ºÝºÝߣ

ºÝºÝߣShare a Scribd company logo
KONSEP ALAM BELAJAR
Konsep alam belajar ialah persekitaran yang menggalakkan dan mempercepat
perkembangan, keupayaan, kebolehan menguasai sesuatu yang pada akhirnya membawa
kepada perubahan tingkah laku. Perubahan tingkah laku berkenaan ialah perubahan tingkah laku
yang positif dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Persekitaran yang dimaksudkan
termasuklah psikososial, fizikal dan komuniti pembelajaran.
2.1 Psikososial
Psikososial ialah berkaitan dengan jiwa dan hubungan sesorang indivudu dengan individu lain.
Antara komponen yang termasuk dalam psikososial ialah keselamatan, kesihatan, kebersihan
dan perapatan atau kemesraan. Amalan keselamatan dan kesihatan yang positif dapat
membentuk keyakinan diri pelajar. Kemampuan fizikal pelajar dari segi psikomotor dan kesihatan
minda juga dapat dikembangkan dengan mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat dan
sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan juga alam sekitar. Perapatan atau kemesraan ialah
merupakan hubungan antara individu dengan individu lain contohnya hubungan dengan ibu bapa
dan keluarga, hubungan dengan rakan sebaya, guru dan sebagainya. Ia adalah penting bagi
membina disiplin diri dan menyedari tanggungjawab sosial dan moral. Dunia sosial pelajar juga
turut berkembang melalui perbincangan berkenaan keadaan keluarga serta hubungan dengan
rakan-rakan mereka yang saling memerlukan antara satu sama lain.
2.2 Fizikal
Keadaan fizikal pula termasuklah keadaan fizikal bilik darjah, bahan-bahan bantu mengajar dan
persekitaran. Bilik darjah yang kreatif serta kondusif dapat mengembangkan kreativiti pelajar.
Bagi menggalakkan pemikiran yang kreatif suatu suasana yang selesa perlu disediakan.
Penerapan keativiti ke dalam bilik darjah seharusnya membawa kepada suatu persekitaran yang
menguji dan mendatangkan kepuasan kepada pelajar dan juga guru. Kreativiti yang wujud dalam
bilik darjah seharusnya akan menjadikan pelajar-pelajar lebih berminat dan mengambil bahagian
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan bantu mengajar juga memainkan
peranan penting dalam mengembangkan minat serta pemikiran pelajar untuk belajar. Guru
hendaklah kreatif dan inovatif dalam menyediakan bahan-bahan bantu mengajar agar proses
pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan untuk menarik minat
pelajar. Guru yang bijak mengubahsuai isi pelajaran dan mengambil kira ilmu pengetahuan
pelajar dan menambahkan nilai-nilai murni yang sesuai dengan isi pelajaran akan menjadikan
proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih segar dan berjaya menarik perhatian seluruh
bilik darjah. Seterusnya suasana dan persekitaran yang tersusun, kemas dan bersih
membolehkan pelajar belajar dengan mudah. Ia juga dapat mencetuskan minda yang positif dan
tenang. Persekitaran sebegini membolehkan pelajar memberi tumpuan dan fokus yang
maksimum terhadap bahan-bahan yang dipelajari. Susun atur perabot dan pengcahayaan yang
baik juga turut mempengaruhi mood belajar.
2.3 Komuniti Pembelajaran
Komuniti pembelajaran melibatkan hubungan kerjasama antara manusia contohnya rakan
sebaya, keluarga, kakitangan sekolah dan sebagainya yang memungkinkan berlakunya
perubahan tingkahlaku. Dengan pergaulan ini wujudlah hubungan kerjasama, bantu membantu
dan perkongsian idea seterusnya dapat mengembangkan sosial dan minda pelajar. Contohnya
pelajar melakukan sesuatu itu bersama-sama dengan rakan mereka bagi mendapatkan ganjaran
bersama. Dalam persekitaran ini, pelajar berjaya bersama-sama membantu pelajar lain bagi
mencapai kejayaan bersama. Pelajar yang mempunyai keinginan bersaing yang kuat di dalam
bilik darjah juga adalah dengan melakukan sesuatu perkara itu dengan lebih baik berbanding
dengan rakan-rakan yang lain. Oleh yang demikian, persaingan yang sihat ini adalah salah satu
cara yang baik untuk meningkatkan tahap kecerdasan pelajar.
2.3.1 Komuniti Pembelajaran (Teori Ekologi Bronfenbrenner) Teori ekologi telah
diperkembangkan oleh Urie Bronfenbrenner (1917). Bronfenbrenner memberi fokus
utama kepada konteks sosial iaitu dimana kanak-kanak membesar dan individu yang
mampengaruhi kehidupan serta perkembangan kanak-kanak tersebut. setiap individu
berbeza kerana konteks sosial yang berbeza dalam perkembangan sepanjang hayatnya.
Bronfenbrenner telah menggariskan 5 sistem yang mempengaruhi ekologi, iaitu:
i. Sistem Mikro Sistem mikro adalah seting di mana seseorang individu itu
menghabiskan sebahagian besar masanya. Situasi yang dimaksudkan adalah termasuk
bersama keluarga, rakan sebaya, berada di sekolah, atau berada di kawasan setaman
atau sekampung. Dalam sistem mikro ini, individu mempunyai hubungan yang langsung
dengan ibu bapa, adik-beradik, rakan sebaya, guru, jiran dan lain-lain lagi. Bagi
Bronfenbrenner, seseorang individu itu bukanlah penerima yang pasif kepada
pengalaman persekitaran tetapi adalah merupakan seorang yang berinteraksi timbale
balik dengan orang lain dan merupakan salah seorang yang membina seting tersebut.
ii. Sistem Meso
Sistem meso pula melibatkan hubungan antara sisitem mikro. Contohnya,
menghubungkan pengalaman bersama keluarga dengan pengalaman di sekolah;
iaitu antara pengalaman bersama ahli keluarga dengan pengalaman bersama guru
serta rakan sebaya. Pengalaman dalam satu sistem mikro boleh mempengaruhi
pengalaman dalam satu sistem mikro yang lain. Contohnya, seorang pelajar yang
menghadapi masalah dalam keluarga dengan merasa tersisih, maka pelajar ini akan
menghadapi masalah dalam menjalin hubungan yang positif dengan gurunya.
iii. Sistem Ekso Sistem ekso adalah keadaan dimana pengalaman dalam sesuatu
seting (dimana pelajar tidak aktif) akan mempengaruhi pengalaman guru serta pelajar itu
sendiri secara langsung. Contohnya, Lembaga Penyeliaan Sekolah dan Taman
Permainan di sesuatu daerah (sama seperti Majlis Perbandaran). Mereka mempunyai
peranan yang besar dalam menentukan kualaiti sekolah, taman permainan, kemudahan
rekreasi dan perpustakaan. Keputusan pihak tersebut akan mempengaruhi
perkembangan pelajar-pelajar tersebut.
iv. Sistem Krono Sistem ini merujuk kepada keadaan sosio-sejarah perkembangan
pelajar. Contohnya, pelajar hari ini hidup dalam banyak perkara pertama yang dilaluinya.
Mereka adalah generasi pertama yang mengalami jagaan harian di tempat asuhan kanak-
kanak(taska) atau dijaga oleh orang lain atau pembantu rumah. Mereka juga adalah
generasi pertama yang yang hidup dalam buih elektronik (electronic bubble), juga
generasi yang dibesarkan dalam kawasan perbandaran yang tersebar.
2.4 Ciri-Ciri Alam Belajar Alam belajar yang menunjukkan keserasian perkembangan dan
pengalaman dengan keperluan-keperluan unik kanak-kanak mempunyai tiga ciri seperti berikut :
2.4.1 Menggalakkan Penglibatan Aktif Kanak-kanak belajar dengan melakukannya
sendiri. Mereka belajar melalui eksplorasi dan penemuan, menggunakan semua deria.
Alam belajar optimum yang menggalakkan penglibatan aktif dan menyediakan banyak
peluang untuk kanak-kanak melihat, merasa, mendengar, merasa, menghidu dan
menyentuh.
2.4.2 Bersifat Kendiri Keperluan kanak-kanak adalah unik dan bersifat tersendiri.
Perbezaan di kalangan kanak-kanak adalah jelas dan perbezaan ini memberi panduan
dalam memilih instruksi. Aras perkembangan, gaya pembelajaran, latar belakang
keluarga dan minat kanak-kanak adalah di antara faktor-faktor yang membantu dalam
memformulasikan alam belajar.
2.4.3 Berpusatkan Pelajar Pendekatan berpusatkan pelajar yang memfokuskan
perkembangan kanak-kanak secara total, menyokong pertumbuhan kognitif, sosial, afektif
dan fizikal kanak-kanak. Amalan yang sesuai dengan perkembangan kanak-kanak ialah
kaedah berpusatkan pelajar.

More Related Content

Alam belajar

  • 1. KONSEP ALAM BELAJAR Konsep alam belajar ialah persekitaran yang menggalakkan dan mempercepat perkembangan, keupayaan, kebolehan menguasai sesuatu yang pada akhirnya membawa kepada perubahan tingkah laku. Perubahan tingkah laku berkenaan ialah perubahan tingkah laku yang positif dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Persekitaran yang dimaksudkan termasuklah psikososial, fizikal dan komuniti pembelajaran. 2.1 Psikososial Psikososial ialah berkaitan dengan jiwa dan hubungan sesorang indivudu dengan individu lain. Antara komponen yang termasuk dalam psikososial ialah keselamatan, kesihatan, kebersihan dan perapatan atau kemesraan. Amalan keselamatan dan kesihatan yang positif dapat membentuk keyakinan diri pelajar. Kemampuan fizikal pelajar dari segi psikomotor dan kesihatan minda juga dapat dikembangkan dengan mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat dan sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan juga alam sekitar. Perapatan atau kemesraan ialah merupakan hubungan antara individu dengan individu lain contohnya hubungan dengan ibu bapa dan keluarga, hubungan dengan rakan sebaya, guru dan sebagainya. Ia adalah penting bagi membina disiplin diri dan menyedari tanggungjawab sosial dan moral. Dunia sosial pelajar juga turut berkembang melalui perbincangan berkenaan keadaan keluarga serta hubungan dengan rakan-rakan mereka yang saling memerlukan antara satu sama lain. 2.2 Fizikal Keadaan fizikal pula termasuklah keadaan fizikal bilik darjah, bahan-bahan bantu mengajar dan persekitaran. Bilik darjah yang kreatif serta kondusif dapat mengembangkan kreativiti pelajar. Bagi menggalakkan pemikiran yang kreatif suatu suasana yang selesa perlu disediakan. Penerapan keativiti ke dalam bilik darjah seharusnya membawa kepada suatu persekitaran yang menguji dan mendatangkan kepuasan kepada pelajar dan juga guru. Kreativiti yang wujud dalam bilik darjah seharusnya akan menjadikan pelajar-pelajar lebih berminat dan mengambil bahagian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan bantu mengajar juga memainkan peranan penting dalam mengembangkan minat serta pemikiran pelajar untuk belajar. Guru hendaklah kreatif dan inovatif dalam menyediakan bahan-bahan bantu mengajar agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan untuk menarik minat pelajar. Guru yang bijak mengubahsuai isi pelajaran dan mengambil kira ilmu pengetahuan pelajar dan menambahkan nilai-nilai murni yang sesuai dengan isi pelajaran akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih segar dan berjaya menarik perhatian seluruh
  • 2. bilik darjah. Seterusnya suasana dan persekitaran yang tersusun, kemas dan bersih membolehkan pelajar belajar dengan mudah. Ia juga dapat mencetuskan minda yang positif dan tenang. Persekitaran sebegini membolehkan pelajar memberi tumpuan dan fokus yang maksimum terhadap bahan-bahan yang dipelajari. Susun atur perabot dan pengcahayaan yang baik juga turut mempengaruhi mood belajar. 2.3 Komuniti Pembelajaran Komuniti pembelajaran melibatkan hubungan kerjasama antara manusia contohnya rakan sebaya, keluarga, kakitangan sekolah dan sebagainya yang memungkinkan berlakunya perubahan tingkahlaku. Dengan pergaulan ini wujudlah hubungan kerjasama, bantu membantu dan perkongsian idea seterusnya dapat mengembangkan sosial dan minda pelajar. Contohnya pelajar melakukan sesuatu itu bersama-sama dengan rakan mereka bagi mendapatkan ganjaran bersama. Dalam persekitaran ini, pelajar berjaya bersama-sama membantu pelajar lain bagi mencapai kejayaan bersama. Pelajar yang mempunyai keinginan bersaing yang kuat di dalam bilik darjah juga adalah dengan melakukan sesuatu perkara itu dengan lebih baik berbanding dengan rakan-rakan yang lain. Oleh yang demikian, persaingan yang sihat ini adalah salah satu cara yang baik untuk meningkatkan tahap kecerdasan pelajar. 2.3.1 Komuniti Pembelajaran (Teori Ekologi Bronfenbrenner) Teori ekologi telah diperkembangkan oleh Urie Bronfenbrenner (1917). Bronfenbrenner memberi fokus utama kepada konteks sosial iaitu dimana kanak-kanak membesar dan individu yang mampengaruhi kehidupan serta perkembangan kanak-kanak tersebut. setiap individu berbeza kerana konteks sosial yang berbeza dalam perkembangan sepanjang hayatnya. Bronfenbrenner telah menggariskan 5 sistem yang mempengaruhi ekologi, iaitu: i. Sistem Mikro Sistem mikro adalah seting di mana seseorang individu itu menghabiskan sebahagian besar masanya. Situasi yang dimaksudkan adalah termasuk bersama keluarga, rakan sebaya, berada di sekolah, atau berada di kawasan setaman atau sekampung. Dalam sistem mikro ini, individu mempunyai hubungan yang langsung dengan ibu bapa, adik-beradik, rakan sebaya, guru, jiran dan lain-lain lagi. Bagi Bronfenbrenner, seseorang individu itu bukanlah penerima yang pasif kepada pengalaman persekitaran tetapi adalah merupakan seorang yang berinteraksi timbale balik dengan orang lain dan merupakan salah seorang yang membina seting tersebut.
  • 3. ii. Sistem Meso Sistem meso pula melibatkan hubungan antara sisitem mikro. Contohnya, menghubungkan pengalaman bersama keluarga dengan pengalaman di sekolah; iaitu antara pengalaman bersama ahli keluarga dengan pengalaman bersama guru serta rakan sebaya. Pengalaman dalam satu sistem mikro boleh mempengaruhi pengalaman dalam satu sistem mikro yang lain. Contohnya, seorang pelajar yang menghadapi masalah dalam keluarga dengan merasa tersisih, maka pelajar ini akan menghadapi masalah dalam menjalin hubungan yang positif dengan gurunya. iii. Sistem Ekso Sistem ekso adalah keadaan dimana pengalaman dalam sesuatu seting (dimana pelajar tidak aktif) akan mempengaruhi pengalaman guru serta pelajar itu sendiri secara langsung. Contohnya, Lembaga Penyeliaan Sekolah dan Taman Permainan di sesuatu daerah (sama seperti Majlis Perbandaran). Mereka mempunyai peranan yang besar dalam menentukan kualaiti sekolah, taman permainan, kemudahan rekreasi dan perpustakaan. Keputusan pihak tersebut akan mempengaruhi perkembangan pelajar-pelajar tersebut. iv. Sistem Krono Sistem ini merujuk kepada keadaan sosio-sejarah perkembangan pelajar. Contohnya, pelajar hari ini hidup dalam banyak perkara pertama yang dilaluinya. Mereka adalah generasi pertama yang mengalami jagaan harian di tempat asuhan kanak- kanak(taska) atau dijaga oleh orang lain atau pembantu rumah. Mereka juga adalah generasi pertama yang yang hidup dalam buih elektronik (electronic bubble), juga generasi yang dibesarkan dalam kawasan perbandaran yang tersebar. 2.4 Ciri-Ciri Alam Belajar Alam belajar yang menunjukkan keserasian perkembangan dan pengalaman dengan keperluan-keperluan unik kanak-kanak mempunyai tiga ciri seperti berikut : 2.4.1 Menggalakkan Penglibatan Aktif Kanak-kanak belajar dengan melakukannya sendiri. Mereka belajar melalui eksplorasi dan penemuan, menggunakan semua deria. Alam belajar optimum yang menggalakkan penglibatan aktif dan menyediakan banyak peluang untuk kanak-kanak melihat, merasa, mendengar, merasa, menghidu dan menyentuh.
  • 4. 2.4.2 Bersifat Kendiri Keperluan kanak-kanak adalah unik dan bersifat tersendiri. Perbezaan di kalangan kanak-kanak adalah jelas dan perbezaan ini memberi panduan dalam memilih instruksi. Aras perkembangan, gaya pembelajaran, latar belakang keluarga dan minat kanak-kanak adalah di antara faktor-faktor yang membantu dalam memformulasikan alam belajar. 2.4.3 Berpusatkan Pelajar Pendekatan berpusatkan pelajar yang memfokuskan perkembangan kanak-kanak secara total, menyokong pertumbuhan kognitif, sosial, afektif dan fizikal kanak-kanak. Amalan yang sesuai dengan perkembangan kanak-kanak ialah kaedah berpusatkan pelajar.