Kertas Kerja Program Perkhemahan Peringkat Sekolah 2018
1 of 3
Downloaded 14 times
More Related Content
Kertas kerja perkhemahan 2018
1. PROGRAM PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM 2017
KERTAS KERJA
PROGRAM PERKHEMAHAN TAHUNAN
UNIT BERUNIFORM SEKOLAH (TKRS & PPIM)
SK TAHUN 2018
1. Bidang : Kokurikulum
2. Program : Program Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform Sekolah (TKRS & PPIM)
SK Kampong Tengah 2018 bersama PIBG SK
3. Matlamat :
3.1 Dapat melahirkan seorang warganegara yang sentiasa berdisplin dan
berkemahiran dalam menjalankan urusan hidup seharian.
3.2 Dapat menyedarkan ahli beruniform tentang betapa perlunya kita hidup
bermasyarakat dan saling bekerjasama di antara satu sama lain.
3.3 Menyediakan murid yang mempunyai ketahanan mental dan fizikal.
3.4 Bijak menguruskan masa dengan sempurna.
3.5 Melatih murid membina ketahanan diri yang kental.
3.6 Menyemai semangat bekerjasama yang utuh di kalangan peserta
perkhemahan.
3.7 Mengeratkan lagi perhubungan silaturrahim dan memberi peluang untuk
berbual mesra bersama rakan seperkhemahan.
4. Objektif :
4.1 Melatih serta mendidik ahli unit beruniform agar sentiasa mematuhi
undang-undang dan berdisiplin.
4.2 Membimbing serta melatih ahli beruniform agar boleh berdikari serta
berani dalam melaksanakan tugas dengan cekap.
4.3 Melatih ahli agar sentiasa menerima tugas dan amanah dengan penuh
rasa tanggungjawab.
4.4 Untuk meningkatkan lagi persepsi diri, kepimpinan, daya saing dan
kreatif yang melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani , intelek dan sosial.
5. Aktiviti : Berkhemah
6. Jangka masa : 2 Hari 1 Malam
Tarikh : 8 dan 9 November 2018
Tempat : SK
7. Sumber Tenaga : Semua Guru, PIBG, MAPIM dan AKP SKKT
8. Sasaran : 40 orang murid ( Thn 5-6 )
9. Kos : Lampiran A
10. Sumber Kos : Peruntukan Kokurikulum, PIBG, sumbangan pihak tertentu.
1 SK KAMPONG TENGAH, SEGAMAT
2. PROGRAM PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM 2017
11. Strategi Perlaksanaan :
11.1 Mesyuarat jawatankuasa induk.
11.2 Mesyuarat pembentukkan jawatan kuasa dan agihan tugas.
11.3 Menyediakan program
11.4 Mesyuarat pelarasan
11.5 Menjalankan aktiviti
11.6 Post mortem
12. Ahli Jawatankuasa Induk :
Penganjur : Unit Kokurikulum SK
Dengan kerjasama PIBG SK
Penaung : Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah
Pengerusi : Guru Besar SK Kampong Tengah
Timb. Pengerusi : PK Kokurikulum SKKT
Naib Pengerusi 1 : PK 1 SKKT
Naib Pengerusi 2 : PK HEM SKKT
Naib Pengerusi 3 : YDP PIBG SKKT
Penyelaras :
Setiausaha :
Bendahari :
AJK : Penyelaras/Guru Penasihat TKRS
Penyelaras/Guru Penasihat PPIM
Kem Komandan : En.
Pen. Kem Komandan :
13. Tentatif Program – rujuk Lampiran B
14. Jawatankuasa Kerja
J/K Pendaftaran dan pengangkutan J/K Kerohanian
J/K makanan dan sajian J/K Siaraya / Jurufoto
J/K Logistik/peralatan khemah/Keselamatan J/K Buku Program
J/K Aktiviti J/K Dokumentasi / laporan
J/K Sijil dan hadiah Pengacara majlis rasmi
( rujuk Lampiran C )
2 SK KAMPONG TENGAH, SEGAMAT
3. PROGRAM PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM 2017
15. Penilaian : (post mortem peserta dan pihak pengurusan sekolah)
15.1 Penilaian jangka pendek
15.1.1 Kehadiran peserta
15.1.2 Penglibatan peserta dalam aktiviti.
15.1.3 Kesesuaian pemilihan aktiviti untuk peserta
15.1.4 Isu yang timbul semasa aktiviti.
15.2 Penilaian jangka panjang
15.2.1 Perubahan tingkah laku peserta.
15.2.1 Penambahbaikan isu untuk program akan datang.
16. PENUTUP
Semoga Perkhemahan Badan Beruniform yang dijalankan nanti, selari dengan matlamat
pendidikan kebangsaan, iaitu melahirkan individu yang mempunyai pengetahuan, kesedaran dan
amalan serta menghayati hubungannya dengan persekitaran dan alam semulajadi yang akhirnya akan
menjadi murid contoh dan menjadi anggota masyarakat muda yang lebih bersedia untuk menghadapi
cabaran yang akan datang.
Disediakan Oleh; Disemak Oleh; Disahkan Oleh;
…………………………………….. …………………………………….. ……………………………………..
3 SK KAMPONG TENGAH, SEGAMAT