Persatuan Melanau Mukah telah ditubuhkan pada 24 Jun 2006 dan telah didaftarkan pada 6 Ogos 2007 atas usaha gigih beberapa orang ahli termasuk Tuan Haji Jeli Bohari Biha,Tuan Haji Hussien Kadri dan Setiausaha Agung Protem,Tuan Haji Ali Bin Suhaili.
Penubuhan persatuan antara lain bertujuan untuk mengekalkan warisan dan budaya kaum Melanau di samping memperkukuhkan perpaduan dan tali silaturrahim sesama ahli.