際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
TAJUK 14 KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH: KAJIAN MASA HADAPAN
1.1 Sipnosis
Topik ini membincangkan konsep utama kajian masa depan, bagaimana merancang
dan mengaplikasikan kajian masa depan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi
menyediakan pelajar menghadapi cabaran dan perubahan masa kini dan pada akan
datang.
1.2 Hasil pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:
i. Memahami konsep utama kajian masa depan.
ii. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran kajian masa depan
iii. Mengaplikasikan kajian masa depan dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu.
1.3 Konsep Kajian Masa Depan (KMD)
Kajian masa depan ialah satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar lebih
prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini,
dan mada depan. Ini bermakna, murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat,
serta mengendalikan perubahan supaya mereka mendapat manfaat yang maksimum.
Pengajaran berasaskan KMD merupakan stategi secara saintifik yang dibina untuk
menambahkan keupayaan murid dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan
membuat keputusan. KMD dapat dianalogikan seperti kita yang sedang memandu
kereta. Sepanjang pemanduan itu, kita sering dikejutkan dengan perkara-perkara yang
tidak dijangka. Sebagai contoh, ketika sedang memandu, tiba-tiba seorang kanak-
kanak melintas di hadapan kereta kita. Oleh itu, sepanjang pemanduan, kita haruslah
peka dan sentiasa berwaspada. Masa depan sangat dinamik kerana sentiasa berubah.
Masalah yang berlaku pada masa depan lazimnya kompleks dan penyelesaiannya
bersifat global. Walau bagaimanapun, KMD lebih berciri saintifik kerana dapat diuji,
boleh diulangi, dan dapat diramal.
1
1.4 Rasional Pengajaran Kajian Masa Depan
Pembelajaran berasaskan KMD diperkenalkan untuk mendidik generasi baharu supaya
menghadapi cabaran dan perubahan. Pembelajaran berasaskan KMD merupakan
strategi secara saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan pelajar dalam
menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan untuk menghasilkan
generasi masa depan yang berkeyakinan, berupaya, dan bertanggungjawab. KMD yang
dilaksanakan dalam penajaran dan pembelajaran akan:
i. Membina generasi masa depan
KMD memberi kesedaran dan merangsang murid berfikir tentang isu, masalah,
dan peluang yang bakal dihadapi. Keadaan ini akan membolehkan mereka
memandang masa depan dengan yakin dan optimis serta mengambil bahagian
dalam merancang masa depan mereka.
ii. Menghasilkan tenaga manusia yang berfikir
Sistem pendidikan memainkan peranan penting dalam menghasilkan tenaga
manusia yang dapat berfikir tentang masa depan. Selain daripada itu, mereka
seharusnya berfikir untuk menggambarkan serta menjangkakan masalah yang
bakal timbul.
iii. Menjangka masalah dan membuat pilihan yang baik
Pelajar juga dapat mencari alternatif dan pilihan ke arah masa depan yang lebih
baik.
iv. Membawa anjakan paradigma
Pelajar akan membawa anjakan paradigma terhadap budaya belajar yang
berasaskan pengetahuan dan ingatan semata-mata budaya berfikir.
1.5 Objektif Kajian Masa Depan
Berikut adalah objektif pelaksanaan KMD:
i. Berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang hal-hal
masa depan
KMD boleh membina minda suka bertanya dan kemahiran intelek yang dapat
membantu pelajar berfikir secara kreatif, terarah, analitis, dan reflektif tentang
keseluruhan hidup manusia dan proses meneroka alternatif dan pilihan.
2
ii. Berkomunikasi secara berkesan tentang hal-hal masa depan
KMD juga membantu pelajar memberi sumbangan ke arah kesejahteraan dan
kebaikan dunia dan membina strategi menambah keupayaan pelajar dalam
menghadapi berbagai-bagai cabaran hidup.
iii. Membina sikap dan nilai tentang masa depan
KMD akan membina keyakinan pelajar supaya mereka mampu mengawal diri,
boleh membuat pilihan berasaskan etika, dan nilai moral serta berupaya
mempengaruhi masa depan mereka.
iv. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang kajian masa depan
KMD memberi asas kepada pelajar memahami dan menghayati Wawasan 2020
dan memantapkan pelajar dengan ilmu pengetahuan, konsep, kemahiran, dan
kaedah dalam mengkaji masa depan.
v. Membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal-hal masa depan
Pelajar digalakkan menjadi warganegara yang lebih bertangungjawab, tahu
membeza dan menilai, berketrampilan, dan mempunyai gambaran jelas tentang
masa depan.
1.6 Strategi Kajian Masa Depan
Pelajar menggunakan pemikiran kritis dan kreatif untuk meninjau perubahan keadaan
daripada masa lalu sehingga ke masa kini dan meramalkan keadaan pada masa
hadapan. Pedagogi ini berpusatkan pelajar dan menggabungjalinkan pelbagai bidang
seperti pendidikan moral, pendidikan alam sekitar, sejarah. Nilai murni seperti ini
bertanggungjawab dan bekerjasama dipupuk melalui kaedah ini.
3
Aktiviti
Berdasarkan hasil pembelajaran 6.6 iaitu membaca dan membuat ramalan
berdasarkan sesuatu cerita atau maklumat yang diberikan, bina aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang mengaplikasikan KMD.
TAJUK 15 SISTEM BAHASA
1.1 Sinopsis
Topik ini membincangkan tentang sistem bahasa yang merujuk kepada bahasa Melayu
baku yang terdiri daripada tatabahasa, ejaan, sebutan, dan intonasi, kosa kata, dan
peribahasa.
1.2 Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:
i. Memahami sistem bahasa yang terdapat dalam sukatan pelajaran Bahasa
Melayu KBSR.
1.3 Sistem Bahasa dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR 2003
Rajah 1: Sistem Bahasa dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR
4
SISTEM
BAHASA
Sistem Ejaan
Pola keselarasan
vokal
Ejaan kata pinjaman
Ejaan kata dasar &
kata terbitan
Peribahasa
Bahasa kiasan
Simpulan bahasa
Perumpamaan
Pepatah
Perbilangan
Tatabahas
a
Morfologi
Sintaksis
Sebutan
Bahasa
Melayu baku
Kosa Kata
Umum
Istilah
Intonasi
mengikut pola
Jenis ayat
Susunan ayat
Ragam ayat
Nota: Bagi aspek tatabahasa, sila rujuk Tatabahasa Dewan.
5
Aktiviti
Pilih dua hasil pembelajaran yang berfokuskan sistem bahasa. Bina
aktiviti yang menjurus kepada penggabungjalinan antara kemahiran
bahasa tersebut, sistem bahasa, dan bahan bantu mengajar.
Nota: Bagi aspek tatabahasa, sila rujuk Tatabahasa Dewan.
5
Aktiviti
Pilih dua hasil pembelajaran yang berfokuskan sistem bahasa. Bina
aktiviti yang menjurus kepada penggabungjalinan antara kemahiran
bahasa tersebut, sistem bahasa, dan bahan bantu mengajar.

More Related Content

08eumi

  • 1. TAJUK 14 KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH: KAJIAN MASA HADAPAN 1.1 Sipnosis Topik ini membincangkan konsep utama kajian masa depan, bagaimana merancang dan mengaplikasikan kajian masa depan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi menyediakan pelajar menghadapi cabaran dan perubahan masa kini dan pada akan datang. 1.2 Hasil pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat: i. Memahami konsep utama kajian masa depan. ii. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran kajian masa depan iii. Mengaplikasikan kajian masa depan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. 1.3 Konsep Kajian Masa Depan (KMD) Kajian masa depan ialah satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan mada depan. Ini bermakna, murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikan perubahan supaya mereka mendapat manfaat yang maksimum. Pengajaran berasaskan KMD merupakan stategi secara saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan murid dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan. KMD dapat dianalogikan seperti kita yang sedang memandu kereta. Sepanjang pemanduan itu, kita sering dikejutkan dengan perkara-perkara yang tidak dijangka. Sebagai contoh, ketika sedang memandu, tiba-tiba seorang kanak- kanak melintas di hadapan kereta kita. Oleh itu, sepanjang pemanduan, kita haruslah peka dan sentiasa berwaspada. Masa depan sangat dinamik kerana sentiasa berubah. Masalah yang berlaku pada masa depan lazimnya kompleks dan penyelesaiannya bersifat global. Walau bagaimanapun, KMD lebih berciri saintifik kerana dapat diuji, boleh diulangi, dan dapat diramal. 1
  • 2. 1.4 Rasional Pengajaran Kajian Masa Depan Pembelajaran berasaskan KMD diperkenalkan untuk mendidik generasi baharu supaya menghadapi cabaran dan perubahan. Pembelajaran berasaskan KMD merupakan strategi secara saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan pelajar dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan untuk menghasilkan generasi masa depan yang berkeyakinan, berupaya, dan bertanggungjawab. KMD yang dilaksanakan dalam penajaran dan pembelajaran akan: i. Membina generasi masa depan KMD memberi kesedaran dan merangsang murid berfikir tentang isu, masalah, dan peluang yang bakal dihadapi. Keadaan ini akan membolehkan mereka memandang masa depan dengan yakin dan optimis serta mengambil bahagian dalam merancang masa depan mereka. ii. Menghasilkan tenaga manusia yang berfikir Sistem pendidikan memainkan peranan penting dalam menghasilkan tenaga manusia yang dapat berfikir tentang masa depan. Selain daripada itu, mereka seharusnya berfikir untuk menggambarkan serta menjangkakan masalah yang bakal timbul. iii. Menjangka masalah dan membuat pilihan yang baik Pelajar juga dapat mencari alternatif dan pilihan ke arah masa depan yang lebih baik. iv. Membawa anjakan paradigma Pelajar akan membawa anjakan paradigma terhadap budaya belajar yang berasaskan pengetahuan dan ingatan semata-mata budaya berfikir. 1.5 Objektif Kajian Masa Depan Berikut adalah objektif pelaksanaan KMD: i. Berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang hal-hal masa depan KMD boleh membina minda suka bertanya dan kemahiran intelek yang dapat membantu pelajar berfikir secara kreatif, terarah, analitis, dan reflektif tentang keseluruhan hidup manusia dan proses meneroka alternatif dan pilihan. 2
  • 3. ii. Berkomunikasi secara berkesan tentang hal-hal masa depan KMD juga membantu pelajar memberi sumbangan ke arah kesejahteraan dan kebaikan dunia dan membina strategi menambah keupayaan pelajar dalam menghadapi berbagai-bagai cabaran hidup. iii. Membina sikap dan nilai tentang masa depan KMD akan membina keyakinan pelajar supaya mereka mampu mengawal diri, boleh membuat pilihan berasaskan etika, dan nilai moral serta berupaya mempengaruhi masa depan mereka. iv. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang kajian masa depan KMD memberi asas kepada pelajar memahami dan menghayati Wawasan 2020 dan memantapkan pelajar dengan ilmu pengetahuan, konsep, kemahiran, dan kaedah dalam mengkaji masa depan. v. Membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal-hal masa depan Pelajar digalakkan menjadi warganegara yang lebih bertangungjawab, tahu membeza dan menilai, berketrampilan, dan mempunyai gambaran jelas tentang masa depan. 1.6 Strategi Kajian Masa Depan Pelajar menggunakan pemikiran kritis dan kreatif untuk meninjau perubahan keadaan daripada masa lalu sehingga ke masa kini dan meramalkan keadaan pada masa hadapan. Pedagogi ini berpusatkan pelajar dan menggabungjalinkan pelbagai bidang seperti pendidikan moral, pendidikan alam sekitar, sejarah. Nilai murni seperti ini bertanggungjawab dan bekerjasama dipupuk melalui kaedah ini. 3 Aktiviti Berdasarkan hasil pembelajaran 6.6 iaitu membaca dan membuat ramalan berdasarkan sesuatu cerita atau maklumat yang diberikan, bina aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang mengaplikasikan KMD.
  • 4. TAJUK 15 SISTEM BAHASA 1.1 Sinopsis Topik ini membincangkan tentang sistem bahasa yang merujuk kepada bahasa Melayu baku yang terdiri daripada tatabahasa, ejaan, sebutan, dan intonasi, kosa kata, dan peribahasa. 1.2 Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat: i. Memahami sistem bahasa yang terdapat dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu KBSR. 1.3 Sistem Bahasa dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR 2003 Rajah 1: Sistem Bahasa dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR 4 SISTEM BAHASA Sistem Ejaan Pola keselarasan vokal Ejaan kata pinjaman Ejaan kata dasar & kata terbitan Peribahasa Bahasa kiasan Simpulan bahasa Perumpamaan Pepatah Perbilangan Tatabahas a Morfologi Sintaksis Sebutan Bahasa Melayu baku Kosa Kata Umum Istilah Intonasi mengikut pola Jenis ayat Susunan ayat Ragam ayat
  • 5. Nota: Bagi aspek tatabahasa, sila rujuk Tatabahasa Dewan. 5 Aktiviti Pilih dua hasil pembelajaran yang berfokuskan sistem bahasa. Bina aktiviti yang menjurus kepada penggabungjalinan antara kemahiran bahasa tersebut, sistem bahasa, dan bahan bantu mengajar.
  • 6. Nota: Bagi aspek tatabahasa, sila rujuk Tatabahasa Dewan. 5 Aktiviti Pilih dua hasil pembelajaran yang berfokuskan sistem bahasa. Bina aktiviti yang menjurus kepada penggabungjalinan antara kemahiran bahasa tersebut, sistem bahasa, dan bahan bantu mengajar.