1. 950315-10-5034
PERSEPSI PENDUDUK DESA PUTRA TERHADAP AMALAN KEMPEN PLASTIK
SIFAR DI PASARAYA BILLION, BANDAR BARU BANGI
ABSTRAK
Kempen Plastik Sifar adalah salah satu antara kempen-kempen alam sekitar yang telah
dijalankan. Kajian ini bertujuan mengenal pasti kekerapan penggunaan beg plastik dalam
kalangan pengunjung Pasaraya Billion, Bandar Baru Bangi dan juga kesan penggunaan beg
plastik terhadap alam sekitar. Pasaraya Billion, Bandar Baru Bangi telah dipilih sebagai kawasan
kajian kerana pusat membeli belah ini berdekatan dengan tempat tinggal pengkaji di mana
memudahkan pengkaji untuk menjalankan kajian. Pengkaji telah menggunakan instrumen borang
soal selidik dan juga pemerhatian sebagai kaedah kajian untuk mengenal pasti persepsi penduduk
Desa Putra terhadap amalan Kempen Plastik Sifar di Pasaraya Billion, Bandar Baru Bangi.
Seramai 30 orang responden telah dipilih dalam kajian ini. Data telah dianalisa menggunakan
kaedah statistik deskriptif seperti frekuensi untuk melihat taburan kekerapan, peratusan dan min
purata. Keputusan analisa bagi kekerapan penggunaan beg plastik dalam kalangan pengunjung
Pasaraya Billion, Bandar Baru Bangi menunjukkan bahawa dalam kalangan responden
kekerapan menggunakan beg plastik pada hari Sabtu adalah tinggi. Seterusnya, Pasaraya Billion,
Bandar Baru Bangi menyediakan perkhidmatan demi menyahut objektif Kempen Plastik Sifar.
Keputusan analisa bagi kesan penggunaan beg plastik terhadap alam sekitar pula menunjukkan
bahawa pengguna sedar akan kesan penggunaan beg plastik kepada alam sekitar. Selain itu,
pengguna juga sedar bahawa Kempen Plastik Sifar dapat membantu manusia lebih berdisiplin,
berjimat cermat dalam perbelanjaan serta memupuk semangat cintakan alam sekitar.