Dokumen ini mengkritik keadaan bahasa dan budaya di Malaysia setelah 50 tahun kemerdekaan. Ia menyatakan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kini tidak dihargai dan bahasa Inggeris digunakan walaupun dengan tahap yang rendah ('broken english'), manakala makian menggunakan bahasa asing dianggap sebagai lambang status sosial. Dokumen ini menyatakan bahawa ini adalah akibat kegagalan me
1 of 2
Download to read offline
More Related Content
Bahasa Kita
1. BASTARD, SELFISH COWARD, MORON, BROKEN ENGLISH
CONTAMINATION…
50 tahun merdeka, inilah suara kemodenan. Bahasa menjadi lambang gaya hidup dan
status. Sopan santun yang menjadi ciri kepada bangsa bernama Melayu ini tercemar
dengan tumbuhnya satu jenis seni baru; seni memaki! (dan terbaru, seni memaki ini juga
diamalkan oleh para pelatih guru, yang bakal memasuki profesyen perguruan, akan
melestarikan seni memaki menggunapakai bahasa penjajah kepada anak bangsa!!)
Agaknya, memaki juga menjadi lambang dan status kepada sistem sosial baharu
di negara ini. Tidak mahu ketinggalan dalam apa jua rancangan kemodenan, terbang di
kutub, berbasikal keliling benua, mendaki berulang kali, dan pelbagai lagi, memaki juga
kini malu untuk menggunapakai bahasa Melayu. Memaki menggunapakai bahasa
penjajah lebih moden, lebih stylo, lebih berkualiti ataupun lebih menggiurkan. Yalah,
lambang status.
Dan yang lebih ajaib, ‘broken english’ dilihat sebagai satu bentuk kepondanan,
kekerdilan dan dilihat sebagai resesif. Orang Malaysia yang berbahasa menggunapaki
‘broken english’ dilihat seperti orang bawahan, pengelap mop, pencuci lantai, pengorek
longkang ataupun tukang basuh taik sahaja. Itulah layaknya, untuk manusia Malaysia
yang duduk di Malaysia dengan bahasa kebangsaannya bahasa Melayu tetapi dilihat
sebagai pelacur jika berbahasa ‘broken english’.
Sudahlah keupayaan bahasa kebangsaan ditepis haknya sebagai bahasa pembina
tamadun, penggunaan di luar bidang akademik juga dibaculkan, disunat dan ditutuh habis
habisan. Ini penyakit minda. Ini kejayaan perang saraf oleh globalisasi. Ini produk dan
hasil liberalisme dalam pendidikan. Ini tahap mentaliti manusia Malaysia selepas 50
tahun merdeka. Melayu. Cina. India. Semuanya, sama.
Dengan ‘broken english’ dilihat sebagai pencemaran komunikasi, bahasa
kebangsaan dipandang sebelah mata, budaya sopan santun disepak terajang, toleransi dan
kesepakatan dilacurkan, watak intelektualisme dibogelkan, apa upaya kita? Apa
kebanggaan kita untuk 50 tahun ini? Mampukah kita tersenyum bangga melihat 50 tahun
yang lepas dengan segala macam jenis penyakit sosial melanda membadai nusa tanpa
belas dan kasihan?
Inilah akibat kita gagal mengecas sejarah. Inilah akibat kita terlalu realistik dalam
mengejar cita dan cinta. Kita terlalu pragmatik dalam pelbagai hal. Kita tangguhkan
segala macam idealis dan sifat-sifat unggul semata menaruh harapan kepada yang palsu.
Kita gagal melihat yang lepas sebagai panduan untuk kita guna dan pakai pada masa
hadapan.
Kita terlalu sibuk bercinta. Cinta dianggap tahap tertinggi obses, lebih daripada
sikap dan akhlak terhadap nusa dan bangsa. Kita terlalu entusias kepada perasaan, seolah
dunia hanya milik kita. Kita terlalu teruja dengan emosi yang hanya bersifat artifisial,
1
2. yang tidak kita sedari secara sengaja memakan sedikit demi sedikit sisa pertimbangan
rasional kita.
Kita tidak akan bercakap lanjut mengenai golongan yang lain. Mat rempit. Mat
fit. Bohsia. Bohjan. Dan seribu satu masalah sosial yang lain. Kita sedang bercakap
mengenai sikap dan pelakuan ahli akademik kita sendiri. Yang terlalu goyah dengan
kecintaan terhadap duniawi, meninggalkan maknawi sebagai sarung dan kelonsong
kehidupan. Kecanduan terhadap teori dan sifat taklid dengan keupayaan tamadun Barat.
Kerendahan hati dan perasaan untuk menegur apa yang betul dan apa yang tidak.
Kekurangan dalam sifat sensitif terhadap bahasa dan agama sebagai tiang penegak
tamadun bangsa. Dan yang terbaru, kesenian yang tinggi dalam budaya memaki.
Apalah gunanya kita meraung menjerit terpekik terlolong merdeka, kalau berbahasa
Inggeris tanpa ‘broken’ tetapi ‘broken’ pula berbahasa Malaysia.
Berbanggalah kita dengan kemampuan yang satu itu. Usaha kita untuk negara?
50 tahun. Bukan Melayu sahaja. Cina. India. Semuanya sama.
Tahniah Malaysia. Keranamu Malaysia!!!
2