Dokumen tersebut berisi 18 doa dan wirid yang dapat dibaca oleh pelajar untuk mendapat petunjuk, ilmu, kefahaman, dan hikmah dalam menunaikan tugas-tugas pelajaran mereka. Doa-doa tersebut meliputi surah-surah Al-Fatiha, Al-Alaq, As-Syarh, selawat kepada Nabi Muhammad SAW, serta wirid-wirid khusus untuk mendapat ilham, menjadi pakar, dan mendapat ke
1 of 5
Downloaded 14 times
More Related Content
4267031 doa-dan-wirid-untuk-pelajar
1. DOA DAN WIRID UNTUK PELAJAR
1. SURAH AL FATEHAH Doa pembuka kepada segala urusan
2. SURAH AL ALAK (Ayat 1 5) - Anak kunci segala ilmu
3. SURAH ASY-SYARH Untuk melapangkan and melegakan hati
4. SELAWAT NABI S.A.W Doa terang hati
Dibaca 11 kali dikala hendak ke sekolah.
2. 5. SELAWAT NABI S.A.W. Doa terang hati
Ya Allah restulah dan sejahterakanlah junjugan kami Muhammad hambamu dan pesuruhmu
yang ummi dan di atas keluarga dan sahabat baginda semuanya.
6. SELAWAT NABI S.A.W Pembuka pintu hati
Kesejahteraan kemuliaan seluruh bulan sekelilinginya beribu-ribu di atas junjugan pesuruh
yang amat tinggi.
Ya Allah Ya Allah. Wahai Pembuka segala ilmu. Wahai Yang Maha Mengetahui segala ilmu.
Ya Allah engkau bukakanlah pintu hati kami dengan pembukaan yang sepenuhnya.
7. WIRID SUPAYAALLAH REDHA DENGAN USAHA KITA
Mudah-mudahan tidak menjadi seorang muslim professional yang munafiq, tidak terikut-
ikut sikap orang Nasrani dan Yahudi (Nasihat dari Prof. Ustaz Hashim Yahya, Mufti
Selangor)
Radiitu billahi rabba, wabii islaami diina, wabi muhammadin sallallaahu alaihi
wasallaam nabiyan wa rasulla.
3. Telah bersabda Rasul: Barangsiapa yang berkata ketika petang (zikir yang tersebut) Allah
tetap akan meredhakannya (Riwayat Tarmizi)
8. DOA MUDAH FAHAM DAN MUDAH HAFAL
Allahummarzuqna ya Rabbi fahman-nabiyin, wa-hifzal-mursalin, wa-ilhamal-mala-
ikatil-muqarrabin fi-afiatin ya arhamar-rahimin.
Ya Allah! Kurniakanlah kami fahaman para nabidan hafalan para rasul serta mendapat
ilham para malaikat yang hampir denganMu juga kurniakanlah kami kesihatan wahai
Yang Amat Mengasihani.
9. DOA SUPAYA MENJADI PAKAR TENTANG SESUATU PERKARA
Ya Allah, terangkanlah hatiku seperti terangnya hati-hati orang yang arif. Fahamkan aku
perkara agama ku.
10. DOA MENDAPAT ILHAM ATAU IDEA YANG BAIK
Allahumma alhimni rusydii wa aidznii min syarri nafsi.
Ya Allah, berilah aku ilham petunjuk (kecerdasan) dan lindungilah aku dari kejahatan
nafsuku.
11. DOA KETIKA HENDAK BERSYARAH ATAU BERBAHAS
Rabbisy rahli sadri wa yassirli amri wahlul uqdatan min lisani yafqahu qauli
Ya Allah! Lapangkanlah dadaku, mudahkanlah pekerjaanku (urusanku) dan lancarkanlah
lidahku agar mereka faham pembicaraanku.
12. DOA MOHON DITAMBAH ILMU DAN KEFAHAMAN
4. Rabbi zidnii ilman warzuqni fahman
Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu dan berilah aku kefahaman (pengertian yang
baik dan fahaman).
13. WIRID UNTUK MENDAPAT ILMU DENGAN HIKMAH
Ya Aliimu Ilman HikmahWahai Tuhan Yang Maha Mengetahui Ilmu Yang Berhikmah
14. WIRID UNTUK PELAJAR
Dibaca selepas solat (7 kali) supaya diberi petunjuk, ilmu, kepakaran yang nyata.
Ya Haadii Ya Aliimu Ya Khabiru Ya Mubiin.
Wahai Tuhan Yang Maha Memberi Petunjuk, Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui,
Wahai Tuhan Yang Maha Waspada Wahai Tuhan Yang Nyata
Wirid ini adalah sebahagian dari wirid susunan Ahmad Asrory Al Ishaqy.
15. DOA UNTUK MENDAPAT HIKMAH
Ya Aliimu Allimni Hikmah
Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui, ajarkanlah aku hikmah.
(Nasihat dari Ustaz T.M. Fouzy Jumat)
5. 16. DOA KETIKA KEGELAPAN FIKIRAN (mental block)
Dibaca sewaktu menduduki peperiksaan
Ya Haadi, ihdinii.
Wahai Tuhan Yang Memberi Petunjuk, tunjuki aku
Imam Ahmad bin Ali Albunni mengatakan, Nama Allah ini adalah lafaz zikir malaikat Israfil.
Apabila kita berada dalam kegelapan fikiran, kita baca doa tersebut, insya-Allah seketika itu
juga kita akan memperoleh petunjuk. Boleh juga dibaca seketika sesat jalan.
17. WIRID UNTUK MENJADI BIJAK PANDAI
Ya Rasyidu Dibaca sebanyak mungkin selepas solat
Wahai Tuhan Yang Maha Pandai
Jika kita ingin menjadi orang yang bijak pandai, di samping kuat belajar dan menuntut ilmu
pengetahuan dan mengembangkan bakat masing-masing, eloklah bermohon kepada Allah
dengan berulangkali berzikir kalimah di atas sebanyak mungkin, semoga akan berjaya.
18. WIRID UNTUK MELIHAT YANG DI RAHSIAKAN
Alaa Yalamu Man Khalaq Wahuwal Lathiiful Khabiir Tidakkah Dia mengetahui apa yang
Dia ciptakan, sedangkan Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui.
Jika dibaca 9 kali ketika hendak tidur dan beristiqamah dengannya, insya-Allah ia akan
bermimpi dan melihat dalam tidurnya akan sesuatu yang dikehendakinya. Jika diamalkan
selalu insya-Allah akan didorongkan untuk belajar perkara yang akan disoalkan dalam
sesuatu peperiksaan. Boleh juga dibaca ketika mengalami suatu masalah dalam pelajaran atau
projek.