Sekolah kebangsaan Moyog, terletak di kampung Moyog Penampang iaitu kira-kira 22 Kilometer daripada pekan Donggongon dan mengambil masa 20 minit perjalanan menaiki kereta. Nama Kg. Moyog diambil daripada perkataan Bahasa Dusun iaitu ‘LUMOYOG’ yang bermaksud berenang atau mandi di sungai. Menurut cerita nenek moyang, pada dahulunya kampung ini adalah laluan utama para pengunjung atau perantau yang sering berulang-alik dari Kota Kinabalu ke Daerah Tambunan dan mereka telah membuat satu rumah rehat di tepi sungai yang mana rumah itu dijadikan tempat persinggahan untuk berehat atau bermalam selepas mandi di sungai dengan berenang-renang atau dalam Bahasa Dusun ‘LUMOYOG’.
Par