Dokumen tersebut memberikan ringkasan tentang sejarah, peralatan, kemahiran asas, dan peraturan bola tampar. Ia menjelaskan bahawa bola tampar diperkenalkan pada tahun 1885 dan merupakan sukan Olimpik. Dokumen ini juga menjelaskan peralatan utama seperti gelanggang, bola, jaring dan pakaian serta kemahiran asas seperti menyangga, servis dan merejam. Akhirnya ia menyenaraikan peraturan dan undang-und
1 of 16
Downloaded 42 times
More Related Content
91456967 bola-tampar
1. PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya saya berjaya menyiapkan kerja kursus
pendidikan jasmani yang bertajuk Bola Tampar.
Saya ingin mengucapkan terima kasih pada guru Pendidikan Jasmani saya iaitu
Encik Salleh bin Yusof yang telah banyak memberikan ilmu dan informasi yang
berguna kepada saya. Terima kasih juga pada keluarga saya yang banyak
memberikan sokongan moral dalam proses saya menyiapkan kerja kursus saya ini.
Tidak ketinggalan juga kepada kawan-kawan saya yang membantu saya dalam
menyiapkan kerja kursus ini.
2. BOLA TAMPAR
SEJARAH
Permainan bola tampar ialah gabungan dua jenis permainan iaitu
penggunaaannet dari sukan lawn tennis dan bola daripada bola keranjang.
Permainan ini telahdiperkenalkan oleh William G.Morgan pada tahun 1985. Pada
awalnya, permainan ini dikenali sebagai minonette sebelum digantikan dengan
nama volleyball oleh AlfredHalstead pada tahun 1896.
Bola tampar merupakan satu sukan Olimpik di mana dua pasukan
yangdipisahkan oleh satu jaring tinggi menggunakan tangan atau (jarang) bahagian
badanlain untuk memukul atau menampar sebiji bola melangkaui jaring kepada
tersebut tiga kali berturut-turut. Mata dikira apabila bola jatuh ke dalam gelanggang
lawan, lawan melakukan kesalahan atau lawan gagal mengembalikan bola dengan
betul.
Bola tampar merupakan satu sukan aktif. Disebabkan banyak serangan
memerlukan pemain menyentuh bola di atas jaring, kebolehan melompat
ditekankandalam permainan ini.
Dalam sesuatu pertandingan bola tampar, kejayaan sesebuah pasukan
bergantung pada strategi permainan, penguasaan kemahiran, kecergasan fizikal
yang tinggi dan kekuatan mental. Selain itu, persefahaman yang tinggi dan
komunikasi yangberkesan antara pemain juga merupakan faktor yang mendorong
kepada kejayaan sesebuah pasukan.
3. SEJARAH BOLA TAMPAR MALAYSIA
Di Malaysia, permainan ini diperkenalkan oleh pasukan pelawat dariHong
Kong dan Negara China pada tahun 1930-an. Ketika itu banyakperlawanan
persahabatan dan pertunjukan telah diadakan di Bandar Utamaseperti Pulau
Pinang, Kuala Lempeu dan Singapura atas usaha persatuan dankelab kebajikan di
Tionghua yang wujud pada masa itu. Di Malaysia, permainanbola tampar dikawal
oleh Kesatuan Bola Tampar Amatur Malaysia (MalaysiaAmateur Volleyball
Association) yang ditubuhkan pada tahun 1959. Pada tahun1927, Kejohanan
pertama bola tampar di Malaysia yang dikenali sebagai LigaSelangor telah
dianjurkan.
Di peringkat sekolah-sekolah, pertandingan bola tampar dianjur
ataudikelolakan oleh Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM)
4. KEMUDAHAN DAN PERALATAN BOLA TAMPAR
GELANGGANG
Permukaan gelanggang bola tampar perlu rata dan diperbuat daripada simen
atau sebarang permukaan sintetik yang sesuai dan selamat. Gelanggang bola
tampar juga boleh dibuat di atas padang berumput dan permukaan tanah liat.
BOLA
Mikasa saiz 5
Berbentuk sfera
5. Diperbuat daripada lapisan kulit fleksibel dengan satu pundit getah
Mempunyai sejenis warna
Lilitannya ialah 65-67 cm
Berjisim 260-280g
Tekanan udara ialah 0.30-0.325kg
JARING
Jaring bola tampar adalah 1m lebar dan 9.50m panjang yang diletakkan di
atas paksi garisan tengah.
Dua antena diikatkan pada pinggir luar setiap jalur tepi dan diletakkan
bertentangan jaring.
Kedua-dua antena dikira sebagai sebahagian daripada jaring dan
mengehadkan ruang lintasan.
Tinggi jaring adalah 2.43m bagi lelaki dan 2.24m bagi wanita. Ia diukur dri
tengah gelanggang bermain dengan sebatang pengukur.
Kedua-dua hujung jaring, mesti sama tinggi daripada permukaan bermain dan
tidak melebihi 2cm daripada tinggi rasmi.
ANTENA
Merupakan berukuran 4.8m panjang,dan berdiameter 10mm
Diperbuat daripada kaca gentian atau bahan yangserupa dengannya yang
mudah lentur
Diletakkan/diikat pada pinggir luar sebagai penanda tepi
6. PAKAIAN
Pakaian pemain juga dapat diklasifikasikan sebagai peralatan bola tampar.
Pemakaian Pemain :
a) jersi (1-18)
b) berseluar pendek
c) memakai kasut yang bersesuaian
d) knee pad
e) knee guard
f) warna dan corak jersi,seluar dan stokin adalah seragam untuk semua pemain
kecuali libero.
7. KEMAHIRAN ASAS BOLA TAMPAR
Permainan ini dimainkan oleh sepasukan 6 orang di dalam gelanggang yang
berukuran 18mX19m dan jaring setinggi 2.5m. Pertandingan bola tampar di kawal
oleh 2 orang referi. Pergerakan servis mesti dilakukan dalam masa 5 saat dari bunyi
wisel referi. Permainan boleh kontek bola dengan menggunakan mana-mana
bahagian badannya.
Kemahiran Asas Bola Tampar
i) Menyangga
ii) Servis
iii) Merejam
iv) Menghadang
v) Mengumpan
Menyangga
Sebelum anda mahir dalam permainan bola tampar anda perlu menguasai
kemahiran asas ini. Kemahiran menyangga penting agar anda dapat menguasai
cara menghantar bola ke pihak lawan. Hantaran bawah tangan juga dikenali sebagai
hantaran menyangga atau 'dig'. Hantaran ini dilakukan pada aras bawah tangan
yang menggunakan dua belah tangan (a two-handed underhand pass) dan
merupakan jenis hantaran yang lazim digunakan dalam permainan bola tampar.
Kemahiran menyangga juga digunakan apabila bola berada terlalu dekat dengan
8. lantai dan pemain tidak sempat mengambil posisi yang baik untuk menggunakan
hantaran atas kepala.
Kemahiran dig juga digunakan sebagai teknik menahan, terutamanya untuk
menyelamatkan hantaran dan juga mengawal semula bola. Contohnya, apabila
pihak lawan merejam bola atau bola dimainkan ke satu posisi yang tidak
membolehkan penerima menggunakan hantaran atas kepala maka penerima
hantaran akan menggunakan dig
untuk menyelamatkan pukulan
tersebut.
Teknik-teknik Menyangga:
Pastikan kedua-dua ibu jari
adalah selari.
Jari-jari hendaklah dilipat dan dirapatkan antara satu sama yang lain.
Kedua-dua siku dikunci dengan lengan dan pergelangan tangan diluruskan ke
hadapan.
Kaki dijarakkan denga sebelah kaki diletakkan di hadapan dan lutut
dibengkokkan untuk menerima hantaran.
Letakkan kaki luar ke hadapan dan pusing badan untuk menghadap sasaran
sebelum bermain bola.
Tolak bola ke atas dengan pergerakan bahu yang minimum.
9. Elakkan daripada menghayun lengan untuk menampar bola.
Pastikan tapak pemukul (platform) adalah stabil.
Kendurkan bahagian atas tubuh.
Hantar bola tinggi agar pukulan bola yang seterusnya dapat disambut dengan
baik oleh ahli pasukan yang lain.
Servis
Servis adalah suatu tindakan yang dibuat untuk memulakan permainan
dengan bola dihantar dari kawasan servis oleh seorangb pemain yang memegang
giliran untuk melakukan untuk melakukan servis. Servis merupakan salah satu
10. kemahiran yang terpenting yang perlu dikuasai oleh semua pemain. Kepentingan
servis antaranya ialah:
(a) Mengikut peraturan permainan bola tampar, sesuatu pasukan mesti berada
dalam kedudukan membuat servis untuk mendapatkan skor. Oleh itu pasukan yang
memiliki pemain handal membuat servis berpeluang untuk mendapatkan skor dan
mengekalkan servis.
(b) Semasa seseorang pemain membuat servis dengan darjah lontaran tertentu,
pemain tersebut boleh menentukan di mana kedudukan bola yang hendak dihantar
olehnya. Satu servis yang kuat dan pantas boleh membuatkan pemain yang lemah
daripada pasukan lawan yang menerima hantaran bola tersebut membuat kesilapan
seperti terlepas bola, membuat faul atau membuat hantaran lemah (poor pass).
Mengumpan
Mengumpan atau membuat umpanan (setting) adalah pergerakan di mana
pemain 'setter' akan menghantar bola mengikut ketinggian dan arah tertentu kepada
rakannya bagi membolehkannya pasukan membuat rejaman untuk memperolehi
mata. Tanpa umpanan yang baik dan tepat daripada setter, ia akan menyulitkan
perejam. Pengumpan dan perejam mestilah memiliki tahap persefahaman yang
11. tinggi. Pengumpan seharusnya tahu akan arah dan corak lambungan bola yang
dikehendaki perejam sebelum dia membuat rejaman. Dua perkara asas dalam
kemahiran membuat umpanan ialah pergerakan badan dan kaki yang harus selesa
dan seimbang. Tangan diletakkan di hadapan muka dengan ibu jari serta jari jari lain
mengucup.
Merejam
Kemahiran merejam digunakan oleh pemain serangan untuk mendapatkan
skor atau mata dengan membuat pukulan smesyi (smash) ke dalam gelanggang
pihak lawan. Anda perlu bersedia berdiri berdekatan jaring dan menghadap ke arah
12. bola yang akan dihantar oleh rakan sepasukan anda. Semasa bola mula menjunam
turun, anda perlu melompat tinggi ke udara dan menghayunkan tangan anda ke atas
untuk memukul bola masuk ke dalam gelanggang pihak lawan. Pergerakan ini
samalah seperti smesyi dalam permainan badminton. Mata akan diperolehi
seandainya bola tidak dapat ditangkis oleh pemain pasukan lawan dan berjaya
menjejaki ke lantai dalam gelanggang.
Menghadang
13. Lazimnya tindakan menghadang diamalkan untuk menentang rejaman oleh pihak
lawan. Hadangan yang berkesan akan menyebabkan bolamati dalam gelanggang
pihak yang membuat rejaman.
Cara-cara Menghadang
a) Menolak kedua-dua belah kaki, tangan diluruskan ke atas
b) Bahagian lengan dan tapak tangan condong ke sebelah pihak lawan
15. UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN
Pertandingan bola tampar dilaksanakan mengikut Undang-undang
PersatuanBola Tampar Amatur Malaysia (MAVA) dan peraturan-peraturan am Majlis
SukanSekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Antara undang-undang asas permainan
bolatampar adalah seperti berikut:
1. Pertandingan bola tampar diadili oleh dua orang pengadil, iaitu
pengadilpertama dan pengadil kedua.
2. Setiap pasukan perlu terdiri daripada sekurang-kurangnya enam
orangpemain dan tidak melebihi 12 orang pemain yang berdaftar.
3. Servis hanya boleh dilaksanakan selepas pengadil pertama meniup wisel.
4. Servis perlu dilakukan oleh setiap pemain mengikut giliran yang sah.
5. Pemain yang melakukan servis tidak dibenarkan memijak garisan belakang.
6. Setiap pemain boleh menyentuh bola sekali sahaja. Pemain boleh menyentuh
bola dengan mana-mana bahagian badan.
7. Setiap pasukan hanya boleh menyentuh atau memainkan bola dengan
tigasentuhan sebelum menghantar ke gelanggang pihak lawan. Pengiraan ini
tidak termasuk sentuhan bagi mengadang.
8. Mengadang hanya boleh dilakukan oleh pemain barisan hadapan.
9. Pemain barisan belakang boleh melakukan rejaman tetapi dari luar kawasan
serangan.
10.Pemain dilarang menyentuh mana-mana bahagian jaring atau
memasukikawasan pihak lawan.
11.Setiap pasukan boleh melakukan enam pertukaran dalam setiap set
permainan bila-bila masa dengan kebenaran pengadil. Pemain yang ditukar
perlu diganti dengan pemain yang sama apabila pertukaran dibuat semula.
16. 12.Setiap pasukan boleh meminta dua kali time-out dalam satu set permainan
dengan kebenaran pengadil.
13.Mata kemenangan ialah 25 mata yang dikira secara pengiraan
pingpong.Apabila kedudukan mata 24-24, lebihan dua mata diperlukan untuk
menentukan kemenangan.
14.Set penentuan, hanya 15 mata sahaja digunakan dengan lebihan duamata
diperlukan untuk menentukan kemenangan
15.Antena berfungsi untuk memastikan bola masih berada dalam
kawasanpermainan semasa bola masuk ke kawasan pihak lawan.
16.Setiap pasukan hendaklah memakai jersey yang mempunyai nombor.
17.Permainan akan dijalankan mengikut peraturan dan undang-undang
yangditetapkan oleh International Volley Ball Association.