Persatuan Penduduk Perumahn Rakyat Ppr Seri Pantai
Pengerusi · Bangsar
Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai merupakan salah satu usaha kerajaan bagi membasmi masalah setinggan di Bandar Raya Kuala Lumpur. Kebanyakan penduduk PPR Seri Pantai berasal dari Kampung Bohol, Kampung Pasir dan Rumah Panjang Bedford. PPR Seri Pantai merupakan penempatan semula penduduk di kawasan setinggan dan ini sejajar dengan matlamat kerajaan untuk mencapai 'Setinggan Sifar' menjelang tahun 2010 di Bandar Raya Kuala Lumpur.
Persatuan Penduduk Projek Perumahan Seri Pantai merupakan sebuah organisasi yang ditubuhkan sebagai orang tengah di antara penduduk Seri Pantai dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur