Sistem perundangan Islam menetapkan hukuman di dunia dan akhirat untuk menjamin ketenteraman hidup manusia dan memberikan balasan abadi. Islam menetapkan qadhi untuk menyelesaikan sengketa secara adil berdasarkan al-Quran dan hadis. Hukuman di dunia merupakan rahmat bagi mencegah pelanggaran hukum menular kepada yang lain. Sistem ini memberikan keadilan tanpa membezakan status sosial.
1 of 17
Downloaded 19 times
More Related Content
Istimewanya sistem perundangan islam
1. Istimewanya Sistem Perundangan Islam
Susunan: Zuridan Mohd Daud
Antara
ciri-ciri
keistimewaan
kesyumulannya
yang
syariat
merangkumi
Islam
semua
ialah
aspek
kehidupan manusia. Dalam situasi pergolakan sesama
manusia yang menjadi lumrah kehidupan, Allah SWT
telah menyediakan jalan penyelesaian bagi meleraikan
sebarang pergolakan dan sengketa yang berlaku. Maka
wujudlah satu sistem perundangan yang merupakan
kaedah terbaik penyelesaian sengketa manusia yang
bersifat adil dan saksama.
Sistem perundangan ini dibentuk melalui pensyariatan
hukum yang begitu adil dan realistik dengan tempat dan
masa bagi memastikan ia sentiasa memenuhi keperluan
manusia
dalam
penganiayaan
,
memelihara
memelihara
nyawa
daripada
harta
daripada
pencerobohan dan memelihara maruah diri daripada
fitnah. Sistem perundangan ini adalah bersumberkan
ilahi dan berbeza dengan perundangan manusia yang
bersifat lemah dan terhad.
2. Peranan Qadhi
Bagi memastikan perundangan ini dilaksanakan para
fuqaha telah memutuskan bahawa perlantikan seorang
qadhi
adalah
merupakan
fardhu
kifayah
kerana
perlaksanaanya tidak akan sempurna tanpanya. Hidup
manusia tidak akan tenteram tanpa adanya peleraian
terhadap sengketa yang berlaku dan qadhilah yang
menjadi pemandunya.
Allah SWT berfirman dalam surah al-Maidah ayat 49:
Maksudnya: Dan hendaklah kamu memutuskan perkara
di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah,
dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dan
berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka
tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang
telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling
(dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka
ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah menghendaki
akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan
3. sebahagian dosa-dosa mereka dan sesungguhnya
kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik.
Allah SWT berfirman dalam surah al-Nisa ayat 105:
Maksud: Sesungguhnya kami telah menurunkan Kitab
kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu
mengadili antara manusia dengan apa yang Telah Allah
wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi
penantang
(orang
yang
tidak
bersalah),
Karena
(membela) orang-orang yang khianat.
Allah SWT berfirman dalam surah Shaad ayat 26:
Maksudnya:
Hai
Daud!
Sesungguhnya
Kami
menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi,
maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia
dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu,
kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah.
Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah
akan mendapat azab yang berat, kerana mereka
melupakan hari perhitungan.
4. Allah SWT berfirman dalam surah al-Nisa ayat 135:
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, jadilah
kamu orang yang benar-benar penegak keadilan,
menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap dirimu
sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika dia
kaya
ataupun
miskin,
maka
Allah
lebih
tahu
kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti
hawa nafsu Kerana ingin menyimpang dari kebenaran
dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau
enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah
adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu
kerjakan.
Menurut Imam al-Qurtubi kesemua ayat di atas adalah
menjadi
asas
kepada
perlaksanaan
sistem
perundangan Islam.
Mengenai tanggungjawab qadhi, Nabi SAW telah
memuji mereka yang terlibat dalam urusan menegakkan
keadilan dengan menjanjikan mereka ganjaran pahala,
5. tetapi dengan syarat hukuman yang ditetapkan dan
keputusan yang dibuat adalah berpaksikan kepada
keadilan.
Nabi Muhammad SAW bersabda dalam hadis yang
diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari:
Maksudnya: Janganlah berdengki kecuali dalam dua
perkara: (Iaitu terhadap) seorang yang dikurniakan Allah
harta lalu dibelanjakan kepada kebenaran dan seorang
yang
dikurniakan
hikmah
(pengetahuan)
lalu
dia
menghukum dengannya dan dia mengajarkannya.
Ibnu Hajar al-Asqallani berkata: Dalam hadis tersebut di
atas ada galakan kepada mereka yang memenuhi
syarat untuk menjadi qadhi atau hakim, juga memiliki
kekuatan
dalam
menegakkan
kebenaran
dan
mempunyai penolong-penolong, kerana ia adalah kerja
amar
makruf,
membantu
orang
yang
dizalimi,
6. mengembalikan hak kepada yang berhak, menghalang
tangan yang zalim dan mendamaikan antara manusia.
Semua itu adalah sebahagian dari amal kebaikan
taqorrub kepada Allah. Kerja ini telah dilaksanakan oleh
para Nabi, kemudian diikuti oleh para khulafa alRasyidin, kemudian (para fuqaha) sepakat bahawa ia
adalah fardhu kifayah, kerana urusan hidup manusia
tidak
akan
sempurna
tanpanya..
(Maktabah
Syamilah:Juz 20 hal 158).
Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa
Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: Apabila hakim menetapkan hukuman lalu
berijtihad kemudian ijtihadnya betul maka baginya dua
ganjaran pahala, dan apabila dia menghukum lalu
berijtihad kemudian salah, maka baginya satu ganjaran
pahala.
Dalam pada itu tugas qadhi atau hakim juga adalah
terdedah
kepada
ancaman
daripada
Allah
SWT
7. sekiranya tidak melaksanakan hukuman berdasarkan
hukuma Allah Taala. Di dalam surah al-Maidah ayat 47,
Allah SWT berfirman:
Maksudnya: Barangsiapa tidak memutuskan perkara
menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu
adalah orang-orang yang fasik.
Oleh itu adalah wajib bagi seorang qadhi melengkapkan
diri dengan persiapan ilmu dan kemahiran berijtihad
agar keputusan yang dibuat adalah tepat, benar dan
adil. Nabi SAW bersabda dalam hadis yang diriwiyatkan
oleh Ibnu Majah (Maktabah Syamilah:7/104):
Maksudnya: Qadhi itu ada tiga jenis: Dua (dimasukkan)
dalam neraka dan satu dalam syurga. Qadhi yang
mengetahui
tentang
kebenaran
dan
berhukum
dengannya maka dia (dimasukkan) dalam syurga, qadhi
yang menghukum di kalangan manusia di atas kejahilan
adalah dalam neraka dan qadhi yang zalim pada
hukuman maka dia juga dalam neraka.
8. Oleh itu bagi memastikan amanah melaksanakan
keadilan
dalam
undang-undang
dan
menentukan
hukuman dapat dilaksanakan dengan betul dan adil,
para ulama telah menetapkan beberapa syarat kepada
seorang qadhi, iaitu seperti berikut:
1)
Beragama Islam.
2)
Hendaklah dia seorang lelaki, baligh dan berakal.
3)
Memiliki kebijaksanaan.
4)
Merdeka, bukan hamba.
5)
Berlaku Adil.
6)
Baik pendengaran, penglihatan dan percakapan.
7)
Mempunyai pengetahuan mengenai hukum syarak.
Di samping itu seorang qadhi hendaklah bersikap
saksama dalam muamalahnya dengan kedua-dua belah
pihak yang bersengketa. Dia hendaklah memberikan
peluang yang sama kepada keduanya untuk bertemu
dengannya, mendengar penjelasan secara adil dari
kedua belah pihak dan hendaklah melayan keduaduanya secara adil tanpa pilih kasih, meskipun dia
mengenali salah seorang darinya. Jika sebaliknya
berlaku ia akan meruntuhkan kepercayaan sebelah
9. pihak terhadap qadhi dan mengikis keyakinan kepada
keadilan perundangan Islam. Justeru Allah SWT sangat
menekankan
soal
keadilan
dalam
setiap
urusan
sepertimana firmanNya dalam surah al-Nisa ayat 135:
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, jadilah
kamu orang yang benar-benar penegak keadilan,
menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap dirimu
sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu, jika ia kaya
ataupun
miskin,
Maka
Allah
lebih
tahu
kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti
hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran,
dan jika kamu memutarbalikkan (kata-kata) atau enggan
menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha
Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan.
Seorang qadhi juga harus berada dalam keadaan
terbaik ketika melakukan sesuatu penghakiman iaitu dia
tidak terganggu fikiran dengan urusan lain, tidak terlalu
lapar dan dahaga dan tidak dalam keadaan emosi atau
marah yang boleh mengganggunya dalam memahami
10. situasi sebenar sesuatu kes dan mempengaruhinya
dalam membuat keputusan.
Keistimewaan Perundangan Islam.
Islam telah menetapkan bahawa hukuman ke atas
manusia berlaku di dunia dan juga di akhirat. Di dunia
bagi menjamin ketenteraman hidup manusia manakala
di akhirat sebagai balasan abadi kerana engkar kepada
peraturan yang ditetapkan oleh Allah SWT. Meskipun
secara umumnya semua manusia mengakui keperluan
wujudnya peraturan dalam hidup, namun masih ramai
juga yang tidak berpuas hati dengan perundangan yang
ada.
Manusia secara umumnya boleh diketegorikan kepada
dua kelompok dari sudut kepatuhan kepada undangundang dan peraturan yang ditetapkan oleh Islam.
Pertama mereka yang percaya dan taat kepada undangundang Islam kerana yakin ia adalah satu kewajipan
dan membawa kebaikan. Kedua mereka engkar dan
melanggar undang-undang samada kerana jahil atau
11. tahu tetapi enggan patuh. Bagi golongan kedua, tiada
cara lain untuk memberikan kesedaran kepada mereka
melainkan dengan dikenakan hukuman dan hukuman
tersebut pula mestilah setimpal dan benar-benar mampu
memberi bekas kepada mereka.
Disyariatkan hukuman di dunia pada hakikatnya dalah
satu rahmat kepada manusia, ini bertepatan dengan
sabda Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan
oleh al-Tirmizi (Maktabah Syamilah:8/414) :
Maksudnya: Apabila Allah menghendaki kebaikan
kepada seorang hamba akan disegerakan hukuman ke
atasnya di dunia dan apabila Allah menghendaki
keburukan kepada seorang hamba akan ditangguhkan
baginya hukuman atas dosanya hingga disempurnakan
pada hari Kiamat kelak.
Hukuman terhadap mereka yang melanggar hukum
syarak adalah umpama ubat yang diberikan buat
12. anggota tubuh badan yang sakit bagi menyekatnya dari
merebak kepada anggota tubuh yang lain. Begitulah
hukuman kepada pelaku jenayah dalam Islam, ia bukan
sahaja bertujuan menghukum tetapi ia lebih kepada
memelihara maslahah masyarakat umum.
Sistem hukuman dalam Islam juga dibentuk tanpa
membezakan setiap individu dalam masyarakat, kerana
manusia adalah sama berdepan dengan undangundang Islam, malah Islam menganggap bahawa
membezakan golongan tertentu dalam perlaksanaan
undang-undang adalah penyebab utama kehancuran
kepada sesebuah Negara Islam. Nabi SAW bersabda
dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari
(Maktabah Syamilah:11/294):
Maksudnya: Sesungguhnya telah binasa umat sebelum
kamu, bahawa apabila ada di kalangan orang ternama
di kalangan mereka mencuri mereka biarkan, manakala
13. jika ada orang yang lemah mencuri, mereka kenakan
hudud ke atasnya. Demi Allah! Jika Fatimah binti
Rasulullah mencuri nescaya ku potong tangannya.
Para pemerintah Negara Islam pula tidak seharusnya
mencipta seribu alasan untuk tidak melaksanakan
undang-undang jenayah Islam seperti hudud, kerana
keengganan melaksanakan hukum Allah SWT adalah
penyebab kepada berkurangnya rezeki dan tercabutnya
nikmat keamanan dalam sesebuah Negara Islam.
Rasulullah
SAW
diriwayatkan
oleh
bersabda
Ibnu
dalam
Majah
hadis
yang
(Maktabah
syamilah:7/431) :
Maksudnya: Hukum had (hudud) dilaksanakan di muka
bumi lebih baik bagi penghuni bumi daripada diturunkan
hujan kepada mereka selama 40 pagi.
Dari aspek perlaksanaannya, undang-undang Islam
14. menjadikan dua perkara utama sebagai terasnya iaitu
keadilan dan menakutkan:
Apa yang dimaksudkan dengan teras pertama iaitu
keadilan ialah setiap hukuman yang dikenakan adalah
melihat kepada ukuran jenayah yang dilakukan tanpa
sebarang unsure melampau atau terlalu ringan. Ini
kerana ia datang dari Allah SWT yang menciptakan
manusia dan Maha Mengetahui apa yang sesuai untuk
manusia, berbeza dengan hukuman yang dikenakan di
bawah undang-undang manusia yang lemah dan
terbatas.
Sebagai contoh hukuman potong tangan terhadap
pencuri. Ada yang mendakwa ia kejam kerana pencuri
akan hilang tangannya selama-lamanya, tetapi jika
diukur dengan jenayah yang dilakukan iaitu mencuri
harta orang, memecahkan rumah, membuat ugutan,
menimbulkan kekacauan awam malah mengancam jiwa
manusia dengan tangannya, maka hukum potong
tangan adalah wajar . Ia bukan sahaja boleh memberi
pengajaran berguna kepada pencuri malah masyarakat
15. umum mendapat pendidikan bahawa perbuatan mencuri
perlu
dijauhi
kerana
hukumannya
terlalu
berat.
Sebaliknya dengan menolak hukum potong tanganlah
telah menyebabkan jenayah mencuri tidak dapat
dibendung malah semakin menjadi-jadi waktu ini.
Allah SWT berfirman dalam surah al-Maidah ayat 38:
Maksudnya: Lelaki yang mencuri dan perempuan yang
mencuri, potonglah tangan keduanya...
Ada juga yang mendakwa bahawa perlaksanaan
undang-undang
Islam
menyebabkan
hak
individu
terhalang seperti zina dan minum arak. Dakwaan ini
secara tidak lansung terjawab apabila kita melihat kesan
zina dan minum arak itu sendiri. Zina meskipun ia
melibatkan individu, namun penyakit yang merebak
akibat perzinaan sudah tidak dapat dibendung lagi.
Perbuatan zina bukan sahaja menyebabkan penyakit
berjangkit di kalangan pelakunya malah masyarakat
umum
terdedah
dengan
penyakit
yang
tiada
penawarnya iaitu Aids. Begitu juga dengan minum arak,
memanglah
peminumnya
adalah
individu
tetapi
kesannya amat besar kepada mereka yang berada di
16. sekeliling seperti anak dan isteri, jiran tetangga dan
masyarakat umum. Jenayah, kemalangan jalanraya,
kecurian dan pembunuhan yang berlaku hari ini adalah
berpunca dari ketagihan arak. Tidak dapat disangkal lagi
bahawa zina dan arak sebenarnya menjadi punca
keruntuhan nilai dalam semua masyarakat dunia pada
hari ini. Justeru pengharamannya bukan menyekat
kebebasan tetapi sebaliknya mahu membebaskan
manusia dari perbuatan terkutuk yang memusnahkan
kerukunan dan keharmonian hidup.
Teras yang kedua pula ialah menakutkan iaitu
hukuman yang dikenakan di bawah undang-undang
Islam seperti potong tangan, sebatan dan rejam adalah
bersifat sangat keras. Ini bertujuan menakutkan jiwa
penjenayah
yang
akan
mempermainkan
undang-
undang jika ia tidak keras dan menakutkan. Allah SWT
berfirman dalam surah al-Maidah ayat 38:
Maksudnya: .(sebagai) pembalasan bagi apa yang
mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. dan
Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Kesimpulan
17. Bagi menjamin keberkesanan undang-undang dalam
mengekang jenayah yang semakin berleluasa, dua
faktor utama yang perlu diberikan keutamaan iaitu
pertama faktor qadhi atau hakim yang benar-benar adil
dan takutkan Allah SWT, dan kedua ialah faktor undangundang itu sendiri mestilah bersumberkan wahyu Allah
SWT. Ini adalah kerana bagi membetulkan tingkah laku
manusia hanya Allah SWT sahaja sebagai Tuan dan
Pencipta manusia yang Maha Mengetahui apa yang
terbaik untuk mereka. Jika kedua-dua faktor ini tiada
atau hanya salah satu sahaja yang wujud maka selama
itulah keadilan untuk manusia tidak akan dapat
ditegakkan.