosit)
Berbentuk ceper dwicekung. Tidak mempunyai nucleus. Mengandungi pigmen
hemoglobin yang memberikan warna merahnya. Saiz dan bentuknya
menghasilkan nisbah luas permukaan terhadap isi padu yang besar dan ini
menambahkan kecekapan sel darah merah bagi pertukaran oksigen dengan
plasma. Sel ini hidup selama lebih kurang 120 hari. Ia dimusnahkan dalam hati
dan digantikan oleh sel-sel baru dalam sumsum tulang.
iii) Sel Darah Putih (Leukosit)
Tidak berwarna dan mempunyai bentuk tidak sekata. Tiap-tiap leukosit
mempunyai nucleus. Sel-sel darah putih dihasilkan dalam sumsum tulang dan
kelenjar limfa dan hidup selama lebih kurang 30 jam. Terdapat pelbagai jenis sel
darah putih yang berlainan dari segi rupa dan fungsi. Ia memainkan peranan
yang penting dalam pertahanan badan terhadap serangan bakteria.
iv) Sel Pembeku Darah (Platelet)
Sel-sel ini terbentuk daripada luluhan sel-sel lain, iaitu trombosit merupakan
serpihan- serpihan sitoplasma yang sangat kecil. Sel-sel ini tidak mempunyai
nukleus. Ia memainkan peranan penting dalam pembekuan darah. Sel ini hidup
selama lebih kurang 10 hari.
Fungsi Darah
Membawa oksigen dan zat-zat makanan ke seluruh sel dan tisu badan. Melawan
jangkitan kuman. Membawa bahan buangan atau kumpulan, hormon-hormon dan enzim-
enzim. Memberi warna kepada kulit Mengawal suhu badan.
PENYAKIT KORONARI
Penyakit Koronari berpunca daripada pengumpulan dan pemendapan lemak dan lain-lain bahan
yang menebal dan mengasarkan dinding arteri dalam dinding salur darah. Proses ini dipanggil
ARTEROSKLEROSIS yang menyebabkan saluran darah utama menjadi sempit dan
menyebabkan pembekuan darah. Antara-antara tanda-tanda penyakit Koronari ialah sakit dada
(Argena Pektoris), Serangan Jantung dan kematian mengejut Kardiak
8 Email : kamafiq@yahoo.com
9. KEMATIAN MENGEJUT
Terdapat beberapa sebab kematian mengejut berlaku antaranya ialah jantung terhenti, renjatan
elektrik, lemas, termakan ubat, kesesakan reaksi alergi, trauma (pendarahan) dan strok.
9 Email : kamafiq@yahoo.com
10. Serangan Jantung
Penyakit yang berkenaan jantung dikenali sebagai penyakit kardiovascular. Antara penyakit
jantung adalah sakit koronari jantung atau juga dikenali sebagai penyakit jantung Iskemia
(Ischaemic Heart Disease). Penyakit kardiovascular merupakan punca utama kesakitan dan
kematian yang disahkan oleh doktor di Malaysia. Pada tahun 1988, 29.4% dari angka kematian
yang disahkan oleh doktor di Semenanjung Malaysia adalah disebabkan oleh penyakit
kardiovascular. Penyakit jantung iskemia (Ischaemic Heart Disease) juga dikenali sebagai
penyakit jantung koronari. Penyakit ini adalah disebabkan oleh kekurangan bekalan darah
kepada otot jantung. Kekurangan darah yang berterusan kepada jantung akan menyebabkan
kematian otot-otot jantung dan jika keadaan bertambah teruk boleh meyebabkan kegagalan
jantung untuk berfungsi dan seterusnya kematian mengejut. Antara sindrom penyakit jantung
iskemia adalah angina pektoris dan infarksi miokardia.
Penyakit jantung iskemia kini menjadi ancaman utama terhadap kesihatan masyarakat di seluruh
dunia. Kadar kematian yang disebabkan oleh penyakit ini dilaporkan tertinggi di Finland, Scotland
dan Ireland Utara. Dianggarkan bahawa seorang dari lima orang lelaki akan mengidap penyakit
jantung iskemia pada umur di antara 60 - 65 tahun. Di Malaysia, kematian disebabkan oleh
penyakit ini adalah sebanyak 35 % daripada jumlah keseluruhan kematian yang disebabkan oleh
penyakit kardiovaskular dari tahun 1975 - 1989. Kemasukan ke hospital yang disebabkan oleh
penyakit jantung iskemia telah meningkat kepada 34,358 kes pada tahun 1997 berbanding
dengan 14,754 kes pada tahun 1985.
a) Angina Pektoris
Angina pektoris merupakan tanda awal seseorang itu mendapat penyakit jantung
iskemia. Tanda-tanda awal angina pektoris adalah rasa sakit di dada sebelah kiri yang
disebabkan oleh kekurangan bekalan oksigen. Kadangkala pesakit mengadu sakit di
bahagian perut (epigastrik). Serangan angina pektoris boleh berlaku semula apabila
pesakit melakukan aktiviti berat atau ketika pesakit mengalami tekanan (stres) kerana
pada keadaan tersebut jantung memerlukan oksigen yang tinggi. Bagaimanapun,
10 Email : kamafiq@yahoo.com
11. kesakitan ini akan hilang di dalam masa kurang dari setengah jam apabila pesakit
memberhentikan aktiviti berat dan berehat.
b) Infarksi miokardia
Infarksi miokardia adalah suatu keadaan di mana sebahagian otot jantung menjadi rosak
dan mati akibat dari kekurangan bekalan darah yang teruk ke bahagian tersebut. Tanda-
tanda infarksi miokardia adalah :-
i) Sakit dada:
Sakit dada biasanya berlaku di sebelah kiri dada dan akan merebak ke bahagian
lengan, leher dan bahu kiri. Pesakit biasanya merasa tidak selesa di dada atau
merasa seakan-akan sesuatu benda yang berat sedang menimpa dan menekan
ke dada dan kadangkala seolah dada berasa ketat.
ii) Sukar bernafas
iii) Pening kepala
iv) Muntah berterusan
Kematian mengejut boleh berlaku jika tanda-tanda awal angina pektoris atau infarksi miokardia
tidak dikawal
c) Faktor risiko serangan jantung
. Terdapat 3 faktor risiko serangan jantung iaitu tidak boleh diubah, boleh di ubah dan
faktor lain yang mempengaruhi.
i) Faktor tidak boleh diubah :-
- Keturunan.
- Jantina.
- Umur.
ii) Faktor boleh dibah :-
- Merokok
- Tekanan darah tinggi.
- Aras kolesterol tinggi.
- Kurang aktiviti fizikal.
iii) Faktor lain mempengaruhi :-
- Kencing manis.
- Berat badan berlebihan.
- Tekanan jiwa
Strok
Infak (infarct) ialah bahagian otak yang telah "mati" disebabkan oleh kekurangan oksigen. Tisu
otak boleh musnah atau mati disebabkan oleh dua perkara :
11 Email : kamafiq@yahoo.com
12. a) Strok iskemik (ischaemic stroke) berlaku apabila terdapatnya sekatan atau pun
pengurangan aliran darah dalam arteri yang membekalkan darah ke bahagian otak. Ini
adalah punca yang sering berlaku yang menyebabkan infak.
b) Strok hemoragik (hemorrhagic stroke) pula merujuk kepada berlakunya pendarahan
dalam dan di sekeliling otak dan menyebabkan berlakunya mampatan dan kecederaan
pada tisu.
c) Strok hemoragik (Hemorrhagic stroke)
Strok jenis ini disebabkan oleh pendarahan yang terjadi di dalam dan di sekeliling otak.
Pendarahan yang berlaku di antara otak dan tengkorak dikenali sebagai pendarahan
subaraknoid (subarachnoid hemorrhage). Ia biasanya disebabkan oleh aneurisma
(aneurysm) yang pecah, malformasi arteriovena (arteriovenous malformation) dan juga
kecederaan di kepala. Pendarahan di dalam tisu otak dikenali sebagai pendarahan
intraserebrum (intracerebral hemorrhage) dan ini berpunca dari tekanan darah tinggi.
Aneurisma ialah satu keadaan di mana dinding arteri menjadi lemah, menyebabkan ia
anjal dan mengembang. Pada lazimnya ia berlaku di cabang-cabang arteri.
Hipertensi atau tekanan darah tinggi ialah peningkatan tekanan darah yang
menyebabkan arteri arteri yang lebih kecil dalam otak pecah . Darah yang terbebas di
dalam tisu otak akan menekan arteriol-arteriol yang berhampiran menyebabkan ia pecah
dan membawa kepada pendarahan yang lebih banyak. Tekanan darah tinggi juga boleh
menyebabkan infak kecil (miniature infarct) yang hampir menyerupai strok, tetapi pada
tahap yang lebih kecil.
Malformasi arteriovena (arteriovenous malformation, AVM) ialah satu keabnormalan
pada pembuluh darah di mana arteri bersambung terus dengan vena tanpa melalui
jaringan kapilari terlebih dahulu. Tekanan dari darah yang melalui arteri menjadi terlalu
tinggi untuk diterima oleh vena dan ini menyebabkan ianya mengembang
Pengembangan ini mampu menyebabkan vena itu pecah dan berdarah.
d) Strok iskemik
Strok jenis ini berlaku kerana terdapatnya sekatan atau pengurangan aliran darah ke
bahagian bahagian otak. Sekatan ini berlaku disebabkan oleh arterosklerosis dan juga
pembentukan bekuan darah. Arterosklerosis (artherosclerosis) atau pengerasan arteri
adalah hasil dari pemendakan kolesterol (cholesterol) dan plak pada dinding arteri.
Endapan kolesterol ini mampu menjadi cukup besar untuk menyempitkan pembuluh
darah dan seterusnya mengurangkan aliran darah. Ia juga mampu untuk mengurangkan
kemampuan arteri untuk anjal.
Trombus atau bekuan darah terjadi pada permukaan plak arterosklerosis yang terbentuk
pada dinding arteri. Trombus mampu membesar dan seterusnya menyekat laluan dalam
arteri. Sebahagian dari trombus ini boleh pecah lalu membentuk embolus. Embolus akan
melalui saluran darah dan mampu menyekat arteri-arteri yang lebih kecil. Biasanya,
embolus terhasil dari jantung di mana beberapa penyakit boleh menyebabkan
pembentukan trombus.
e) Kejadian yang menjurus kepada strok
Mangsa strok biasanya akan mengalami "strok kecil" ataupun tanda-tanda amaran
sebelum berlakunya serangan strok yang sebenar.
12 Email : kamafiq@yahoo.com
13. Serangan Iskemik Sementara atau Transient Ischaemic Attack (TIA) merupakan
serangan amaran (warning strokes) yang biasanya mengambil masa dari beberapa minit
hingga ke 24 jam. Tanda-tanda atau simptom yang timbul ini biasanya akan pulih
sepenuhnya. Adalah satu kelaziman bagi seseorang pesakit mengalami beberapa siri
serangan TIA ini sebelum mendapat strok yang sebenar.
Reversible Ischaemic Neurological Deficit (RIND) pula ialah serangan yang berakhir lebih
daripada 24 jam. Jangkamasa pemulihan biasanya ialah 3 minggu. Selepas setiap
serangan RIND, tidak akan ada tisu-tisu yang musnah, tetapi selepas satu serangan
RIND, risiko mendapat infak yang lengkap akan meningkat. Infaksi lengkap adalah
serangan yang boleh menyebabkan pemusnahan kekal pada tisu otak, dan boleh
menyebabkan masalah seperti pengurangan fungsi sistem saraf (neurologi) yang lebih
serius. Penyembuhan biasanya tidak sepenuhnya dan akan mengambil masa lebih
daripada tiga minggu.
f) Fungsi Otak Normal
Otak terbahagi kepada 2 bahagian; hemisfera kanan mengawal bahagian kiri badan dan
hemisfera kiri mengawal bahagian kanan badan. Setiap hemisfera mempunyai 4
bahagian yang dipanggil lobus. Satu lagi bahagian yang dipanggil serebelum
bertanggungjawab mengawal fungsi-fungsi harian kita. Jenis masalah atau kecacatan
neurologi yang berlaku pada mangsa strok bergantung pada bahagian otak yang terlibat.
Mendapat khidmat pemulihan ialah satu kemestian bagi pesakit strok. Jurupulih Anggota
dan juga jurupulih pertuturan akan membantu pesakit untuk "mempelajari semula" fungsi-
fungsi yang telah hilang dan bersedia menghadapi sesuatu yang tidak dapat dipulihkan.
g) Faktor - Faktor Risiko
Faktor risiko boleh diubahsuai untuk strok ialah seperti berikut :
i) Penyakit jantung
ii) Tekanan darah tinggi - faktor risiko yang penting yang boleh diubah dan dikawal.
iii) Arterosklerosis - berkecenderungan mendapat tekanan darah tinggi dan penyakit
jantung
iv) Kejadian TIA yang lalu - akan lebih mudah untuk mendapat strok
v) Paras kolesterol yang tinggi - berkecenderungan mendapat tekanan darah tinggi
dan penyakit jantung
vi) Pengambilan alkohol yang berlebihan - meningkatkan tekanan darah
vii) Obesiti - berkecenderungan mendapat tekanan darah tinggi dan penyakit jantung
viii) Merokok - kerosakan pada jantung
ix) Mengambil pil perancang keluarga - berserta dengan merokok, mampu
meningkatkan risiko strok
h) Faktor risiko yang tidak boleh diubahsuai
i) Umur - risiko meningkat dengan peningkatan umur
ii) Jantina - lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding dengan wanita yang
putus haid.
iii) Rekod perubatan - jika seseorang mempunyai diabetes, fibrilasi atrium atau penyakit
jantung yang lain, atau TIA, risiko untuk mendapat strok adalah lebih tinggi
iv) Sejarah perubatan yang lalu - sekiranya anda pernah mengalami strok, risiko untuk
ianya berulang adalah tinggi
v) Sejarah perubatan keluarga - sekiranya terdapat ahli keluarga terdekat yang
mengalami strok, risiko anda juga akan meningkat
13 Email : kamafiq@yahoo.com
14. i) Tanda-Tanda Strok
Apabila ada perkara-perkara berikut yang berlaku tanpa sebarang amaran :
i) Terasa lemah atau kebas pada bahagian muka, tangan atau kaki, terutamanya pada
sebelah bahagain badan.
ii) Berlaku kekeliruan dan juga kesukaran untuk bertutur atau memahami sesuatu.
iii) Kabur penglihatan, sama ada pada sebelah atau kedua-dua belah mata
iv) Masalah pada pergerakan atau kawalannya (kawalatur) seperti kesukaran untuk
berjalan, terasa pening dan juga hilang keupayaan mengimbang atau mengawal
pergerakan.
j) Komplikasi
Kecacatan Neurologi Biasa (Common Neurological Deficits) selepas strok
k) Strok di bahagian kiri
i) Lumpuh (paralysis) pada bahagian kanan badan
ii) Kesukaran bertutur
iii) Gerakan yang perlahan dan berhati-hati
iv) Hilang daya ingatan terhadap bahasa
v) Mengalami disartria di bahagian muka sebelah kanan
vi) Mengalami afasia iaitu tidak mampu untuk memahami dan juga bertutur dengan
bahasa yang baik
vii) Mengalami apraksia iaitu tidak mampu untuk mengawal gerakan otot
l) Strok di bahagian kanan
i) Lumpuh pada bahagian kiri badan
ii) Kekurangan tumpuan dan persepsi
iii) Memiliki tingkah laku yang pantas dan mengikut gerak hati
iv) Mengalami hemianopia pada ruang penglihatan sebelah kiri.
v) Hilang daya ingatan
vi) Mengalami disartria di bahagian sebelah kiri muka.
m) Istilah istilah Berkaitan
i) Lumpuh - kehilangan fungsi otot dan juga rasa
ii) Hemiparesis - mengalami lemah pada sebelah bahagian badan
iii) Hemianopia - kehilangan atau pengurangan separuh medan pandangan
iv) Afasia - Hilang kebolehan untuk memahami dan mengeluarkan bahasa
v) Apraksia - hilang kebolehan untuk mengawal otot dan pergerakan
vi) Disartria -berlaku masalah pada bahagain mulut yang menyebabkan kurang
keupayaan untuk bertutur dengan baik.
n) Pencegahan
i) Bagi pesakit yang sedang menjalani proses pemulihan, perkara berikut boleh
membantu di dalam mengelakkan kejadian strok berulang lagi.
14 Email : kamafiq@yahoo.com
15. - Berhenti merokok - merokok boleh menyempitkan arteri
- Elakkan kegemukan - jaga berat badan
- Amalkan diet yang seimbang, kurangkan pengambilan makanan berlemak
- Lakukan senaman secara berkala, seperti senaman aerobik (berbasikal,
berjoging dan berjalan)
- Elak dan kawal tekanan perasaan atau stress
ii) Secara amnya, bagi setiap individu yang berisiko, berikut ialah beberapa cara
yang boleh dilakukan untuk mengelakkan strok
- Dapatkan pemeriksaan tekanan darah anda. Sekiranya, anda tidak
mengetahui tekanan darah anda, dapatkan pemeriksaan dengan segera.
Anda mungkin mengalami tekanan darah tinggi dan mungkin mempunyai
risiko untuk mendapat strok tanpa anda sedari.
- Berhenti merokok. Merokok meningkatkan risiko anda untuk mendapat sakit
jantung, strok dan juga kanser. Kombinasi merokok, dan juga pengambilan
pil-pil perancang keluarga akan meningkatkan lagi risiko strok di kalangan
wanita.
- Makan makanan yang rendah lemak. Makanan tersebut akan mengurangkan
paras kolesterol dan dapat membantu mengurangkan berat badan dan
seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung yang merupakan risiko
yang kuat untuk mendapat strok. Sekiranya anda mempunyai berat badan
yang berlebihan beserta dengan tekanan darah tinggi, mengurangkan berat
badan boleh menurunkan tekanan darah anda.
- Amalkan kehidupan yang aktif. Aktiviti fizikal boleh mengurangkan risiko
strok dengan menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko penyakit
jantung.
- Ambillah ubat yang diberi oleh doktor. Sekiranya perubahan cara hidup tidak
mencukupi untuk mengurangkan risiko strok anda, doktor anda mungkin
akan memberi ubat untuk menurunkan tekanan darah, dan paras kolesterol
disamping ubat-ubat lain jika perlu.
Kurangkan pengambilan minuman keras. Mengambil lebih daripada satu gelas sehari
cukup untuk meningkatkan tekanan darah. Meminum minuman keras secara berlebihan
mampu membawa kepada strok.
TERCEKIK
15 Email : kamafiq@yahoo.com
16. TERCEKIK adalah satu kemalangan serius yang patut dielakkan kerana kesannya boleh
mengakibatkan kematian dan trauma. Kejadian tercekik biasanya berlaku apabila makanan,
permainan atau objek tersangkut pada kerongkong manusia yang boleh menyebabkan
seseorang itu sukar bernafas. Kejadian tercekik boleh berlaku kepada orang dewasa dan kanak-
kanak. Menurut beberapa kajian, kanak-kanak dan bayi sekitar umur enam bulan hingga setahun
adalah paling berisiko tercekik. Oleh itu, ibu bapa digalakkan mempelajari cara menyelamatkan
anak yang tercekik. Terdapat dua kategori tercekik, iaitu separa tercekik dan tercekik
sepenuhnya.
Separa tercekik tidak membahayakan kerana mangsa masih boleh bernafas dan bercakap
kerana masih ada saluran udara pada kerongkong. Tindakan yang perlu diambil bagi
mengeluarkan objek yang tersangkut adalah dengan memaksa diri batuk sehingga objek itu
keluar. Bagaimanapun, bagi individu yang tercekik sepenuhnya ini bermakna makanan atau
sesuatu objek menghalang saluran pernafasan. Ini menyebabkan mangsa menjadi sukar untuk
bernafas, malah tidak mampu untuk bercakap dan batuk. Mangsa akan serta merta memegang
leher dan jika dibiarkan lama, kulit mangsa akan bertukar kepada warna biru.
Heimlich maneuver adalah antara cara yang boleh dilakukan oleh orang di sekeliling untuk
menyelamatkan mangsa yang tercekik bagi mengeluarkan objek yang tersangkut.
Bagi melakukan heimlich maneuver, seseorang perlu berada di belakang mangsa kemudian
menekan perutnya di antara pusat dan hulu hati menggunakan tangan dengan kuat sehingga
mangsa memuntahkan objek yang tersangkut di tekaknya itu. Heimlich maneuver juga boleh
dilakukan dengan membaringkan mangsa terutama selepas mangsa pengsan. Selepas
dibaringkan, tekan pahanya dengan kedua-dua kaki kemudian tekan perut mangsa iaitu daripada
pusat dan hulu hati dengan kuat sehingga objek tersangkut di tekak mangsa berkenaan keluar.
Objek itu akan keluar serta merta kerana tekanan yang kuat pada abdomen perut mengeluarkan
sisa oksigen yang masih terdapat dalam paru-paru melalui saluran tekak mangsa.
Bagi bayi, heimlich maneuver yang dilakukan amat berlainan daripada kanak-kanak dan dewasa.
Heimlich maneuver untuk bayi bawah satu tahun ialah dengan meniarapkan bayi di atas paha,
pastikan kepala bayi lebih rendah daripada badannya. Kemudian tepuk belakang bayi iaitu pada
tulang belikat selama lima kali. Cara kedua untuk bayi pengsan adalah dengan baringkannya
kemudian tekan pada tulang dada di antara dua puting bayi. Ulang sehingga sedar.
Selepas melakukan rawatan heimlich maneuver, telefon ambulans atau bawa mangsa ke hospital
dengan segera. Tercekik adalah perkara yang serius. Oleh itu bagi melakukan rawatan heimlich
maneuver, perlu dibuat dengan berhati-hati untuk mengelakkan daripada sebarang kemungkinan
kecederaan lain, terutama kepada kanak-kanak dan bayi. Jika mangsa dibiarkan selama 10 minit
dalam keadaan tercekik, otak mangsa mula tidak berfungsi kerana kegagalan darah dan oksigen
disalurkan ke otak. Ini boleh menyebababkan kematian. Dalam masa empat minit, sel-sel otak
mangsa mula mati sekali gus menyebabkan kulit mangsa terutama pada bahagian muka menjadi
kebiruan. Bagaimanapun, jika mangsa berhenti bernafas, heimlich akan dilakukan bersama
dengan rawatan cardiopulmonary resuscitation (CPR). CPR ini boleh dilakukan oleh mereka yang
arif melakukannya.
Perkara yang perlu dihindari ketika membantu mangsa tercekik, jangan menepuk belakang
ketika mangsa berdiri. Ini boleh menyebabkan objek yang tersangkut pada kerongkong tadi akan
masuk lebih ke dalam. Jangan korek mulut mangsa untuk melihat objek yang tersekat dan beri
galakan kepada mangsa untuk terus batuk.
CARA MENGHINDARI DARIPADA TERCEKIK
16 Email : kamafiq@yahoo.com
17. a) Makan secara perlahan-lahan. Kunyah secukupnya makanan yang dimakan terutama
makanan yang besar dan pejal atau liat.
b) Duduk ketika makan dan jangan bercakap atau ketawa ketika mulut sedang penuh.
c) Perhatikan kanak-kanak terutama bayi kerana mereka gemar memasukkan objek ke
dalam mulut mereka. Contoh seperti permainan kecil, belon, penutup pen, duit, manik
dan bateri. Jauhkan objek kecil ini daripada mereka.
HEIMLICH MANEUVER
a) Rawatan kecemasan tercekik untuk bayi sedar (Umur tidak lebih 1 tahun).
i) Pastikan bayi tersebut boleh menangis atau batuk.
ii) Jika tiada, beri 5 tepukan di belakang.
iii) Kemudian beri 5 tekanan di dada.
iv) Ulangi 5 tepukan di belakang dan 5 tekanan di dada.
v) Jika bayi itu menjadi pengsan lakukan CPR. Periksa bendasing di kerongkong
atau mulut. (Jangan korek dengan jari). Alihkan bendasing hanya sekiranya
kelihatan.
b) Rawatan kecemasan tercekik untuk kanak-kanak sedar (Umur 1 - 8 tahun).
i) Pastikan kanak-kanak tersebut boleh berkata-kata atau batuk.
ii) Lakukan tujahan di perut (Heimlich Manoeuvre) berulang kali sehingga
bendasing itu terkeluar.
iii) Tekanan di dada boleh dilakukan sekiranya kanak-kanak itu berbadan besar.
iv) Jika kanak-kanak itu menjadi pengsan lakukan CPR. Periksa benda asing di
kerongkong atau mulut. (Jangan korek dengan jari). Alihkan benda asing
hanya sekiranya kelihatan.
Sekiranya seseorang itu mengalami tercekik, ia akan menunjukkan tangannya pada leher
sambil cuba bercakap. Teknik Heimlich Manuver boleh dilakukan untuk membantu
mangsa tersebut.
c) Rawatan kecemasan untuk orang dewasa Sedar (Untuk kanak- kanak 1 tahun ke
atas dan orang dewasa)
i) Berdiri belakang mangsa dan bersedia dengan kekuda, beritahunya yang anda cuba
membantu.
ii) Peluk kedua-dua tangan anda di tengah-tengah perutnya.
iii) Genggam satu tangan dan letakkan di tengah perut antara pusat dan bahagian
bawah tengah tulang rangka (ulu hati).
iv) Tekan dengan tujahan ke dalam dan ke atas beberapa kali sehingga objek yang
tersekat itu keluar.
17 Email : kamafiq@yahoo.com
18. v) Jika anda tercekik dan berseorangan, buat sesuatu yang boleh menarik perhatian
orang lain seperti ketuk, baling sesuatu atau apa saja yang boleh membantu.
vi) Cari hujung penyandar kerusi yang tumpul dan letakkannya di antara pusat dan
bahagian bawah tengah tulang rangka anda.
vii) Tekan perut anda dengan kuat sehingga objek tersebut keluar.
Untuk mangsa yang mengandung, tekan di atas bahagian perut dengan teknik tekanan
di tengah dada. Dapatkan rawatan lanjut sekiranya perlu.
d) Rawatan kecemasan Mangsa Pengsan
i) Baring dan terlentangkan mangsa.
ii) Dapatkan bantuan dan hubungi ambulans.
iii) Buka mulut mangsa, periksa bendasing dan keluarkan dengan jari jika ada.
iv) Buka saluran pernafasannya (teknik angkat dagu dan dongak kepala) dan periksa
pernafasan.
v) Jika tiada , lakukan bantuan pernafasan mulut ke mulut dan terus ulangi jika tiada
tindakbalas dari mangsa.
vi) Jika tiada masih tiada pergerakan, beri 15 kali tekanan di dada (posisi tangan sama
seperti CPR).
vii) Ulangi langkah di atas sehingga mangsa pulih atau bantuan tiba.
Apabila membuka saluran pernafasan mangsa yang disyaki mengalami kecederaan tulang
belakang, JANGAN gunakan teknik ini. GUNAKAN teknik tolakan tepat sendi rahang.
KEMAHIRAN ASAS CPR
Kemahiran Asas ini adalah amat mustahak dalam mengendalikan seseorang mangsa yang
memerlukan CPR. Terdapat 3 kemahiran asas yang mesti difahami dan diikuti dalam proses
menyelamat mangsa.
a) A-AIRWAY (SALURAN PERNAFASAN)
Tindakan utama untuk kejayaan resusitasi ialah membuka saluran pernafasan serta
merta dengan membetulkan posisi kepala mangsa. Perlu diingat bahawa bahagian
belakang lidah atau epiglotis selalu menghalang pernafasan mangsa yang tidak
sedarkan diri. Oleh kerana lidah atau epiglotis tercantum dibahagian bawah rahang,
dengan cara mendongakkan kepala ke belakang dan mengangkat dagu ke atas ianya
boleh mengangkat lidah dan epiglotis daripada bahagian belakang tekak untuk
membolehkan saluran pernafasan terbuka.
18 Email : kamafiq@yahoo.com
19. b) B-BREATHING (PERNAFASAN)
Apabila pernafasan terhenti badan kita hanya mempunyai bekalan oksigen yang masih
ada dalam paru-paru dan darah. Oleh sebab itu apabila pernafasan terhenti, jantung
akan terhenti dan mangsa akan mati sejurus selepas itu. Bantuan pernafasan antara
mulut ke mulut adalah cara yang tercepat untuk menyampaikan oksigen ke paru-paru
mangsa. Udara yang dihembus mengandungi cukup oksigen untuk sekurang-kurangnya
bagi menampung sebahagian dari keperluan mangsa. Pernafasan bantuan perlu
diteruskan sehingga mangsa boleh bernafas sendiri atau sehingga para professional
terlatih sampai.
c) C-CIRCULATION (PEREDARAN DARAH)
Tekanan dada mengekalkan edaran darah ke paru-paru, otak, arteri koronari dan organ-
organ penting yang lain. Apabila tekanan dada dijalankan pernafasan bantuan mulut ke
mulut juga patut dilakukan bersama.
i) Jika tiada tanda-tanda pernafasan normal, batuk atau sebarang pergerakan pada
pesakit, mulakan tekanan di dada.
ii) Letakkan tangan di dada di antara 2 puting dan tekan ke dalam 1½ ke 2 inci
sebanyak 30 kali pada kadar 80-100 kali seminit.
iii) Teruskan dengan 2 hembusan dan 15 kali tekanan sehingga bantuan perubatan
tiba.
PERHATIAN
Nisbah hembusan dan tekanan dalam CPR adalah sama untuk kaedah 1 penyelamat
dan 2 penyelamat. Dalam keadah 2 penyelamat, penyelamat yang membuat tekanan di
dada berhenti sewaktu penyelamat lain memberi bantuan pernafasan.
19 Email : kamafiq@yahoo.com
20. PERLAKSANAAN CPR
MANGSA DEWASA ( 8 tahun dan ke atas)
a) Hembusan Pertama - 2 kali lembut dan dalam, jarak hembusan 1 ½
hingga 2 saat.
b) Periksa Nadi - Carotid di leher menggunakan 2 jari.
c) Tindakan CPR - 30 tekanan 2 hembusan 5 kitaran menggunakan
2 belah tangan. Ke dalaman tekanan 1 ½ hingga
2 inci.
d) Tekanan 1 minit - 80 hingga 100 kali tekanan dada.
e) Tindakan EAR - 1 hembusan setiap 5 saat.
MANGSA KANAK-KANAK (1 tahun hingga 8 tahun)
a) Hembusan Pertama - 2 kali lembut, jarak hembusan 1 hingga 1 ½
saat.
b) Periksa Nadi - Carotid di leher menggunakan 1 atau 2 jari.
c) Tindakan CPR - 5 tekanan 1 hembusan 20 kitaran menggunakan
sebelah tangan. Ke dalaman tekanan 1 hingga
1 ½ inci.
d) Tekanan 1 minit - 100 kali tekanan dada.
e) Tindakan EAR - 1 hembusan setiap 3 saat.
Jika anda bersendirian dengan kanak-kanak tersebut, lakukan CPR dahulu selama 2 minit
sebelum menghubungi ambulans.
MANGSA BAYI ( 1 tahun dan ke bawah)
a) Hembusan Pertama - 2 kali lembut, jarak hembusan 1 hingga 1 ½
saat.
b) Periksa Nadi - Bracial di leher menggunakan 1 atau 2 jari.
c) Tindakan CPR - 5 tekanan 1 hembusan 20 kitaran menggunakan
2 jari. Ke dalaman tekanan ½ hingga 1 inci.
20 Email : kamafiq@yahoo.com
21. d) Tekanan 1 minit - 100 kali tekanan dada.
e) Tindakan EAR - 1 hembusan setiap 3 saat.
Jika anda bersendirian dengan kanak-kanak tersebut, lakukan CPR dahullu selama 2 minit
sebelum menghubungi ambulans.
PERLAKSANAAN TERCEKIK
Mangsa Dewasa
a) Tekanan Abdomen - 5 kali
b) Korekan Mulut - menggunakan jari telunjuk
Mangsa Kanak-kanak
Boleh menggunakan pelaksanaan mangsa bayi atau dewasa
Mangsa Bayi
a) Tepukan Belakang - 5 kali.
b) Tekanan dada - 5 kali tekanan menggunakan 2 jari.
c) Korekan Mulut - menggunakan jari kelingking.
ATURCARA PRAKTIKAL
SEORANG PENYELAMAT MANGSA DEWASA (CPR)
Kelas 1 - kejutkan mangsa
Kelas 2 - minta bantuan
Kelas 3 - buka saluran pernafasan
21 Email : kamafiq@yahoo.com
22. Kelas 4 - pandang,dengar dan rasa ( 3 - 5saat )
Kelas 5 - hembus EAR 2 kali lembut dan dalam ( 1 ½ hingga 2 saat )
Kelas 6 - periksa nadi carotid ( 5 - 10 saat )
Kelas 7 - keputusan :-
- Tiada nadi tiada nafas ( 30 tekanan 2 hembusan – 5 kitaran )
- Ada nadi tiada nafas ( Hembusan EAR 1 kali setiap 5 saat )
- Ada nadi ada nafas ( kedudukan pemulihan / penyedaran )
SEORANG MANGSA KANAK-KANAK (CPR)
Kelas 1 - kejutkan mangsa
Kelas 2 - minta bantuan
Kelas 3 - buka saluran pernafasan
Kelas 4 - pandang,dengar dan rasa ( 3-5saat )
Kelas 5 - Hembus EAR 2 kali lembut ( 1 hingga 1 ½ saat )
Kelas 6 - periksa nadi carotid ( 5- 10 saat )
Kelas 7 - Keputusan :-
- Tiada nadi tiada nafas ( 5 tekanan 1 hembusan – 20 kitaran )
- Ada nadi tiada nafas ( Hembusan EAR 1 kali setiap 3 saat )
- Ada nadi ada nafas ( kedudukan pemulihan / penyedaran )
SEORANG MANGSA BAYI (CPR)
Kelas 1 - kejutkan mangsa
Kelas 2 - minta bantuan
Kelas 3 - buka saluran pernafasan
Kelas 4 - pandang,dengar dan rasa ( 3-5saat )
Kelas 5 - Hembus EAR 2 kali lembut ( 1 hingga 1 ½ saat )
Kelas 6 - periksa nadi bracial ( 5- 10 saat )
Kelas 7 - Keputusan :-
- Tiada nadi tiada nafas (5 tekanan 1 hembusan – 20 kitaran)
- Ada nadi tiada nafas (Hembusan EAR 1 kali setiap 3 saat)
- Ada nadi ada nafas (kedudukan pemulihan / penyedaran )
22 Email : kamafiq@yahoo.com
23. TERCEKIK TIDAK SEDAR MANGSA DEWASA
Kelas 1 hingga kelas 4 sama dengan CPR dewasa
Kelas 5 - hembus sekali-sebut tak masuk dan betulkan dongakan kepala. Hembus sekali
lagi-sebut tak masuk pasti tercekik.
Kelas 6 - 5 tekanan abdomen
Kelas 7 - periksa mulut mangsa dan korek
Kelas 8 - Ulang kelas 5 ( jika hembusan pertama masuk, hembus sekali lagi-sebut
masuk, periksa nadi Carotid )
TERCEKIK TIDAK SEDAR MANGSA KANAK-KANAK
Kelas 1 hingga kelas 4 sama dengan CPR kanak-kanak
Kelas 5 - hembus sekali-sebut tak masuk dan betulkan dongakan kepala. Hembus sekali
lagi-sebut tak masuk pasti tercekik.
Kelas 6 - 5 tekanan abdomen
Kelas 7 - periksa mulut mangsa dan korek
Kelas 8 - Ulang kelas 5 ( jika hembusan pertama masuk, hembus sekali lagi-sebut
masuk, periksa nadi Carotid / Bracial)
TERCEKIK TIDAK SEDAR MANGSA BAYI
Kelas 1 hingga kelas 4 sama dengan CPR kanak-kanak
Kelas 5 - hembus sekali-sebut tak masuk dan betulkan dongakan kepala. Hembus sekali
lagi-sebut tak masuk pasti tercekik.
Kelas 6 - 5 tekanan abdomen
Kelas 7 - 5 tekanan dada
Kelas 8 - periksa mulut mangsa dan korek
Kelas 9 - Ulang kelas 5 (jika hembusan pertama masuk, hembus sekali lagi-sebut
masuk, periksa nadi Bracial).
23 Email : kamafiq@yahoo.com