Tajuk 1 Pengenalan Pengurusan KokurikulumAzizi Ahmad
油
Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerakerja yang terancang. Gerakerja ini merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh itu,aktiviti-aktiviti kokurikulum dapat menyediakan peluang kepada pelajar-pelajar untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Gerakerja kokurikulum dikelompokkan kepada tiga kumpulan iaitu:
A. Unit Badan Beruniform B. Persatuan/Kelab C. Sukan/Permainan
Dokumen tersebut membahas konsep Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) yang menekankan penciptaan pengetahuan baru oleh pelajar dan penghubungannya dengan dunia sebenar menggunakan alat digital. Ia juga membincangkan beberapa model pembelajaran seperti Model Pembelajaran Murid, Model 3E, Model Kompetensi Global 6C, dan bagaimana mereka berkaitan dengan KPPB.
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...Syrvison Goh
油
Teks tersebut membandingkan tiga strategi pembelajaran utama - berpusatkan guru, berpusatkan murid, dan berpusatkan bahan. Strategi berpusatkan guru memberi tumpuan kepada penyampaian maklumat oleh guru, manakala strategi berpusatkan murid memberi lebih autonomi kepada murid. Strategi berpusatkan bahan pula menekankan penggunaan pelbagai sumber untuk memudahkan pembelajaran.
Dokumen ini membahas tentang definisi bahan sumber pengajaran dan pembelajaran serta jenis-jenisnya. Bahan sumber didefinisikan sebagai peralatan atau bahan perisian yang dapat mendukung proses pengajaran dan pembelajaran. Ada dua jenis bahan sumber yaitu bahan bercetak seperti buku dan bahan tidak bercetak seperti bahan visual, audio, dan komputer. Bahan sumber penting untuk mengatasi keterbatasan waktu penga
Dokumen tersebut membahas tentang kurikulum pendidikan di Malaysia. Ia menjelaskan bahwa sistem pendidikan Malaysia berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan pada perkembangan emosi siswa secara menyeluruh. Dokumen ini juga membahas definisi kurikulum, falsafah pendidikan kurikulum, konsep sukatan pelajaran, dan sumber yang digunakan.
Kaedah latihan aerobik dan anaerobik dibincangkan. Latihan aerobik seperti larian jarak jauh perlahan, fartlek dan latihan jeda bertujuan meningkatkan daya tahan kardiovaskular dan otot. Latihan anaerobik seperti latihan litar dan bebanan bertujuan meningkatkan kekuatan, kelajuan dan daya tahan otot secara pendek. Kedua-dua kaedah penting untuk membina kecergasan fizikal.
Dokumen tersebut memberikan definisi set induksi menurut beberapa sumber dan ahli pendidikan. Ia juga menjelaskan tujuan set induksi untuk membangkitkan minat murid dan menghubungkan pengetahuan sedia ada mereka dengan bahan pelajaran baru. Prinsip utama set induksi ialah aktivitinya perlu sesuai dengan tahap pembangunan murid, menarik minat mereka, dan berkaitan dengan apa yang akan diajar.
Dokumen tersebut membahas mengenai rekreasi dan aktivitas rekreasi. Secara ringkas, dokumen menjelaskan bahwa rekreasi adalah aktivitas yang dilakukan untuk menyegarkan diri secara jasmani dan rohani, dan mencakup berbagai aktivitas seperti olahraga, perkemahan, dan pendidikan konservasi lingkungan hidup.
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Mohd Shirazi
油
Dokumen ini membandingkan beberapa teori perkembangan guru, termasuk Teori Keprihatinan Guru Fuller, lima peringkat perkembangan guru menurut Trotter, dan enam peringkat perkembangan guru menurut KPM. Ia juga membincangkan pengetahuan pedagogi yang diperlukan guru novis dan guru pakar serta implikasi perkembangan guru dari peringkat awal hingga mahir.
Dokumen ini membahas tentang definisi bahan sumber pengajaran dan pembelajaran serta jenis-jenisnya. Bahan sumber didefinisikan sebagai peralatan atau bahan perisian yang dapat mendukung proses pengajaran dan pembelajaran. Ada dua jenis bahan sumber yaitu bahan bercetak seperti buku dan bahan tidak bercetak seperti bahan visual, audio, dan komputer. Bahan sumber penting untuk mengatasi keterbatasan waktu penga
Dokumen tersebut membahas tentang kurikulum pendidikan di Malaysia. Ia menjelaskan bahwa sistem pendidikan Malaysia berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan pada perkembangan emosi siswa secara menyeluruh. Dokumen ini juga membahas definisi kurikulum, falsafah pendidikan kurikulum, konsep sukatan pelajaran, dan sumber yang digunakan.
Kaedah latihan aerobik dan anaerobik dibincangkan. Latihan aerobik seperti larian jarak jauh perlahan, fartlek dan latihan jeda bertujuan meningkatkan daya tahan kardiovaskular dan otot. Latihan anaerobik seperti latihan litar dan bebanan bertujuan meningkatkan kekuatan, kelajuan dan daya tahan otot secara pendek. Kedua-dua kaedah penting untuk membina kecergasan fizikal.
Dokumen tersebut memberikan definisi set induksi menurut beberapa sumber dan ahli pendidikan. Ia juga menjelaskan tujuan set induksi untuk membangkitkan minat murid dan menghubungkan pengetahuan sedia ada mereka dengan bahan pelajaran baru. Prinsip utama set induksi ialah aktivitinya perlu sesuai dengan tahap pembangunan murid, menarik minat mereka, dan berkaitan dengan apa yang akan diajar.
Dokumen tersebut membahas mengenai rekreasi dan aktivitas rekreasi. Secara ringkas, dokumen menjelaskan bahwa rekreasi adalah aktivitas yang dilakukan untuk menyegarkan diri secara jasmani dan rohani, dan mencakup berbagai aktivitas seperti olahraga, perkemahan, dan pendidikan konservasi lingkungan hidup.
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Mohd Shirazi
油
Dokumen ini membandingkan beberapa teori perkembangan guru, termasuk Teori Keprihatinan Guru Fuller, lima peringkat perkembangan guru menurut Trotter, dan enam peringkat perkembangan guru menurut KPM. Ia juga membincangkan pengetahuan pedagogi yang diperlukan guru novis dan guru pakar serta implikasi perkembangan guru dari peringkat awal hingga mahir.
Peraturan ketat mengenai keselamatan dan kelakuan ditetapkan bagi peserta perkhemahan. Peserta perlu mendapat kebenaran ibu bapa, mematuhi semua peraturan, menginap di khemah yang ditetapkan, dan mendapat kelulusan untuk meninggalkan kawasan perkhemahan. Membawa senjata, barang berharga, merokok, membuang sampah sewenang-wenang dan memasuki kawasan larangan dilarang. Peserta perlu mematuhi
Ringkasan dokumen tersebut adalah sebagai berikut:
1) Dokumen tersebut membahas mengenai rekreasi dan perkemahan untuk murid berkeperluan khas termasuk jenis-jenis rekreasi, objektif, kepentingan, halangan, dan prosedur penganjuran aktiviti perkemahan.
2) Perkemahan ini bertujuan untuk memberi semangat, keterampilan komunikasi, disiplin, dan pengetahuan tentang perkemahan kepada peserta
Dokumen tersebut membahas konsep mengajar sebagai satu profesi. Ia menjelaskan ciri-ciri pekerjaan profesional menurut Lieberman dan juga mendefinisikan konsep perguruan dan keguruan. Dokumen ini juga menggariskan ciri-ciri guru profesional menurut beberapa penulis dan sepuluh sifat penting guru yang berkesan menurut McEwan.
Dokumen tersebut membahas tentang pengaruh bahasa asing terhadap perkembangan bahasa Melayu, dimulai dari abad ke-7 hingga saat ini. Bahasa Melayu diperkaya dengan serapan kata-kata dari bahasa Sanskrit, Arab, Portugis, Belanda, Tamil, Cina, dan Inggris. Terdapat dua cara serapan yaitu secara langsung atau melalui terjemahan.
Dokumen tersebut membahas tentang asas-asas perkemahan, sejarahnya, contoh jenis perkemahan, perancangan, persiapan awal, serta latihan yang perlu dilakukan. Perkemahan merupakan aktiviti rekreasi alam terbuka yang populer di seluruh dunia dan dapat membina disiplin serta menghargai keindahan alam. Lord Baden-Powell memperkenalkan perkemahan untuk belia dan kini menjadi bagian penting dari kurik
Kertas kerja perkhemahan bersepadu ko kurikulumsoulmoon
油
Perkhemahan bersepadu di SK Sungai Tukang Sidin bertujuan melatih pelajar dalam aspek fizikal, mental dan kepimpinan melalui aktiviti seperti pertandingan dan pembelajaran berkumpulan. Ia diadakan selama 2 hari 1 malam pada November 2010 dengan objektif memperkenalkan aspek perkhemahan dan meningkatkan komunikasi serta disiplin pelajar.
Tajuk 4 Pengelolaan Aktiviti dan PertandinganAzizi Ahmad
油
Pengelolaan aktiviti atau pertandingan memerlukan kemahiran-kemahiran khusus seperti kemahiran merancang ,kemahiran teknikal,kemahiran melaksanaserta kemahiran menilai keberkesanannya.Ia melibatkan prosedur yang sistematik yang perlu diikuti.
1. PROSEDUR TETAP PERKHEMAHAN
A. Definisi Perkhemahan
Berkhemah adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit, di gunung
dan sebagainya. Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul beberapa
tanggungjawab terhadap pengurusan makanan, perlindungan dan melibatkan diri dalam
aktiviti berkaitan dengan persekitaran anda. Sekiranya anda berkhemah secara individu
atau berkumpulan, perhubungan rapat dengan alam semulajadi perlu anda utamakan.
B. Tujuan Perkhemahan
1. Meningkatkan ketakwaan kepada Tuhan.
2. Meningkatkan abiliti dan kendiri.
3. Menghayati erti batasan kehidupan.
4. Memupuk semangat keberanian dan kreativiti.
5. Meningkatkan semangat kekitaan, bepersatuan dan disiplin.
6. Meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental.
C. Peringkat Prosedur Tetap.
1 Peringkat Prosedur Tetap terbahagi kepada tiga kategori:
1.1 Sebelum.
1.2 Semasa.
2. 1.3 Selepas.
1.1 Prosedur Tetap Sebelum Perkhemahan
1.1.1 Peraturan Pelaksanaan Perkhemahan
1.1.1.1 Kebenaran mengadakan perkhemahan mestilah diperoleh dari Guru
Besar / Pengetua / Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Darul Ehsan
(JPNSDE) (u.p Unit Perhubungan dan Pendaftaran) dengan
mengemukakan permohonan bertulis. Setiap permohonan perlulah
disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan yang berikut :
i) Sesalinan kertas cadangan pelaksanaan perkhemahan ( Rujuk
Lampiran)
ii) Sesalinan nama peserta dan guru pengiring
iii) Sesalinan surat / penyataan sokongan daripada Unit
Kokurikulum,JPNSDE.
3. iv) Sesalinan senarai jurulatih yang akan memimpin dan menyelia
perkhemahan.
v) Senarai tugas jawatankuasa pelaksanaan.
vi) Perlantikan dan mesyuarat Jawatankuasa Induk serta
pelaksanaan.
( Rujuk SP Bil 24 / 1998)
1.1.1.2 Pihak penganjur perkhemahan mestilah melantik secara bertulis
sekurang-kurangnya seorang jurulatih bertauliah yang berkelayakan dan
berkemahiran untuk memimpin serta menyelia program perkhemahan
yang akan dijalankan. Suatu perjanjian persefahaman perlu dibuat antara
pihak penganjur dengan jurulatih yang dilantik itu ( Rujuk para 3E, SP
24 / 1998 ).
1.1.1.3 Pemberitahuan mengenai perkhemahan yang akan dijalankan mestilah
dikemukakan kepada :
i) Balai Polis yang paling hampir dengan lokasi
perkhemahan.
ii) Balai Bomba dan Penyelamat yang paling hampir dengan
lokasi perkhemahan.
iii) Pejabat / Pusat Kesihatan yang paling hampir dengan
lokasi perkhemahan
iv) Pejabat Pentadbiran /Pejabat Penghulu yang paling
hampir dengan lokasi perkhemahan
4. 1.1.1.4 Penyertaan murid dalam setiap perkhemahan mestilah atas kerelaan
dan kesanggupan sendiri dengan mendapat kebenaran bertulis daripada
ibu bapa atau penjaga masing-masing.
( Rujuk para 3F, SP Bil 24 /1998)
1.1.1.5 Setiap peserta yang akan menyertai sesuatu perkhemahan mestilah
sihat, bersedia dan telah menjalani latihan-latihan asas yang berkaitan.
Kejayaan menjalani latihan-latihan asas ini mestilah dijadikan prasyarat
kepada peserta.
1.1.1.6 Taklimat awal mengenai aktiviti-aktiviti, peraturan dan langkah-langkah
keselamatan perlu diambil semasa perkhemahan, mestilah diberikan
kepada semua peserta.
1.1.1.7 Kebenaran bertulis menggunakan tapak lokasi perkhemahan mestilah
diperoleh terlebih dahulu daripada pihak yang berkuasa.
1.1.1.8 Lokasi Perkhemahan mestilah sesuai dan terjamin keselamatannya dari
segi:
i) gangguan binatang buas dan haiwan berbisa.
ii) hakisan atau tanah runtuh.
iii) banjir.
iv) ribut atau gelombang besar.
v) wabak penyakit.
vi) kemalangan di luar jangkaan seperti pokok tumbang,dahan jatuh
dan sebagainya.
( Rujuk para 2.4 SPI Bil 12 / 2000 dan SPI Bil 9 / 2000 )
5. 1.1.1.9 Jurubantumula mestilah dilantik dan berada bersama peserta pada
sepanjang masa perkhemahan.
( Rujuk para 3E, SP Bil 24 / 1998)
1.1.1.10 Penyertaan murid mestilah disertai oleh guru-guru pengiring yang
dilantik secara bertulis oleh Pengetua atau Guru Besar. Guru tersebut
diberi kuasa secara bertulis untuk mengawal dan menyelia
keselamatan, disiplin dan kebajikan murid sepanjang tempoh
perkhemahan.
1.1.1.11 Semua keperluan logistik (peralatan perkhemahan) hendaklah
mencukupi dan berada dalam keadaan yang baik.
1.1.1.12 Jika perkhemahan dibuat di luar kawasan sekolah yang melibatkan
pengangkutan, kebenaran dan peraturan pelancongan 1957 hendaklah
dirujuk.
1.1.2 Organisasi Perkhemahan
1.1.2.1 Organisasi adalah jentera yang menggerakkan aktiviti untuk kumpulan.
Justeru, organisasi tersebut dirancang berdasarkan perkara-perkara
di bawah:
i) Penganjur.
Nama pihak yang menganjurkan perkhemahan tersebut perlu
dicatatkan sama ada penganjuran utama atau penganjuran
bersama.
ii) Peserta.
6. Menentukan kumpulan sasaran dan kriteria peserta
perkhemahan.
iii) Saiz kumpulan.
Menentukan jumlah bilangan minima atau maksima ahli bagi
setiap kumpulan.
iv) Syarat.
Menetapkan syarat-syarat tertentu kepada peserta perkhemahan
seperti jantina, had umur, keadaan tubuh badan,kelulusan
akademik, kemahiran tertentu dan lain-lain.
v) Kepimpinan.
Menentukan organisasi kepimpinan dalam kumpulan-kumpulan
semasa perkhemahan
vi) Jawatankuasa.
Ahli jawatankuasa induk perlu ditentukan terlebih dahulu bagi
melaksanakan perkhemahan.
1.2 PROSEDUR TETAP SEMASA PERKHEMAHAN
1.2.1 Semasa perkhemahan perkara atau tindakan yang perlu diambil ialah:
7. 1.2.1.1 Memastikan kesihatan dan kebajikan para peserta sepanjang
perkhemahan terkawal dan terjamin, khususnya berkaitan
perkara-perkara berikut:
i) Jangkitan penyakit seperti malaria, campak, selsema dan
lain-lain.
ii) Keracunan makanan.
iii) Kemudahan-kemudahan asas.
iv) Sistem komunikasi.
1.2.1.2 Memastikan Prosedur Keselamatan dilaksanakan dan dipatuhi.
( Rujuk SPI. Bil. 12 / 2000 JPNSDE)
1.2.1.3 Memastikan Jadual Perkhemahan dilaksanakan mengikut
perancangan. Namun perancangan boleh diubahsuai jika
berlaku perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan seperti
faktor-faktor alam, manusia dan lain-lain.
1.2.1.4 Mesyuarat penyelarasan harus dibuat pada akhir aktiviti setiap
hari bagi menilai dan membincangkan masalah-masalah yang
timbul untuk diperbaiki pada masa hadapan.
1.2.1.5 Memastikan pemantauan terhadap aktiviti dilakukan sepanjang
masa.
8. 1.3 PROSEDUR TETAP SELEPAS PERKHEMAHAN
Perkara-perkara yang perlu dilakukan selepas perkhemahan:
1.3.1 Memastikan keperluan logistik atau peralatan perkhemahan mencukupi
dan berada dalam keadaan bersih dan baik.
1.3.2 Memastikan kawasan perkhemahan berada dalam keadaan bersih
seperti sebelumnya.
1.3.3 Memohon kebenaran daripada pemilik atau penduduk setempat untuk
meninggalkan kawasan perkhemahan.
1.3.4 Mengadakan post-mortem bagi menilai semula aktiviti yang dijalankan
dan mengenalpasti kelemahan-kelemahan untuk diambil tindakan
selanjutnya.
1.3.5 Membentang dan membuat laporan:
i) Kewangan.
ii) Aktiviti.
1.3.6 Mengedar surat penghargaan kepada pihak terlibat dan sijil pencapaian
serta penyertaan kepada peserta perkhemahan.
9. 1.3.7 Mendokumentasikan program tersebut sebagai panduan dan rujukan
pada masa hadapan.
Lampiran A
CONTOH KERTAS CADANGAN PELAKSANAAN PERKHEMAHAN
1. Latar belakang / Rasional.
2. Matlamat.
10. 3. Objektif.
4. Cadangan tarikh dan tempat.
5. Cadangan sasaran penyertaan.
6. Cadangan ahli jawatankuasa induk.
7. Cadangan ahli jawatankuasa pelaksana.
8. Cadangan aktiviti dan jadual perkhemahan.
9. Cadangan peraturan-peraturan perkhemahan.
10. Anggaran perbelanjaan.
( Rujuk Surat Pekeliling Bil 3 / 1997 Jabatan Pendidikan Negeri Selangor )
11. Harapan dan penutup.
11. Lampiran B
Contoh Persiapan Peraturan-Peraturan Keselamatan
PERATURAN PERATURAN KESELAMATAN PERKHEMAHAN
1. Semasa perkhemahan, tuan / puan hendaklah menjalinkan silaturahim, kenal- mengenali
dan hormat- menghormati antara satu sama lain.
2 Peserta diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di surau pada waktu yang ditetapkan
oleh kem komandan.
3 Semua peserta diwajibkan menghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program
yang diatur.
4 Menjaga segala peralatan yang disediakan . Dilarang merosakkan atau memindahkan
peralatan ke tempat lain.
5 Semua pihak yang terlibat dalam perkhemahan dilarang merokok dalam kawasan
perkhemahan.
6 Dilarang membuang sampah di merata-rata tempat.
7 Dilarang menebang atau merosakkan pokok-pokok yang terdapat dalam kawasan
perkhemahan.
8 Tidak dibenarkan memberi sebarang makanan kepada binatang-binatang.
12. 9 Lelaki tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan demikian juga
sebaliknya tanpa kebenaran.
10 Hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan tidak boleh memakai selipar atau kain pelikat
sama ada ke dewan makan atau keluar daripada kawasan perkhemahan.
11 Segala bentuk perjudian dan minuman keras diharamkan sama sekali .
12 Setiap peserta, tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah masing-masing, selepas jam
12.45 pagi.
13 Tidak dibenarkan memancing, berburu dan menangkap binatang tanpa kebenaran
semasa perkhemahan.
14 Peserta yang melanggar peraturan keselamatan ini akan dikenakan tindakan oleh
Jawatankuasa Keselamatan / Urusetia.
15 Tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman dari luar semasa perkhemahan.
16 Tidak dibenarkan keluar dari kawasan perkhemahan kecuali semasa aktiviti rasmi.
17 Penjagaan diri / peralatan / harta persendirian perlu diberi keutamaan.
18 Aktiviti penggunaan air dan api perlu dijalankan di bawah penyeliaan / pengawasan dan
mendapat kebenaran dari pihak berkenaan.
19 Penggunaan peralatan berbahaya hendaklah di bawah penyeliaan dan pengawasan
pihak bertanggungjawab.
20 Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran dari pihak penganjur.
21 Peraturan peraturan lain mengenai keselamatan akan dimaklumkan dari semasa ke
semasa jika difikirkan perlu.
Peraturan-peraturan adalah contoh yang mana boleh dipinda / diperkembangkan /
diubahsuai mengikut kesesuaian tempat / peserta / keadaan sekeliling dan lain-lain yang
difikirkan perlu.
14. Lampiran C
CONTOH SURAT KELULUSAN
MENGADAKAN PERKHEMAHAN PERINGKAT SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Sementa,
Jalan Kapar
41400 Klang,
Selangor Darul Ehsan.
Setiausaha, Rujukan Kami :
Jawatankuasa Pelaksana, Rujukan Tuan :
Perkhemahan Tahunan Pasukan Pakaian Seragam Tarikh :
Peringkat Sekolah 2001
Sekolah Kebangsaan Sementa
41400 Klang,
Selangor.
Tuan,
PERKHEMAHAN TAHUNAN PASUKAN PAKAIAN SERAGAM 2001
Sukacitanya perkara di atas adalah dengan hormatnya dirujuk
2. Sehubungan itu dimaklumkan bahawa pihak sekolah sedia maklum dan tiada
halangan untuk tuan mengadakan perkhemahan tahunan tersebut selagi perkara-
perkara tersebut di bawah dipatuhi :
2.1 Tiada unsur-unsur paksaan.
2.2 Mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa / penjaga murid.
15. 2.3 Memastikan langkah-langkah keselamatan dan kebajikan pelajar.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sementa,
Merangkap
Penolong Pendaftar
Sekolah-Sekolah Negeri Selangor
Lampiran D
CONTOH SURAT KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA
Nama dan Alamat Ibu Bapa / Penjaga
--------------------------------------------------
-------------------------------------------------- Tarikh ------------------
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sementa ,
Jalan Kapar,
41400 Klang,
Selangor Darul Ehsan.
Tuan / Puan,
16. KEBENARAN UNTUK MENYERTAI AKTIVITI PERKHEMAHAN PASUKAN
PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH 2000
Saya .. No K/P
Ibu / Bapa / Penjaga kepada
Tingkatan . memberi kebenaran kepada anak / anak jagaan saya
mengambil bahagian dalam perkhemahan tersebut di atas.
2. Sesungguhnya saya mengetahui dan faham bahawa pihak Sekolah Kebangsaan
Sementa akan mengambil langkah-langkah keselamatan namun demikian saya
mengaku tidak akan mengambil tindakan undang-undang atau mahkamah terhadap
pihak atau wakilnya yang berkaitan dengan apa-apa kehilangan
harta,kemalangan,kecacatan anggota atau sebarang kecederaan lain terhadap anak /
anak jagaan saya yang berlaku dalam perjalanan pergi dan balik atau sepanjang
perkhemahan tersebut.
3. Saya juga memberi kebenaran kepada pihak sekolah / pengelola wakilnya
memberi rawatan kecemasan atau pertolongan perubatan kepada anak / anak jagaan
saya jika di dapati perlu.
Pengakuan dibuat oleh: Saksi:
..
Tandatangan Tandatangan
Nama: Nama:
No. K/Pengenalan: No. K/Pengenalan:
Tarikh: Tarikh:
17. Lampiran E
CONTOH SURAT MEMOHON KHIDMAT HAKIM PERTANDINGAN
Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle,
41200 Klang,
Selangor Darul Ehsan.
_____________________________________________________________________
Ketua Polis Daerah, Rujukan Kami :
Ibu Pejabat Polis Daerah Klang, Rujukan Tuan :
Polis Diraja Malaysia, Tarikh :
Klang.
Tuan,
PERMOHONAN KHIDMAT HAKIM PERTANDINGAN KAWAT KAKI
SEMPENA PERKHEMAHAN TAHUNAN PASUKAN PAKAIAN SERAGAM
PERINGKAT SEKOLAH 2000
Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sehubungan itu dimaklumkan bahawa pihak kami akan mengadakan pertandingan kawat
kaki sebagai satu aktiviti dalam Perkhemahan Tahunan Pasukan Pakaian Seragam Peringkat
Sekolah 2000 .
3. Oleh yang demikian bagi menjayakan Pertandingan Kawat Kaki tersebut dipohon jasa
baik tuan untuk menghantar 2 orang anggota tuan untuk bertugas sebagai hakim dalam
pertandingan tersebut yang akan diadakan pada ketetapan berikut:
3.1 Tarikh : 22 Julai 2000
3.2 Masa : Mulai 2.30 petang
3.3 Tempat : SMK La Salle,Klang.
4. Anggota-anggota yang dicadangkan ialah seperti berikut:-
18. 4.1 L/Kpl 1047873 Abu Bakar bin Abu Talib
4.2 Kpl 572137 Abd Khalib bin Abd Hamid
Kerjasama serta sokongan tuan amat dihargai dan didahului dengan terima kasih
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
( )
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle,
41200 Klang,
Selangor Darul Ehsan.
s.k Pegawai Pendidikan Daerah Klang
Lampiran F
Contoh surat permohonan meminjam peralatan /keperluan / khidmat
bantuan daripada pihak-pihak tertentu
Kepada, Rujukan Kami
Rujukan Tuan
RUJUK LAMPIRAN Tarikh
Tuan / Puan,
PERMOHONAN MEMINJAM PERALATAN / KEPERLUAN / KHIDMAT
BANTUAN SEMPENA PERKHEMAHAN TAHUNAN PASUKAN PAKAIAN
SERAGAM PERINGKAT SEKOLAH 2000
19. Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah kami akan mengadakan Perkhemahan Tahunan
Pasukan Pakaian Seragam Peringkat Sekolah 2000 .
2. Butir-butir mengenai perkhemahan tersebut adalah seperti berikut:-
2.1 Tarikh : 21 Julai 2000 hingga 23 Julai 2000
2.2 Masa : Sepenuh masa
2.3 Tempat : Kawasan Padang SK Sementa
2.4 Penyertaan : 200 pelajar termasuk guru / jurulatih
3. Oleh yang demikian bagi melicin dan menjayakan perkhemahan tersebut besarlah
harapan kami jika pihak tuan dapat meluluskan permohonan pinjaman peralatan/
khidmat bantuan / keperluan seperti mana yang dilampirkan bersama ini.
Kerjasama serta sokongan daripada pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
KLANG CEMERLANG KLANG BOLEH
Saya yang menurut perintah
( )
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle,
Persiaran Raja Muda Musa,
41200 Klang,
Selangor Darul Ehsan.
s.k Pegawai Pendidikan Daerah Klang.
Lampiran
20. 1. Jurutera,
Syarikat Bekalan Air Selangor,
Jalan Pegawai,
41250 Klang.
2. Pengurus
Pusat Aktiviti Kokurikulum Sg Tekali,
D/a Unit Kokurikulum,
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor,
Jalan Jambu Bol 4/3E,
Seksyen 4,
40604 Shah Alam.
3. Jurutera,
Pejabat Dearah Klang,
Jalan Perbandaran,
41250 Klang.
4 Yang DiPertua,
Majlis Perbandaran Klang,
Jalan Perbandaran,
41250 Klang.
4. Jabatan-jabatan lain yang difikirkan perlu dan berkaitan
21. Lampiran G
Contoh surat lampiran permohonan meminjam peralatan/ keperluan /
khidmat bantuan.
Tuan Pengurus,
Pusat Aktiviti Kokurikulum Pendidikan Negeri Selangor Darul Ehsan,
Kem Sg Tekali,
Kampung Kantan,
Sungai Tekali,
41300 Hulu Langat,
Selangor Darul Ehsan.
PERALATAN YANG DIPERLUKAN UNTUK PERKHEMAHAN TAHUNAN
PASUKAN PAKAIAN SERAGAM PERINGKAT SEKOLAH 2000
BIL PERKARA BILANGAN / CATATAN
23. 41050 Klang
2. Ketua Polis Daerah,
Ibupejabat Polis Daerah Klang,
Polis Diraja Malaysia,
41560 Klang.
3 Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat,
Balai Bomba Dan Penyelamat Klang Utara,
Jalan Kapar,
41400 Klang
3. Jabatan-jabatan lain yang dianggap perlu dan berkaitan
24. Lampiran H
SURAT PEMBERITAHUAN TENTANG PERKHEMAHAN TAHUNAN
PASUKAN PAKAIAN SERAGAM PERINGKAT SEKOLAH 2000.
Rujukan Kami :
Rujukan Tuan :
Kepada,
Rujuk Lampiran
Tuan / Puan,
PEMBERITAHUAN TENTANG PERKHEMAHAN TAHUNAN PASUKAN
PAKAIAN SERAGAM PERINGKAT SEKOLAH 2000.
Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa perkara di atas adalah dirujuk
2. Sehubungan itu dimaklumkan bahawa pihak kami akan mengadakan
Perkhemahan Tahunan seperti mana yang tersebut di atas. Butir-butir mengenai
perkhemahan tersebut adalah seperti berikut:-
2.1 Tajuk : Perkhemahan Tahunan Pasukan Pakaian
Seragam Peringkat Sekolah 2000.
25. 2.2 Tarikh : 21 Julai 2000 Hingga 23 Julai 2000.
2.3 Masa : Sepenuh masa.
2.4 Tempat : Kawasan padang sekolah Sekolah Kebangsaan
Sementa.
2.5 Sasaran : Pelajar Tahap 2 Sekolah Kebangsaan Sementa.
2.6 Penyertaan : 200 pelajar dan guru.
Sekian untuk makluman tuan, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
KLANG CEMERLANG KLANG BOLEH
Saya yang menurut perintah,
( Ahmad Kasdu bin Mohd Ali)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sementa,
Klang.
Lampiran I
Contoh surat pelantikan dalaman
_________________________________
_________________________________
_________________________________
26. Tuan / Puan,
Surat Pelantikan
Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk dan berkaitan.
2. Sehubungan itu tuan / puan dengan ini dilantik sebagai
____________________________________________________
dalam Perkhemahan Tahunan Pasukan Pakaian Seragam Peringkat Sekolah
2000 yang akan diadakan pada ketetapan berikut: -
Tarikh : 21 Julai 2000 hingga 23 Julai 2000.
Masa : Sepenuh masa.
Tempat : Kawasan Padang Sekolah
Sekolah Kebangsaan Sementa.
3. Bersama ini dilampirkan panduan tugas untuk makluman serta tindakan tuan
Kerjasama serta sokongan tuan amat dihargai dan didahului dengan ribuan terima
kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
KLANG CEMERLANG KLANG BOLEH
Saya yang menurut perintah,
27. (Ahmad Kasdu bin Mohd Ali)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sementa.
Lampiran J
Contoh surat memohon kebenaran mengadakan perkhemahan daripada
Guru Besar
Setiausaha, Rujukan Kami :
Jawatankuasa Pelaksana, Rujukan Tuan :
Perkhemahan Pasukan Pakaian Seragam, Tarikh :
Sekolah Kebangsaan Sementa.
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sementa,
Jalan Kapar,
41400 Klang.
Tuan,
MEMOHON KEBENARAN MENGADAKAN PERKHEMAHAN PASUKAN
PAKAIAN SERAGAM PERINGKAT SEKOLAH 2000.
Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sehubungan itu dipohon kebenaran tuan untuk kami mengadakan perkhemahan
tersebut pada ketetapan berikut :
2.1 Tarikh : 21 Julai 2000 hingga 23 Julai 2000.
2.2 Hari : Jumaat hingga Ahad.
2.3 Masa : Sepenuh masa.
28. 2.4 Tempat : Kawasan padang Sekolah
Kebangsaan
Sementa.
3. Bersama-sama ini dilampirkan kertas cadangan perkhemahan untuk makluman
dan tindakan tuan.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
(Abdul Ghaffar bin Abdul Karim)
Penolong Kanan Kokurikulum,
Sekolah Kebangsaan Sementa,
Merangkap
Setiausaha,
Jawatankuasa Pelaksana Perkhemahan Pasukan Pakaian Seragam.