Jantung berfungsi untuk mengepam darah ke seluruh tubuh melalui sistem saluran darah. Ia berdenyut lebih 100,000 kali sehari untuk mengangkut oksigen dan nutrien ke sel-sel tubuh serta membuang karbon dioksida dan sisa. Sistem konduksi jantung mengawal denyutan jantung secara automatik melalui impuls elektrik yang menyebabkan pengecutan otot jantung.
2. Saiz jantung adalah sebesar penumbuk
individu dan beratnya kurang dari satu
paun
Dalam masa 24 jam jantung anda berdenyut
lebih daripada 100,000 kali, 7,000 liter darah
dipam melalui jarak beribu batu di dalam
sistem saluran darah.
JANTUNG
3. Sel-sel tubuh tidak mempunyai akses secara
langsung kepada persekitaran luar tubuh bagi
membolehkan sel-sel tersebut memperolehi
keperluan hidup.
Sistem kardiovaskular memikul tanggungjawab
ini dengan mengangkat oksigen dan nutrien
6. Arteri
Arteri ialah salur darah yang membawa darah keluar dari jantung
ke bahagian-bahagian lain badan.
Dinding arteri tebal, berotot dan elastik supaya ia boleh tahan
tekanan darah yang tinggi disebabkan oleh denyutan jantung
Arteri bercabang-cabang membentuk arteriol
Semua arteri membawa darah beroksigen kecuali arteri
pulmonari.
8. Vena
Vena ialah salur darah yang membawa darah ke
jantung dari bahagian-bahagian lain badan.
Vena mempunyai dinding yang nipis dan saluran yang
lebih besar jika dibandingkan dengan arteri.
Darah yang berada dalam vena mengalir pada
tekanan yang rendah dan oleh itu, dinding yang tebal
tidak diperlukan. Saluran yang besar memberikan
kurang rintangan terhadap pengaliran darah.
9. Vena dilengkapi dengan injap-injap yang
menentukan darah mengalir hanya dalam satu
arah sahaja, iaitu arah ke jantung. Injap-injap ini
akan tertutup jika darah mengalir ke belakang
dalam alirannya.
Vena yang terkencil sekali dinamakan venul
Semua vena membawa darah tidak beroksigen
kecuali vena pulmonari.
10. Kapilari darah
Kapilari darah ialah salur darah yang terkecil sekali.
Kapilari darah menghubungkan arteriol kepada venul.
Dinding kapilari darah hanya setebal satu sel.
Dinding-dindingnya yang nipis serta telap memudahkan
resapan bahan-bahan antara darah dan tisu-tisu berlaku
dengan cepat.
12. Kitaran Sistemik
Membolehkan darah beroksigen serta nutrien
dibawa ke organ-organ badan dan membawa
darah nyahoksigen kembali ke jantung.
Kitaran Pulmonari
Peredaran darah dalam kitaran ini membawa darah
nyahoksigen ke paru-paru untuk pertukaran gas
sebelum darah beroksigen dikembalikan ke
jantung.
15. DEGUPAN JANTUNG
Kadar degupan jantung - bilangan degupan per
satu unit masa / degupan per minit.
Berbeza bergantung kepada keperluan oksigen
oleh badan.
Pengukuran kadar degupan jantung digunakan
untuk tujuan perubatan dan individu.
Diukur dengan mengira nadi jantung pada badan.
Nadi jantung - bilangan degupan jantung per
minit.
16. SISTEM KONDUKSI JANTUNG
Terdiri daripada sekumpulan sel neuromuskular
khusus di dalam miokardium yang memulakan
dan mengalirkan impuls yang menyebabkan
pengecutan jantung yang berentak
Otot kardium- miogenik
Dirangsang secara automatik untuk mengecut
tanpa memerlukan bekalan saraf daripada otak
Boleh mengecut secara beritma dengan
sendirinya
19. BUKU SINOATRIUM (BSA)
Sekumpulan sel khusus pada dinding atrium
kanan berdekatan dengan bukaan vena kava
superior.
Bertindak sebagai perentak jantung kerana ia
yang mencetuskan degupan jantung dan
mengawal kadarnya.
Impuls daripada BSA akan melalui
miokardium atrium dan menyebabkan kedua-
dua atrium mengecut secara serentak.
20. BUKU ATRIOVENTRIKEL (BAV)
Terletak di tengah-tengah jantung antara atrium dan
ventrikel.
Biasanya ia dirangsang oleh impuls yang datang
daripada miokardium atrium, namun berupaya
untuk memulakan impuls pengecutan jantung tetapi
pada kadar yang lebih perlahan berbanding nodus
SA.
Sel di dalam BAV merangsang impuls lebih perlahan
menyebabkan terdapat lebihan masa semasa impuls
melaluinya.
Memberi masa kepada atrium untuk menamatkan
fasa pengecutan sebelum ventrikel mula mengecut.
21. BERKAS ATRIOVENTRIKULAR (BERKAS
AV/HIS)
Sekumpulan serat khusus yang berasal daripada
BAV.
Impuls melalui Berkas AV dari BAV ke cabang berkas
kiri dan kanan.
Berkas AV ini melintasi cecincin fibrous yang
memisahkan atrium dan ventrikel, kemudiannya
membahagi kepada cabangan berkas kiri dan kanan
pada bahagian atas septum ventrikel.
Ia seterusnya berpecah kepada fiber purkinje di
dalam miokardium ventrikel.
22. TISU PURKINJE
Tisu yang mencabangkan
ventrikel kiri dan kanan dan
mengatur pengecutan
ventrikel
23. SISTEM KONDUKSI JANTUNG
BSA (perentak)
Bergerak melalui atrium
Tersebar ke BAV
Bergerak melalui berkas AV (Berkas His)
Disampaikan ke seluruh ventrikel melalui tisu purkinje
impuls
26. EKG menunjukkan:
Seberapa cepat jantung anda berdegup
Apakah irama degupan jantung anda
stabil atau tidak teratur
Kekuatan dan masa isyarat elektrik
ketika melalui setiap bahagian jantung
anda
27. KITARAN KARDIAK
Satu degupan jantung yang lengkap.
Terdiri daripada pengecutan (sistol) dan
pengenduran (diastol) otot jantung yang
berulang-ulang.
Atrium kekal dalam pengenduran semasa
pengecutan ventrikel.
Keadaan biasa kadar denyutan adalah kira-
kira 70 denyutan per minit.
Setiap kitar kardium berlaku lebih kurang 0.8
saat.