Templat ini memberikan panduan lengkap untuk menulis laporan latihan industri di Politeknik-politeknik Malaysia. Ia menyediakan format standar untuk halaman judul, pengesahan, penghargaan, isi kandungan, bab-bab utama, kesimpulan, komen dan cadangan, serta bibliografi. Pelajar perlu mengikuti arahan yang diberikan untuk mengisi butiran peribadi dan menulis semula teks berwarna merah dengan ayat sendiri.
1 of 3
Download to read offline
More Related Content
1 arahan penggunaan penulisan li
1. Templat Penulisan Latihan Industri PTSB Malaysia (VERSI 1)
Apakah Templat Penulisan Latihan Industri?
Templat penulisan laporan Industri adalah fail-fail yang telah tersedia untuk digunakan
bagi tujuan penulisan laporan latihan industri. Setiap fail telah disetkan dengan format
masing-masing mengikut format penulisan laporan latihan industri gaya Politeknik-
politeknik Malaysia.
Anda boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan format penulisan laporan
latihan industri PTSB ini dalam:
i. CIDOS
Bagaimana Untuk Menggunakannya?
A. Anda hendaklah terlebih dahulu memuat turun dan menyimpan setiap fail-fail
templat penulisan Latihan Industri (LI) dari capaian di atas (CIDOS).
B. Kemudian anda perlu menggantikan semula teks/kandungan laporan tersedia ada
dengan tek/kandungan laporan anda sendiri.
C. Simpan fail-fail yang telah diubah.
D. Penggunaan fail-fail Templat Penulisan Laporan Industri
1. Halaman Judul
Pelajar hendaklah mengisi nama pelajar
Isikan no matrik
Alamat tempat latihan industri
Sesi menjalani Latihan Industri
2. Pengesahan Pelajar
pelajar hendaklah mengisi nama pelajar
No. pendaftaran
tarikh laporan siap dibuat
3. Penghargaan
Pelajar perlu mengisi penghargaan di dalam petak yang disediakan dan
hanya menaip ikut ayat sendiri.
Panduan: Penghargaan biasanya 1 muka surat sahaja
4. Isi Kandungan
2. Hendaklah di taip mengikut format yang disediakan.
Pelajar perlu peka dengan nombor muka surat setiap helaian yang ditaip.
Pastikan nombor muka surat yang ditaip betul dengan helaian yang
disediakan.
Senarai Jadual Pastikan nombor muka surat Senarai Jadual adalah
sama seperti helaian yang disediakan
Senarai Rajah - Pastikan nombor muka surat senarai rajah adalah sama
seperti helaian yang disediakan
Senarai Lampiran - Pastikan nombor muka surat senarai Lampiran adalah
sama seperti helaian yang disediakan
5. Teks Kandungan (BAB 1 hingga BAB 4)
Pastikan pelajar menaip teks kandungan di dalam kotak yang disediakan
kerana ianya telah disetkan margin dan juga font
Bab 4 laporan teknikal. Sekiranya pelajar perlu memasukkan gambar ke
dalam penulisan tersebut bolehlah diupload gambar/ jadual/ carta di
ruangan picture yang telah disediakan.
Sekiranya gambar/ jadual/ carta tidak diperlukan oleh pelajar seharusnya
mendeletekan ruangan gambar tersebut dengan klik mouse disebelah
kanan dan tekan remove Content Control
6. Kesimpulan (BAB 5)
Pelajar hendaklah membuat kesimpulan tentang apa yang dipelajari
semasa di latihan industri dalam bentuk ayat yang lengkap. Pelajar
dilarang sama sekali membuat dalam bentuk point form.
7. Komen dan Cadangan (BAB 6)
Untuk ruangan komen dan cadangan pelajar perlulah membuat komen
yang berkaitan dengan latihan di mana pelajar digalakkan membuat
cadangan positif dan membina bagi tujuan proses penambahbaikan di
masa akan datang.
8. Bibliografi
Untuk penulisan dalam bibliografi pelajar perlulah mengasingkan sumber
yang digunakan seperti buku, artikel majalah atau suratkhabar dan
Website atau Webpage. Rujuk bibliografi.
Sekiranya pelajar hanya mengambil dari sumber buku sahaja, maka
pelajar perlulah mendeletekan sumber yang tidak digunakan (kotak)
dengan mengklik mouse disebelah kanan dan tekan remove content
control.
3. Peringatan Penting:
Jangan sekali-kali menggunakan perkataan saya dalam penulisan
laporan Latihan Industri.
Pelajar dikehendaki menggunakan ayat sendiri bagi setiap penjelasan
laporan industri dengan menggantikan tulisan berwarna merah dalam
templat.
Sila tukar tukar font berwarna merah kepada warna hitam.
***Sekiranya pelajar mempunyai masalah sila berhubung dengan saya (Pn, Moriza)
melalui talian telefon atau email.