3. Introspektif, Sensitif, Reflektif
• Anda dapat memahami diri dan persekitaran anda dengan lebih
kerap dan mendalam jika dibandingkan dengan kebanyakan
orang lain.
• Anda bencikan kedangkalan; anda lebih sanggup bersendirian
berbanding dengan bercakap perkara remeh.
• Perhubungan anda dengan rakan-rakan adalah amat intensif; ini
memberikan harmoni dan ketenangan dalaman yang
mengakibatkan perasaan baik.
• Anda tidak keberatan bersendirian bagi jangka
masa yang panjang; anda jarang berasa bosan.
4. Berdikari, Tak Konvensional,
Tak Tersangkut
• Anda menghendaki kehidupan bebas dan tak
tersangkut untuk membenarkan anda menentukan arah
tuju sendiri.
• Anda mempunyai kecenderungan seni dalam pekerjaan
atau aktiviti riadah. Kadangkala, desakan anda untuk
kebebasan menyebabkan anda melakukan perkara
yang bertentangan dengan apa yang dijangkakan
daripada anda.
5. Dinamik, Aktif, Ekstrovert
• Anda rela menerima risiko-risiko tertentu untuk
mendapatkan kerja yang menarik dan pelbagai.
Sebaliknya, rutin berkecenderungan untuk
meninggalkan kesan lumpuh pada diri anda.
• Anda suka sekali berupaya memainkan peranan aktif
dalam peristiwa dalam hidup anda. Dalam usaha anda
yang berkenaan, inisiatif diri sangat nyata.
6. Terus Terang, Seimbang, Harmoni
• Anda menghargai gaya natural dan suka perkara yang tak rumit.
Orang lain mengagumi anda kerana anda praktikal dan mereka
boleh bergantung kepada anda.
• Anda memberi orang yang rapat dengan anda rasa selamat dan
kelapangan.
• Anda dipersepsikan sebagai orang yang mesra dan insani.
• Anda menolak segala yang menyilaukan dan lapuk.
• Anda berkecenderungan untuk berasa skeptik terhadap
kehendak trenda fesyen. Bagi anda, pakaian haruslah
praktikal dan tampan tanpa menonjol.
7. Profesional, Pragmatik, Yakin Diri
• Anda menguasai hidup anda dengan lebih mempercayai usaha
sendiri daripada nasib.
• Anda menyelesaikan masalah dengan ragam yang praktikal dan
tak rumit. Anda memandang secara realistik unsur-unsur dalam
hidup dan menanganinya tanpa ragu-ragu.
• Anda diberi banyak tanggungjawab di tempat kerja kerana orang
lain boleh bergantung kepada anda.
• Kekuatan azam anda yang menonjol menunjukkan sifat
keyakinan diri kepada orang lain.
• Anda tidak berpuas hati sepenuhnya sehingga anda telah
mencapai idea-idea anda.
8. Tenang, Berhati-hati, Tak Agresif
• Anda mudah berbicara tetapi bersifat berhati-hati. Walaupun
anda berkawan dengan mudah anda menikmati persendirian dan
kebebasan.
• Anda suka memencilkan diri dari masa ke masa untuk merenung
tentang erti hidup serta menikmati sendirian diri.
• Anda memerlukan kelapangan, jadi anda berlepas ke tempat
bersembunyi yang permai. Namun, anda bukan penyendiri.
• Anda berdamai dengan diri sendiri dan dunia, serta
anda menghargai hidup anda dan apa yang ditawarkan
oleh dunia ini.
9. Tanpa Bimbang, Berkelakar, Riang
• Anda suka hidup yang bebas dan spontan. Anda cuba
menikmati hidup anda dengan sepunuhnya mengikut
motto: "Anda cuma hidup sekali."
• Anda bersifat ingin tahu dan terbuka kepada segala
yang baru; anda memajukan diri atas perubahan. Tiada
yang lebih buruk daripada rasa diikat.
• Anda mengalami persekitaran sebagai sesuatu yang
versatil dan sering menakjubkan.
10. Romantis, Pelamun, Beremosi
• Anda seorang yang sensitif.
• Anda enggan memandang dari segi rasional dan waras sahaja.
Perasaan anda membawa erti yang sama penting.
• Anda berpendapat bahawa harapan adalah penting dalam hidup.
• Anda menolak orang yang mencaci romantisme dan hanya
dipandukan oleh rasionaliti.
• Anda tidak membenarkan sebarang kongkongan
terhadap variasi perasaan hati dan emosi anda.
11. Analitik, Amanah, Keyakinan Kendiri
• Perasaan halus anda bermutu tinggi dan tahan lama. Akibatnya,
anda suka mengelilingi diri dengan "permata-permata" yang
anda temui sendiri apabila orang lain terlepas perhatian.
• Justeru itu, kebudayaan memainkan peranan khas dalam hidup
anda. Anda telah menjumpai gaya peribadi sendiri, yang tampan
dan ekskusif - serta bebas daripada olahan fesyen.
• Kehidupan anda adalah berlandaskan ideal diri iaitu kesukaan
yang beradab.
• Anda menghargai sesuatu tahap kebudayaan daripada
orang yang anda berkawan