1. KEPELBAGAIAN KECERDASAN
DAN KECERDASAN EMOSI
KANAK-KANAK
PENGENALAN:
Setiap kanak-kanak mempunyai adunan
kecerdasan yang unik dan sentiasa berubah
mengikut pertumbuhan dan
perkembangannya.Selain daripada guru di
sekolah, ibubapa hendaklah berperanan
memberi peluang kepada anak-anak mereka
membangunkan kepelbagaian kecerdasan.
KEPELBAGAIAN KECERDASAN
Menurut Howard Gardner, setiap individu /
kanak-kanak mempunyai kebolehan
membangunkan kesemua kecerdasannya
dengan adanya galakan, pengayaan dan
pengajaran yang sesuai dalam bilik darjah.
2. FAKTOR-FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI KECERDASAN
KANAK-KANAK
*KELUARGA
*PERMAKANAN
*PERSEKITARAN TEMPAT TINGGAL
*RAKAN SEBAYA
*SEKOLAH
*MEDIA MASSA
JENIS-JENIS KEPELBAGAIAN
KECERDASAN
Menurut Howard Gardner, seseorang
individu mempunyai sekurang-kurangnya
lapan kepelbagaian kecerdasan seperti
berikut:
*Kecerdasan linguistik / bahasa
*Kecerdasan Logik Matematik
*Kecerdasan Ruang
*Kecerdasan Muzik
*Kecerdasan Kinestetik
3. *Kecerdasan Interpersonal
*Kecerdasan Intrapersonal
*Kecerdasan Naturalistik
1. Kecerdasan linguistik / bahasa
Kebolehan seseorang menggunakan kata-
kata secara berkesan sama ada dengan lisan
atau penulisan. Kanak-kanak yang
mempunyai kecerdasan ini boleh
berkomunikasi secara berkesan melalui
aktiviti mendengar, bertutur, membaca,
menulis, memberi ucapan dan dapat
membuat hubungkait di antara satu sama
lain.
2. Kecerdasan Logik Matematik
Kebolehan seseorang kanak-kanak
menggabungkan Matematik dan saintifik
iaitu termasuklah kebolehan mengira
pelbagai olahan serta dapat menyelesaikan
masalah Matematik.
4. 3. Kecerdasan Ruang
Kebolehan seseorang mengesan dan
menggambarkan bentuk, ruang, warna dan
garisan termasuklah kebolehan
mempersembahkan dalam bentuk grafik
seperti mencorak, melukis serta mengukir.
4. Kecerdasan Muzik
Kebolehan mengesan nada dan melodi
termasuklah kemahiran mengenal lagu dan
mengubah tempo dan irama yang mudah.
Ia juga termasuk dalam kebolehan
menghafal sesuatu dengan berlagu seperti
menyanyi, bernasyid dll.
5. Kecerdasan Kinestetik
Kebolehan menggunakan gerakan badan
untuk menyatakan idea, perasaan dan
menyelesaikan masalah termasuklah
kemahiran fizikal koordinasi, kepantasan
dan keseimbangan.
5. 6. Kecerdasan Interpersonal
Kebolehan memahami perasaan diri sendiri
seperti memahami kemahuan, matlamat dan
citi-cita serta perasaannya sendiri. Kanak-
kanak yang mempunyai kecerdasan ini,
mempunyai kemahiran mengurus diri sendiri
supaya dapat menghasilkan kecemerlangan
dan motivasi diri dan dapat meningkatkan
konsep kendiri yang positif serta dapat
menguasai emosi dan kerohanian yang kuat
untuk mengharungi alam kehidupan.
7. Kecerdasan Intrapersonal
Kebolehan memahami perasaan seseorang,
berinteraksi dan memahami kemahuan,
fikiran dan perlakuan orang lain. Kanak-
kanak yang mengusai kecerdasan ini boleh
bekerjasama dalam kumpulan serta
berkomunikasi secara lisan dengan orang
lain dan dapat mengawal perasaan apabila
mereka berkawan.
6. 8. Kecerdasan Naturalistik
Kebolehan menggunakan apa yang terdapat
pada alam sekeliling seperta mengklasifikasi
dan menghargai tumbuh-tumbuhan dan
haiwan.
KECERDASAN EMOSI
Mengikut Salovey dan Mayer kecerdasan
emosi ialah kebolehan untuk mengawas diri
sendiri dan orang lain dari segi perasaan
dan emosi dapat membezakan antara kedua-
duanya dan boleh menggunakan maklumat
itu untuk memandu pemikiran dan
tindakannya.
7. Ciri-Ciri Kanak-Kanak Yang
Mempunyai Kecerdasan Emosi :
Berakhlak mulia
Memahami perasaan orang lain
Bersifat jujur dan iklas
Sikap bertimbang rasa
Boleh meningkatkan motivasi sendiri
Boleh mengawal emosi
Peramah
Suka berkawan
Boleh bekerjasama dengan orang lain
Boleh berkomunikasi dengan baik
Bertanggungjawab
Mempunyai penghargaan kendiri yang
tinggi
Kasih sayang
Hormat menghormati antara satu sama
lain
Sikap kejiranan yang baik
8. Solovey membahagikan kecerdasan emosi
kepada lima domain/bidang:
1. Kebolehan menyatakan emosi sendiri
Kebolehan mengenal dan menyedari sendiri
sesuatu peristiwa yang berlaku adalah kunci
utama kecerdasan emosi. Kanak-kanak
yang boleh mengawal perasaan diri sesuatu
ketika ke satu ketika kerap kali lebih
bermaya dalam kehidupannya.
2. Kebolehan dalam pengurusan emosi
sendiri
Kebolehan ini amat penting supaya
seseorang itu tahu bagaimana untuk
mendapatkan ketenangan jiwa, mengurus
tekanan dan menghadapi sesuatu cabaran
dan dugaan dalam kehidupannya.
9. 3. Kebolehan meningkatkan emosi
sendiri
Kanak-kanak yang mempunyai kemahiran
ini kerapkali lebih produktif dan efektif
dalam segala usaha dan tugas yang
dihadapinya.
4. Kebolehan mengenal emosi orang lain
Kesedaran sendiri emosi orang lain adalah
asas kemahiran manusia. Seseorang kanak-
kanak yang ada perasaan empati kerapkali
mudah merasakan perasaan orang lain.
5. Kebolehan menjalin persaudaraan
Seni persaudaraan amat penting dalam
perhubungan antara manusia. Kanak-kanak
yang mempunyai kebolehan ini akan
melahirkan kepimpinan yang berkesan di
suatu hari nanti.
10. PENUTUP:
Ibubapa perlu mempelbagaikan kecerdasan kepada anak-
anaknya apabila berada di rumah dengan mempelbagaikan
aktiviti, kemahiran dan latihan apabila bersama mereka.
Dengan adanya kepelbagai kecerdasan dan kecerdasan
emosi yang tinggi kanak-kanak boleh mengatasi
masalahnya sendiri seperti perasaan kecemasan dalam
menghadapi pembelajaran di sekolah atau rasa kecewa bila
gagal dalam sesuatu peperiksaan . Walau bagaimanapun
kecerdasan emosi ini boleh dipelajari dan dipertingkatkan
melalui latihan dan kefahaman serta kerjasama dari
ibubapa.
SEKIAN, TERIMA KASIH
11. TAJUK BENGKEL
Baca peristiwa di bawah dengan teliti.
Peristiwa:
Ali tidak mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun. Rakannya
Othman mendapat keputusan cemerlang.
Pesepsi
Ali membuat berbagai-bagai persepsi:
Misalnya:
Guru kelas sayangkan Othman.
Nasib Othman baik daripada saya.
Othman lebih rajin daripada saya
Bisikan hati
Ali membuat berbagai-bagai bisikan hati seperti berikut:
Saya tidak cemerlang. Saya tidak boleh berjaya dengan cemerlang dalam UPSR nanti..
Saya malas dan tidak boleh berjaya lagi
TUGASAN:
Senaraikan berbagai emosi yang dihadapi oleh Ali.
Apakah yang dapat anda fikirkan dengan peristiwa itu?
Bagaimanakah cara ibubapa dapat menolong kanak-kanak seperti Ali.