Janji Allah adalah benar. Untuk setiap yang Dia timpakan ke atas hamba-Nya adalah bertetapan dengan kesanggupan dan keupayaan mereka. Jalan hidup yang sebenar adalah Islam, kerana ia mencangkupi setiap keperluan dan fitrah manusia samada rohani mahpun jasmani. Teladan yang sebenar adalah Rasulullah s.a.w, kerana setiap akhlak yang ditonjolkan oleh Baginda sesuai samada untuk muslim mahupun bukan muslim. Keperibadian Baginda dapat dicontohi dari pelbagai sudut tidak kira dari segi pergaulan, kepimpinan, mahupun pertuturan. Satu-satunya Tuhan adalah Allah, tiada sekutu baginya. Maha Suci Dia yang menciptakan segala-galanya. Segala yang terjadi adalah urusan-Nya, tiada daya upaya makhluq melain