◕‿◕
Bila kau menangis, ukirkan senyuman agar hati terhibur jua, bila kau kecewa, bisikkan pada diri agar kau tabah menghadapinya, bila kau terluka, pujuklah hati agar merawatnya.. bila kau bersendirian gunakan akal memikirkan keagungan pencipta.. bila kau sedang ketawa, ingatlah kedukaan yang bakal tiba,bila kau terima bicara ini, ketahuilah bahawa dirimu begitu berharga, bila kau terasa diri kembara sendiri.. ketahuilah bahawa ALLAH sentiasa di samping hambanya