Sekolah Kebangsaan Datuk Usman Awang ( SKDUA ) telah dibuka pada 01 Disember 1994. Pada awal penubuhannya, nama sekolah ini ialah cawangan Sekolah Kebangsaan Kota Jaya, Kota Tinggi. Sekolah ini mempunyai pentadbiran sendiri pada 1 Januari 1995 apabila guru besar dilantik bertugas di sekolah ini. Pada awal pembinaan, kemudahan fizikal terdiri daripada 1 blok kantin dan 2 blok 3 tingkat yang mengandungi pejabat, bilik guru besar, pusat sumber, musollah, bilik kesihatan, bilik kaunseling, kedai buku, bilik guru, makmal sains, bengkel kemahiran hidup dan stor am. Sekolah ini dibina di bawah projek Kementerian Pelajaran Malaysia dan dimulakan pada tahun 1992 dengan nilaian projek kurang 2.5 juta.