Kerana cinta aku kembara
Bagai camar melintas laut
Mencari pohon untuk berteduh
Kerana cinta aku kembara
Ikut lagu bisikan hati
Mendamba kasih paling setia
Sepasang sayap tak terlihat
Umpama mimpi yang tersimpan
Jadi rintik-rintik hujan
Menciptakan awan yang terpilu
Puisi ini tercipta lantas
Tak kesampaian hajat meronakan
Gelora rinduku kepadamu
Ingin sekali aku ungkapi
Isyarat jiwa dengan sempurna
Biarkan kau mengerti biarkan kau sedari
Keadaanku yang memujamu