Unit ini membincangkan konsep-konsep asas sukatan kecenderungan memusat dalam statistik seperti min, median dan mod. Ia juga menjelaskan definisi dan kaedah pengiraan ketiga-tiga sukatan ini bagi data tak terkumpul dan terkumpul.
1 of 15
Downloaded 336 times
More Related Content
Krm 3043 pengurusan data tugasan 1(norlia bt ismail) d20102043530
1. PEMARKAHAN
1 TUGASAN 1
JUMLAH
KRM 3043
ASAS PENGURUSAN DATA
TAJUK TUGASAN
TUGASAN 1
REFLEKSI PEMBELAJARAN
KUMPULAN
UPSI 02 (A121PJJ)
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
NORLIA BT ISMAIL D20102043530 0194370597
NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. MOHD. FAIZAL NIZAM LEE BIN ABDULLAH
TARIKH SERAH: 7 OKTOBER 2012
2. ISI KANDUNGAN
1.0 UNIT 2 : SEJARAH DAN KEGUNAAN STATISTIK
1.1 Ringkasan Isi Kandungan Unit 2
1.2 Konsep-konsep yang terdapat dalam Unit 2
1.3 Komentar tentang kandungan Unit 2 dalam konteks keguruan
2.0 UNIT 3 : PENGUMPULAN DAN PENGURUSAN DTA
2.1 Ringkasan Isi Kandungan Unit 3
2.2 Konsep-konsep yang terdapat dalam Unit 3
2.3 Komentar tentang kandungan Unit 3 dalam konteks keguruan
3.0 UNIT 5 : PERWAKILAN DATA
3.1 Ringkasan Isi Kandungan Unit 5
3.2 Konsep-konsep yang terdapat dalam Unit 5
3.3 Komentar tentang kandungan Unit 5 dalam konteks keguruan
4.0 UNIT 7 : SUKATAN KECENDURANGAN MEMUSAT
4.1 Ringkasan Isi Kandungan Unit 7
4.2 Konsep-konsep yang terdapat dalam Unit 7
4.3 Komentar tentang kandungan Unit 7 dalam konteks keguruan
5.0 UNIT 9 : SUKATAN SERAKAN
5.1 Ringkasan Isi Kandungan Unit 9
5.2 Konsep-konsep yang terdapat dalam Unit 9
5.3 Komentar tentang kandungan Unit 9 dalam konteks keguruan
6.0 BIBLIOGRAFI
3. REFLEKSI UNIT PELAJARAN
1.0 TAJUK
UNIT 2 : SEJARAH DAN KEGUNAAN STATISTIK
1.1 Ringkasan Isi Kandungan Unit
Statistik berasal daripada bahasa latin yang bermaksud status bermaksud negeri
dan statista bermaksud negarawan ( Folks, 1981 ). Statistik juga dapat ditakrifkan
sebagai satu disiplin yang menguruskan kesemua aspek dalam pengumpulan,
pemprosesan, perwakilan dan pentafsiran data.
Menurut folks ( 1981 ) dalam kajiannya pada zaman pemerintahan maharaja
Iskandar Zulkarnain pada zaman Yunani Purba bermulanya pengumpulan maklumat
deskriptif daripada158 negeri jajahannya untuk tujuan penguatkuasaan cukai. Ini
membuktikan sejarah kegunaan statistik telah diguna oleh manusia zaman dahulu
kala secara tak langsung. Namun terma statistik hanya muncul dalam bentuk
cetakan pada kurun ke 18 oleh ahli statistik yang pertama direkodkan iaitu John
Graunt, seorang berbangsa Inggeris. Beliau telah mengumpul, menyusun dan
menganalisis data. Maklumat dan data diterbit dalam buku Natural and Political
Obsevations on the Bills of Mortality pada tahun 1600.
Terdapat banyak kegunaan statistik dalam kehidupan seharian kita. Maklumat
kuantitatif yang terkumpul yang boleh membentuk carta-carta, graf-graf, jadual-
jadual, membolehkan kita memperolehi anggaran, purata, peluang dan seterusnya
membuat keputusan dalam pelbagai bidang dalam kehidupan seharian manusia
seperti dalam bidang pendidikan sains sosial, ekonomi, perubatan, politik dan dan
lain-lain.
4. 1.2 Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya
Konsep Penjelasan
1. Statistik Satu disiplin yang menguruskan kesemua aspek dalam
pengumpulan, pemprosesan, perwakilan dan pentafsiran
data.
2. Ilustrasi Visual Piktograf, Carta pai, Graf garisan, Carta palang,
Histogram dan Poligon Kekerapan
3. Graf .Gambaran data yang terkumpul
4. Perkataan Statistik Purata (Min), kekerapan (mod), peluang, trend, korelasi,
anggran, skor tengah ( median) dalam susunan taburan
5. Statistik inferensi Suatu pernyataan mengenai suatu populasi yang
didasarkan pada informasi dari sampel random yang
diambil dari populasi.
1.3 Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks
profesionalisme keguruan anda.
Unit ini membantu saya memahami tentang sejarah dan kegunaan statistik dalam
kehidupan seharian manusia. Untuk memudahkan sesuatu masalah yang timbul
dapat dikesan dengan cara yang lebih baik dan berdisiplin. Dalam konteks profesion
keguruan, pengumpulan data statistik sangat membantu memudahkan masalah
murid dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran dapat dikesan dengan lebih
cepat dan berkesan. Contohnya apabila sesuatu ujian telah dijalankan guru
mengumpulkan maklumat dari jawapan murid. Data dapat diperolehi dari jawapan
murid yang salah dan betul dari jawapan ini guru akan membuat analisis item soalan
manakah yang ramai murid salah iaitu tidak menguasai. Keseluruhannya peratus
kesukaran item dapat dikesan dari data yang diperolehi.
5. 2.0 TAJUK
UNIT 3 : PENGUMPULAN DAN PENGURUSAN DATA
2.1 Ringkasan Isi Kandungan Unit
Dalam unit ini dihuraikan bagaimana mengumpul dan mengklafikasikan data
mengikut jenisnya. Pembolehubah bermaksud satu ciri yang berbeza antara
seseorang atau sesuatu benda kepada yang lain. Pembolehubah kuantitatif adalah
melibatkan maklumat yang boleh dihitung manakala pembolehubah kualitatif ialah
nilai tidak boleh dihitung. Nilai-nilai pembolehubah dikenali sebagai data. Data
kualitatif terdiri daripada data yang tidak mempunyai nilai kuantiti. Data kuantitatif
adalah data yang terdiri daripada nilai berangka. Data kuantitatif diklasifikasikan
kepada data diskret ( nilai tetap dan nilai tepat ) dan data selanjar ( tiada nilai tepat ).
Dalam topik ini juga didedahkan bagaimana pengumpulan data dilakukan. Data
dikelaskan mengikut kategori tertentu. Teknik pengklasan data dengan kaedah
tanda gundal memudahkan kita membaca dan memahami data yang terkumpul. Dari
perolehan data, taburan kekerapan(bilangan data yang terkumpul dalam satu kelas )
dan taburan kekerapan relatif ( data dalam bentuk perpuluhan ) dapat diperolehi
dengan mudah.
6. 2.2 Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan
penjelasannya
Konsep Penjelasan
1. Pembolehubah Satu ciri yang berbeza antara seseorang atau sesuatu
benda kepada yang lain
2. Data Maklumat yang diperolehi melalui pemerhatian ke atas
nilai-nilai satu pembolehubah
3. Kelas Data Kategori untuk data terkumpul
4. Kekerapan Bilangan data dalam satu kelas
5. Kekerapan Relatif Nisbah kekerapan sesuatu kelas dengan jumlah bilangan
data.
2.3 Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam
konteks profesionalisme keguruan anda.
Dalam unit ini saya dapat memahami bagaimana data-data yang diberikan
dikelaskan mengikut kategori-kategori tertentu untuk memudahkan data tersebut
dibaca dan difahami. Pengetahuan tentang statistik memerlukan perancangan awal
sebelum sesuatu data diperolehi. Sampel data yang diperolehi akan disusun
mengikut tertib tertentu supaya maklumat dapat diringkaskan dan memperolehi hasil
terbaik dari data yang terkumpul. Dalam unit ini juga diterangkan maksud istilah-
istilah statistik yang digunakan. Contohnya taburan kekerapan relatif, data selanjar
dan sebagainya. Penggunaan statistik dalam kehidupan seharian memudahkan
maklumat diperolehi dan dibaca. Tindakan susulan dapat diambil untuk memperbaiki
atau untuk mengatasi setiap kajian data yang dijalankan.
7. 3.0 TAJUK
UNIT 5 : PERWAKILAN DATA
3.1 Ringkasan Isi Kandungan Unit
Dalam unit ini menerangkan peringkat-peringkat dalam perwakilan data yang terdiri
daripada permasalahan. Dari permasalahan ini, boleh dikemukakan
soalan(mengemukakan soalan) untuk memperolehi data (pengumpulan data).
Apabila data diperolehi, data dianalisis (analisis data) dan seterusnya membuat
keputusan interpretasi. Dalam unit ini cara memaparkan data secara gambar seperti
carta dan graf akan diperkenalkan. Ini adalah untuk memudahkan sesuatu data
dipersembahkan dan jelas difahami. Terdapat dua jenis pengumpulan data iaitu data
diskrit dan data selanjar (continuous). Data diskrit adalah data yang dikumpul
dengan mengira bilangan sebenar manakala data selanjar (continuous) adalah data
yang dikumpul melalui pengukuran dan nilai dari skala selanjar.
Melalui unit ini juga ditunjukkan cara-cara untuk memaparkan data dalam bentuk
gambar rajah dan dipersembahkan melalui jadual, senarai, gundalan, piktogram,
carta palang, poligon kekerapan, carta pai, histogram dan graf garisan. Carta palang
pula terdiri dari carta palang menegak dan carta palang melintang. Begitu juga
dengan graf garisan yang terdiri dari graf garisan berganda di mana ianya
mempunyai lebih dari satu garisan yang mewakili komponen yang berbeza.
Dalam unit ini juga menjelaskan langkah-langkah membina carta dan graf bagi
memudahkan maklumat data disampaikan dan menjadikan pembacaan lebih mudah
dan efektif. Dalam mempersembahkan maklumat data terdapat perbezaan dalam
setiap carta dan graf. Terdapat maklumat data yang dipaparkan melalui simbol yang
mewakili sesuatu benda, ada juga yang menggunakan palang atau bar menegak
dan melintang bagi mewakili setiap kekerapan, dan ada juga yang menggunakan
garisan bagi menunjukkan nilai yang berbeza. Selain itu, maklumat data juga dapat
dipaparkan melalui carta pai.
8. 3.2 Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan
penjelasannya
Konsep Penjelasan
1. Data diskrit Data yang dikumpul dengan mengira bilangan sebenar.
2. Data Data yang dikumpul melalui pengukuran dan nilai dari
selanjar(continuous) skala selanjar.
3. Gundalan Kaedah mengira dalam kumpulan lima-lima.
4. Histogram Satu bentuk paparan data bergambar khas untuk data
kuantitatif. Palang-palang dalam histogram bercantum
pada sempadan kelas di antara satu sama lain. Dilukis
secara menegak dan melintang.
5. Carta Palang Graf khas yang menggunakan palang atau bar untuk
menunjukkan saiz data. Carta palang tidak bercantum
antara satu sama lain. Dilukis secara menegak atau
melintang.
3.3 Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks
profesionalisme keguruan anda.
Berdasarkan unit ini saya dapat mengetahui dengan lebih jelas dan terperinci
tentang perwakilan data. Di samping itu, saya dapat mengetahui cara-cara
memaparkan data di dalam bentuk gambar rajah. Dalam unit ini juga diterangkan
cara-cara membina carta dan graf. Ini memudahkan para guru membimbing murid
membina carta dan graf dan juga cara bagaimana mendapat maklumat daripada
graf tersebut. Data dapat dibaca dengan mudah dengan paparan gambarajah yang
lengkap dengan maklumat-maklumat yang dikehendaki. Petunjuk-petunjuk bagi
setiap graf perlu jelas supaya pembacaan data lebih mudah dan tepat. Selain
daripada itu juga, perwakilan data yang dikumpul dapat membantu kita mengetahui
mengenai dunia sekeliling.
9. 4.0 TAJUK
UNIT 7 : SUKATAN KECENDERUNGAN MEMUSAT
4.1 Ringkasan Isi Kandungan Unit
Sukatan kecenderungan memusat ialah ukuran purata yang menunjukkan ukuran
pusat sesuatu taburan data dan merupakan asas pengukuran dalam statistik. Ianya
menghasilkan maklumat yang berkaitan dengan titik tengah pada satu kumpulan
nombor.Terdapat tiga cara pengukuran atau statistik iaitu min, median dan mod.
Sukatan Kecenderungan Memusat bagi data tak terkumpul
Min purata satu kumpulan data dan dikira dengan menjumlahkan semua nombor
dan membahagikannya dengan bilangan nombor tersebut. Min populasi ditandakan
dengan huruf mu (). Min sampel ditandakan dengan (X). N adalah bilangan nombor
didalam populasi. n adalah bilangan nombor didalam sampel. Definisi min adalah :
Mod nilai atau fakta yang paling berulang dalam set data itu. Jika terdapat dua
atau lebih data yang tidak mempunyai kekerapan tertinggi, maka terdapat lebih mod
bagi set data tersebut. Sebaliknya, jika setiap data mempunyai kekerapan yang
sama, maka set data tersebut tidak mempunyai mod.
Median titik tengah sesuatu kumpulan nombor yang disusun secara menaik. Jika
bilangan data adalah ganjil, median ialah nombor yang ditengah. Jika bilangan data
10. adalah genap, median ialah purata dua nombor yang terletak ditengah-tengah.
Sukatan Kecenderungan Memusat bagi data terkumpul
Min nilai yang khusus tidak diketahui tetapi titik tengah bagi setiap jeda kelas
adalah digunakan untuk mewakili semua nilai di dalam jeda kelas tersebut. Titik
tengah akan diwajarkan dengan kekerapan nilai di dalam jeda kelas tersebut, min
bagi data terkumpul kemudiannya dikira dengan menjumlahkan hasil darab titik
tengah kelas dengan kekerapan kelas dan membahagikan jumlah tersebut dengan
bilangan kekerapan.
瑞 + + . .
Formulanya adalah seperti berikut: 亮 = =
+ + +
dimana ; i = bilangan jeda, f = kekerapan kelas, x = titik tengah
Mod titik tengah kelas mod yang mempunyai kekerapan yang tertinggi, terdapat
dua kaedah yang boleh digunakan untuk menentukan mod iaitu dengan kaedah
formula dan kaedah histogram. Kaedah formula mod data terkumpul :
= 基 +
+
dimana ; 0 = sempadan bawah bagi kelas mod, 1 = perbezaan antara
kekerapan kelas mod dengan kekerapan bagi satu kelas sebelum kelas mod, 2 =
perbezaan antara kekerapan kelas mod dengan kekerapan bagi satu kelas selepas
kelas mod, c = saiz kelas mod.
Median pengiraan median agak rumit dan nilai median juga merupakan nilai
penghampiran, andaian yang dibuat di dalam pengiraan ini adalah nilai sebenar
adalah jatuh secara seragam disepanjang jeda kelas median, formulanya seperti
berikut : m = L +
dimana ; L = sempadan bawah kelas median , N = jumlah kekerapan, F =
kekerapan longokkan sebelum kelas median, = kekerapan kelas median, C =
saiz kelas median.
11. 4.2 Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan
penjelasannya
Konsep Penjelasan
1. Sukatan Ukuran purata yang menunjukkan ukuran pusat sesuatu
Kecenderungan taburan data dan merupakan asas pengukuran dalam
Memusat statistik. Menghasilkan maklumat yang berkaitan dengan
titik tengah pada satu kumpulan nombor.
2. Min purata bagi semua nilai dalam populasi atau sampel
3. Median nilai cerapan di tengah apabila semua cerapan tersebut
disusun mengikut urutan
4. Mod cerapan yang kekerapannya adalah tertinggi dalam suatu
set data. Kelas mod ialah kelas yang mempunyai
kekerapan yang tertinggi.
5. Jadual Kekerapan Satu cara yang sistematik jika data yang dikumpulkan
adalah banyak dan bernilai besar
4.3 Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam
konteks profesionalisme keguruan anda.
Kandungan unit ini telah menjelaskan kepada saya terdapat tiga jenis sukatan
kecenderungan memusat yang dibincangkan bagi data tak terkumpul dan terkumpul
iaitu min, median dan mod. Ianya banyak membantu saya dalam pengajaran dan
pembelajaran Matematik iaitu bagaimana untuk mencari sesuatu maklumat dalam
setiap data yang diberi. Penerangan yang diberikan begitu jelas dan lengkap beserta
dengan contoh-contoh dan cara penyelesaiannya, gambarajah dan formula yang
diberikan begitu lengkap dan jelas dapat dilihat di dalam modul ini. Latihan sumatif
juga disertakan bagi saya membuat latih tubi untuk menguji tahap pemahaman dan
dapat disemak dengan mudah kerana disertakan dengan jawapan sebagai rujukan.
12. 5.0 TAJUK
UNIT 9 SUKATAN SERAKAN
5.1 Ringkasan Isi Kandungan Unit
Sukatan serakan adalah amaun sebaran antara nilai-nilai dalam set data sukatan
serakan terdiri daripada beberapa jenis yang diistilahkan sebagai julat, sisihan
piawai dan varian yang berdasarkan kuarti dan persentil.
Julat dihitung dengan mencari perbezaan antara nilai terbesar dan nilai terkecil
Nilai Julat = Besar Nilai Kecil dalam senarai set data. Sisihan piawai bagi
satu-satu taburan kebarangkalian pembolehubah rawan atau populasi atau banyak
set nilai adalah ukuran serakan nilainya. Ia diwakili dengan huruf (huruf kecil
sigma). Ia ditakrif sebagai punca kuasa dua varians. Varians terdiri daripada varian
populasi dan varian sampel.
Rumus varian data tak terkumpul :
( )
a) Varian Populasi =
( )
b) Varian Sampel =
Rumus Varian data terkumpul :
( )
()
= atau =
Kuartil adalah suatu sukatan kedudukan yang membahagikan satu set data yang
telah disusun. Rumus untuk mencari kuartil :
1
(Kuartil bawah) 1 = cerapan ke ( + 1)
4
1
(Kuartil median) 2 = cerapan ke ( + 1)
2
13. 3
(Kuartil atas) 3 = cerapan ke ( + 1)
4
dimana n adalah bilangan cerapan dalam set data.
Persentil adalah sukatan kedudukan yang membahagikan satu set data yang telah
disusun mengikut tertib menaik kepada 100 bahagian yang sama. Rumus persentil
adalah = nilai cerapan ( k mewakili nombor persentil dan n mewakili bilangan
cerappan dalam set data)
Julat Persentil = -
5.2 Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan
penjelasannya
Konsep Penjelasan
1. Sukatan Serakan Amaun sebaran antara nilai-nilai set data yang
disenaraikan
2. Julat Perbezaan antara nilai terbesar dan nilai terkecil dalam
senarai set data tertentu
3. Kuartil Sukatan kedudukan yang membahagikan satu set data
yang telah disusun mengikut tertib menaik atau menurun
kepada empat bahagian yang sama.
4. Persentil Sukatan kedudukan yang mebahagikan satu set data
yang telah disusun mengikut tertib menaik kepada 100
bahagian yang sama.
5. Julat Persentil Perbezaan antara nilai persentil ke 90 dan nilai persentil
ke 10
14. 5.3 Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam
konteks profesionalisme keguruan anda.
Dalam unit ini saya didedahkan bagaimana cara untuk mengaplikasikan data-
data yang diberi untuk mendapat nilai-nilai tertentu, peratus data, kedudukan
tertentu, perbezaan nilai tertinggi dan nilai terendah dan sebagainya dengan
menggunakan rumus-rumus yang telah diberikan. Dengan adanya rumus-rumus dan
contoh pengiraan yang ditunjukkan ianya agak mudah untuk diaplikasikan. Kaedah
yang ditunjukkan memerlukan ketelitian agar kesilapan dapat dielakkan. Statistik
termasuk perancangan, meringkaskan dan memahami pemerhatian yang tidak
menentu. Tujuan statistik adalah menghasilkan maklumat terbaik daripada data yang
diberi. Oleh itu pengetahuan tentang data statistik sangat membantu dalam
kehidupan seharian kita kerana data yang diperolehi dalam sesuatu kajian amat
penting untuk diselidiki agar sesuatu tindakan dapat diambil untuk penambahbaikan
pada masa hadapan.
15. BIBLIOGRAFI
1. Jabatan Perangkaan Negara (2011). Diperolehi pada Sept 26, 2012 daripada
http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?option=com_content&view=
article&id= 113&Itemid=64&lang=bm
2. Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah, Mazlini Adnan, Marzita Puteh, Sazelli ab. Ghani
(2012), Modul Asas Pengurusan Data. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan
Sultan Idris.
3. Pengertian Statistik Inferensi (2011). Diperolehi pada Oktober 2, 2012 daripada
http://id.shvoong.com/writing-and-speaking/2122743-pengertian-statistika-
inferensi/
4. Rosinah Edinin (2011), Penyelidikan Tindakan. Kuala Lumpur: Freemind
Horizons Sdn. Bhd.
5. Statistik (2012). Diperolehi pada Sept 26, 2012 daripada
http://ms.wikipedia.org/wiki/Statistik