Seorang manusia(hamba Allah SWT), apabila namanya manusia maka sifatnya adalah tidak sempurna. Tiada yang sempurna melainkan Allah SWT. Namun manusia ditegaskan untuk berusaha mencapai yang terbaik, mencapai sesempurna mungkin supaya dia boleh mencapai tertinggi dalam apa yang dia boleh capai sebagai manusia.
Apabila tidak sempurna, pasti ada lekukan-lekukan dalam hidup ini yang membuatkan manusia tergugah. Ujian, cabaran, halangan, yang datang dalam kehidupan insan adalah rencah kepada kehidupan itu sendiri. Pahit manis kehidupan, dirasai kerana ketidak sempurnaan manusia.
Namun, tidak semua mampu menghadapi ujian, kekurangan, cabaran yang diberikan Allah SWT kepada mereka..