Syair ini mengkritik berbagai bentuk perilaku riak dalam melakukan ibadah dan amal saleh. Termasuk berpura-pura warak untuk mendapatkan pengakuan orang lain, mengabaikan kebersihan diri, menonjolkan ilmu untuk memperdaya orang, serta mengutamakan keduniaan di balik amalan agama. Semua bentuk riak ini akan mendatangkan kemurkaan Allah dan menyebabkan amal ibadah ditolak.
2. Maksud: Rangkap 1 : Syair ini mengungkap makna riak atau takbur. Orang yang melakukan amal ibadat semata-mata untuk menunjuk-nunjuk kepada semua manusia dianggap sebagai riak. Perbuatan golongan ini amat dibenci oleh Tuhan kerana telah melakukan perbuatan syirik. Rangkap 2 : ada pula perbuatan riak dibuat dengan cara menunjukkan kerajinan berpuasa dan kesopanan apabila bertutur dengan lemah lembut. Namun hakikatnya kebersihan tubuh badan tidak diambil kira.
3. Rangkap 3 : Orang sebegini berpura-berpura melakukan amalan tersebut agar dirinya disangka warak iaitu tidak mementingkan keduniaan. Dia juga sering berkhemah sedangkan hatinya memandang keduniaan. Rangkap 4 : Ada juga perbuatan riak ditunjukkan sebagai orang yang berpengetahuan luas dengan menunjukkan perbuatan berceramah dan bersyarah dalam pelbagai ilmu di majlis keraian. Namun begitu dia sering mencampuradukkan perkara yang baik dengan yang buruk.
4. Rangkap 5 :Ada perbuatan riak ditunjukkan melalui percakapan yang kononnya berdasarkan bukti kajian untuk menunjukkan dirinya mempunyai ilmu mantik yang tinggi. Orang sebegini berbuat sedemikian agar masyarakat mengiktiraf kebijaksanaannya dan memberikannya ganjaran tertentu. Rangkap 6 : Ada perbuatan riak ditunjukkan melalui cara berpakaian, iaitu memakai serban yang berlilit ekor di kepala, meletakkan sejadah di bahu, dan seuntai tasbih berada di tangan.
5. Rangkap 7 : Ada perbuatan ditunjukkan ketika melakukan amalan berzikir. Orang begini akan berzikir sehingga lupa diri. Namun begitu, niat yang sebenarnya adalah untuk menjadi ketua kepada sesebuah kumpulan atau untuk mendapatkan pengaruh. Rangkap 8 : Sesungguhnya semua perbuatan riak itu akan menjadi bala yang menyebabkan amalan tersebut ditolak oleh Allah Taala. Ada kalanya, perbuatan riak yang dibuat akan mendatangkan kemudaratan kepada diri serta dimurkai oleh Allah Taala.
6. TEMA : - Perbuatan riak yang menjadi amalan sesetengah manusia.
7. PERSOALAN : 1-Sikap berpura-pura atau tidak jujur seseorang itu dalam melakukan amal ibadat kerana ingin menunjukkan kewarakannya kepada orang lain. 2-Pengabaian aspek kebersihan diri bagi orang alim yang riak dalam melakukan amal ibadat.揃 3-Sikap mementingkan aspek keduniaan tetapi disembunyikan disebalik amal ibadat.揃 4-Ketinggian ilmu yang disalahgunakan untuk memperdayakan masyarakat.
8. 5- Kepercayaan terhadap kewarakan seseorang yang ditonjolkan melalui cara berpakaian. 6-Kemurkaan Allah terhadap semua perbuatan baik yang dlakukan oleh manusia.
9. NILAI : 1- Kejujuran Contoh: Sifat jujur amat penting dalam setiap perbuatan agar tidak dimurkai olehTuhan揃 2- Kebersihan fizikal Contoh: Mementingkan aspek kebersihan diri walaupun sibuk beramalibadat揃 3- Kerajinan Contoh: Rajin dalam menyampaikan ceramah atau berucap di majliskeraian
10. 4- Kesederhanaan Contoh: Bersikap sederhana terutama dalam hal-hal yang berkaitankeduniaan揃 5- Bertanggungjawab Contoh: Bertanggungjawab menyampaikan dakwah secara telus tanpa ada niat yang bertentangan.
11. PENGAJARAN : 1-Kita hendaklah bersikap jujur dalam melakukan sebarang perkara atau tugas. 2-Kita mestilah mengutamakan kebersihan diri kerana kebersihan sebahagian daripada iman揃 3-Kita hendaklah merendah diri dalam setiap amalan kerana sikap sebegini merupakan sifat terpuji.揃 4-Kita haruslah bersama-sama memikul tanggungjawab menerokai ilmu agama untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat
12. GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI 1-Pemilihan kata (diksi) yang indah Contoh: Terkadang bercakap ilmunya mantik;Bicara alhayat konon diselidik揃 2-Bahasa Arab: Contoh: jazbah;kasad;wali揃
13. 3-Simile:Perbandingan Contoh: Terkadang jazbah seperti gila揃 * Jazbah: Keadaan diri yang sedar bahawa Allah mendahului segala-galanya apabila melihat sesuatu 4-Asonansi:Pengulangan Vokal Contoh: Tasb ih ditangan beruitan(pengulangan bunyi vokal i) 5-Aliterasi: Pengulangan Konsonan Contoh: Kemudian dinyatakan makna (pengulangan bunyi konsonan
14. LATIHAN PEMAHAMAN KOMSAS 1- Apakah yang dimaksudkan dengan kasadnya hendak jadi kepala dalam syair di atas? (2 markah) 2- Berikan tiga perwatakan orang riak seperti yang digambarkan dalam syair di atas. (3 markah) 3- Jelas pandangan anda, mengapakan setiap agama melarang manusia bersikap riak. (4 markah)