1. 1 Surah AtTaubah. Ayat 026.
Kemudian Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada
orang-orang yang beriman dan Allah menurunkan tentera yang kamu tidak melihatnya,
serta Dia menyeksa orang-orang kafir itu (dengan kekalahan yang membawa kehancuran);
dan yang demikian itu ialah balasan bagi orang-orang yang kafir.
2 Surah AtTaubah. Ayat 040.
Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun
menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya
Mekah) sedang dia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam
gua, ketika dia berkata kepada sahabatnya: Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya
Allah bersama kita. Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi
Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak
melihatnya dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah
dengan sehina-hinanya) dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya),
kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
3 Surah AlFath. Ayat 004.
(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dialah yang menurunkan semangat tenang
tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap
2. angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin berserta dengan iman dan
keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi
(untuk menolong mereka) dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
4 Surah Ali'Imran. Ayat 124.
(Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang-orang yang beriman
(untuk menguatkan semangat mereka): Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah
membantu kamu dengan tiga ribu tentera dari malaikat yang diturunkan?,
5 Surah AlFath. Ayat 018.
Demi sesungguhnya! Allah redha akan orang-orang yang beriman, ketika mereka
memberikan pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad) di bawah naungan
pohon (yang termaklum di Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia
diketahuiNya tentang (kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam hati mereka, lalu
Dia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka dan membalas mereka dengan
kemenangan yang dekat masa datangnya;
6 Surah AlFath. Ayat 026.
(Ingatlah dan kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika orang-orang yang kafir itu
menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada dalam hati mereka (terhadap kebenaran
Islam) perasaan sombong angkuh secara Jahiliah (yang menyebabkan kamu panas hati
dan terharu), lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan
kepada orang-orang yang beriman (sehingga tercapailah perdamaian), serta meminta
mereka tetap berpegang kepada "Kalimah Takwa", sedang mereka (di sisi Allah) adalah
orang-orang yang sangat berhak dengan "kalimah Takwa" itu serta menjadi ahlinya dan
(ingatlah), Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
3. 7 Surah AsSaaffat. Ayat 173.
Dan bahawasanya tentera Kami (pengikut-pengikut Rasul), merekalah orang-orang yang
mengalahkan (golongan yang menentang kebenaran).
8 Surah Ali'Imran. Ayat 146.
Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai
orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa
yang telah menimpa mereka pada jalan (agama) Allah dan mereka juga tidak lemah
tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh) dan (ingatlah), Allah sentiasa
Mengasihi orang-orang yang sabar.
9 Surah ArRad. Ayat 028.
(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah".
Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.al quran
10 Surah Ali'Imran. Ayat 122.
(Ingatlah) ketika dua puak dari kamu (pada hari peperangan Uhud itu) terasa lemah
semangat (untuk meneruskan perjuangan) kerana takut, padahal Allah Penolong dan
Pelindung mereka dan (jika sudah demikian) kepada Allah sahajalah hendaknya orang-