1. KURSUS:
KRM3043 ASAS PENGURUSAN DATA
KUMPULAN: UPSI20 (A122PJJ)
PENSYARAH: EN ZULKAFLI BIN SULAIMAN
TUGASAN: 01
TAJUK TUGASAN:
Untuk setiap topik berikut , nyatakan lima kepentingan mempelajarinya :
i. Sejarah dan kegunaan Statistik.
ii. Pengumpulan Dan Pengurusan Data
iii.Perwakilan Data
iv.Sukatan Kecenderungan Memusat
v. Sukatan Serakan
DISEDIAKAN OLEH :
MARYANTI BINTI MUHARAM
NO. MATRIK:
D20102041343
3. KRM3043 Asas Pengurusan Data I2
PRAKATA
Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, tugasan Asas
Pengurusan Data (KRM 3043) dapat disiapkan.
Bagi merealisasikan tugasan saya ini ,saya telah berbincang dan mendapat tunjuk ajar
daripada tutor , dan bertukar tukar maklumat dengan rakan rakan PPG UPSI yang lain.
Saya amat bersyukur kerana pengalaman sebagai guru selama 13 tahun dapat saya gunakan
untuk menyiapkan tugasan saya ini.
Bagi diri saya , saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada tutor saya
di atas bimbingan beliau membantu saya menyiapkan tugasan ini. Tidak ketinggalan rakan
rakan PPG UPSI , dan guru guru di sekolah saya yang telah membantu , menyumbangkan
idea , memberi galakkan dan dorongan untuk saya dalam menyiapkan tugasan ini. Walaupun
terdapat beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan akhirnya tugasan ini telah saya
sempurnakan.
Saya berharap tugasan saya ini akan dapat meningkatkan lagi pemahaman saya
tentang Asas Pengurusan Data . Di samping itu ,saya berharap agar ilmu yang saya perolehi
dalam menyiapkan tugasan ini dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran saya di sekolah kelak. Insyallah.
Sekian, terima kasih.
4. KRM3043 Asas Pengurusan Data I3
TAJUK SOALAN
TUGASAN 1
TUGASAN 1: (Individu)
Untuk setiap topik berikut , nyatakan lima kepentingan
mempelajarinya :
i. Sejarah dan kegunaan Statistik.
ii. Pengumpulan Dan Pengurusan Data
iii.Perwakilan Data
iv.Sukatan Kecenderungan Memusat
v. Sukatan Serakan
5. KRM3043 Asas Pengurusan Data I4
i. Sejarah dan Kegunaan Statistik
a. Sejarah
Statistik adalah kaedah saintifik dalam mengumpul, menyusun, menghurai,
menganalisis data bernombor dan juga membuat kesimpulan daripada hasil penganalisisian
data tersebut. Mengikut sejarah, statistik ini asalnya datang daripada perkataan state yang
memberi makna sebuah negara atau pemerintah. Statistik digunakan pada mulanya oleh
pemerintah untuk mengetahui dan mendapat maklumat tentang penduduk di bawah
pemerintahnya. Maklumat seperti bilangan penduduk, jumalah anak dalam sesebuah
keluarga, bilangan orang dewasa, jumlah padi yang dihasilkan dan sebagainya. Matlamat
utama adalah supaya pemerintah dapat mengguanakan maklumat yang terkumpul ini untuk
mengawal dan menguruskan pemerintahan negara. Bidang statistik boleh dibahagikan
kepada dua bidang iaitu statistik perihalan dan statistik pentadbiran. Statistik perihalan
merangkumi aspek mengumpul, membentang (dalam bentuk jadual, carta dan graf) serta
meringkaskan data. Contohnya keputusan peperiksaan pelajar mengikut pencapaiannya.
Maklumat ini seterusnya boleh disajikan dalam bentuk jadual, cerita atau graf supaya
mudah difahami umum. Seterusnya nilai purata, sisihan piawai serta ukuran kedudukan
boleh dihitung untuk menjelaskan lagi perihalan data. Statistik pentadbiran menggunakan
data untuk membuat anggaran, keputusan, ramalan, ujian hipotesis dan sebagainya.
Bahagian statistik ini memerlukan pengetahuan matematik yang agak kukuh. Contoh
pencapaian pelajar boleh dikumpul untuk beberapa tahun dan analisis dilikukan dengan
menggunakan pelbagai kaedah statistik yang sesuai bagi mendapatkan hasil bagi membuat
keputusan atau ramalan tentang pencapaian pelajar. Keputusan yang diperoleh mungkin
boleh digunakan untuk membuat polisi bagi menentukan atau mengubah syarat kemasukan
pelajar ke universiti. Dua ahli statistik yang banyak menyumbang dalam perkembangan
awal bidang ini ialah Karl Pearson (1857-1936) dan Ronald Fisher (1890-1962).
6. KRM3043 Asas Pengurusan Data I5
b. Kegunaan Statistik
Pelbagai kegunaan statistik di dalam kehidupan seharian kita sama ada dari persepsi
pendidikan , sains social , ekonomi , perubatan , politk dan lain-lain lagi. Bagi fahaman individu
statistik bermaksud angka yang direkodkan mengikut kategori tertentu. Contohnya statistik
kemalangan jalan raya akan memberikan maklumat kekerapan kejadian kemalangan jalan raya
yang dibahagikan kepada beberapa kategori tertentu seperti kemalangan maut , cedera parah ,
cedera ringan dan sebagainya. Melalui data yang dikumpul individu tersebut akan dapat
membuat kesimpulan kadar kemalangan jalan raya yang kerap berlaku di sesuatu tempat itu.
1.Pendidikan
Di dalam pendidikan pula statistik boleh digunakan untuk mengumpul data bilangan pelajar
yang mendapat gred tertentu. Melalui pengumpulan data ini guru boleh mengenalpasti bilangan
pelajar yang lemah , sederhana , dan juga bilangan pelajar yang cemerlang. Maklumat ini boleh
dibentang di dalam bentuk jadual , grafik , histogram/carta pai .Dari hasil statistik ini guru boleh
merancang strategi dan menentukan kaedah untuk langkah berikutnya. Pengetahuan statistik
juga dapat digunakan oleh guru untuk memahami kajian-kajian yang ditulis dalam bentuk
empirikal.
2.Perubatan
Pelbagai kategori dalam bidang perubatan yang melibatkan statistik. Antaranya ialah:
i) Bidang Klinikal
Asas dalam statistik digunakan bagi membuat diagnosis, prognosis dan memilih rawatan yang
berkesan. Aplikasi statistik digunakan dalam menentukan menentukan diagnosis sesuatu
penyakit itu. Setiap pesakit menunjukkan beberapa gejala dan tanda khusus berserta gejala
dan tanda-tanda lain yang tidak khusus. Jadi teori kebarangkalian digunakan dalam
menentukan penyakit bagi seseorang pesakit.
ii) Bidang Kesihatan Masyarakat
Data kesihatan dapat dijadikan sebagai panduan dan petunjuk kesihatan bagi sesuatu
masyarakat atau penduduk di sesebuah kawasan. Seseorang pegawai perlu menentukan
status kesihatan bagi penduduk sesebuah kawasan.kProses penentuan status kesihatan
7. KRM3043 Asas Pengurusan Data I6
dengan menggunakan petunjuk-petunjuk kesihatan memerlukan pengetahuan tentang statistik
kehidupan.
3.Sains Sosial
Bidang sains sosial pula statistik juga boleh digunakan untuk menganggar kadar jenayah
untuk satu jangka masa , merekod dan mengelaskan kadar jenayah yang berlaku dalam di
dalam sesebuah kawasan serta tempoh masa yang tertentu dan sebagainya. Melalui statistik
kadar jenayah yang dibuat oleh pihak berwajib adalah mudah bagi masyarakat untuk
mengambil langkah inisiatif untuk mengatasi masalah kadar jenayah di kawasan mereka.
4.Ekonomi
Di dalam menjana ekonomi Negara data statistik mampu membantu peniaga membuat
keputusan yang lebih berkesan .Contohnya para peniaga boleh mengumpul dan merekod
jualan dan keuntungan sesuatau barangan jualannya. Melalui data ini para peniaga boleh
membuat tindakan susulan bagi memperkembangkan perniagaannnya. Data statistik juga boleh
digunakan di dalam bidang kejuruteraan dan proses pembuatan dalam mengawasi mutu
sesuatu produk. Data boleh dikumpul dan direkod untuk memastikan kualiti produk sentiasa
terjamin.
5.Politik
Data statistik juga mampu membantu perkembangan politik sesebuah Negara.
Sesebuah Negara akan membuat statistik bilangan penduduk yang terdiri daripada pelbagai
kaum. Bagi kerajaan yang memerintah akan memastikan politik tidak akan mereka tergugat
dengan memastikan populasi dibawah naungannya tidak akan terjejas jika berlakunya sesuatu
wabak penyakit yang buruk dan boleh menyebabkan berubah saiz penduduk.
Oleh itu mereka mengumpul data kelahiran, perkahwinan dan kematian.
Kesimpulannya statistik ini secara tidak lansung memang amat berkait rapat dengan
kehidupan seharian kita. Di dalam kehidupan kita tanpa kita sedari kita sering mengumpul
maklumat atau data dan menganalisis data tersebut serta membina kesimpulan terhadap
maklumat yang diperolehi.
8. KRM3043 Asas Pengurusan Data I7
ii. Pengumpulan Dan Pengurusan Data
Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan di dalam mengumpul dan
mengurus data untuk statistik diskriptif . Data boleh dikumpul dengan pelbagai cara
antaranya dengan menggunakan data kualitatif , data kuantitatif data selanjar dan data
diskret.
1. Meringkaskan maklumat
Terdapat pelbagai kaedah dan teknik didalam pengumpulan data antaranya
adalah menggunakan data kualitatif , data kuantitatif data selanjar dan data diskret. Data
ini dikumpul dan diringkaskan melalui pemerhatian ke atas pembolehubah kualitatif dan
pembolehubah kuantitatif, data diskret dan data selanjar. Data tersebut dikumpul dan
dipersembahkan di dalam bentuk jadual yang ringkas dan mudah difahami.
2. Meletakkan data di dalam kumpulan-kumpulan tertentu
Data kualitatif adalah data yang diperolehi melalui pemerhatian yang dibuat ke atas
pembolehubah kualitatif yang terdiri daripada angka-angka atau skor-skor yang tidak
mempunyai nilai kuantiti. Ia membolehkan data diasingkan mengikut kumpulan-kumpulan
tertentu. Data telah dikelaskan mengikut kategori seperti , nama, jenis, kelas atau pangkat.
Contohnya perbandingan jantina angka 1 dikelaskan sebagai lelaki (L) manakala angka 2
dikelaskan sebagai perempuan (2) iaitu boelh difahami sebagai 1=lelaki 2=perempuan. Ia boleh
juga digunakan untuk gred peperiksaan seperti 1=A , 2=B , 3=C , 4=D dan lain-lain lagi. Data
kualitatif adalah data yang menyukat kualiti dan bukan kuantiti. Ianya dapat menyampaikan
maklumat tidak berangka.
3. Membuat bandingan dan perbezaan
Berdasarkan data kepada pembolehubah kualitatif, pembolehubah kuantitatif, data diskret dan
data selanjar adalah mudah untuk memahami dan membuat perbandingan antara
4. Menyenaraikan kelas-kelas dan kekerapan-kekerapan
5. Memudahkan memaparkan data di dalam bentuk graf atau carta pai
9. KRM3043 Asas Pengurusan Data I8
iii.Perwakilan Data
1. Memudahkan pengiraan dengan penggundalan
2. Membaca data dan mendapat maklumat dengan cepat dan tepat
3. Efektif kerana keputusan direkod dengan cepat dan tepat
4. Membina keputusan dan kesimpulan berdasarkan per
5. Lebih efisyen , kreatif dan menggalakkan kbkk
11. KRM3043 Asas Pengurusan Data I 10
iv.Sukatan Kecenderungan Memusat
Sukatan Kecenderungan memusat adalah ukuran purata yang menunjukkan ukuran pusat
sesuatu taburan data. Sukatan Kecenderungan memusatmenghasilkan maklumat yang
berkaitan dengan titik tengah pada sesuatu kumpulan nombor. Terdapat tiga pengukuran atau
statistic yang digunakan bagi Sukatan Kecenderungan Memusat iaitu Min , Median dan Mod.
1. Kepentingan mempelajari Min
2. Kepentingan mempelajari Median
3. Kepentingan mempelajari Mod