Sastera rakyat adalah hasil karya lisan tradisional masyarakat Melayu yang disebarkan secara turun-
temurun melalui penceritaan. Ia mencerminkan budaya dan adat istiadat masyarakat pemiliknya tanpa
pengarang yang diketahui. Sastera rakyat berfungsi sebagai alat hiburan, pendidikan, dan ekspresi budaya
masyarakat.
1 of 2
Download to read offline
More Related Content
Sastera Cerita Rakyat (KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL)
1. SASTERA RAKYAT / SASTERA LISAN
Sastera rakyat adalah hasil-hasil sastera Melayu lama yang bercorak lisan, yang dikenali juga sebagai
Folklore. Ia disampaikan secara lisan atau dipertuturkan dan diperturunkan ( diwarisi ) dari satu generasi
ke generasi berikutnya dan menjadi milik bersama masyarakat Melayu. Sastera rakyat hidup dan
berkembang dalam masyarakat Melayu secara lisan tanpa diketahui bila ia dicipta dan siapa penciptanya.
CIRI-CIRI SASTERA RAKYAT
a. Dari segi penyebaran
Salah satu sifat sastera rakyat yang utama terletak pada cara penyebarannya. Pada lazimnya sastera
rakyat disebarkan atau disampaikan melalui pertuturan atau secara lisan. Ia dituturkan secara individu
kepada seorang indivdu yang lain atau sekumpulan individu yang lain. Misalnya seorang datuk akan
menuturkan suatu cerita kepada seorang bapa, seterusnya dari seorang bapa dituturkan kepada seorang
anak atau cucu. Ini bermakna hasil-hasil sastera rakyat tersebut diperturunkan atau diwarisi dari satu
generasi ke generasi berikutnya secara lisan.
b. Dari segi penyampaian:
sastera Rakyat disampaikan secara lisan oleh seorang yang profesional, yang kerjanya "bercerita" kepada
anggota masyarakat yang lain. Dalam masyarakat melayu, profesion ini dikenali sebagi "tok cerita" atau
‘tukang cerita’ ataupun "pawang", yang telah menghafal cerita-cerita tertentu daripada seorang guru, untuk
menyampaikan cerita dengan cara yang menarik kepada orang kampung, bagi menghiburkan orang
kampung yang berkenaan.
Di antara tukang-tukang cerita yang terkenal ialah Mir Hassan, Pawang Ana, Tok Selampit, Awang Batil
dan sebagainya.
Penyampaian cerita sering diiringi dengan alat muzik tradisional seperti batil, rebab dan lain-lain.
c. Dari segi penciptaan:
Sastera Rakyat merupakan hasil karya yang menjadi milik bersama masyarakat iaitu sastera hak
masyarakat dan bukannya milik individu tertentu. Oleh itu tidak diketahui siapa penciptanya dan bila ia
dicipta atau dihasilkan.
Merupakan kepunyaan bersama Soal hak cipta tidak wujud pada sastera rakyat. Tiada siapa-siapa yang
akan mengaku bahawa dialah pengarang bagi cerita rakyat yang tertentu. Bagi tok cerita ataupun tukang
2. cerita yang kerjanya bercerita, beliau juga tidak mengakui dirinya sebagai pengarang cerita berkenaan,
melainkan meletakkan kepengarangan cerita berkenaan kepada seorang individu yang anonmious, yakni
Yang Empunya Cerita.
d. Dari segi fungsi:
Sastera Rakyat mempunyai fungsi dan peranan tertentu dalam masyarakat. Sastera Rakyat berfungsi
sebagai alat hiburan, alat pengajaran dan pendidikan, alat protes sosial atau kritikan dan sebagainya.
e. Dari segi Versi
Sastera Rakyat terdapat dalam pelbagai versi dan berlaku tokok tambah kerana penyebarannya yang
dilakukan secara lisan. Biasanya berlaku beberapa perubahan atau penyesuaian terhadap cerita asal
mengikut penyesuaian setempat menyebabkan lahir pelbagai versi. Namun perbezaan itu hanya pada
aspek luaran sahaja sedangkan bentuk dasarnya adalah sama dan dapat bertahan.
f. Sastera Rakyat Adalah Cerminan Hidup Masyarakat
Sastera Rakyat adalah cerminan hidup masyarakat Melayu tradisional. Sastera Rakyat mengandungi ciri-
ciri budaya asal masyarakat yang melahirkannya seperti kesenian, kepercayaan dan adat resam. . Hal ini
berlaku kerana sastera rakyat merupakan satu pernyataan atau ekspresi budaya masyarakat yang
melahirkannya. Sastera Rakyat merupakan media untuk menyalurkan tradisi itu kepada generasi
berikutnya. Dengan maksud agar tradisi itu dapat dikekalkan dan diwarisi oleh generasi akan datang.
g. Sering memiliki unsur irama
Cerita penglipur lara yang disampaikan oleh pawang ataupun tok cerita sentiasa mengandungi unsur irama
yang menarik. Pengaturan ini adalah supaya cerita itu lebih menghibur bersamping untuk memudahkan
tok cerita berhafal.