2. Pengenalan
- Malaysia telah berjaya keluar drp kumpulan negara
mundur kpd negara sedang membangun dan kini menuju
ke arah status negara maju (cita-cita dlm Wawasan 2020).
- Malaysia pernah melalui pelbagai peristiwa pahit yang
menjejaskan hubungan etnik sejak zaman penjajahan
sehingga selepas merdeka (Peristiwa 13 Mei 1969)
2
3. - Daripada pengalaman pahit tsb, pengajaran penting yg
diperoleh ialah:
1. Kemajuan ekonomi shj tidak lengkap
sekiranya tidak disertai kestabilan politik.
2. Kestabilan politik shj tidak memadai tanpa
pembangunan ekonomi yg seimbang.
3. Pembangunan ekonomi dan kestabilan politik
perlu berjalan dgn lancar dan seimbang agar tidak
wujud kepincangan sehingga menimbulkan konflik.
3
4. Keseimbangan : melibatkan agihan habuan ekonomi yg
saksama & perkongsian kuasa pemerintahan yg matang.
Persoalannya
1. Apakah faktor yg boleh membawa
keseimbangan?
2. Apakah perkara yg perlu dipertahankan atau
dipelihara untuk menjamin keseimbangan secara
berterusan?
Usaha berterusan untuk memupuk dan mengekalkan
hubungan etnik yg harmonis
4
5. KEPENTINGAN MEMAHAMI HUBUNGAN ETNIK
1. Malaysia merupakan sebuah negara berbilang
kaum yg pernah menghadapi konflik etnik.
2. Hubungan etnik berkait rapat dengan seluruh
struktur sosial masyarakat dan memberi pemahaman
tentang darjah pluralisme sosial dan kebudayaan,
punca konflik serta sejauhmana struktur masyarakat
bersifat kolonial.
3. Hubungan etnik mencerminkan perkembangan
sejarah dan kemampuan sosioekonomi sesebuah
negara.
5
6. 4. Hubungan etnik mencerminkan darjah dan sumber
ketegangan sosial dlm sesebuah masyarakat.
5. Melalui hubungan etnik juga dapat difahami isu
prasangka dan diskriminasi di sesebuah negara
serta gambaran peranan faktor personaliti dalam
menentukan tingkah laku ahli masyarakat.
6. Hubungan etnik penting dalam memahami kesan
pengindustrian di sesebuah negara (kesan pengindustrian
dan perubahan sosial).
7. Hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial
dan perancangan sosial sesebuah negara.
6
7. - Keharmonian Hubungan Etnik di Malaysia
tidak bergantung semata-mata kpd keadaan
berbaik-baik antara pelbagai kumpulan etnik tetapi
juga antara kumpulan kelas sosial yg berbeza
(pekerja/kelas menengah/golongan yg kaya drp pelbagai
kumpulan)
- HE merupakan satu ciri penting yg mencorakkan
sistem sosial Malaysia walaupun tahap perpaduan
nasional di negara kita sukar diukur, namun negara
luar melihat Malaysia sbg negara yg berjaya
mewujudkan HE yg harmonis
7
9. KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK
Tiga konsep penting yg ditumpukan ialah:
Masyarakat, Budaya, dan Perpaduan
Masyarakat
- Menurut Roucek & Warren (1979): Masyarakat -
sebagai satu kumpulan manusia yang berhubung
secara tetap dan tersusun dalam menjalankan aktiviti
secara kolektif dan merasakan bahawa mereka adalah
hidup bersama. Terdapat perhubungan terus menerus di
kalangan mereka yang masih hidup dan kekal selama
berabad- abad.
9
10. - Satu kumpulan / kelompok manusia yang hidup
saling berorganisasi, berbincang,
bekerjasama dalam mengatur kerja
secara kolektif, mampu menyatukan buah
fikiran dan tindakan sehingga terjalin
hubungan antara satu sama lain serta lahir
satu sistem yang dinamakan sebagai
kebudayaan.
Ciri-ciri utama masyarakat:
a) berkelompok;
b) berbudaya;
c) mengalami perubahan;
d) berinteraksi (dalaman & dgn pihak luar)
10
11. e) mempunyai kepimpinan; dan
f) mempunyai aturan sosialnya (susun lapis, kelas,
status dan kasta)
Konsep Etnik / Kaum
- Satu kelompok yang boleh dikaji hubungan persaudaraan
mereka melalui nenek moyang yang sama. Etnik boleh
didefinisikan sbg sekelompok manusia yg mengamalkan
budaya yg hampir seragam, termasuk adat resam,
pakaian, bahasa, & kegiatan ekonomi.
- Konsep kelompok etnik digunakan untuk merujuk kepada
golongan yg berbeza dari segi kebudayaan.
11
12. - Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat
resam, pola keluarga, pakaian, pandangan tentang
kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi, & hiburan.
Konsep Suku
- kelompok masyarakat yg membentuk rumpun
bangsa (cth: dalam rumpun Kadazandusun terdapat sub
etnik seperti Tatana, Bisaya, Lotud, Kimaragang, dll)
12
13. Konsep Bangsa / Nasion
- Mempunyai maksud yg lebih luas dan terbentuk
berasaskan gagasan ras atau etnik yg sedia ada
- Menurut John Stuart Mill : Bangsa - Rumpun
manusia yg terikat oleh rasa taksub bersama & lebih rela
bekerjasama sesama mereka, berbanding dengan
rumpun bangsa yg lain. Lazimnya terjalin oleh
kesamaan bahasa, kesatuan wilayah, budaya, sejarah &
agama.
- Bangsa Malaysia sbg bangsa idaman yg kita
kehendaki. Pembentukan bangsa Malaysia berteraskan
hubungan etnik yg harmonis.
13
14. Konsep Masyarakat Majmuk.
- Menurut J.S.Furnivall: Masyarakat majmuk terdiri drp
pelbagai kaum yg mempunyai kebudayaan, agama, bahasa
dan adat resam yg tersendiri. Walaupun mereka (pelbagai
kaum) berganding bahu di bawah sistem politik yg sama,
tetapi kehidupan mereka adalah berasingan; interaksi sosial
dalam kalangan mereka amat kurang dan hubungan mereka
amat terbatas dan pembahagian tugas dilakukan atas garis-
garis ras.
14
15. - Asas sosial sesuatu masyarakat majmuk ialah
campuran pelbagai kelompok manusia. Dari segi politik pula
masyarakat majmuk timbul akibat dominasi penjajah.
- Satu lagi ciri masyarakat majmuk ialah ketiadaan /
kelemahan azam sosial bersama (common social will)
yg merupakan satu set nilai yg dipersetujui anggota
masyarakat bagi mengawal dan memberi panduan
kepada tingkah laku sosial.
15
16. Konsep Kelas Sosial
- Konsep ini berkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok
dalam masyarakat. Dalam kehidupan sehari-hari, segolongan
individu yg mempunyai kedudukan yg sama dari segi kuasa,
politik, kekayaan, pendapatan, martabat, pekerjaan atau
hubungan dengan punca-punca pengeluaran.
Cth: Masyarakat Kapitalis terbahagi kepada dua golongan:
1. Bourgeoisie : yg memiliki punca-punca pengeluaran,
pengagihan dan pertukaran.
2. Proletariat : yg tidak memiliki perkara di atas hanya tenaga
kerja sahaja
16
17. Konsep Institusi Sosial
- Sebagai konsep utama dalam memahami masyarakat dan
kebudayaan. Konsep ini berkait rapat dengan pola tingkah
laku yg telah menjadi kebiasaan atau suatu pola hubungan
sosial yg mempunyai suatu matlamat sosial yg tertentu.
Cth: Institusi sosial yg utama: Institusi
keluarga, institusi politik, institusi agama, institusi
pelajaran dll.
17
18. Konsep Jarak Sosial
- Satu perasaan pemisahan / pemisahan sosial yg benar-benar
wujud di antara individu-individu, individu dengan kelompok
atau kelompok dengan kelompok. Istilah ini digunakan untuk
menganalisis hubungan dalam sesuatu kelompok atau di
antara kelompok.
- Jarak sosial berkait rapat dengan interaksi dan persefahaman
antara kelompok. Semakin besar jarak sosial di antara dua
kelompok, maka semakin kurang hubungan atau interaksi dan
persefahaman antara kedua-duanya.
18
19. Konsep Mobiliti Sosial
- Merupakan satu proses perubahan individu atau kelompok
dari satu lapisan sosial kepada lapisan sosial yg lain dalam
satu sistem stratifikasi sosial. Mobiliti sosial berkait rapat
dengan struktur sosial sesuatu masyarakat.
- Dalam sistem yg lebih terbuka, peluang untuk mobiliti sosial
adalah lebih terbuka. Sebaliknya dalam sistem tertutup
seperti dalam sistem kasta yg bercorak tradisi, mobiliti sosial
jarang sekali berlaku.
19
20. - Konsep Etnik membentuk konsep etnisiti dan
etnosentrisme
Etnisiti :
merujuk kpd rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik
tertentu. Wujudnya satu kebudayaan atau sub budaya
yg jelas dan dapat menyatukan anggotanya berasaskan
satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yg sama.
20
21. Etnosenterisme:
- Satu sikap atau kepercayaan bahawa kebudayaan sendiri
adalah lebih baik dan lebih tinggi nilainya daripada
kebudayaan kelompok lain.
- Sesuatu kelompok dikatakan etnosentrik apabila mereka
menilaikan kebudayaan lain berdasarkan standard dan nilai
kebudayaan sendiri dan menganggap kebudayaan lain
mempunyai nilai yg lebih rendah.
- Etnosentrisme membayangkan keengganan /
ketidakmampuan sesuatu kelompok untuk menghargai
pandangan kelompok daripada kebudayaan masyarakat yg
lain.
- Selagi manusia menjadi etnosentrik, selagi itulah mereka
akan melihat kelompok lain berdasarkan stereotaip yg sedia
ada (biasanya yg bersifat negatif)
21
22. - Walau bagaimanapun Etnosentrisme berfungsi penting dalam
mengukuhkan unsur budaya sesuatu masyarakat dan
mengukuhkan perpaduan di antara anggota sesuatu
kelompok masyarakat. Cth: Ketaatan kepada budaya dan
kelompok diterjemahkan dalam ketaatan kepada parti
dapat mengatasi konflik politik dalam sesuatu kelompok
masyarakat.
Konsep Ras dan Rasisme
Ras: Kelompok manusia yang mempunyai persamaan dari
segi ciri-ciri fizikal (warna kulit dll). Ciri-ciri fizikal
tersebut ditentukan oleh baka yang diwarisi dari generasi ke
generasi cth: Mongoloid, Negroid dan Austroloid.
22
23. - Pd dasarnya, ras boleh dikatakan sbg kelompok sosial yg
mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri
fizikal-biologikal yg nyata seperti warna kulit, warna mata,
warna rambut dsbnya. Ciri yg paling ketara untuk
membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit.
- Ras juga merujuk kepada satu kelompok manusia yg
menganggap diri dan / atau dianggap oleh kelompok lain
sebagai berbeza drp kelompok mereka berasaskan dasar
perbezaan fizikal yg tidak dpt diubah dan sifat2 ini berkaitan
dgn sifat2 atau kebolehan moral & intelek mereka.
23
24. Konsep Diskriminasi
- Ditakrifkan sbg pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh
seseorang atau sekelompok etnik terhadap anggota atau kelompok
etnik lain yg mempengaruhi perilaku pihak yg berpandangan
negatif.
- Diskriminasi ialah perbuatan membandingbezakan seseorang
individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik
semata-mata.
- Merupakan manifestasi prasangka yg wujud dlm kalangan
kumpulan etnik dan mudah berlaku apabila wujud prejudis &
stereotaip dlm sesebuah masyarakat.
- Diskriminasi berlaku dlm banyak bentuk (individu atau kumpulan
etnik) dan mencapai tahap tertinggi apabila melibatkan
pembuangan kerja, serangan fizikal secara terbuka atau percubaan
penghapusan sesebuah kumpulan etnik.
24
25. Konsep Budaya
- Kebudayaan : ditakrifkan Sebagai satu
keseluruhan cara hidup manusia (yg merangkumi
cara bertindak, berkelakuan dan berfikir).
Kebudayaan meliputi hasil-hasil kehidupan kelompok
yg bercorak kebendaan dan bukan kebendaan.
Kebudayaan berbeza dari satu masyarakat ke
masyarakat yg lain, namun beberapa aspek yg
sama didapati wujud dalam kalangan semua
masyarakat (seperti bahasa, objek-objek
kebendaan, amalan agama, sistem kekeluargaan,
nilai kesenian dll). Persamaan tersebut dikatakan
sebagai pola kebudayaan sejagat.
25
26. - Perubahan merupakan sifat yg penting bagi
sesuatu kebudayaan.
- Terdapat dua peranan utama bagi pembentukan
sesuatu budaya:
1. Membina imej negara ke arah
mewujudkan keperibadian serta identiti.
2. Memupuk kesedaran kebangsaan &
kenegaraan bercirikan kerohanian,
kemanusiaan, spiritual, & mental.
Ciri-ciri penting sesuatu budaya:
1. Dipelajari.
2. Dikongsi.
3. Bersifat sejagat.
26
27. 4. Diwarisi
5. Berubah-ubah
6. Mempunyai unsur simbolik
7. Adanya pandangan semesta (world view)
- Terdapat perbezaan budaya antara satu
masyarakat dgn masyarakat yg lain. Manusia itu
sendiri yg membentuk budaya dan perkembangan
budaya akan mengikut perkembangan masyarakat
itu sendiri.
27
28. KONTRAK SOSIAL
- Merupakan satu persetujuan yg dicapai di antara
pelbagai kaum untuk mencapai sesuatu matlamat yang
dapat menjaga kepentingan semua pihak.
- Cth: Di Malaysia, kontrak sosial antara kaum Melayu,
Cina dan India tentang perkara penting dalam
perlembagaan (kedudukan Raja-raja Melayu, Hak
Istimewa Melayu, Hak kerakyatan, Islam sebagai agama
rasmi dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
28
29. Konsep Nasion -Negara bangsa.
Pembinaan negara bangsa umumnya boleh
disamakan dgn integrasi nasional.
Kepentingan pembentukan nasion:
- untuk memastikan nasion itu terus kekal
dalam keadaan sepadu, sejahtera & tenteram.
Negara adalah tumpuan kesetiaan nasion.
Pengukuhan negara memerlukan penyertaan
dan dukungan komuniti etnik yg memberikan
kesetiaannya.
29
30. MODEL PEMBENTUKAN NASION
Cth: Model Asimilasi, Model Integrasi, Model
Akomodasi Politik / penyelesaian politik, Model
Amalgamasi dll.
APAKAH MODEL YG SESUAI BAGI NEGARA MALAYSIA ?
- Malaysia - penduduknya terdiri drp pelbagai kaum.
Sebelum merdeka, org Melayu, Cina & India tidak
berkongsi satu pengalaman penderitaan & kegembiraan
yg sama pd masa lampau.
- Kesan dasar pecah dan perintah oleh British, sistem
ekonomi duaan & pengasingan pendidikan menyukarkan
perpaduan kaum dicapai.
30
31. - Pembentukan nasion Malaysia tidak melalui proses
asimilasi tetapi mengekalkan identiti kepelbagaian yg
dibentuk melalui pelbagai dasar seperti dasar pendidikan
& bahasa kebangsaan.
Menurut Tun Abdul Razak (PM ke-2)
Dasar kerajaan mengenai perpaduan negara bukanlah
melalui proses asimilasi tetapi melalui integrasi iaitu
melalui penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan & ciri-
ciri sosial yg diterima oleh semua bangsa dlm negara.
- Identiti, hak & budaya hidup sesuatu kelompok etnik tidak
dihapuskan tetapi disuburkan.
31
32. - Komposisi bangsa menjadi asas utk memahami keadaan
politik, ekonomi & sosial di Malaysia.
- Tidak semua permasalahan masyarakat majmuk boleh
diselesaikan semata-mata dgn kaedah penyelesaian
politik tetapi juga bergantung kpd faktor-faktor lain
seperti kemajuan ekonomi, keadilan sosial & sosiobudaya.
32